Kadang-kadang appresiasi hanya diberi tatkala yang wajar mendapatnya telah tiada di sisi. Orang selalu cakap macam tu, kan? Masa kita ada, kita tak hargai. Bila kita dah tak ada, baru kita sedar yang itu adalah yang terbaik buat kita. Macam plot cerita-cerita Melayu tipikal laa. Kalau nak contoh latest, cerita Nur Kasih, Jumaat, 9.00 malam, TV3. Aku suka cerita ini sebab aku suka sangat tengok berapa fluentnya Sh Sofea cakap omputih. Siap ada accent lagi. Kerana kefanatikan aku terhadap accent jugak, aku pernah tengok filem Spice Girl berlakon tu berpuluh-puluh kali. Apa tajuk dia ek? Spiceworld kot. Suka betul aku dengan British accent ni. Lagipun masa tu kan David Beckham tu boipren aku (cerita lama - 1995 - Tingkatan 2 Baiduri - SMK Sultanah Bahiyah, Aloq Setaq).
Aku rasa, cinta yang memberi kesan pada aku adalah cinta aku pada 1997. Sangat mendalam efek emosi yang aku hadapi. Masa tu, aku yakin bangat itulah destini hidup aku. Dan cinta itu mengajar aku, orang yang pandai mengadaptasikan Islamic verses dalam konversasi hariannya BELUM TENTU adalah seorang yang baik. Jelak aku bila fikir balik. Cakap macam best jek. Tapi, hanya untuk kepentingan dia. WTH??
Untuk dia, takde lagu-lagu. Inilah satu-satunya kes orang yang aku pernah sayang dan aku berjaya melakukan proses eliminasi total pada perasaan sayang itu. Nampak tak betapa kroniknya status hang? Aku tau hang baca blog aku. Entry ini memang untuk hang. Dan aku takkan angkat telefon kalau hang call lepas hang baca entry ini. Aku tau hang akan call sebab hang memang suka menegakkan benang yang basah. Come on, la. Berapa lama kita bercinta? Aku masak laa dengan perangai hang. (Awat aku cakap utara? Sebab dia orghang Aloq Setaq. Macam cinta pertama aku jugak.)
Sampai sekarang kitorang masih contact. Tapi aku memang tak suka kalau nak bercakap dengan dia ni. Sebabnya, dia suka sangat membanggakan title Doktor-nya tuh. Dan berlagak dengan kereta mewah buatan Jepun-nya tuh. Baru doktor perubatan biasa pun dah macam tu. Dahlah masa belajar dulu pinjam duit aku. Banyak pulak tu. Aku ungkit karang, kecik hati pulak. Bila laa nak bayar hutang aku ni.. Boleh lepas bayar kereta aku sebulan. Yang paling mem'bengkek'kan aku, dia paling suka kutuk profesion perguruan. Aku ingat lagi (dan aku akan ingat sampai mati) ayat final dia sebelum dia letak telefon dalam 3,4 bulan lepas.
"Oklah, nak tidur ni. Jangan jadi macam cikgu dalam suratkhabar tu yek? Yang rendam anak murid dalam kolam tu. Macam **** je". Letak.
Aku? Panas baran tahap Super Saiya gabungan Son Goku dengan Bezita punya. Sebab? Aku tak sempat nak balas!!!!! Hello! Rendam pun takde la sama macam kes doktor salah injek sampai tangan baby tercabut sebab reput. Ayat doktor-perasan-hebat-tapi tak-pun itu telah membuatkan aku bengang sebanyak dua juta enam ratus dua puluh satu ribu sembilan ratus lapan puluh satu harkat, tau??
Satu ayat ringkas tapi padat yang dapat kudedikasikan padamu adalah "Pegi laa wei!!!"
No comments:
Post a Comment