Wednesday, August 5

.. Apa Kes? ..

Heeii...
Berapa lama aku sudah tidak memblogkan diri.
Aku sibuk ke? Bolehlah..
Dan aku telah mengaktifkan diri dalam perkara yang selama nie aku minat, tapi aku tak boleh nak buat.
Atas sebab-sebab kekangan masa. Mungkin.
Atau kekangan kewangan. Mungkin.
Atau simply, parents aku tak approve. DULU.

Sekarang aku dah mula mengaktifkan diri dalam sukan. Dah lambat, kan? Masa muda remaja dulu taknak aktif. Dah tua nie laa baru nak sibuk.

Hmm, sempit betul pandangan orang yang sedemikian. At least aku mengikut seruan kerajaan. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu. Aku takut. Sebab kadar metabolisme aku yang tinggi nie, makan sebarangan pun, tak naik berat aku. TAPI, tak gemuk tak bermakna sihat, faham??

Aku main badminton sekarang. Dua kali je seminggu. Tapi, lebih kurang 2 jam. Kadar peluh yang aku tadah dengan baldi setiap kali selepas bermain tu, memang aku sangat banggakan. Dah banyak baju yang aku dah boleh pakai semula, selepas aku mengalami kenaikan mendadak lepas melahirkan Zikri hari tu. Skinny jeans, beb! Pun aku boleh pakai. Siap anak-anak murid bersiul versi serigala. Mujur tak ada adegan macam Scooby Doo, yang jantung terkeluar dari dada sambil lidah terjuntai ke lantai. Ahaha~

Sekarang, aku pun aktif dengan futsal. Main tak lah, sebab takde geng. Tapi pergi tengok student-student main, bagi sokongan, and cuba-cuba belajar rules and regulations. Kot-kot ada harapan dapat jadi pengadil ke. Mesti saham aku naik gila-gila punya, sebagai pengadil futsal perempuan pertama. Peringkat sekolah-sekolah. Di Kota Tinggi. Haha. Perasan.

And.. Dalam masa terdekat nie. Aku ada cita-cita baru. Cita-cita yang aku dah pendam sejak aku sekolah rendah lagi. Tapi ayah aku tak bagi. Takpe ayah, Kak Yong tak marah. Kak Yong faham kenapa. Tapi aku dah plan baikkk punya. Aku dah survey. Aku dah tanya suamiku. Approved. Yeyy~ Bila betul-betul jadi, aku akan maklumkan..

1 comment:

Anonymous said...

askm cik puan zahura...
kalau dah training 2 kali seminggu,xkan la still x berani nak ajak member kat sebelah (gelanggang 6) lawan kot??ala,bukan susah sangat, sapa kalah belanja 100plus 1 dozen.ada berani?sempat lagi nak lawan this week,b4 puasa start next week.kalau berani laa...