Thursday, August 20

Nah! Hambik kau!

Aku dah kata aku main badminton sekarang, tak nak percaya...
Aku cakap aku dah kurus, pun tak nak percaya...
Tadi kali terakhir berada di 'singgahsana' badminton sebelum start puasa...
(Memang kami hanya 'singgah' di 'sana')
Silalah lihat kehebatan kami di gelanggang badminton...
Atau lebih tepatnya,
Kehebatan kami berposing di gelanggang badminton...

AHAHA~



Tak pernah tengok lagi rasanya orang bergambar membelakangi kamera (Sila rujuk Boyak, si baju biru).


Main tak best takpe, janji pose best!!

Aku rasa takde orang lain dah dalam dunia yang hantu posing macam budak berdua ni..
Khairi dan Syukri


Penat tak hingat, tapi maintain glamour. Bukan mereka. Aku.


Aku rasa la, si Syukhaimi kat belakang tu tengah gaduh dengan awek dia. Aku rasa.
Gambar diambil dari celah-celah lubang net oleh Izreen. Terer gak makcik ni jadi photographer.

Gaya ala-ala Usain Bolt oleh Khairi. Hampir-hampir aku diserang penyakit kentut tak lawas gara-gara ketawa bagai nak rak tengok gaya ni. Nasib baik kitorang tak buat gaya "bergabung" Goku dengan Bezita (Dragon Ball).

Tengah aku khusyuk membelek gambar-gambar yang diambil oleh si Izreen ni, baru aku terperasan sesuatu. Ada gambar seseorang la... Tengah sibuk bercakap telefon... Dengan aweks barangkali... Hehe.. Ntah hapa-hapa betoi jurugambar aku ni. Suka-suki dia je nak ambik gambar. Maaf ye tuan empunya badan? Jangan marah... Rezeki saya laa tu.

Kepada yang mengerti, nak bagi tau. Komen tentang lagu Kekasih Gelapku tu telah saya balas dalam komen itu juga.

Dan tentang cabaran main badminton itu... Nak jawab balik counter attack itu.

1. Sebab life tak fair la, kita kena berusaha untuk menjadikannya fair. Kalau kita terima je ketidak-fair-an itu, tak mencabar laa...
2. Orang cakap orang tak nak hadiah 100 Plus laa... Nak hadiah lain. Hmm, TV LCD 42 inci, bole?? Hehe...
3. Siapa kata non-stop? Kitorang asyik stop sebab ketawa je. Tak pun ada yang pancit. Bukan saya. Mereka.
4. Hek eleh, 'star' kunun~ Happy-happy heart (suka-suka hati) dia je. Ummi saya kata, siapa lambat kena tinggal. So, selagi tak boleh datang awal, tak payah la berangan...
5. Eh, badminton takde ikut berat ke? Ye ke? Baru saya tau... *pura-pura innocent*
6. Asal suruh belanja, takde hal. Asal suruh belanja, takde hal. Padahal, takde belanja pun... Cakap tak serupa bikin betul la...

Haa, kalau berani, jawablah.

2 comments:

Anonymous said...

pasal lawan badminton tu,malas la nak jawab.pasal malas nak lawan badminton dengan puan punya blog,xde fight.x berpeluh,so x tercapai la objektif bersukan untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan kan??hehe...

haa...ada satu cadangan.apa kata kalau kita mix double dua orang, lawan ur students yang main kat gelanggang tujuh tu?baru lah saya dpt peluang nak berpeluh banyak2,sebab serupa mcm main sorang je.hehe...pertimbangkan tau,tapi pas raya nanti la.bulan puasa ni nak buat amal banyak2 dulu,b4 tambah dosa balik pas ramadhan nanti.hehe...

yang kes upah paparazi suruh ambik gambar tu kan,tak patut tau.paling koman pun bagitau la klu nak ambik gambar,baru la bole buat kontrak bayar sekeping gambar RM 1 juta ke,orait la jugak...

p/s: agak2 saya tau tak sapa kekasih gelap tu?tau kot kan?hehe...

Yong Zahura said...

wah wah wah....
memandang rendah pada diri saya ye?
hei,saya hebat jugak tau.tak percaya? sila percaya!

Ececece.... nak mix double ye?cakap je laa memang nak main badminton dengan saya...saya faham..nanti saya timbang ye?lepas tu saya bagitau harga.kalau ada diskaun,saya tolak sekalilah.

Tentang mamarazi tu, telah dijawab kan? Thanks for understanding..

p/s: saya rasa encik tak tau kot. dulu mungkin tau. lepas tu dah tak tau la rasanya. sebab 'happy-happy heart' je tukar status.

p/p/s: hmm? siapa ya si kekasih gelap itu?

p/s/p: apa-apa pun, setiap lirik lagu tu memang SANGAT TEPAT.sila rujuk semula.