Saturday, September 26

Edisi Raya 2

Waduh. Kalut. Ribut.

Tapi aku tetap merasakan Aidilfitri kali ini adalah antara yang terbaik. Di sebalik pemergian arwah. We miss you.

Inilah gambar yang aku katakan amat bermakna bagi aku. Tengok, arwah begitu gembira dengan adik aku Matt dan Angah Zulaika. Aku serius cemburu dengan mereka berdua kerana memiliki gambar kenangan seindah ini bersama arwah. Ini masa persediaan kenduri kahwin aku. Aku? Biasalah, berposing dengan 6 set persalinan baju.

Eh, tajuknya kan Edisi Raya. Maka, aku mahu ceritakan perjalanan hari raya aku kali ini.

Raya pertama :

Kami mulakan di rumah Serdang. Selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami pun bergambar dan terus memulakan perjalanan ke Johol, Negeri Sembilan. Pada kiraan aku, kereta yang searus dengan kami (dari Utara ke Selatan) dianggarkan berjumlah 648 biji. Namun dari arah bertentangan, aku rasa lebih kurang 962 biji.

Sampai sahaja di kampung, bersalam dan bermaafan dengan Uwan (nenek aku), Mak Tam, Kak Yong Anis, Mak Teh, Mak Cik JB, Mak Cik Tampin dan Mak Busu. Serta sepupu sepapat aku dah bersinar-sinar matanya menantikan duit raya dari aku. Sungguh rakus mereka itu. Yang tak tahan, ada beberapa penguin yang terus buka sampul duit raya mereka. Bila mereka melihat sahaja duit di dalam sampul, mereka tersenyum lebar tanpa kata-kata. Dan itu membuatkan aku tersenyum lebar juga. Tapi senyum mereka seperti Pink Panther, aku senyum seperti Kareena Kapoor. Aku sudah tekad. Kalau ada sahaja kedengaran suara sumbang yang berkata "Alah, *teett* ringgit je?", aku akan mengejar mereka walau sampai ke Negara China dan merampas duit raya mereka kesemuanya. Baru puas hati aku. Mujurlah adegan yang tak sanggup dilihat itu tidak terjadi. Kalau tidak, pasti nama aku akan disebut sehingga 40 keturunan. Kalah Mahsuri, tahu?

Kemudian, kami memfollow (wujudkah perkataan ini? Nanti sekejap, aku Google. Eh, macam tidak wujud) ayah dan ummi ke rumah saudara mara yang berdekatan. Tempat paling best beraya pada tahun ini dimenangi oleh rumah Wan Angah, sebab giler best berbual dengan Mak Chek Singapore, Auntie Su dan Ayie si-ustaz-yang-tak-bagi-duit-raya-tahun-ini. Tahun depan mesti bagi, tahu? Sampai ayah terpaksa memberi isyarat dengan muka yang dibuat-buat garang supaya kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak Godang. Hehehe.

Raya Kedua:

Sebelum pulang ke Serdang, kami beraya di rumah Pak Cik Tampin dan Mak Teh dahulu. Sayu masih terasa di hati apabila nama arwah masih menjadi sebutan di bibir Mak Cik dan Pak Cik.
"Tengoklah gambar konvo Angah, banyak gambar arwah dalam tu." Kata mak cik.
"Semua komputer dah ada wireless ni, arwah la yang buat. Pak cik mana reti," kata pak cik dalam loghat N9 yang pekat.

Di rumah Mak Teh, kami menjamu selera (baca : mengketedarah) soto yang ummphh. Bukan aku sahaja yang makan bertambah, malah suami aku, Eizzah Nur dan Eizz Zikri juga. Tetapi, ketika di rumah Pak Cik, mereka tidak makan nasi. Aku sudah makan nasi berlaukkan ikan tiga rasa hasil tangan Along Hafiz. Wah, adakah perkataan mengketedarah itu hanya sesuai ditujukan untuk aku seorang?

Jangan jawab.

Dan perjalanan pulang kali ini, aku sangat penat. Kereta sangatlah banyak di kedua-dua arah. Senang cerita, jammed weh. Kalau bawak bekal roti, dah kenyang agaknya kami makan roti bersapu jem. Faham maksud aku? Aku rasa, pergerakan kenderaan yang dibawa hanyalah selaju 17.5km/jam. Maka, aku pun tidur hinggalah sampai di Serdang.

Raya Ketiga :

Sepatutnya adalah perjalanan pulang ke Johor. Tetapi disebabkan ayah hubby tidak sihat, kami pulang dahulu ke Kemaman. Namun, ada perkara yang membuatkan aku betul-betul geram pada hubby. Kami bertolak dari Serdang melalui Lebuhraya Karak dan terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Ketika di R&R Temerloh, barulah suami mengkontek adiknya dan bertanyakan mereka di mana. Kamu tahu apa jawapan adik iparku? Mereka balik kampung di Besut. Besut, kamu tahu? Sudahlah kami telah melalui 3/4 perjalanan. Kenapalah beliau tidak menelefon dahulu sebelum bergerak pulang?

