Thursday, August 2

Senarai Menu Berbuka Puasa Lagi. Kali ni ada resipi sikit. Haha. Resipi kunun. Padahal campak-campak ja.

Semalam henfon aku buat hal tak leh gigi biru dengan laptop aku. So aku tak dapat nak transfer gambar dari fon ke laptop. So, terus malas nak update. Usha-usha baju raya online tapi takde yang berkenan. So aku pun offline je la.

Sekali balik sekolah nie, try bluetooth lagi. Eh, boleh la pulak. Tu yang terus tak bertangguh update blog tu. Kalau tak, mau lagi sebulan la aku update.

So, disenaraikan lagi apa juadah iftar aku dan family.

Puasa 10 : Nasi putih, ayam percik, apam coklat, air teh bunga --> ni bazar second round. Sebab penat masak nasi ayam masa iftar 9. Hahaha... Terer giler wat alasan nak ajak Encik Suami pergi bazar.

Puasa 11 : Sila rujuk gambar. Cheh, saja nak wat entry bergambar jugak tuh... Hahaha...


Ni la dia rupa sup cendawan + fishball aku tu. Kali ni up sikit. Ada tambah suhun..

Rupa-rupanya, ada jugak orang yang berminat dengan resipi primitif aku ni. Hehe.. Ada jugak la yang tanya-tanya resipi sup ni bila aku up wall post kat FB. Bila aku bagitau resipi ni, korang jangan ketawa pulak. Sebab serius ni resipi reka dan campak. 

1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai layu.
2. Masukkan air ikut berapa banyak fishball dan cendawan yang korang nak masak, dan berapa banyak kuah korang nak.
3. Lepas dah mendidih, masukkan fishball. Tunggu sampai masak.
4. Bila dah didih lagi, masukkan cendawan dan suhun.
5. Kacau sekejap, masuk garam. Bila dah ok rasa dia, tutup je api.

See, senang kan?? Tak sampai 10 minit dah siap. Ni aku panggil resipi back-up kalau dah tak sempat nak masak yang lain-lain. Mujur Eizzah suka.


Ni popcorn chicken. Meh aku bagi resipi meh.

1. Pergi ke mana-mana supermarket atau kedai yang jual frozen food berdekatan rumah anda.
2. Beli sebungkus popcorn chicken. Bayar, bawak balik rumah.
3. Goreng sampai keemasan. Jangan jual pulak kat kedai emas.
4. Hidang.

Cheisss.... Senang tahap dewa.



Lauk ni aku tak tau panggil apa. Tapi kalau korang google 'resipi daging yang mudah' aku rasa korang akan dapat link dia dalam MyResipi. Aku suka sangat sebab senang dan sedap. Pun aku panggil resipi backup jugak.

1. Hiris daging nipis-nipis. Aku syorkan korang pakai tenderloin atau daging batang pinang sebab cepat empuk.
2. Gaulkan dengan rempah kari dan kicap manis. Perap ikut suka hati korang. Kalau korang buat awal, perap la lama. Kalau korang tak perap pun tak apa. Goreng je terus lepas gaul sebati.
3. Goreng dengan minyak yang sedikit sampai daging garing. Angkat dan hidang. Sedap wohh...


Eh, pernah wonder tak kenapa aku asyik amek gambar direct dari kuali atau periuk? Mana ada aku hidang atas pinggan, siap wat deko Masterchef ke hapa, baru amek gambar, kan? Sebab apa nak tau? Sebab setiap kali aku lepas habis masak, Najlaa akan bangun tidur. So, bab menghidang tu adalah automatik suami aku kena buat. Kalau Encik Suami yang buat, ikut suka dia la pinggan apa yang dia nak guna. Biasanya dia guna pinggan hadiah sabun Daia tu. Huhu. Deko? Lagilahhhhh.... Harapan je la.. So, sama je kalau aku ambik gambar terus dari atas dapur aku berbanding dengan dari atas pinggan. Hahaha~


Okeh, dah. Nak pergi menyibuk tengok orang masak apa hari ni. Hehehe....



5 comments:

::alifdalmim:: said...

resepi2 ringkas ni berguna sangat masa ayie duduk Jordan dulu...semua nk senang jer...siap 'googling' lagi resepi yg senang nk masak..hahaha

aizuemi said...

taleh blaaa resipi pop corn chicken kao

Yong Zahura said...

Ayie : yup. berguna jugak untuk kak yong di kala2 nak cepat masak kalau najlaa dah mengaruk.. hehe. sama la kita. kak yong google jugak....

Ngah aizuemi : hahahaha... dah tu resipi aku pakai. nak wat camno? haha!!

adeqs comeyll said...

leh tiru la nnt ble nk masak dkt sne..
tp y popcorn tu mmg xley blah...mmg xnk tiru.haha~

k.yong, kteorg dkt mesir lg dasat...hidang ngn periuk2 tu..malas nk hidang..haha~ :p

Yong Zahura said...

Adeq : Ada kalanya kak yong juga begitu. Dah kalut sangat, kak yong angkat je sume periuk nasi periuk lauk bawak pegi depan... kah kah kah~~~
Hebat gitu :)