Wednesday, January 21

.. Shopping ..

Aku baru tahu gaji dah masuk hari Isnin lepas. Kebetulan ayah suruh aku dan Kak Yi pergi cari farmasi, belikan cream utk Zikri. Ntah laa anak teruna sorang tuh, kulit dia macam allergic. Ayah cadangkan ke PKNS Bangi, so aku plan nak shopping la sket, cari apa-apa yang patut.. Kan dah nak start mengajar, so berkobar-kobarlah.

Plan nak pergi pagi, tapi takut rushing nak hantar Qayyim gi sekolah, so kitorang keluar petang lepas dah hantar Qayyim dan ambik Danial. Pergi berempat jek, aku, kak Yi, Eizzah Nur dan Eizz Zikri. Sampai je, tempat pertama yang dituju adalah..... MESIN ATM!! Dah lama tak cucuk duit.. Dalam pantang nie, semua benda bayar guna maybank2u je.. Senang, perbankan di hujung jari laa katakan..

First place dituju, bukan farmasi pun, tapi kedai baju baby..Hehe~ Terlebey sudah.. Nampak sangat memang niat lain dari arahan ayah.. Kuang3.. Kedai tu kata (kedai bleh bercakap?? Hmm, berfikir seketika ~.~) ada sale 50%.. Tapi rasanya tak semua kot, ada jek yang harga masih mahal.. Aku carik kat area yang agak murah je (tapi tak murah sangat jugak). Lepas beberapa diskusi (pergh, ayat... Mcm nak buat tesis jek) antara aku ngan Kak Yi, so kitorang decide nak beli sepasang baju untuk Eizzah Nur, dan booties untuk Eizz Zikri. Saja tak nak beli baju untuk Zikri, nanti dia cepat membesar, rugi...

Dan inilah hasil pencarian kami dalam keadaan kalut sebab mood Eizzah Nur kurang baik.. Dia tak cukup tidur.



Booties Eizz Zikri dari jenama Fiffy


Baju baru Eizzah Nur dari jenama O'Dear


Eizz Zikri yang tersenyum gembira mendapat
booties baru..


Aku pun ada gak beli sesuatu, sepasang baju kurung untuk dibawa mengajar nanti. First time aku beli baju kurung yang mahal, ratus-ratus gitu. Tapi untuk kepuasan hati, apa salahnya.. Dah lama tak berbelanja untuk diri sendiri. Lagipun dah tanya abang, dia kata dia nak belanja.. Yey~ \(^O^)/
Akan kucari lagi barang-barang lain untuk dibelanja olehnya.. Thanks abang.. (Walaupun sms nya berbunyi "Baju dah tak muat almari pun nak beli lagi ker.. Teruk tol la". Haha~)
Ala, abang kan sayang saya, kan?? Hua hua hua~


Nota di kaki : Nak balik baru pergi farmasi, tapi pharmacist tak ada. So?? Tak beli jugak laa cream Zikri (dah agak dah wakakkaka~)

2 comments:

aizuemi said...

cantek baju eizzah!!!

Yong Zahura said...

Auntie Ju dia yang pilih
Sebab mama dia dah weng
Tgk baju cantik banyak sgt!