Saturday, September 26

Edisi Raya 2

Waduh. Kalut. Ribut.

Tapi aku tetap merasakan Aidilfitri kali ini adalah antara yang terbaik. Di sebalik pemergian arwah. We miss you.

Inilah gambar yang aku katakan amat bermakna bagi aku. Tengok, arwah begitu gembira dengan adik aku Matt dan Angah Zulaika. Aku serius cemburu dengan mereka berdua kerana memiliki gambar kenangan seindah ini bersama arwah. Ini masa persediaan kenduri kahwin aku. Aku? Biasalah, berposing dengan 6 set persalinan baju.

Eh, tajuknya kan Edisi Raya. Maka, aku mahu ceritakan perjalanan hari raya aku kali ini.

Raya pertama :

Kami mulakan di rumah Serdang. Selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami pun bergambar dan terus memulakan perjalanan ke Johol, Negeri Sembilan. Pada kiraan aku, kereta yang searus dengan kami (dari Utara ke Selatan) dianggarkan berjumlah 648 biji. Namun dari arah bertentangan, aku rasa lebih kurang 962 biji.

Sampai sahaja di kampung, bersalam dan bermaafan dengan Uwan (nenek aku), Mak Tam, Kak Yong Anis, Mak Teh, Mak Cik JB, Mak Cik Tampin dan Mak Busu. Serta sepupu sepapat aku dah bersinar-sinar matanya menantikan duit raya dari aku. Sungguh rakus mereka itu. Yang tak tahan, ada beberapa penguin yang terus buka sampul duit raya mereka. Bila mereka melihat sahaja duit di dalam sampul, mereka tersenyum lebar tanpa kata-kata. Dan itu membuatkan aku tersenyum lebar juga. Tapi senyum mereka seperti Pink Panther, aku senyum seperti Kareena Kapoor. Aku sudah tekad. Kalau ada sahaja kedengaran suara sumbang yang berkata "Alah, *teett* ringgit je?", aku akan mengejar mereka walau sampai ke Negara China dan merampas duit raya mereka kesemuanya. Baru puas hati aku. Mujurlah adegan yang tak sanggup dilihat itu tidak terjadi. Kalau tidak, pasti nama aku akan disebut sehingga 40 keturunan. Kalah Mahsuri, tahu?

Kemudian, kami memfollow (wujudkah perkataan ini? Nanti sekejap, aku Google. Eh, macam tidak wujud) ayah dan ummi ke rumah saudara mara yang berdekatan. Tempat paling best beraya pada tahun ini dimenangi oleh rumah Wan Angah, sebab giler best berbual dengan Mak Chek Singapore, Auntie Su dan Ayie si-ustaz-yang-tak-bagi-duit-raya-tahun-ini. Tahun depan mesti bagi, tahu? Sampai ayah terpaksa memberi isyarat dengan muka yang dibuat-buat garang supaya kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak Godang. Hehehe.

Raya Kedua:

Sebelum pulang ke Serdang, kami beraya di rumah Pak Cik Tampin dan Mak Teh dahulu. Sayu masih terasa di hati apabila nama arwah masih menjadi sebutan di bibir Mak Cik dan Pak Cik.
"Tengoklah gambar konvo Angah, banyak gambar arwah dalam tu." Kata mak cik.
"Semua komputer dah ada wireless ni, arwah la yang buat. Pak cik mana reti," kata pak cik dalam loghat N9 yang pekat.

Di rumah Mak Teh, kami menjamu selera (baca : mengketedarah) soto yang ummphh. Bukan aku sahaja yang makan bertambah, malah suami aku, Eizzah Nur dan Eizz Zikri juga. Tetapi, ketika di rumah Pak Cik, mereka tidak makan nasi. Aku sudah makan nasi berlaukkan ikan tiga rasa hasil tangan Along Hafiz. Wah, adakah perkataan mengketedarah itu hanya sesuai ditujukan untuk aku seorang?

Jangan jawab.

