Tuesday, August 18

Saja suka-suka 1

Kegemaran baru aku sekarang - dengar lagu. Aku pernah ada hobi ini masa aku berulang Kota Tinggi-Mersing dahulu (cerita lama). Kalau masa tu ada rancangan Jangan Lupa Lirik, agaknya aku dah menang. (Ayat tak reti merendah diri punya. Wah ha ha. Perasan.)

Lagu yang aku dengar sekarang - Andai Dapat Kuundurkan Masa. Aku ulang hari-hari sampai naik nipis CD tu. Kadang-kadang terasa getaran yang mengundang minda separa sedar aku untuk membuat kaitan secara tidak langsung antara lirik lagu dan kehidupan aku. Seriously, aku boleh membuat kaitan itu dengan lagu ini. Sangat sesuai untuk mengasosiasikan lirik ini dengan cinta pertama aku pada tahun 1992. (1992? wtf??)

Aku rasa dia memang seorang lelaki yang sangat baik dan setia. Tapi aku yang menghancurkan hatinya. So, walaupun dia tak tau wujudnya blog aku nie, aku harap jauh di sudut hatinya, dia menyedari betapa aku amat mengharapkan kemaafan dari dia. Semua memang salah aku. Sorry, kay?? Tapi aku tau, dia dah bahagia sekarang. Dia kahwin dengan kawan kitorang jugak. So, no hard feelings, ok??


Andai Dapat Kuundurkan Masa - AXL's

Dalam usik merajuk seketika
Lalu ku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa kuduga lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat kujernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Kutinggalkan pesan kukirimkan berita
Agar dapat kutemui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat kuundurkan putaran dunia
Ingin kuubah semula kata-kata dan tingkahlakuku
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Kutersepit dalam jerat sendiri



Ya, aku tau. Masa tu aku baru darjah 5. Tapi nak buat macam mana. Aku kalau dah sayang orang, aku memang sayang betul. So, what to do? Saya kunci lirik ni!!!



No comments: