Monday, June 22

..Bersyukurlah dengan nikmat-Nya...

Aku ada keluarga aku sendiri. Yang amat aku cintai.



Aku ada ahli keluarga. Ummi, ayah, adik-adikku
(dari kiri: XXX dukung Zikri, Qusam, Ummi, Danial, Yi, Qayyim,
Ngah @ Aizuemi, aku, suamiku dukung Eizzah dan ayah) I love you all soooooo much!!!!!

Ummi dan ayah - Idolaku, my eternal love, my everything. Mmmuahhh!!

Anak-anakku Eizzah dan Zikri. Jadilah anak-anak soleh dan solehah.
Moga doamu pada mama dan abah menyinari kami di alam barzakh nanti, ye sayang??

Suamiku tersayang, Salim bin Ismail. Ku milikmu, rite?? ^_^

Kadang-kadang aku terfikir jugak..
Apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup aku nie? Kadang-kadang aku rasa macam ada benda yang aku nak, tapi aku tak dapat. Aku nak apa yang orang lain ada.. Dan aku keluh kesah dengan perkara yang aku tak ada...

Contoh...
Aku nak rumah yang cantik, dan stylo, ala-ala di'interior design'kan oleh Eric Leong (Deko bersama Eric) tu..
Tapi aku tak dapat,sebab aku tak berani nak mengeluarkan belanja banyak-banyak pastu berisiko ditenggelamkan air (ya, rumah aku berada di kawasan banjir besar yang melanda Johor pada 2007 yang lalu. Dan rumah aku hanya kelihatan bumbung sahaja..)

Contoh lagi...
Aku nak pakai kereta besar, yang boleh memuatkan ahli keluarga aku yang berkebarangkalian untuk semakin bertambah nanti. Agaknyalah.. *naughty grin* Seriously, aku mengimpikan MPV berjenama dari Jepun, bukan setakat kereta sedan ataupun kereta kecik-kecik..
Tapi aku tak dapat, sebab masalah-masalah kewangan yang terpaksa aku hadapi implikasi dari banjir besar itu jugak. Kerosakan barang-barang rumah, tekanan dari pihak bank yang tak memahami (demn yu EON Bank) malah kereta yang 2 minggu berendam dalam air juga memaksimumkan perbelanjaan aku. Aku tak dapat claim insurans berbelas-belas ribu (rezeki selepas bencana) seperti yang diperolehi oleh kawan-kawan aku yang lain.Sebab? Ketika itu aku sekadar menyewa, bukan rumah aku sendiri lagi.

Contoh jugak...
Aku nak TV LCD 42" untuk menghiaskan ruang tamu rumahku yang bagi aku agak biasa-biasa itu. Aku tak dapat bayangkan seronoknya aku menonton TV besar gabak sampai jerawat pelakon-pelakon drama pun terserlah kelihatan (walaupun) di sebalik mekap 4 kaki yang dikenakan oleh mekap artist. Ahaha~
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah ada sebuah TV yang aku ambik dari Ummi masa zaman bujang (mekasih Ummi!!). Dan sebuah lagi yang telah aku dan suamiku kongsi beli semasa kitorang ingatkan TV yang Ummi bagi dah rosak (rupanya boleh baiki lagi. Dan kitorang baiki). Dah ada 2 TV tu, kalau nak beli jugak TV yang lain lagi, memang nak kena laa dengan suamiku itu!

Pun contoh...
Aku nak selangsing dan sekurus dulu. Ketika aku berada di zaman persekolahan dan zaman U. Aku rasa aku akan lebih selesa untuk menggayakan sebarang jenis pakaian. Sampai ada kawan lelaki (bukan kekasih, harap maklum) aku menamakan aku sebagai "Yong 36.5" dalam handphone-nya. Ya, berat aku adalah 36.5 kg pada masa itu. Dan tinggi aku 148 cm. Silalah kira BMI aku. Tapi masa itu, aku benar-benar mengalami inferiority complex pulak. Aku merasakan aku tak cantik untuk bergaya. Malah ada je warna pakaian yang aku rasa tak sesuai. Pada aku.
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah beranak dua. Sedikit sebanyak (bukan sedikit tapi banyak!!) ada pertambahan pada figure aku. Tisu-tisu adipos aku semakin menambahkan stoknya. Jadi, aku merasakan figura aku semakin tidak comel. Pada aku.

Tapi kan...

Aku sedar, banyak yang aku ada, mungkin orang lain tak ada..

At least, aku ada rumah. Rumah aku, yang dibeli dengan loan kerajaan dan dibayar oleh aku, tiap-tiap bulan melalui potongan gaji aku. Ada tempat berteduh, tempat berlindung, tempat beramal, tempat bergelak ketawa, tempat menceriakan hari-hari aku dengan gelak tawa anak-anak, tempat bermanja dan bermesra bukan setakat dengan suami,malah dengan ahli keluarga yang datang. Tak kira dari Serdang atau dari Kemamang (ahaha~ nak bagi bunyi sama). Tempat kawan-kawan nak datang buat kerja atau saja-saja datang melawat. Tempat anak-anak murid nak datang bertanya, soalan apa nak masuk periksa cikgu? (Korang ingat cikgu ni Lembaga Peperiksaan ke?)
Alhamdulillah...

At least, aku ada kereta. Kereta aku, yang dibeli dengan loan bank dan dibayar oleh aku, tiap-tiap tiap bulan melalui potongan akaun bank aku. Boleh bawak balik kampung, boleh bawak pergi sekolah,boleh bawak pergi shopping, boleh bawak anak-anak pergi jalan-jalan, boleh bawak anak murid pergi sukan/kuiz/aktiviti lain, boleh racing..(hmm, point terakhir nie, ada SEORANG sahaja yang faham. Tapi bukan suami aku.)
Alhamdulillah...

Yang ketiga tu, malas nak hurai. Anggapkan sahaja syaitan memanggil-manggil aku untuk melakukan pembaziran. Nyah kau, setan!!! Zaman sekarang nie, membelilah secara bijak. "Inflasi sifar wawasan kita, harga berpatutan menawan ibu....blablabla" Sila rujuk iklan tepung susu Everyday zaman dulu-dulu...
Alhamdulillah...

Rupanya, aku je yang rasa aku lebih comel pada masa dulu itu. Pertemuan semula aku selepas hampir 4 tahun tidak berjumpa dengan sahabat yang amat aku sayangi (terima kasih Cik Sabariah Taib, SMK Rengit) menyedarkan aku bahawa aku telah diberi bentuk tubuh yang lebih baik dari sebelumnya. Aku tak kata menarik, aku kata baik. Susuk tubuh yang terlalu kurus dahulu menyebabkan aku sebenarnya kelihatan sakit-kata Saba. Aku benar-benar berharap aku tidak kelihatan anorexia dahulu. Malu seyh~ Sekarang, aku lebih yakin untuk bergaya. Kebaya singkat pun aku belasah. Hmm... aku lebih comel agaknya sekarang... Ahaha...
Alhamdulillah...

Moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kamu. Baik pada mata kita, tak semestinya baik pada mata orang lain. Lirik lagu favourite aku untuk kita renungkan bersama..


Apa yang ada, jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar barukan terasa, bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman...
(Kumpulan Saujana-tajuk aku lupa)

Tepat, kan??

2 comments:

aizuemi said...

aku ske baca entry ni~!
bsyukur dgn ape yg kita ada.. ada juga apa yg kita ada, tp org laen takde..

* teringat dulu ko ske kutuk aku gemuk, hahahhaha.. skrg tuhan da balas kat ko~ dan mungkin lepas aku gelakkan ko ni, Allah balas kat aku plak.. mintak2 dijauhkan..

Yong Zahura said...

Wei, aku lom abis tuh...
Skrg, aku tak cikeding, tp aku dah seksi...
Wahhaha~
Aku tak gemuk...
Lallala~