Tuesday, May 29

Dahlah bodoh, tak boleh ditegur pulak. Tunggu ajelah...

Seronok kan hidup, kalau tak perlu menanggung apa-apa akibat dari perbuatan sendiri?

Buat apa pun, tak ada siapa nak marah. Mulalah diri rasa hebat. Superior. Sampai nasihat orang lain semua tak nak dengar. Sebab dah rasa diri tu betul aje.

Mana tak bahagia. Dari kecik tak pernah ada tanggungjawab. Basuh baju sendiri tak pernah. Basuh kasut sekolah sendiri tak pernah. Kemas bilik tak payah. Alasan? Sebab masih kecil.

Sedangkan kakak-kakak semua, pada usia yang sama dah kena buat kerja rumah. Tapi disebabkan dia tu kecik, tak payah buat. Kakak la yang jadi balaci untuk dia. Kuli tukang buat semua kerja rumah untuk dia.

Dah besar sikit, dah pandai kurang ajar. Melawan cakap kakak-kakak itu biasa. Lagipun, dia tetap tak salah. Yang salah kakak-kakak. Sebab tak beralah dengan adik. Kesimpulannya, kalau korang nak menjadi orang yang bermulut puaka berperangai syaitan, doakanlah agar korang dilahirkan sebagai adik. Sebab takkan pernah dipersalahkan. Biarpun pernah menjadi seorang pencuri di kala masih lagi anak hingusan. Berani mengambil duit yang bukan kepunyaan untuk membeli sesuatu yang bodoh bangang. Namun tetap masih dimanjakan.

Semakain remaja, perangai, sikap dan pemikiran ternyata jauh tersasar. Sikap bodoh dan sombong ternyata jelas terpancar. Berpakaian macam seorang jakun, padahal duduk di Kuala Terengganu je kot. Bukan bandar besar Kuala Lumpur. Tapi gaya tak ubah macam orang tak siuman. Konon-konon pandai bergaya. Tapi aku rasa macam beruk baru keluar hutan. Sendiri je yang perasan.. Hahaha. Kesian...

Result SPM biasa-biasa je lah. Takdelah pandai sangat pun. Tapi sebab perasan hebat, kan? So, matrik tak apply, UPU tak apply. Biasalah, ingat semua orang nak mengadap dia, offerkan tempat untuk sambung pelajaran. Sedangkan keputusan macam sialan. Apa lagi, ketuklah mak bapak, agar dihantar belajar ke kolej swasta yang perlukan wang berkoyan-koyan. Eh, apa dia kisah. Bukan duit dia. Dia bukan peduli. Belajarlah di sebuah kolej swasta, dan kononnya dah gah la tu. Padahal jauh lagi perjalanan. Yang penting kakak-kakak semua berjaya dengan hasil titik peluh dan baik keputusan. Tak perlulah bersusah-payah memerah keringat mak bapak untuk menjalani hidup penuh kepura-puraan.

Sejak dari kecik dah dimanja. So apa mintak semua dapat. Dapat duduk kolej, sibuk nak duduk rumah sewa. Yang bayar siapa? Mak bapak juga. Dah tu ada hati nak pakai kereta? Yang bayar siapa? Mak bapak juga. Pastu tak tau duit loan MARA habis pergi mana. Tak ada duit nak makan. Yang bagi siapa? Mak bapak juga. Dah tau tak ada duit, baliklah rumah. Makan kat rumah. Tapi tak.. Nak jugak mintak duit. Pastu pergi bersukaria berpoya-poya tak sedar diri dengan kawan-kawan. Balik rumah bila? Jika diugut, nak duit, balik. Barulah terhegeh-hegeh buat muka seposen balik rumah. Langsung takde niat dalam hati nak balik jenguk mak ayah. Balik hanya untuk apa? Duit. Sungguh sialan.

Pastu sibuk, susah nak balik. Padahal kereta dah dibagi pakai free. Satu sen apa semua tak bagi. Oh, tak cukup duit pulak nak bayar tol, isi minyak. Apa lagi yang diberi? Diberi pula kad kredit free. Swipe aje ikut suka hati. Yang bayar siapa? Mak ayah jugak. Pastu konon baik hati. Bini member nak beranak laki tak ada kat sisi. Tolong bayar duit hospital swasta swipe kad kredit mak bapak bagi. Yang bayar siapa lagi? Bukan dia weh... Mak ayah jugak. Tak taulah cerita tu palsu ke realiti. Dah tau miskin laki takde kat sisi, pergi hospital kerajaan je la weh. Yang sibuk nak pergi swasta jugak kenapa? Nih, berapa ramai yang beranak kat hospital kerajaan, Alhamdulillah ok aje. 

Itu pun kalau cerita tu realiti la. Aku takut cerita fantasi je. Digunakan duit tu untuk benda lain. Tapi cakap konon-konon macam hati suci berbuat amal bakti. Tapi puih, taktik semua dah ada kat tapak kaki. Lenyek-lenyek, pijak-pijak aje cerita yang nampak sangat langsung tak logik. Macam kakak-kakak semua tak masuk universiti. Padahal dia seorang aje la bodoh tak menjadi. Sebab sombong tak sedar diri.

