Friday, May 18

Baby baru, jadual hidup pun baru....

Aku betul tak boleh bajet time tidur Najlaa. Dulu dia bangun siang, tidur malam. Lepas tu, dia start berjaga dari pukul 4 pagi sampai 9 pagi. Lepas tu dari 6 pagi sampai 12 tengahari. Hari ni, dia berjaga dari pukul 12 tengahari sampai pukul 7 malam. Caca marba jadual aku dibuatnya. Ada jugak laa masa-masa yang dia lelap sekejap-sekejap tu, dalam 10 minit. Masa 10 minit tu la aku berlari nak pergi tandas, masak nasi, buat susu untuk Zikri or perkara-perkara lain yang perlu dibuat.

Macam tadi, aku hanya sempat masak nasi ja. Bila aku nak keluarkan lauk, aku dengar Najlaa punya sound dah start nak bunyi. So aku kaut je plastik lauk yang ada kat freezer, intai tengok apa mendanya. Ok, nampak warna dia merah-merah, mesti daging. So terus letak dalam sinki dan berlari laju-laju pergi dekat Najlaa. Plan nak masak daging dendeng je laa, senang.

Then, setelah sampai pukul 7, Najlaa pun tidur dengan lenanya. Aku pun cepat-cepat nak pergi masak. Ko bayangkan dari pukul 3 petang lebih kurang, sampai pukul 7, aku konfem daging tu dah lembut dan aku dah meleleh air liur teringat daging dendeng yang bakal aku masak sekejap lagi. 

Aku pegang dari luar, rasa lembut-lembut. Bagus. Senang kerja aku, tak payah nak rebus lama-lama sangat. Bila aku bukak je plastik tu, gila punya kecewa bila aku tengok dalam tu rupanya bukan daging, tapi SOTONG! Haduii laa... aku dah la tengah takde keinginan langsung nak makan sotong nie. Tapi disebabkan perut dah lapar sangat sebab dari pagi aku hanya minum air dan makan biskut sahaja, so aku bantai je la masak sotong tomato. Hah, memang bagus la Encik Suami beli tomato masa pergi Jusco semalam.

Jadi daging dendeng disimpan untuk dibedal pada hari esok. Harap-harap Najlaa tidur tengahari esok, so bolehlah aku masak lunch.


Meh kita tengok Najlaa meh. Ni gambar dia masa belum masuk sebulan. Staff Encik Suami hadiahkan baju ni. Disebabkan aku dah tak menyabar sangat nak tengok outcome dia, so aku terus je pakaikan. Hehe, tak payah teka pun, memang besar la untuk Najlaa... Tapi warna dia cantik, lari dari typical colour yang selalu.




 Mula-mula dia macam konfius-konfius gitu.. Apsal laa mak dia dok terloncat-loncat terpanggil-panggil nama dia kat depan. Haha.. Mak ko kan memang excited lebey... Mana boleh duduk diam-diam je... Haruslah over, kan? Tengok mitten dengan booties dia, besarrr nokss~


 Pastu dia dengar abang dengan kakak dia bising-bising tengok cerita Tom and Jerry. So dia dah tak pedulikan mama dia yang over ini lagi dan mengalihkan perhatiannya ke arah kakak dan abang yang lagiii hoverrr gitu...


Dah tak duduk diam dah... Ni dah mula nak suruh maknya dukung dah nie.. Tak puas hati la tu dia kena baring atas tilam sensorang, padahal orang lain semua berjimba-jimba... haha!!



Okay, target sekarang adalah : menurunkan berat badan!! Latest aku timbang hari tu adalah 52.5 kg. Berat aku sebelum bersalin adalah 65 kg. Dah turun tapi tak banyak. So aku target dalam 45 kg tu, ok la kot. Pergh, lagi 7 kg tu.. Macam tak mampu je.. Takpe, usaha!!

Yang penting, jangan mengulangi ke'sekeping'an ketika di zaman universiti dahulu! Mesti!!

2 comments:

Anonymous said...

Yie yg dedikasi: najlaa cam nak boxing..wakaka... sebijik cam Labu Labi...

Yong Zahura said...

Wahhahahaha....

Urat dawai tulang besi...

Hehehehe...