Plan seterusnya adalah ke Kuala Berang. Kampung aku sebelah Ummi. Tetapi dimarahi ayah kerana katanya sangat jauh. Jadi suami sudah memberi ayat memujuk kepadaku. Beliau mengajak aku bercuti sahaja di Cherating. Wah, sukanya aku!! Aku kembali ceria. Tiba-tiba mak menelefon dan memberitahu abang dan adik iparku ada di rumah. Jadi, kami kembali ke Kemaman, dan menunggu di rumah sehingga mereka pulang dari Besut keesokan harinya. Dan janji suami untuk membawa kami ke Pantai Kemasik juga tidak ditunaikan. Geram.. Geram.. Geram!! Tapi tidak mengapalah. Memang hajat di hati mahu berjumpa dengan mak dan ayah.

Raya Keempat :

Bertolak dari Kemaman jam 8.30 malam. Tiba di rumahku jam 2.30 pagi. Senario sepanjang perjalanan? Gelap. Sejuk. Hujan maha lebat. Suami berpandangan kabur. Siaran radio tak dapat. Tetapi, trafik agak lengang. Best juga. Anak-anak tidur dari Kemaman sampailah ke Kota Tinggi. Kemudian mereka tidak tidur sehingga jam 4.30 pagi. Tahniah untuk aku kerana terpaksa menemani mereka. Hehehe.

Itulah cerita raya aku kali ini. Tak pernah lagi rasanya balik ke semua kampung seperti tahun ini. Mujurlah kami tidak jadi ke Kuala Berang. Mungkin Hari Raya Haji nanti. Aku mahu pulang juga. Akan aku paksa suami aku. Dapat ke?? Macam aku pula big boss...

Edited :
Terlupa pula aku mahu mengulas game Manchester United vs Manchester City pada malam raya pertama itu. Aku pow sahaja dari blog adikku Qusam. Sama aje luahan hati aku dengan dia.
*Teks yang aku rembat. Halal ye, Qusam?*

Malam itu , bermulanye Old Trafford di hadapan TV LCD di kampungku . Muahaha , best sudah match td . Berdebar mcm ape ntah tgk match tadi . Fuhhh , Ferdinand is a S*** . Suke wat sial . Nasib baik Michael Owen jd hero daa . Rooney-1 Fletcher-2 Owen-1 vs Bellamy-2 Barry-1 . Sume dah kutuk kutuk daa waktu Ferdinand wat sial td , tp my heart ttp di Manchester United wehh .

Ha, bahasa tidak enak didengar itu, aku tidak approved, okay? Cuma aku sangat malas mahu mencari sinonimnya dalam bahasa yang paling sopan di dunia ini. Redha ajelah ya, Ferdinand? Dah memang betul pun kau tuuutttt...



Thursday, September 24

Edisi Raya 1

Salam Hari Raya Aidilfitri buat para bloggers, para bukan bloggers, para silent readers, para bukan silent readers, para anak murid, para bapak murid, para mak murid, para cikgu kepada anak-anak murid, para yang tak terlibat langsung dengan murid, para-para sakura, pap para pap pa (macam iklan McD) dan segala para yang sewaktu dengannya....

Hehe... Raya! Raya! Lepas sahaja sembahyang raya, maka sesi wajib keluarga kami pun bermula. Mari bergambar! Kamu tahu, aku rasa seperti aku terlibat dalam photoshoot untuk majalah Keluarga pula. Dengan dua propesional potograper (tahu ejaan sebenar. ikut suka aku la nak eja macam mana pun) bersama tripod (cheiss, terer seyh aku, tahu ejaan sebenar dan maknanya sekali) masing-masing. Maka, sesi berposing pun bermula.

Tumpuan utama? Mula-mula aku ingat aku, sebab aku rasa akulah yang paling 'vogue voogie da vass' di situ. Aww, tak tahan. Terpuji diri sendiri pula. Tiba-tiba ada dua orang budak sudah curi fokus lensa kamera dari aku (hahaha. ayat skema macam RTM.) Siapa budak berdua itu? Tak apalah, biarlah aku merujuk kepada mereka sebagai putera kacak dan puteri jelita dari kayangan. So, agak-agak kamu, mak bapak mereka berdua bagaimana pula? Kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, kan? kan? kan? Sila iyakan. Saya paksa.

Inilah dua orang budak yang aku maksudkan itu. Siapakah ibu bapa mereka ya? Pastinya menawan seperti mereka juga. Terutama sekali mamanya. Hua hua hua...

Ya, begitu bijak sekali aku mengcover rasa bersalah kerana terlupa mahu memasukkan butang baju hadiah pemberian ayah yang dibeli dari Sabah untuk suamiku ke dalam beg baju. Dan beliau sedang khusyuk membaca komik Doraemon. Ye ke? Hehe, fitnah tak konkrit.

Cukup lengkap. Tiada seorang pun yang tertinggal. Nampak, sudah tambah seorang lagi, berbanding 2 tahun dahulu. Ya, yang itu. Yang di atas ribaan Grandma itu. Kalau aku tak kontrol, pastinya raya-raya yang akan datang akan bertambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi!!

Alaa, boring tau asyik pose ala-ala formal aje. Inilah hebatnya hasil kekreativitian kami berposing. Nampak Ultraman Gaia di tengah? Percaya tidak itu suami aku? Ya, sila percaya.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! Aww wah ha ha.... Gumbira, gumbira!! Eceh, yang atas ribaan atuk itu juga sedang melompat rupanya.

