Friday, August 7

Apa yang aku suka. Aku. Bukan semestinya kamu mesti suka juga.

Boring jugak dok meluah perasaan jek. Kali nie aku nak cerita tentang passion aku iaitu membaca. Janganlah stori-mori tentang baca buku sekolah ke, buku teks, buku latihan ke, hapa ke. Muak seyh~ Dah memang itu benda wajib baca. Walaupun aku cikgu. Tengok, cikgu pun membaca. Anak murid pulak yang berlagak macam pandai, tak nak membaca. Lepu betoi.

Apa yang aku baca yek? Jangan sekali-kali mengaitkan apa yang aku suka baca nie dengan profesion aku sebagai cikgu. Apa, cikgu pun nak jugak bacaan ringan-ringan, untuk mengubat hati yang rawan, akibat oleh anak-anak murid yang macam agak-agak sawan. Wakka ka ka...

1. Penyiasat Remaja (Hajime Kindaichi)




Sangat minat! Sejak aku di bangku sekolah. Or aku rasa lebih tepatnya di Universiti (sebab ada duit sendiri. Kononnya. Walhal duit Biasiswa.) Aku memang fanatik sangat, sangat, sangat dengan Hajime Kindaichi dari komik Penyiasat Remaja. Walaupun dari segi kekacakkannya tidak dapat menewaskan Shinichi Kudo (cerita kemudian). Tapi bagi aku, plot cerita dan kekemasan ilustrasi komik Penyiasat Remaja adalah lebih enak dari Detektif Conan. Dan aku tak kata aku tak minat Detektif Conan ye?

Hajime merupakan cucu kesayangan kepada seorang penyiasat terkenal, Kosuke Kindaichi. Reputasi datuknya sebagai penyiasat terkenal kadang-kadang menyebabkan orang luar menaruh ekspektasi yang tinggi kepadanya. Tapi dia bukan ambik pot pun. Meminati dan diminati oleh kawannya dari tadika Miyuki Nanase. Kolaborasi dua orang nih dalam komik memang boleh menyebabkan urat kentut kita hampir putus jugak laa.

Serius, aku rasakan kes-kes homisid dalam komik ini jauh lebih berkualiti. Tapi agak membengangkan kerana amat sukar mendapatkan komik ini di pasaran Kota Tinggi. Yang aku tau, tempat favourite aku mendapatkan stok Penyiasat Remaja adalah di kedai majalah dekat parking motor BJC, Penang. Atau Tingkat 3 (kot. Tak salah aku laa) BJC. Dan sebuah kedai komik dekat Perling Mall. Kebetulan jumpa masa hantar budak-budak Tenis Kota Tinggi untuk MSSJ.

2. Detektif Conan


Ok jugak. Walaupun aku kurang suka plot dia yang kadang-kadang agak longgar dan kadang kala sangatlah mudah dijangka siapa penjahatnya. Heronya adalah Shinichi Kudo, penyiasat sekolah menengah yang terkenal kerana banyak menyelesaikan kes. Namun suatu kejadian telah menyebabkan dia dipaksa memakan ubat APTX 4869, lalu menyebabkan fizikalnya berubah menjadi budak kecik. Untuk mengelakkan orang jahat tau dia belum mati, dia menukar identiti menjadi Conan Edogawa. Menyamar pulak sebagai anak saudara jirannya iaitu Profesor Agasa. Identititi ini juga membantu dia berdekatan dengan silent crushnya Ran Mouri, anak detektif-tak-hebat-langsung Kogoro Mouri.

Aku tak menafikan kewibawaan Conan sebagai budak kecik yang mampu mengadaptasikan situasi kekurangannya menjadi kelebihan. Sedikit oportunis, namun demi keselamatannya dan orang-orang tersayang di sekelilingnya jugak. Lepas jadi kecik, hidupnya dikelilingi oleh kawan-kawan keciknya iaitu Genta, Ayumi, Mitsuhiko dan Haibara.

3. Detektif Q




Hasil penulisan orang yang sama dengan Penyiasat Remaja. Aku suka gila siri komik ni. Berkisar kepada watak utama Q, seorang anak yatim. Dia berusaha untuk memasuki sekolah detektif terkenal kelolaan Detektif Unggul, Dan Morihiko. Ketika ujian kemasukan, dia telah berkenalan dengan Megumi, Kinta, Kazuma dan Ryu Amakusa. Seterusnya mereka berlima telah dipilih untuk masuk ke Kelas Q, 'up' sikit dari Kelas A. Sebab tu la bebudak Kelas A berbulu giler dengan bebudak Kelas Q.

Nak baca sendiri? Baca di sini.

Kesimpulannya?? Harus juga bagi aku untuk mencari trankuiliti walau di alam fantasi...

1 comment:

aizuemi said...

wallawehhhhhhhhh.. tak sangka beb.. ko baca sume buku ILMIAH beb~

anda guru yg open minded dan laynnnnnn~