Tuesday, September 8

Apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak, Apa diharap pada bola bowling nombor 9, asyik longkang strike tak jugak...

Wargh... Lama giler tak update. Anak murid kesayangan aku, Syukhaimi sudah pinjam aku punya broadband hujung minggu lepas. Bila aku tanya abang dia Syukri, katanya mamat tu takde benda lain, melayan MySpace. Pantang ada awek cun, dia add. Pantang ada awek cun, dia add. Kalau begitu, aku mahulah mencari gambar awek cun yang bersepah di dunia maya ini, dan mengaku itu gambar aku. Tentu Syukhaimi akan add aku juga. Wah ha ha ha.... Tetapi aku bukannya ada MySpace pon. Cheisss... Bikin rugi masa kamu sahaja membaca. Hahaha. Memang aku berniat pun untuk membikin rugi masa kamu. Sebab kalau kamu tak ada masa dan banyak kerja, takkan kamu melangok di hadapan monitor komputer kamu itu dan membaca blog aku, kan? Kan?? Kan???


Hari Khamis yang lepas, aku cat rumah. Bukan aku cat sendiri, aku upah oranglah. Kalau aku cat sendiri, nanti aku terpaksa mengupah diriku sendiri. Nanti aku akan menjadi kedekut, dan sangat berkira. Walaupun dengan diri aku sendiri. Lebih baik aku upah orang sahaja. Sekurang-kurangnya orang itu yang akan mengira berapa upahnya.


Jadi, aku berpakat dengan anak-anak kesayanganku untuk ke Jusco Tebrau berjalan-jalan. Yelah, jika aku duduk di rumah pun tiada privasi. Proses mengecat memakan masa satu hari. Jadi, tamat sahaja waktu sekolah, aku terus balik ke rumah. Tak ada pandang belakang lagi. Tepat jam 2, aku telah pun berada di Jalan Mentimun 3, mengambil Syukhaimi and geng. Maka, pengembaraan kami bermula. Chewah, ayat tak boleh blah. Macamlah jauh sangat perjalananku itu. Tidak sampai setengah jam pun.


Akibat dari tersalah jalan, aku terbawak pula budak-budak ini ke Daiman Bowl. Alang-alang begitu, main bowlinglah dahulu sebelum ke Jusco. Walaupun berpuasa, aku rasa inilah antara permainan aku yang paling termenjadi sekali. Gila enjoy. Mungkin aku sedikit stress menguruskan Peperiksaan Percubaan SPM. Inilah cara aku nak hilangkan stress aku. Tapi penat. Penat ketawa. Lepas itu, bila tekak kering, baru perasan yang kami berpuasa. Ha kau, insaf seketika. Lepas itu ketawa lagi.


Ya, sebagai bukti, aku lampirkan gambar di sini. Wah, kenapa ayat aku seperti resume mahu meminta kerja? Entah, aku tak tahu jawapannya. Kalau kamu tahu, jawabkan untuk aku, ya??





Oh ya. Kami pergi berlima. Penuh Isaac @ Tengku Puteri Intan Jelita aku itu.


D = Donut @ Daniel
W = Wan @ Azwan
B = Best @ Akulah. Kan 'best' is my middle name... Hehe..
A = Amy @ Syukhaimi
F = Farid @ Farid-lah. Dah memang namanya Farid.


Walaupun aku kalah di tangan Amy, tapi aku berjaya termengalahkan orang lain, okay?? Tengok bezanya, jauh kan?? Tengok, aku siap bulatkan lagi 2 strikes dan 1 spare yang aku berjaya buat. Dan nilai point aku itu amat bermakna bagi aku. Sebab itu tahun kelahiran aku. Wah, terbangga aku seketika. Bukan sahaja seketika. Sampai sekarang, jika aku lalu di hadapan kelas Daniel, aku akan melakonkan aksi menggolekkan bola bowling. Supaya dia bengkek dengan aku. Hehehe~


Aku tahu, para manusia ego akan komen, eleh, point tak sampai seratus pun nak bising. Dahlah banyak longkang. Hello manusia... Ikut suka aku la. Nak longkang ke, nak parang ke, nak bunga lawang ke. Aku yang bayar, dan aku yang main. Bukan kamu. Jadi, tak payah la nak kondem aku, atau nak menunjukkan kehebatan kamu,ya? Aku tak ingin nak tahu. Cerita sahaja kehebatan kamu di blog kamu sendiri. Jangan menyemak di blog aku. (Amaran Kerajaan Malaysia).


Apa-apa pun, aku enjoy. Dan kami akan pergi lagi selepas hari raya. Sebab mereka-mereka (kesalahan tatabahasa. Sila jangan ikut) itu akan dapat duit raya, jadi giliran mereka pula untuk membelanja aku. Baiklah, akan aku tunggu. Biarpun aku rasa harapan untuk aku dibelanja itu adalah palsu.... Huhuhu~


Wah, aku terpaksa berhenti menulis. Sebab aku sudah mengantuk. Esok mahu bangun awal. Aku juga sudah menghitung hari untuk pulang beraya. Dan mengikut perhitunganku menggunakan kalkulator biologi dalam badanku sendiri, aku akan 'Abc' lagi hujung minggu hadapan. Wah, banyaklah puasa yang harus kuganti.


Dari tadi mahu tidur, belum juga aku tidur. Jadi haruskah aku tidur atau biarkan sahaja tidur itu menidurkan aku?


Ya, fikirlah kamu sehingga kamu yang tertidur.


Dan aku masih juga di hadapan komputer aku, bermain game Zuma.


p/s : Cuba teka berapa banyak perkataan yang ada imbuhan 'ter-'? Jika terbetul, aku terbagi duit raya. Eceh, terberjanji laa pula.




4 comments:

Anonymous said...

ckp psl OTM kan,teringat my old friend masa form 3,rajin sgt tiru my answer masa exam.sbb masa form 3 almost semua objektif,so dia bagi mechanical pencil,tulis no 1 sampai la no soalan laston a piece of small paper yang dimasukkan dlmpencil tu,then i fill in the answers.stgh jam b4 masa hbs,i will go to the toilet,letak pencil tu kat booth yg dah dijanjikan,then dia akan pick up la.n yang bangganya,x penah kantoi tau.so,x pyh la nak guna sign language garu dahi la,bersin la etc...buang karan je.buat confuse je.hahaha...

Yong Zahura said...

Perasan tak....
Macam mana sekali pun my friend berpakat nak meniru dgn i, at last i tak buat pun. I jawab sendiri je.
Sebab i tak nak ada orang lain yg akan merampas takhta nombor 1. Itu nombor, i yang punya.
Pernah jugak i jawab lain, i bagitau my friend jawapan lain. Punyalah dengki...
Entry OTM itu adalah untuk mengingatkan kembali betapa comelnya kitorang dulu..
Sebab hanya orang comel je yang boleh come out dgn idea yg comel begitu, ngerti pak??
^_^

aizuemi said...

aku juga join team OTM.. tp bila aku rs jawapan kwn aku mcm x ckup Ummmpphhh, aku kekalkn je jawapan aku.. dan.. aku sukses..

aku nyesal bg org mniru, sbb sejarah aku dpt A2, dan dia dpt A1.. stupid me~

Yong Zahura said...

Sebab tu aku tak nak bagi org tiru aku, Ngah.
Kan hang tau aku selalu dapat nombor 1.
Aku tak mau sebab aku 'baik hati' sgt tolong orang, aku pulak yang tak dapat nombor 1.
Rugi la aku.