Lama-lama satu berita gempar diketahui. Rupa-rupanya selama nie tak habis study!! Menipu mak ayah dan family bukan main lagi. Loan MARA berpuluh ribu tu, siapa nak kena ganti? Kakak-kakak or mak ayah lagi? Ish ish ish... Pastu langsung tak mintak maaf pada mak ayah. Siap buat statement macam tak habis belajar itu tak penting pun. Memanglah ada orang yang berjaya walau tak habis belajar. Tapi penipuan yang dibuat pada mak ayah tu, tak terasa berdosakah? Ego sangat, berlagak sangat sampai merendah diri memohon maaf atas kekhilafan diri pun tak ingin? MasyaAllah. Ya Allah, tunjukkanlah apa yang patut kepada si anak derhaka ini...

Kerja semua tak menjadi. Cepat sangat merasa kerja itu ini semua tak kena dengan diri. Dah kalau memang diri tak berkelulusan tinggi, kerja je la apa yang patut dalam hidup ni. Takkan nak kerja eksekutif syarikat petroleum bergaji tinggi melangit? Kalau gaya hidup tu memang sentiasa nak meninggi diri, gaji 2 juta sehari pun rasa sikit. Duit selalu mintak mak ayah. Dah dapat duit, makan bukan main kat tempat mewah. Sedangkan mak ayah makan masak sendiri je kat rumah. Bukan bawak mak ayah untuk dibelanja makan. Tapi bawak kawan-kawan, mungkin juga untuk impress perempuan-perempuan murahan.

Tiba-tiba kebodohan dah sampai tahap maksimum. Setinggi langit, gunung everest pun tak jejak ketinggian optimum. Seperti biasa, orang malas yang mahu kaya cepat. Apa lagi, ke MLM la dia melekat. Dah diberitahu, MLM yang dipilih tu adalah penipu tegar. Sentiasa bertukar nama untuk mendapatkan duit secara mungkar. Tapi degil, berlagak, semua ada dalam si kepala besar. Nasihat kakak-kakak langsung ditolak dibiar. Maklumlah hebat, apa guna dengar cakap kakak-kakak yang dah besar. Orang yang dah melalui ranjau hidup yang sukar. Apa yang lebih kurang ajar, mau wang 30K untuk membeli mesin letrik bodoh. Bila kakak-kakak bagi nasihat, kami pulak yang kena tuduh. Terlalu percayakan cerita orang yang tak suka tengok kemajuan. Sedangkan itu semua hasil dari kajian dan bacaan. Kalau dah tersenarai sebagai penipuan, takkanlah ahli keluarga nak diamkan? Haruslah dilawan bermati-matian.

Yang menyebabkan double, triple kurang ajar adalah duit 30K itu dimohon dari family. Yang telah bersusah payah memberitahu apa yang bakal terjadi dengan business itu nanti. Bila tak diberi oleh kakak-kakak sendiri, pergi pulak menagih dengan muka simpati dengan mak sendiri. Macam tahi. Ingat mak tu bekerja keras selama nie untuk duit tu diberi buta-buta untuk kau tipu? Bila diberitahu duit tak cukup, banyak tanggungjawab untuk adik-adik yang masih menuntut. Siap bertanya di mana simpanan KWSP, di mana ASB? Wah, sungguh kurang ajar tahap vavi. Duit mak ayah kerja siang malam tak berenti, kau nak korek macam tu aje untuk diri sendiri. Tak tau nak kata macam mana la pemikiran orang boleh menjadi sebegini. Merompak keluarga untuk kepentingan duniawi. Kena tipu bodoh-bodoh dengan syarikat terkenal sebagai pencuri. Dilapor selalu namun masih ada yang mengikuti. Bila ditenung, yang mengikut semuanya melayu malas tapi angan-angan tinggi. Nak kaya cepat, tapi mestilah dengan goyang kaki. Buat kerja kuat-kuat ni dianggap bodoh tak bertepi. Yang bijak tu mereka, dengan cara menipu kawan-kawan sendiri.

Pendek cerita, dapatlah 30K. Dengan janji dalam 3 bulan, semua hutang settle, I will pay. Wah, berlagak nak mampus, kita tengok macam mana. Mana tak berlagak, berjaya jugak menipu ahli keluarga. Gelak setan pun bergema. Dengan kakak-kakak siap tunjuk muka nak bagitau nah, aku terer. Guna air liur aje, bukan ada apa. Yang kerja kuat, pakai keringat, dengan niat hendak melakukan yang terbaik untuk umat, pun susah nak kumpul 30K dalam masa singkat. Kalau tak dapat bayar, haruslah diterajang sampai tersandar. Baru sedar.

Kita tengok ajelah, siapa yang kena!!!!


6 comments:

aizuemi said...

Doakan ALLAH buka hati dan mata kita semua.

InsyaAllah, Allah menguji dan menduga kita semua.

Dan semoga yang terbaik buat kita semua.

Yong Zahura said...

Aminn...
Moga kita dijauhkan dr kejahilan dan buta hati dan perasaan...

CikSofa ;) said...

rasa macam baca novel plk :D

Yong Zahura said...

haha... Itu hasil observasi mama terhadap permasalahan sosial di sekitar...

careful, mama bijak mengobserve... haha. senang wat peka. :)

Anonymous said...

aku yg unggul: mcm bca pantun pon de, puisi pon de.. hehe.. best siot, mmg vavi.. tgl lg sbulan..hoho..

Yong Zahura said...

sbb tu byk point aku tinggal, penat dowh nk karang ayat belakang mcm sama gitew... haha!

itu laa pasal... lg sebulan.. jeng jeng jeng!!!