Saturday, June 27

..Dialog Aku..

Aku kat sekolah hari nie..


"Apa?? Sekolah?? Hari nie hari apa?"


Hari Sabtu laa, kenapa?


"Bukan hari Sabtu cuti ke?"


Dah nak buat macam mana, kena ganti cuti Hari Raya Puasa laa. Orang lain mana ada yang kena ganti, kan?


"Emm, macam tu ke.. Eh, ok laa tu. Lagipun cikgu kan banyak cuti..."


Ye ke banyak? Mana ko tau? Ko cikgu ke?


"Yelah, dah asal budak cuti, cikgu pun cuti. Lebih-lebih lagi cuti hujung tahun. Sebulan tu!!"


Ooo, cuti hujung tahun tu je laa yang orang nampak. Tapi ada tak korang nampak BEBAN tugas kitorang SEPANJANG tahun? Orang lain masuk pukul 9, balik kul 5. Mungkin dah tak ada apa yang dibawa pulang ke rumah. Tapi kitorang, banyak lagi tau. Buku nak ditanda, handouts nak dibuat, preparation untuk mengajar.


"Bukan sepanjang tahun, kan??"


Siapa kata? Tak berhenti-henti tau, start dari hujung tahun. Cuti nampak macam banyak. Tapi ada tak orang nampak kalau masa cuti tu kena pergi kursus ke, kena datang sekolah untuk siapkan kerja ke. Ramai sangat yang tumpul akal fikiran dengan tugas cikgu zaman sekarang, tapi nak cakap banyak, macam hebat sangat. Ada aje yang tak puas hati dengan cikgu. Kenapa? Ada masalah?


"Ntahlah, mungkin diorang rasa tugas cikgu nie senang. Banyak cuti"


Itu aje point yang korang nampak. Sebenarnya, para guru memang deserve cuti lama tu tau. Sebab kalau dihitung tugasan yang dibuat sepanjang tahun, cuti tu sebenarnya ruang untuk bernafas lega. Nak kena bagitau ke..


- Kamilah guru yang mengajar apa sahaja subjek yang diberi. Mungkin opsyen. Mungkin bukan. Ditambah lagi dengan nak menanda buku-buku latihan dan nota, membuat, menaip, meriso, mengstapler, menguruskan kertas periksa dan juga menanda kertas periksa itu.
- Kamilah guru yang menjadi orang gaji, nak memastikan kebersihan kelas.
- Kamilah guru yang menjadi kerani. Menguruskan sebarang urusan surat menyurat, borang-borang, fail-fail, buku rekod, buku penyata, borang disiplin dll.
- Kamilah guru yang menjadi ahli jawatankuasa untuk bermacam-macam acara tahunan di sekolah. So, kitorang boleh jadi tukang kebun, pakar PA sistem, interior designer, tukang sapu sampah, malah tukang masak dan tukang bancuh air juga.
- Yang paling penting, nak mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Tapi kalau ada pihak yang tak boleh nak faham, nak sentuh anak dia pun melenting macam monyet termakan cili, macam mana nak didik?


"Ntah, tapi mungkin cikgu sekarang denda tak agak-agak. Sebab tu ibu bapa marah"


Ye ke? Zaman kita dahulu kita dididik macam tu la. Cikgu marah, rotan, cubit, ketuk ketampi. Tapi kebanyakannya jadi manusia. Aku tengok budak sekarang sentuh tak boleh. Kena nasihat secara berhemahlah, kena guna pendekatan kaunselinglah, tapi aku tengok banyak yang jadi beruk. Dulu-dulu mana ada mat rempit, bohsia, buang anak sesuka hati. Sekarang? Budi bahasa budak sekarang pun dah jatuh menyembah bumi. Kurang ajar sesuka hati. Bukan pada cikgu saja, malah pada mak bapak sendiri. Tak ada cikgu yang gila, nak marah anak murid sesuka hati. Mesti ada kesalahan, barulah dimarah.


"Habis tu, apa ko nak buat?"


Aku siapa? Apa yang aku boleh buat? Cuma aku geram je nak sarankan.. Kepada mak bapak yang tak percaya pada guru yang nak mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan berjaya, apa kata korang ambik anak korang tu bawak balik rumah, mengajar laa sendiri. Kan korang hebat, sampai apa cikgu buat semua tak betul. Ajar laa anak korang tu, tengok macam mana. Aku cabar orang yang sewenang-wenangnya mengutuk cikgu tu, try jadi cikgu seminggu. Baru tahu macam mana stressnya. Tapi kami ikhlas. Orang yang tak faham tapi nak mengutuk, kitorang boleh jawab "Pegi mampus laa, apa aku peduli."


Nota di kaki : Luahan hati sendiri. Tidak berkenaan dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Ada kata pepatah, "Siapa makan cili, dialah yang rasa pedas" Tak payah laa nak marah-marah.

1 comment:

:: Alif :: Dal :: Mim :: said...

da jd cikgu baru la tahu mcmner cikgu sebenar...naik jelik dgn parents yg cuba berlagak jd cikgu kt sekolah..haish!..

best la k.yong..sek sabtu pun balik tghari..ayie sek ganti pun still balik petang...adoii..