Lihatlah muka poyo Mr Hubby.. Aku tau aku banyak buat dosa pada dia, tapi dia apa kurangnya. Hehe.. Kira kosong-kosong semula la ye bang?

Perkara yang paling aku tak sangka sekali, suami aku punyalah excited join dalam sesi fotografi kitorang. Hehe. Baru beliau tahu betapa kadang-kadang kami adik beradik memang separa siuman. Maksud aku adik beradik aku, tidak termasuk aku.. Tetapi, jika diberi pilihan sama ada menerima suntikan anti tetanus dari doktor kerajaan yang perasan bagus, atau menjadi separa siuman seperti adik beradik aku, aku rela memilih pilihan kedua. Walaupun aku perlu suntikan anti tetanus itu.

Jadi, kalau begitu, bagaimana aku mahu mendapatkan suntikan anti tetanus itu? Ya, aku tak perlu lagi mengadap doktor-doktor hospital kerajaan. Sebab syarikat suami aku ada klinik panelnya sendiri. Babai para doktor kerajaan. Eh, tak ada kena mengena pula. Kurang betul tahap pemfokusan aku disebabkan oleh bahulu, tart nenas, biskut dahlia, semperit, biskut suji, almond london, kuih bangkit, chocolate cornflakes, kerepek pedas, lontong rumah Tok Chik, soto rumah Mak Teh, kek lapis Sarawak, dan sirap ais. Eh, sirap ais pun rezeki apa. Jangan tidak bersyukur seperti budak-budak yang berlakon iklan Ribena bersama Maria Tunku Sabri itu.

Ini entry yang banyak gambar. Entry yang banyak cerita? Selepas ini...

Saturday, September 19

Allah lebih menyayangimu...

Innalillah....

Terkejut aku bila aku dapat berita yang salah seorang sepupu kesayangan aku telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan. Ayah telefon lebih kurang 11.30 malam memberitahu berita sedih itu.

Aku terkejut sangat. Mula-mula aku ingatkan ayah sebut "Wan" (merujuk kepada nenek aku). Bila aku sahkan balik, memang betullah, yang aku telah kehilangan "Dik Wan".

Ya Allah, lemah lutut aku. Terduduk aku sekejap. Nak peluk Mr Hubby, dia tengah tidur keletihan. Laju je air mata aku menitis. Dan aku lebih ralat lagi kerana aku tidak dapat balik ke Tampin untuk melihat arwah buat kali terakhir. Lagi sedih, bila akulah satu-satunya saudara dekat yang tidak balik. Mak cik aku yang di JB pun balik. Ya Allah, sedihnya aku.. Pakcik, makcik, Kak Yong mintak maaf. Tapi memang betul-betul tak boleh nak balik.. Salim masih kerja sampai hari Jumaat...

Aku teringat lagi kenangan masa kecik-kecik. Dik Wan seorang yang ceria, senang ketawa, dan tak pernah ambik hati walau apa pun yang dikata. Dia baik, sangat baik. Dan memang selalu orang kata, orang baik selalunya dijemput awal sebab Allah sayang padanya.

Jadi, wahai sepupuku sayang,

Kak Yong doakan agar rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kak Yong akan sentiasa merindui Dik Wan, untuk selama-lamanya.

Al-Fatihah.



Kenangan di kenduri kahwin aku, 10 Disember 2005.



Aku tiada dalam gambar ini. Dik Wan, berbaju hijau.

Pergi tak kembali...

* Semua gambar-gambar di atas : kredit untuk Ngah @ aizuemi.blogspot.com

Nanti aku share 1 gambar yang sangat bermakna, untuk aku...



Saturday, September 12

Lain kali, jangan lupa tidur basuh kaki. Baru tak mimpi ngeri. Kalau mimpi ngeri jugak? Entah, mana aku tau.

Wah, hari ini merupakan hari yang menggembirakan buat aku. Sebab ramai betul anak-anak aku berkampung di rumah aku. Seronok betul rasanya. Tahun ini merupakan tahun aku betul-betul mempunyai anak-anak kesayangan.. Terima kasih banyak-banyak ya. Aku tak nak bagitahu apa mereka buat di rumah aku. Cukuplah kalau aku bagitahu kamu yang mereka study di rumah aku. Fakta atau auta?? Abaikan...

Selepas study (hehehe), kami pergi bermain bowling pula. Wah, pun seronok juga. Tapi kalau aku tidak masukkan lagi entry bowling, boleh? Sebab aku kalah. Hehehe.

Tadi, disebabkan aku agak terlambat balik, jadi suami aku tidak mahu keluar ke PaRam. Katanya, mesti dah banyak benda dah tak ada. Maka, dengan baki masa sejam sebelum berbuka, sempat juga aku sediakan lauk-pauk yang suami aku suka. Dan disebabkan terlalu penat, aku hanya berbuka dengan 4 gelas air dan sepinggan nasi 3 kali tambah sahaja. Wah, berbuka gitu...

Dan, sedang aku bersungguh-sungguh menonton cerita Anna Maria yang sebijik tiru jalan cerita sebuah drama Thai, aku teringat pula mahu berkongsi teka-teki dengan kamu. Jadi aku tinggalkan sahaja Anna Maria di dalam kaca TV, dan terus mengadap kaca lagi satu. Jika kamu sebut 'kaca' itu seperti mamat Bangla baru sampai Malaysia, pasti kamu salah faham maksud aku.