Dan perjalanan pulang kali ini, aku sangat penat. Kereta sangatlah banyak di kedua-dua arah. Senang cerita, jammed weh. Kalau bawak bekal roti, dah kenyang agaknya kami makan roti bersapu jem. Faham maksud aku? Aku rasa, pergerakan kenderaan yang dibawa hanyalah selaju 17.5km/jam. Maka, aku pun tidur hinggalah sampai di Serdang.

Raya Ketiga :

Sepatutnya adalah perjalanan pulang ke Johor. Tetapi disebabkan ayah hubby tidak sihat, kami pulang dahulu ke Kemaman. Namun, ada perkara yang membuatkan aku betul-betul geram pada hubby. Kami bertolak dari Serdang melalui Lebuhraya Karak dan terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Ketika di R&R Temerloh, barulah suami mengkontek adiknya dan bertanyakan mereka di mana. Kamu tahu apa jawapan adik iparku? Mereka balik kampung di Besut. Besut, kamu tahu? Sudahlah kami telah melalui 3/4 perjalanan. Kenapalah beliau tidak menelefon dahulu sebelum bergerak pulang?

Plan seterusnya adalah ke Kuala Berang. Kampung aku sebelah Ummi. Tetapi dimarahi ayah kerana katanya sangat jauh. Jadi suami sudah memberi ayat memujuk kepadaku. Beliau mengajak aku bercuti sahaja di Cherating. Wah, sukanya aku!! Aku kembali ceria. Tiba-tiba mak menelefon dan memberitahu abang dan adik iparku ada di rumah. Jadi, kami kembali ke Kemaman, dan menunggu di rumah sehingga mereka pulang dari Besut keesokan harinya. Dan janji suami untuk membawa kami ke Pantai Kemasik juga tidak ditunaikan. Geram.. Geram.. Geram!! Tapi tidak mengapalah. Memang hajat di hati mahu berjumpa dengan mak dan ayah.

Raya Keempat :

Bertolak dari Kemaman jam 8.30 malam. Tiba di rumahku jam 2.30 pagi. Senario sepanjang perjalanan? Gelap. Sejuk. Hujan maha lebat. Suami berpandangan kabur. Siaran radio tak dapat. Tetapi, trafik agak lengang. Best juga. Anak-anak tidur dari Kemaman sampailah ke Kota Tinggi. Kemudian mereka tidak tidur sehingga jam 4.30 pagi. Tahniah untuk aku kerana terpaksa menemani mereka. Hehehe.

Itulah cerita raya aku kali ini. Tak pernah lagi rasanya balik ke semua kampung seperti tahun ini. Mujurlah kami tidak jadi ke Kuala Berang. Mungkin Hari Raya Haji nanti. Aku mahu pulang juga. Akan aku paksa suami aku. Dapat ke?? Macam aku pula big boss...

Edited :
Terlupa pula aku mahu mengulas game Manchester United vs Manchester City pada malam raya pertama itu. Aku pow sahaja dari blog adikku Qusam. Sama aje luahan hati aku dengan dia.
*Teks yang aku rembat. Halal ye, Qusam?*

Malam itu , bermulanye Old Trafford di hadapan TV LCD di kampungku . Muahaha , best sudah match td . Berdebar mcm ape ntah tgk match tadi . Fuhhh , Ferdinand is a S*** . Suke wat sial . Nasib baik Michael Owen jd hero daa . Rooney-1 Fletcher-2 Owen-1 vs Bellamy-2 Barry-1 . Sume dah kutuk kutuk daa waktu Ferdinand wat sial td , tp my heart ttp di Manchester United wehh .

Ha, bahasa tidak enak didengar itu, aku tidak approved, okay? Cuma aku sangat malas mahu mencari sinonimnya dalam bahasa yang paling sopan di dunia ini. Redha ajelah ya, Ferdinand? Dah memang betul pun kau tuuutttt...



3 comments:

Nurissa said...

yong...umi tanya siapakah yang berbaju biru dalam gambar tu..??huhu

Zaem Hayes said...

ouh gambar ni ada dlm album kawin hang jgk an?

yang baru biru tu hensem jgk ohh =D

Yong Zahura said...

Adakah anda yakin bahawa yang berbaju biru itu hensem??

Macam tidak...

Yi, jawab ngan ummi, aku pon tatau siapa yang berbaju biru itu.

Hahaha.....