Aku bosan lagi.. Apa laa aku buat di awal pagi nie tercongok depan komputer aku ni? Aku dengan penuh dedikasinya memasukkan markah-markah kerja kursus / PBS / PeKA / ULBS dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya untuk SPM 2009. Rutin kesibukanku bermula kembali.
Tadi, aku dapat pelawat tak disangka-sangka dalam blog aku. Amat besar kemusykilan di hati dan minda aku, macam mana laa dia jumpa cari blog aku nih? Aku ingat dia ada tanya address blog aku petang tadi, masa dia berpeluh-peluh lepas main badminton. (Tapi tak apa, encik tetap wangi~). Tapi aku tak ingat LANGSUNG aku ada bagi address tu. Ke aku ada bagi? Serius dilanda kemusykilan ni.. Kalau encik baca nie, sila jawab kemusykilan saya, ok?? Hehe ^_^
Tentang invitation encik untuk mengadakan satu pertandingan badminton yang dah sah-sah la encik boleh menang tu, jawapan pastinya adalah "TAK NAK~" (sebut versi SAYA). Mengalah tidak bermaksud kalah, tau? Jangan salah interpretasi pulak. Tahap kebanggaan tu sila rendahkan sedikit ye, encik? Banyak faktor tau kenapa saya tak nak. Antaranya ialah..... (jeng jeng jeng, drum roll, please!!)
1. Mana boleh orang yang baru main sebulan dua nak lawan dengan orang tua yang dah main bertahun-tahun. It is just SO unfair. Lagipun tahap kebolehpercayaan kami bermain taklah setinggi encik di gelanggang 6, walaupun kami komited. Hehe. (ayat tak boleh blah~). Lagipun, sesi permainan kami lebih banyak diselang-selikan dengan gelak ketawa gara-gara peniruan gaya Usain Bolt oleh adalah seorang makhluk itu. Berbanding gelanggang 6 yang lebih serius, khusyuk, tawadhuk dan seumpamanya dalam bermain badminton.
2. Saya kalau nak masuk apa-apa pertandingan, hadiahnya at least Perodua Viva ke, baucar membeli belah di IKEA atau SSF Home Decomart ke, barulah saya layan. Kalau setakat 100 Plus, tak nak laa. Tak cukup motivasi pulak rasanya. Jadi, kenalah tingkatkan hadiah dulu, barulah boleh difikirkan jemputan itu. Hehe. (Sungguh konfiden sekali tuan empunya diri membuat demand, konon macam boleh menang).
3. Walaupun saya training (huh??) dua kali seminggu, tapi pihak gelanggang 6 kan training tiga kali seminggu? Kurangnya latihan dapat membantu dalam memberikan impak kekalahan kepada saya. Dan itu adalah perkara yang memang saya nak elakkan demi baucar membeli belah saya.
4. Pihak gelanggang 6 kan suka datang lambat. Kalau pertandingan kan kena bermula awal, kerana persaingan sudah pastinya sengit. Servis pasti saling bertukar tangan, dan mata pastinya saling berkejaran. Untuk mendapat mata penamat, kebarangkalian semua pemain mendapat semput tahap 5 adalah tinggi. So, secara logika, permainan yang bakal memakan masa lebih 2 jam untuk satu set tidak mungkin dapat ditamatkan dalam masa 30 minit. Kan? Kan? Kan? (ayat akukah ini?? Kagumnya aku dengan ayatku sendiri...Ahaha~)
5. Err, orang boroi-boroi dengan orang ramping-ramping boleh bertanding dalam satu kategori ke? Macam tinju or karate or taekwondo, ada beza kan antara heavyweight dengan lightweight? Rasanya saya dan anak-anak murid saya amatlah sesuai berada dalam kategori super lightweight, berbanding encik-encik dalam kategori super heavyweight. Ada kena mengena tak point kelima saya nie? (Bukan perli, realiti what...?)
6. No belanja makan, no pertandingan. Setuju?? (Setujuuuuu, kata anak-anak muridku,in unison).
1 comment:
Haa...ini jawapan2 saya untuk counter ur ALASAN.
1)Life memang la x fair.
2)Ok,boleh dipertimbangkan.Kita up bil air 100plus tu setaraf dengan sebijik viva.
3)Latihan 2x seminggu,tapi sekali training 3 jam non-stop,so patut dah cover la kelemahan diri yang ada tu.so,bukan lg alasan.
4)Biasa la kan,'star' mesti la sampai lambat.kalau x,mana nak dapat status 'star' tu.
5)Xde kaitan lgsg,kita bukan nak lawan fizikal ada kategori berat.pernah ke dengan game badminton ada kategori berat?huh...mcm pelik je.
6)Boleh,xde hal punya.
Ok,semua soalan dah jwb,apa pula alasan nak bagi kali ni???
Post a Comment