Pernah alami tak, dialog di stesen minyak seperti di bawah. Aku pernah. Lama dahulu.
"Adik kaca, mau minyak apaa... mera kaa, ijau kaa.."

Aku? Kacak?? Wargh kah kah kah... Kamu tahu kenapa dia tidak panggil aku 'adik manis'? Sebab aku turun kereta dengan muka seperti seekor platipus berjiwa kacau dan kurang kasih sayang. Apa itu platipus? Sila Google.

Kaca lagi satu itu adalah kaca monitor komputer peribadi aku.

# # #

Ada beberapa blog aku pernah baca tentang kesalahan besar tatabahasa bagi Bahasa Inggeris. Dan aku abaikan sebab aku tidak pernah mengalaminya. Tapi, bila aku alaminya, memang aku akui, ianya membuatkan aku merasa seperti ingin menumbuk bawang di dapur selumat-lumatnya lalu menempelnya di mata orang yang melakukannya. Doakan aku berjaya. Dan, aku akan berpura-pura mengatakan bawang lebih baik untuk menghilangkan keletihan mata. Bukan timun. Wuuhuu... Jika aku berjaya, aku akan belanja diri aku percutian seumur hidup di rumah aku sendiri.

Serius macha, memang menjengkelkan. Atau annoying kata posmen yang lalu depan rumah aku punya pakcik sedara belah atuk dia punya jiran. Sebab aku tidak kenal jiran pakcik sedara belah nenek dia punya posmen. Nak tahu apa yang annoying itu?

Sila baca cerita ini. Cerita ini hanya untuk tontonan mereka yang pernah berumur 13 tahun ke atas sahaja, memiliki sijil tamat darjah 6, pernah mewakili rumah Melati dalam acara lari dalam guni dan dengan selambanya pernah didenda kerana tidak menghantar kerja rumah lukisan semasa darjah 4. Eh, kenapa ciri-ciri itu macam aku, ya??

Di Bazar Ramadhan, mencari barang-barang persiapan raya. Di sebuah kedai tudung.

Pelakon utama : Si lelaki kedekut dan si perempuan malang (bagi aku lah)
Pelakon tambahan : Aku, sebab aku curi dengar.

Si Perempuan : Eh, cantik kan tudung ni? Macam nak beli je. Boleh pakai masa raya pertama.
Si Lelaki : Mana ada orang pakai kebaya nipis tu dengan tudung? Buruklah. Tak payah pakai tudung baru cantik.
Si Perempuan :Kan orang pakai tube kat dalam kebaya tu? Takpun beli selendang tu. Selendang lilit-lilit lawa jugak.
Si Lelaki : That's mean, awak nak pakai jugak la tudung? Ikut suka awaklah. Saya belum cucuk duit. Tak boleh nak bayarkan.

Si perempuan beredar bersama si lelaki dengan muka seperti cipan sembelit.

Dalam hati aku, "That means! That means laa bongok!! Engkau tak nak bagi awek kau pakai tudung tu baru that's mean!"

Bengang betul aku. Aku memang pantang kalau dengar (bukan ke aku yang curi dengar? Diorang tak suruh aku dengar pun rasanya.. huhu~) seorang pakwe-berlagak-bagus-tapi-salah-guna-tatabahasa macam itu. Kalau dia cakap baik-baik tak apalah. Ini, satu kedai tu pun dengar. Aku siap terbayangkan semua tudung-tudung di situ macam nak lilit leher si lelaki hingga mati. Tapi tak jadi. Mungkin sebab tudung-tudung itu takut kena masuk mahkamah untuk membela diri. Lebih-lebih lagi kalau peguam pendakwanya Karpal Singh.

# # #

Oh ya. Bukankah awal-awal tadi (rujuk perenggan empat, baris kedua) aku kata nak kongsi teka-teki dengan kamu, kan? Aku sudah terlupa.

Teka-teki ini hanyalah untuk mereka yang mendapat 4A dalam UPSR, 8A 1B dalam PMR, mendapat D+ dalam subjek Kalkulus di tahun akhir ketika di universiti, bukan atlit sekolah, serta mendapat nombor satu sebanyak berkali-kali dalam peperiksaan. Eh, kenapa ciri-ciri itu juga sama seperti aku??

Teka-teki ini sepatutnya ditanyakan pada orang yang sama pada hari yang berbeza. Ulang suara. Teka-teki ini sepatutnya ditanyakan pada orang yang SAMA pada hari yang BERBEZA. Barulah terasa kenikmatannya. Umpama meneguk air secara curi-curi di dapur selepas penat mengecat rumah pada siang hari di bulan Ramadhan. Itu bukan aku.

Hari pertama. Soalan senang. Pasti si penjawab soalan hanya menjawab dengan sebelah tangan memegang remote ASTRO dan tangan sebelah lagi makan kuaci.

Q : Macam mana nak masukkan gajah dalam sebuah peti ais?
A : Buka pintu peti ais, pastu masukkan je laa gajah tu. Apa susah?

Eksyen ye. Takpe. Tunggu esok.

Esok. Bergantung pada orang yang ditanya. Kalau pikap cepat, soalan masih dianggap senang. Boleh menjawab sambil mencungkil gigi. Kalau pikap lambat, sila langgar dengan lori pikap.

