Saturday, August 4

Entry simple di petang Sabtu... Tapi rupanya ada belasungkawa... Al-Fatihah..

Tadi nak pergi Giant. Sebab ada makcik sorang tu siap sound abah dia.

"Haa, baguslah abah balik awal. Bolehlah pergi Giant. Dah bosanlah asyik pergi Econsave je.."

Abah dengan mama dua-dua jaw drop (bayangkan rahang bawah jatuh macam cerita kartun bila terkejut).

Tetiba, kat simpang Daiman start jammed. Ish, mushkil la pulak. Sebab jalan ke Johor Bahru dah ok sesangat lebih-lebih lagi bila dah siap jalan dua hala dua lane. Mula-mula Encik Suami try gak ikut slow-slow. Tapi bila memikirkan kebarangkalian lambat sampai semula ke rumah untuk berbuka, so decide untuk U-turn aje kat simpang Tai Hong dan patah balik pergi Econsave. Cuba teka muka makcik tu macam mana time ni? Hahahaha...

Tapi memang bila kita dah u-turn tu, berselisih dengan sebuah van bomba, dengan kereta polis. Sah. Mesti accident. Teruskan shopping sikit-sikit je kat Econsave, sebab dah janji dengan Eizzah untuk pergi Giant pulak esoknya. Lagi satu sebab tak shopping sakan adalah hari Sabtu, takde plastik beg, maa. Siapa nak mengangkut banyak-banyak masuk but?

Then, bila nak balik dari Econsave, jammed nak ke jambatan dah start dari Sanggar lagi. Haduilanyepunn. So Encik Suami lalu je bypass, sambil tawakal mengatakan accident tadi telah dialihkan. Sungguh pun, dah clear giler dah area tu, dan masih ada kesan kaca pecah kat atas jalan. Perjalanan diteruskan sampai la kat bandar. Encik Suami singgah Kedai Perabot Soon Huat.

Oh, ye. Aku pernah sebut yang aku nak beli tilam. Tilam lama tukar baru.... Hahaha... Tilam aku akan dibawak ke bilik budak-budak ni. Tilam baru konfem la masuk bilik aku. Kihkihkih... Tilam budak-budak tu? Ntah. Buang je la kot. Dah nipis bebenor dah. Pastu Encik Suami belikan something untuk budak berdua tu. . Then uncle janji mau hantar hari Isnin. So aku pun balik rumah, solat, masak nak berbuka.

Tetiba, pukul 6.45 dapat call. Auntie Soon Huat tu rupanya.

"Cikgu, 'balang' sudah mau hantar ya? 'Sikalang' tengah masuk 'balang' 'lalam' lori, nanti tujuh lebih sampai."

Aiyoh?? Dahlah rumah macam tongkang pecah bersepai. Redha je la....

Nanti aku upload barang-barangnya kalau aku ada mood la... Kalau takde mood, apa pun tak boleee... Kih kih kih...


edited
Jammed di jalan ke Johor Bahru disahkan disebabkan kemalangan jalan raya. 2 nyawa terkorban. Seorang orang Kampung Semangar, senior kepada kawan sekolah aku Siti Farhanah Kahalit. Abang kepada anak murid aku, Mohd Hafifi, budak 5 UTM.


Satu kereta lagi, si anak berusia 2 tahun meninggal dunia. Anak berusia 6 tahun mengalami pendarahan dalam otak. Si ayah baru sahaja sedarkan diri.


Sama-samalah kita, pembaca blog yang membaca blog ini, ataupun singgah sahaja, sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini..