Sunday, October 31

Mari, mari... Singgah, singgah....

Aku pun heran kan, kenapa la aku malas bebenor nak mengupdate blog sekarang nie... Mungkin sebab bila aku nak menaip sahaja, ada laa assistant tak bertauliah dan bergaji datang nak menolong. Aku tak menolak, malah aku alu-alukan bantuan mereka (la sangat).. Lama-lama, bila tangan yang menaip dari 2 jadi 4, dari 4 jadi 6, aku pun SURRENDER!!

Berita terkini, bukan hiburan sensasi :

Diumumkan Eizz Zikri Harris sudah pandai berbual-bual ye? Jadi, kepada anda semua, sedialah melayan beliau berbual-bual selepas ini. Mama dia dah tak larat nak layan dia lagi dah....

Perkembangan terkini masih belum ada. Tapi aku rasa by tomorrow akan ada perkembangan visual kot. Sebab ada beberapa event yang akan aku join dalam masa terdekat nie.

Malas la aku nak tulis banyak-banyak. Berlambak-lambak lagi kerja aku nak buat. Nak tanda kertas soalan, nak stapler kertas soalan... Aku bercita-cita mau mengambil bibik di masa hadapan (ada kena-mengenakah?)

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya Yang Menurut Perintah,
Cikgu Yong.

p/s : Ntah kenapa tiba-tiba entry aku bertukar jadi surat rasmi.

Wednesday, September 1

Selamat Tunggu Raya!!

Dah dekat-dekat nak raya, baru aku sibuk-sibuk nak update blog. Hehe. Malas laa aku nak ucap selamat berpuasa ke, apa ke. Dah nak abis puasa dah pun. Cuma aku harap puasa kita semua adalah puasa yang akan diterima pahalanya.
Takde banyak sangat perkara yang aku nak cerita. Cuma sedikit (la sangat...) update tentang apa yang berlaku dalam hidup aku di sekolah aku sekarang.



A. Percubaan SPM
Gila dong!! Sungguh memenatkan, tetapi juga sungguh mengasyikkan. Penat menguruskan soalan setiap pagi. Dan juga mengasyikkan melihat pelajar-pelajar tidur sampai meleleh air liur mereka. Paling tak tahan, satu adegan ini...
Masa : Ntah, dah lupa.
Tempat : Makmal Bahasa.
Exam : Sejarah.
Kelas terlibat : 5UUM dan 5 UPSI.
Aku tengah meronda. Sambil melihat keasyikan mereka 'menjawab' soalan. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi pelik. Bunyi yang aku rasa kalau korang dengar pun korang ngeri. Aku cuba mencari di manakah punca bunyi itu. Giler seh, aku rasa aku boleh samakan bunyi yu macam sound effect dalam cerita 2012. Macam secawan bunyi guruh campur secubit bunyi kilat (kilat ada bunyi ke?) dengan satu sudu teh bunyi traktor. Dah macam resipi biskut raya dah. Aku terhendap-hendap la mencari apakah bunyi itu. Rupa-rupanya...
Ada sorang mamat yang aku jangkakan tidak mandi pagi dan tidak berpuasa (sebab dia bawak bekal air ke sekolah) serta bukan beragama Islam sedang tidur dengan lenanya sambil berdengkur dengan enaknya. Kurang asam punya mamat. Dahlah tak puasa. Bikin panas je gua yang berpuasa ini.
Jadi, kepada semua yang berpuasa, boleh berpuasa, boleh tapi tak nak berpuasa, memang tak nak puasa, suka-suka je nak puasa ke tak nak, tak boleh berpuasa, kejap puasa kejap tak, entah puasa ke tidak, konon-konon macam puasa tapi tak, dan segala macam edisi yang ada perkataan puasa di dalamnya (tak termasuk orang yang namanya Puasa), aku nak ucapkan "Selamat Berpuasa!!



B. Dialog baru Eizzah Nur Harris
Suasana tenang.
Angin sepoi-sepoi Geografi.
TV sedang menayangkan Ultraman Cosmos (jangan tanya aku kenapa).
Tiba-tiba....
"Mama!! Mama!! Zikri buat kakak!!"
(diselangi tangisan yang agak tinggi desibelnya)
Dengan gaya kepura-puraan yang tinggi, mamanya pun bertanya "Zikri!! Nape buat kakak??"
Dengan gaya kepura-puraan yang lebih tinggi dari mamanya, Zikri pun menangis. (Cara menyelamatkan diri dari kena marah yang dipelajari oleh beliau sejak zaman Mesolitik)
Eizzah Nur pun dengan bangganya memberi cadangan yang kononnya bernas la tu...
"Mama, kakak nak adik baru la, mama. Tak nak adik lama. Mama bagi Eizzah Nur adik baru, eh?"
Aku dah nak gelak guling-guling dah ni. Tapi disebabkan aku seorang perempuan melayu terakhir (eceh..) serta makhluk Tuhan tak seksi (eceh..) aku pun kawal la. Cakap omputihnya, kontrol....
"Abis tu, adik lama nak letak mana?"
"Jual kat pasar lambak....."
Selamba seh anak aku.

Tuesday, June 22

Ultraman Cosmos tu ada pertalian dengan aku... Serius!

Gila seh... Busy betul aku sepanjang cuti 2 minggu yang lalu.

Siapa nak kena sekeh?

Sila cakap kata kerja cikgu senang.

Sebelum itu, aku nak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" yang dah agak belated jugak arr pada kedua-dua adik aku dan pasangan mereka...

Nur Zuraiha Harris Abidin binti Zainal Abidin
&
Mohd Fadzil bin Musnin

dan juga

Nur Zuhaili Harris Abidin binti Zainal Abidin
&
Mohd Awiz Zarim bin Abd Jalal

Sori la kalau aku balik ke Serdang lambat.. Tapi yang penting aku selamat sampai. Dan aku telah pun berjaya menolong menyiapkan goody bags korang yang sebanyak 2000 beg tu, okay?? Ntah pukul berapa aku tidur ntah, aku pun tak tahu. Aku malas nak tengok jam tu. Aku rasa kalau aku tengok jam tu, konfem aku baling dengan kuih kat tangan aku tu. Dalam hati aku pulak asyik dok tanya' "Bila la nak tido. Bila la nak tido. Bila la nak tido..." Tapi tak la selewat orang yang pergi pasang signage rasanya...

Korang kan...
Aku dulu jadi pengantin, aku buat sendiri jugak laa goody bags aku, tau?? Korang bukan main ye?? Aku tau salah sorang baru nak pakai inai malam tu. Kesian hang. Hari Sabtu nak akad nikah, Jumaat hang masih kerja lagi. So, aku faham.. Yang sorang lagi??

Takpe, aku faham jugak...

Sekarang aku tengah melayan anak aku tengok Ultraman Cosmos. Diam. Kalau aku nampak kamu gelak, aku karate. Apa salahnya tengok Ultraman Cosmos? Kita kena tahu bahawa kita boleh diserang oleh raksasa bila-bila masa, ok? Walaupun raksasa itu memakai sarung dan kadang-kadang macam nampak ada bekas zip.

Dan heronya pula selalu menunggu sampai lampu dia berkelip-kelip, baru sibuk nak bunuh raksasa. Dan di sini aku isytiharkan, Ultraman itu sebenarnya ada kaitan dengan aku.

Gara-gara perbualan berkisarkan ilmiah yang aku lakukan dengan anak sulung aku.

"Mama, Eizzah Nur nak tengok Ceria la, ma.."

"Eh, Ceria dah habis la. Esok pagi dia ada balik."
Apa seh... Orang tengah tengok Desperate Housewives nih, apa kelas nak kena layan Ceria.

Remote diambil. Butang pada remote ditekan, sambil mulut menyebut.."Six..One..One.."

Tak sempat pulak aku ambil balik remote itu dari tangannya. Agaknya aku bergerak secara slow motion kot. Tak apalah, nasib baik aku tidak bergerak dalam keadaan rewind. Konfius pulak semua saraf aku nanti.

Tadaa, terpampanglah siaran Ceria. Tengah iklan cerita Geng Bas Sekolah. Aku siap ikut nyanyi lagi lagu tema dia.

"Mama, ni bukan Ceria ke??"
Aiseh. Sudah mahu berjustifikasi dengan aku la tu.

"Eh, dia dah ada balik la. Tadi Ceria cakap dia nak pergi makan Nasi Ayam Baser dengan kerabu mangga. Dah balik makan la tu."
Ayat kena mau power,beb. Nak buat cover sebab dah kantoi.

Rupa-rupanya, tengah cerita Ultraman Cosmos tu la. Aku dah haw-haw menguap. Aku heran jugak. Dari aku kecik, sampai la aku besar, tak habis-habis raksasa menyerang Jepun. Ultraman pulak sungguh aktif mengembangkan zuriat. Ada aje keturunan yang berjuang demi menyelamatkan dunia dari raksasa.

Lantak kau la raksasa. Jangan kau serang rumah aku, sudah.

Tengah aku syok-syok buat-buat baca bil elektrik aku, tetiba Eizzah Nur jerit.

"Mama!! Mama!!"

Cepat-cepat aku letak bil elektrik dan capai bil air.

"Apa dia??"

Dengan sengih yang lebar, dia jawab,

"Mama, ni la Musashi mama." sambil menunjuk pada sorang mamat Jepun kat dalam TV tengah cakap-cakap kat ofis dia. "Eizzah Nur nak kawin dengan Musashi."

Terkejut. Tangan pegang jantung, macam gaya Datuk-datuk dalam drama TV sebelum kena serang heart-attack. Kawen?? Bila korang bercinta? Nak kata family yang arrange, aku tak tahu-menahu pulak...

Blom sempat aku tergolek, aku terlihat satu adegan yang mengagumkan aku dengan pilihan hati anak aku tuh.

Aku tengok mamat Musashi tu bertukar menjadi Ultraman...

Dan terus berlawan dengan raksasa tu sampai la raksasa tu kalah. Aku siap bagi sokongan lagi, macam tengah tengok gusti pulak.

Oh, terharunya aku. Bakal menantu aku Ultraman rupanya. Jangan masa majlis akad nikah kau bertukar jadi Ultraman, sudah. Habis roboh rumah aku karang. Habis semua orang lain tak dapat kahwin lepas tu sebab tok imam kena hempap bumbung.

Dan nampak gayanya, raksasa datang serang rumah aku pulak la lepas-lepas tu...

Aku kena tanya bakal menantu aku tu la, gaji dia kerja jadi Ultraman tu banyak tak. Nak suruh support sepenuhnya kos membaik-pulih rumah dan juga kawasan kejiranan aku ni. Sebab raksasa yang datang tu suka sangat sembur api dari mulut. Takpelah, dari sembur api guna kentut.

Lama kemudian.

Laki aku balik dari kerja. Pun kena tengok siaran ulangan Ultraman petang tadi punya. Muka dah tensen tahap orang yang kena pakai kostum berlakon jadi Barney.

Bila sampai adegan yang sepatutnya, aku sound,

"Itulah bakal menantu abang. Hensem, kan?"

Friday, May 28

Selamat Hari Che Gu!!

Sekali-sekali aku menulis, nak juga rasanya aku menghayati pengisian penulisan yang aku ingin sampaikan tu.

Aku bukan suka-suka nak menulis sekadar untuk menunjukkan aku bagus (walaupun memang betul = keh keh keh), anak-anak aku comel (pun betul jugak = *buat muka serius*), atau apa-apa sahaja aktiviti aku di sekolah / rumah / di mana-mana sahaja (walhal memang pun aku nak cerita, tapi sebab kemalasan tahap maksima, tu yang korang tak berjaya membacanya)

Asalnya aku mewujudkan blog ini untuk memaklumkan perkembangan (bukan dari sudut tubuh badan) aku, eh, anak-anak aku kepada grandma dan atuknya.. Tapi semenjak dua menjak aku dilanda kemajuan dalam bidang IT (yang mana orang lain dah lama tau, aku je baru nak maju. Pedulik ahh, aku punya suka laa), rupa-rupanya ada cara lain yang lebih baik untuk aku memberi maklumat perkembangan sosial, mental, emosi, rohani dan jasmani (pergh, merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara seh) anak-anakku itu kepada atuk dan grandma mereka. Juga kepada orang lain yang mahu ambil tahu.

Jadi, di sini aku akan meng'up-date' (tak kira... ada ke takde perkataan nie, aku nak guna jugak) blog aku dengan apa yang mengelilingi atmosfera hidupku semenjak dua menjak nie........

Paling aku tidak lupakan, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Bukan sebab aku dapat banyak hadiah (thanks to semua, cikgu sayang korang), atau sebab aku dapat anugerah 'Guru Paling Sporting' (thanks to semua yang mengundi), atau sebab aku pakai baju kebaya hitam bling-bling yang telah kembali muat (sebab aku telah kembali ke saiz XS dari saiz M)....

Tapi kerana kejadian sedih (bagi aku) yang menimpa sekolahku..

Huh, korang nak harap aku hurai?? Boleh blah!! Takkan aku nak bocorkan benda tak elok tentang sekolah aku sendiri?? Kau boleh panggil aku hipokrit, tapi sila rujuk kamus betul-betul sebelum menggunakannya, ya? Jangan pulak kau yang malu besar sebab salah guna perkataan dengan orang yang hebat seperti aku... Lallalaa~~

Aku hipokrit jika aku tak mengaku bahawa ada masalah besar yang sedang menular di kalangan pelajar berbilang kaum di sekolah aku. Tapi, aku mengaku. Aku tak menafikan. So, hipocrite is definitely not suitable to be used here. Sila berambus dengan Kamus Dewan versi anak-anak tadika di tanganmu itu, ya?? Sila pakai kamus BESTA, macam aku....

Aku kira, aku sekadar tidak mahu mengongsikannya bersama-sama kamu sahaja. Peduli apa aku. Blog aku. Dan aku sedikit kesal dengan tingkah beberapa anak-anak didik aku yang tidak berapa nak malu mendedahkan aib sekolah mereka di dalam 'Buku Muka'. Come on la wei, kamu mesti rasa cukup bangga, padahal orang lain pandang kamu macam hapa. Elok-elok orang tak tahu apa-apa, dah jadi semua orang tahu. WTH??

Ini cerita lain.

28 Mei 2010. Sejurus selepas aku sign kedatangan.

Abang Samsul, PAR sekolah aku memanggil aku dengan gaya serius. Aku dah terasa macam hero cerita Mission Imposibble dah. Dengan was-was, aku pergi la dekat Abang Samsul.

"Nah, surat anugerah"

Anugerah apa pulak? Aku rasa aku memotong lori ais kat depan Petronas
dengan lagak bahaya ala-ala Tokyo Menjerit tak sampai 10 minit pun lagi. Takkan terus dapat anugerah dari polis trafik, kot? Sejak bila pula mereka menjadi begitu efisien??

'Diam la, dowh... Dari orang tak tau, semua orang tau ko memandu secara merbahaya. Baca dulu surat tu, boleh tak?'

'Owh, ok. Maaf ye encik akal? Encik hati terover sedikit'

Sempat lagi hati dan akal aku bergaduh pagi-pagi hari begini. Tak ajak aku join sekali pulak tu.

Rupa-rupanya, surat menjemput aku ke Majlis Hari Guru Peringkat Daerah. Kenapa pulak sampai kena jemput nie? Diorang nak suruh aku bukak gerai jemput-jemput ke?

Aku pun membayangkan jenis jemput-jemput yang aku tau. Jemput-jemput pisang, jemput-jemput tepung, jemput-jemput segera Adabi..... Ish, mampu ke aku bukak gerai dengan menu terhad macam tu? Aku dah berkira-kira nak pergi beli mesin buat ABC...

'Woi!! Baca bagi habis la dulu surat tu!! Ko nie kenapa sengal benor di pagi-pagi hari ni?'

Tu dia, punya la marah encik akal, sampai habis terkeluar slang Perak.

'Ye la, ye la....'

Rupa-rupanya......
Alhamdulillah, cubaan pertama aku berjaya. Aku dapat tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi bagi kategori guru. Aku sendiri macam tak percaya bila aku tengok nama aku kat surat tu. Yelah, aku bukan cikgu bahasa, beb. Aku cikgu Biologi. Biologi!!

Tak sangka, aku masih lagi mampu menulis, setelah sekian lama aku meninggalkan arena penulisan.