Q : Raja rimba, Sang Singa membuat jamuan hari lahir. Dia menjemput semua haiwan di hutan untuk menghadirinya. Yelah, lagi banyak jemputan, lagilah banyak hadiah boleh dapat, kan? Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan mana yang tak datang jamuan itu?
A : Gajah. Sebab dia ada dalam peti ais.

Masih eksyen ye? Takpe. Tunggu lusa. Yang dah kena langgar lori pikap tu, lantak la kamu.

Lusa. Masih bergantung pada yang ditanya. Kalau pikap cepat, boleh menjawab sambil tangan memicit jerawat. Yang telah dilanggar lori pikap, bolehlah anda melawatnya di hospital untuk bertanyakan teka-teki terakhir ini.

Q : Encik _________ (isi ruang kosong dengan nama yang anda suka) mahu berpindah rumah. Dalam banyak-banyak perabot, perabot apa yang kena tinggal?
A : Peti ais. Sebab berat. Kat dalam ada gajah. Jadi, tak ada sesiapa mampu mengangkatnya.

Lagi jauh selang hari kamu bagi teka-teki ini, lebih cemerlang efek tensennya-aku-nak-jawab-tekateki-dia-ni yang akan kamu terima. Tak percaya? Ukurlah sendiri. Eh, iklan Garnier pulak. Taknaklah aku promosi iklan itu. Sebab aku tak suka Fasha Sandha. Watak Fasha dalam cerita Hikayat Putera Shazlan pun aku tak suka. Ulang suara. Tak percaya? Cubalah. Dan aku cadangkan, kamu pilihlah calon yang mudah dilanggar oleh lori pikap. Seperti nombor 1 dalam iklan DiGi.

(masukkan runut bunyi lagu iklan DiGi "I Will Follow You" selepas perenggan terakhir untuk mendapatkan kesan lebih mendalam)

Tuesday, September 8

Apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak, Apa diharap pada bola bowling nombor 9, asyik longkang strike tak jugak...

Wargh... Lama giler tak update. Anak murid kesayangan aku, Syukhaimi sudah pinjam aku punya broadband hujung minggu lepas. Bila aku tanya abang dia Syukri, katanya mamat tu takde benda lain, melayan MySpace. Pantang ada awek cun, dia add. Pantang ada awek cun, dia add. Kalau begitu, aku mahulah mencari gambar awek cun yang bersepah di dunia maya ini, dan mengaku itu gambar aku. Tentu Syukhaimi akan add aku juga. Wah ha ha ha.... Tetapi aku bukannya ada MySpace pon. Cheisss... Bikin rugi masa kamu sahaja membaca. Hahaha. Memang aku berniat pun untuk membikin rugi masa kamu. Sebab kalau kamu tak ada masa dan banyak kerja, takkan kamu melangok di hadapan monitor komputer kamu itu dan membaca blog aku, kan? Kan?? Kan???


Hari Khamis yang lepas, aku cat rumah. Bukan aku cat sendiri, aku upah oranglah. Kalau aku cat sendiri, nanti aku terpaksa mengupah diriku sendiri. Nanti aku akan menjadi kedekut, dan sangat berkira. Walaupun dengan diri aku sendiri. Lebih baik aku upah orang sahaja. Sekurang-kurangnya orang itu yang akan mengira berapa upahnya.


Jadi, aku berpakat dengan anak-anak kesayanganku untuk ke Jusco Tebrau berjalan-jalan. Yelah, jika aku duduk di rumah pun tiada privasi. Proses mengecat memakan masa satu hari. Jadi, tamat sahaja waktu sekolah, aku terus balik ke rumah. Tak ada pandang belakang lagi. Tepat jam 2, aku telah pun berada di Jalan Mentimun 3, mengambil Syukhaimi and geng. Maka, pengembaraan kami bermula. Chewah, ayat tak boleh blah. Macamlah jauh sangat perjalananku itu. Tidak sampai setengah jam pun.


Akibat dari tersalah jalan, aku terbawak pula budak-budak ini ke Daiman Bowl. Alang-alang begitu, main bowlinglah dahulu sebelum ke Jusco. Walaupun berpuasa, aku rasa inilah antara permainan aku yang paling termenjadi sekali. Gila enjoy. Mungkin aku sedikit stress menguruskan Peperiksaan Percubaan SPM. Inilah cara aku nak hilangkan stress aku. Tapi penat. Penat ketawa. Lepas itu, bila tekak kering, baru perasan yang kami berpuasa. Ha kau, insaf seketika. Lepas itu ketawa lagi.


Ya, sebagai bukti, aku lampirkan gambar di sini. Wah, kenapa ayat aku seperti resume mahu meminta kerja? Entah, aku tak tahu jawapannya. Kalau kamu tahu, jawabkan untuk aku, ya??





Oh ya. Kami pergi berlima. Penuh Isaac @ Tengku Puteri Intan Jelita aku itu.


D = Donut @ Daniel
W = Wan @ Azwan
B = Best @ Akulah. Kan 'best' is my middle name... Hehe..
A = Amy @ Syukhaimi
F = Farid @ Farid-lah. Dah memang namanya Farid.


Walaupun aku kalah di tangan Amy, tapi aku berjaya termengalahkan orang lain, okay?? Tengok bezanya, jauh kan?? Tengok, aku siap bulatkan lagi 2 strikes dan 1 spare yang aku berjaya buat. Dan nilai point aku itu amat bermakna bagi aku. Sebab itu tahun kelahiran aku. Wah, terbangga aku seketika. Bukan sahaja seketika. Sampai sekarang, jika aku lalu di hadapan kelas Daniel, aku akan melakonkan aksi menggolekkan bola bowling. Supaya dia bengkek dengan aku. Hehehe~


Aku tahu, para manusia ego akan komen, eleh, point tak sampai seratus pun nak bising. Dahlah banyak longkang. Hello manusia... Ikut suka aku la. Nak longkang ke, nak parang ke, nak bunga lawang ke. Aku yang bayar, dan aku yang main. Bukan kamu. Jadi, tak payah la nak kondem aku, atau nak menunjukkan kehebatan kamu,ya? Aku tak ingin nak tahu. Cerita sahaja kehebatan kamu di blog kamu sendiri. Jangan menyemak di blog aku. (Amaran Kerajaan Malaysia).


Apa-apa pun, aku enjoy. Dan kami akan pergi lagi selepas hari raya. Sebab mereka-mereka (kesalahan tatabahasa. Sila jangan ikut) itu akan dapat duit raya, jadi giliran mereka pula untuk membelanja aku. Baiklah, akan aku tunggu. Biarpun aku rasa harapan untuk aku dibelanja itu adalah palsu.... Huhuhu~


Wah, aku terpaksa berhenti menulis. Sebab aku sudah mengantuk. Esok mahu bangun awal. Aku juga sudah menghitung hari untuk pulang beraya. Dan mengikut perhitunganku menggunakan kalkulator biologi dalam badanku sendiri, aku akan 'Abc' lagi hujung minggu hadapan. Wah, banyaklah puasa yang harus kuganti.


Dari tadi mahu tidur, belum juga aku tidur. Jadi haruskah aku tidur atau biarkan sahaja tidur itu menidurkan aku?


Ya, fikirlah kamu sehingga kamu yang tertidur.


Dan aku masih juga di hadapan komputer aku, bermain game Zuma.


p/s : Cuba teka berapa banyak perkataan yang ada imbuhan 'ter-'? Jika terbetul, aku terbagi duit raya. Eceh, terberjanji laa pula.




Wednesday, September 2

Apa jadi pada peminat Arsenal bila mereka kalah dengan MU?? Jadi je burung unta. Tanam muka dalam tanah. Sebab tak hensem.

Rutin kesibukan yang lebih memeningkan bermula. Hari ini, bermulalah cabaran Peperiksaan Percubaan SPM bagi Negeri Johor. Sekolah aku dah mula semalam, bagi paper ICT. Tapi secara rasminya, hari ini adalah hari pertama. Sebagai setiausaha SPM sekolah aku, aku berlari naik turun tangga tau, untuk menguruskan trial exam ini. Hmm, esok kalau aku penat sangat, baik aku buat-buat pengsan sahaja. Boleh duduk di sick bay. Auw..wah ha ha!!

Teringat pulak aku masa zaman sekolah aku dulu. Aku pernah cakap kan, aku suka peperiksaan. Suka bangat yang amat. Tapi, tak ramai orang tahu, banyak perkara yang aku belajar tentang cara untuk meniru dalam peperiksaan. Tapi bukan aku. Kawan-kawan aku. Hebat mereka itu.

Aku ceritalah tentang orang terer meniru (OTM) ni satu-satu.

OTM nombor satu.

Kawan sekolah rendah aku. Masa aku di Baling,Kedah. Disebabkan masa itu Persatuan Peniru-peniru Sedunia belum ditubuhkan, jadi kaedah meniru masa tu pun tahap bongok je. Kalau kamu nak pakai kaedah ni sekarang, memang kamu tak akan diajak ke Konsert Search Di Awan Biru. Sebab kamu TIDAK "berbaloi-baloi..." Malah Maya Karin, Rita Rudaini dan Aaron Aziz (wah! macam promote Celcom pula!) pun tidak akan berkawan dengan kamu juga.

Masa itu, kaedah yang digunakan adalah guna penuh (full use) jari. Sebelum masuk dewan periksa, dia bersungguh-sungguh mengeksplen tentang kaedahnya pada aku.

"Ingat, kalau aku angkat satu jari, maknanya A. Kalau dua jari, maknanya B. Kalau ... blablabla.... Okay??"

"Huh, ok."

Aku bukan pedulik pun apa dia cakap. Bukannya aku hingin sangat nak tiru dia. Aku lagi pandai dari dia apa. Aku lebih konsentret pada cucur udang makcik kantin yang menggiurkan itu. Dan juga air sarsi ais makcik kantin itu. Sebab kelas aku depan kantin.

Disebabkan aku berlagak sangat, aku tak reti jawab soalan nombor 26. Padan muka aku. Terpaksa jugak aku mintak tolong dia.

"Psstt...."
(dengan mata bersinar-sinar) "Apa?"

Aku angkat jari aku. Tunjuk nombor dua. Genggam. Tunjuk nombor enam. Genggam. Yelah, takkan aku mahu buka kasut dan stokin dan tunjuk jari kaki aku sekali. Itu pun tak cukup lagi 26. Silap-silap kena pinjam jari cikgu aku. Tak ke haru.