Bila aku baca balik, aku dah gabra. Sebab sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi akan diadakan di Dewan Seri Habab, kat SMK Tun Habab. Aku nak pergi dengan siapa? Aku bukan berani sangat nak bawak kereta pergi tempat yang aku tak biasa nie......

Setelah 18 minit aku berfikir nak ajak siapa, barulah aku perasan....

Aku tak biasa bawak kereta pergi SMK Tun Habab adalah kerana....

SMK Tun Habab terletak betul-betul depan sekolah aku je.

Selama nie aku pergi sekolah tu jalan kaki je dari sekolah aku, selepas aku parking kat sekolah aku...

Patut la pun....

Wednesday, May 5

Tiada lagi lucah kali ini....

Ubah cara memblog. Saja, suka-suka..

Mula-mula an, gua nak ucap Hepi Besday laa untuk adik gua,

Muhammad Qusam bin Zainal Abidin.

Gua terlambat sehari. Takpe ahh, janji gua ingat.

Lu dah umur 16 tahun, beb. Lu kena belajar terima kenyataan yang semua benda takkan berlaku ikut lu punya suka lagi. Lu kena belajar terima pendapat orang, dan lu kena faham apa yang berlaku tu, adalah ketentuan Tuhan. Apa, lu ingat gua lu, gua lu, gua tak pandai ceramahkah??

Hehe, semoga sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan, rezeki dan hidayah berpanjangan, insyaAllah....

* * *

Dua hari lepas, aku marah-marah. Ya, di samping faktor PMS, aku marah-marah juga sebab Eizzah Nur. Hobi barunya adalah meng-off dan meng-on air cond sesuka hati. Patut la aku tengah tidur depan TV tu kejap-kejap rasa sejuk, kejap-kejap rasa panas, kejap-kejap rasa sejuk balik. Pastu kaki aku je yang sejuk, badan aku panas.... Oh, patutlah, Zikri tumpahkan air atas kaki aku rupanya....

Zikriiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oops, terlupa... Tengah blogging. Okay, control macho semula.

Jadi, selepas itu, aku pun meneruskan proses marah-marah. Tetapi masih dengan gaya keibuan yang hensem-lah. Taklah sampai jiran tetangga aku dengar suara aku. Marah anak-anak kecik, tak payah la nak menjerit-jerit. Bukan dia peduli pun apa yang kamu jeritkan itu. Nanti nak masuk Konsert Prelude AF, tak ada suara pula.

Kemudian, aku rasionalisasikan marah-marah aku itu. Konon macam main psikologilah. Walhal anak aku bukan ambil tau pun apa itu psikologi. Alasan dia, "Tak masuk periksa la, mama".

Okay, alasan itu aku reka.

Aku pun terangkan pada dia,

"Mama marah sebab mama sayang. Kalau mama tak marah, itu maknanya mama tak sayang kakak. Mama nak kakak sentiasa jadi anak solehah. Faham?"

"Emm, faham." (Entah iya, entah tidak. Sebab masa aku cakap itu, dia sedang menonton Upin dan Ipin di YouTube.)

Esoknya.

EIzzah dan Zikri bergaduh berebutkan mainan. Disebabkan statusnya sebagai kakak, jadi dia menyalahgunakan statusnya itu untuk memarahi adiknya dengan pitching yang amat tinggi. Bingit telinga aku.

Jadi, untuk meraih simpati (sebab dia tak dapat balas balik hujah-hujah kakaknya yang amat petah itu. Macam mana nak balas, pelat) maka Zikri pun meraung sambil berguling-guling dengan pitching senada kakaknya. Double bingit telinga aku.

Jadi, aku pun tolong menambahkan lagi kebingitan telingaku sendiri.

"Kakak!! Kenapa marah adik??!!"

Jawapan dia?

"Mama, Eizzah Nur marah sebab sayang la mama. Kan mama marah Eizzah Nur sebab sayang. Eizzah Nur sayang adik, Eizzah Nur marah la adik..."

(Dia menggunakan nama penuh sebagai ganti nama diri. Dan umurnya 3 tahun 5 bulan.)

Jadi, kamu beritahu aku...

Adakah aku terperangkap dengan rasionalisasiku sendiri??

Aku konfius.....