Dan dengan konfidennya, dia angkat empat jari. Letak.

Aku pun konfiden jawapan dia D.

Tapi tiba-tiba dia angkat dua jari. Letak.

Alamak? Rupa-rupanya... Macam yang kamu sangkalah. Dia ingat aku tanya jawapan untuk soalan dua DAN enam. Buat apa. Jawapan itu aku tahu.

Akhirnya, aku curi-curi bawa keluar kalkulator dari bawah meja aku. Okay apa. Sekurang-kurangnya aku kira sendiri. Aku tidak meniru sesiapa.

Dan sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak gunakan isyarat jari untuk soalan yang bernombor lebih dari sepuluh. Aku tak pernah tanya.

OTM nombor dua.

Masih di sekolah rendah. Kali ini di Sungai Petani. Yang ini lagi hebat. Taktik meniru ini kami bincangkan seminggu sebelum peperiksaan bermula. Kalah Parlimen bersidang nak luluskan usul. Dan seminggu juga masa yang kami ambil untuk menghafal taktik ini. Susah dan konfius sial. Taktiknya?

Kalau jawapan A : Garu hidung.
Kalau jawapan B : Garu kepala.
Kalau jawapan C : Urut dahi.
Kalau jawapan D : Tongkat dagu.

Masalahnya, belum sempat soalan diedarkan lagi aku tengok kawan aku yang sebelah aku dah urut dahi.

Bila dapat soalan sahaja, kawan aku yang duduk di hadapan meja cikgu dah garu hidung. Itu belum buka soalan lagi.

Bila dah buka soalan, kawan aku yang duduk tepi pintu sebelah tingkap dah tongkat dagu. Sambil memuncungkan mulut dan mengimbangkan pensel di atas muncungnya itu.

Budak lelaki di hadapan aku dah berpeluh-peluh sambil menggaru kepala. Walaupun dia bukannya satu geng peniru dengan aku.

(Mana dia tau taktik kami, ha??)

Ya. Macam yang kamu sangka juga. Keempat-empat kaedah itu rupa-rupanya perkara yang selalu kita buat bila kita berfikir. Jadi, aku sendiri tak tahu bila mereka garu hidung, garu kepala, urut dahi dan tongkat dagu masing-masing itu, mereka memberi jawapankah, atau mereka sedang bersungguh-sungguh berfikir.

Apa pendapat kamu?

Aku?? Seperti biasa, aku keluarkan sahaja kalkulator secara curi-curi dan terus mengira. Tanpa perlu meniru sesiapa.

OTM nombor tiga.

Ini masa aku di Alor Setar. Sudah sekolah menengah. Taktik baik punya.

Kawan aku demam. Kesian pula aku melihatnya. Dari pagi, dia diam sahaja. Bunyi yang keluar dari dia hanyalah,
Sok-sek, sok-sek (bunyi menyedut hingus. Menggunakan hidung. Bukan straw.)

Jadi sepanjang peperiksaan, keheningan dan kedinginan kelas peperiksaan (sebab kami tidak berada di dewan, jadi tak bolehlah aku menggunakan perkataan dewan peperiksaan) itu diganggu oleh bunyi sok-sek kawanku itu. Punyalah banyak tisu berlonggok di atas mejanya. Kalau aku jadi dia, pastinya aku tidak berdaya menjawab lagi. Sebab aku memang alah dengan selesema. Habis tenaga aku. Dan aku cepat lapar jika selesema. Eh, kalau tak selesema pun aku tetap cepat lapar juga. Jadi tiada kena mengena.

Selepas kelas, aku tengok dia masih diam. Tetapi sok-seknya juga telah hilang. Dengan tiba-tiba dia tanya aku,

"Hang nak tau dak, aku bengang gila tat sat?"
"Awatnya? Hang penin takleh jawab peksa ka? Aku dengaq teghuk selesema hang." Masa itu, aku belum pandai menjawab "Tak tanya pun?"
"Penat laa aku tulih toyol kat ataih tisu ni. Satu soklan pun takdak kena mengena. Sampai habih tisu aku wat-wat pakai. Tak dak pa pun aku boleh guna. Ghaplah jingga betui la tukang wat soklan tuh"

Laa, dia tulis jawapan kat tisu rupanya! Patutlah punya banyak tisu yang dia bawak. Rupa-rupanya, selesema tu pun fake! Pandai betul kawan aku ni..

Dan aku dengar mak dia mengamuk sebab dia habiskan sekotak tisu untuk membuat toyolnya itu.

OTM nombor empat.

Mamat nie memang hebat sangat-sangat. Aku kenal dia masa di Matrikulasi. Dan, serius aku cakap, aku memang guna taktik ini. Terutamanya masa exam kalkulus dengan aljabar linear masa kat U dulu. Caranya apa?

Ok, sebab apa taktik ini mesti berkait dengan paper maths sahaja? Sebab, bahan untuk menjalankan taktik ini mestilah KALKULATOR. Oh, dan sebatang pensel juga. Tak kisahlah pensel 2B ke, HB ke, asalkan pensel. Dan, tak kisah juga jenama apa pun. Stabilo ke, Faber Castell ke, atau jenama apa-apa hotel di dunia. Sebab kamu pow pensel dari dalam bilik hotel yang kamu tumpang.

Okay, caranya... Tulis formula yang kamu mahu di celah-celah butang kalkulator kamu dengan pensel. Ya, jika kalkulator kamu berwarna hitam, lebih baik. Jika berwarna lain, kebarangkalian kamu ditangkap menoyol adalah sangat tinggi. Sila cuba jika kamu tak percaya. Sekali imbas, seperti tiada apa-apa di permukaan kalkulator kamu itu. Tapi aku jamin, dengan bantuan pencahayaan yang baik di dalam bilik peperiksaan kamu, kamu pasti dapat melihat hasil toyolan kamu itu.

Dan aku amat pasti kamu akan cepat-cepat mengambil sebatang pensel dan sebiji (??) kalkulator lalu mencuba teknik ini. Yeah bebeh... Berjaya, kan?

Jika tidak, sila tikam tangan kamu dengan pensel kamu sendiri. Losers.

Tuesday, September 1

Pejal tag aku. Ke aku ditag oleh Pejal? Atau tag dipejalkan oleh aku? Atau tag mengakukan pejal? Aargh!! Aku dah konfius!!

Mari menjawab tag oleh Encik Pejal...

Mekasih laa kerana susah-susah aje (sebut macam gaya Felix AF3, siap dengan gaya sekali) mendera Kak Yong.

Oklah, kita layan... Zass....

1)Saya suka???

a - Menjadi seorang cikgu. Sebab aku suka memanjakan dan dimanjakan oleh anak-anak murid aku. Aku juga pakar dalam melakukan 'penderaan' kepada mereka. Tapi aku tahu, mereka sayang aku dan aku sayang mereka. Mereka pasti akan setuju dengan aku. (Sebab kalau mereka tak setuju, mereka akan didera. Ahaha~) Tak percaya tanya tukang kebun yang kerap buat-buat lalu depan kelas aku setiap kali aku mengajar. (Saya dah kahwin la, bang!)

b - Makan!! Yeehaa...!! Eh, serius la. Aku suka masak, dan aku suka makan. Untuk menggoda hati aku, atau untuk mengelakkan aku menjadi biru (rujuk entry sebelum ini), silalah belanja aku makan western food. Aku pasti tidak akan menolak, malah aku akan menarik. Tidak ada kena mengena dengan sawan tarik, okay?

c - Kebaya nyonya. Aku semakin menggilai kebaya nyonya. Tapi aku bukan nyonya. Jauh sekali baba. Sebab aku tidak berasal dari Melaka. Dan baju aku juga tidak berkancing suasa. Kebanyakkannya berzip sahaja. Mahal kau, nak pakai butang dari suasa. Kalau dari emas tulen tak apa juga. Boleh gadai, lebih-lebih lagi time-time dah dekat nak raya macam sekarang ini...

2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang

a - apakah yang perlu saya masak untuk berbuka nanti. Sekarang waktu menunjukkan jam 6.00 petang. Baiklah, aku telefon sahajalah suami aku. Minta dia belikan sahaja juadah berbuka di PaRam. Kerana hari ini hari pertama aku bersekolah dalam bulan Ramadhan setelah seminggu bercuti. Penat seyh...

b - seorang sahabat baik. Teman tersayang. Rakan seperjuangan. Yang totally depressed. Semoga beliau dapat mengharungi segalanya dengan penuh rasional. Dan semoga beliau menyedari bahawa terlalu banyak yang ada di dunia ini untuk dia hargai.

c - alamak!! Minit mesyuarat yang belum dibuat!! Toolooonnnggggg!!!!!!!

3) Bila rasa tension saya akan...

a - menjadi biru. Ahaha~

b - baca novel. Lebih baik lagi jika novel itu kisah Melayu tipikal. Lelaki jumpa perempuan. Bercinta. Gaduh sebab salah faham. Atau perempuan lain. Atau sebab mak bapak tak suka. Sebab dia Datuk/Datin. Pedulik hapa aku. Berpisah. Lepas beberapa tahun, jumpa semula. Sambung cinta. Kahwin. Dapat anak. Biasanya kembar. Hahaha... Berapa banyak buku cerita yang kamu baca yang plotnya lebih kurang macam aku hurai di atas? Kecuali buku-buku Ramlee Awang Murshid. Suspens thriller. Aku respek. Tabik spring satu! Toinnggg~

c - makan la. Apa lagi. Siapa mahu belanja aku? Aku teringin mahu strawberi cicah coklat sekarang ni. Siapa yang berjaya bagi strawberi cicah coklat pada aku, aku akan sayang dia seumur hidup! Sumpah!!

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...

a - gelagat anak-anak aku. Yang bujang, kamu apa tahu? Terutama bila mereka berpakat mengenakan aku. Makluman ya, mereka baru berusia 2 tahun 10 bulan dan 9 bulan. Tapi aku pernah terkena oleh mereka. Cerita Lain.

b - gelagat anak-anak murid aku. Yang ini lagi laa.... Macam-macam ada...

c - gelagat cikgu-cikgu kat Bilik Guru SMK Laksamana. Pun sama. Macam-macam ada.

d - bila makanan kegemaran aku berada di depan mata.

e - bila sekali-sekala suami aku menunjukkan skill lawaknya. Dry humours lagi.

f - bila aku tengok Monday Night Laugh di Channel 711 - Star World.

g - bila aku baru perasan yang soalan mintak 3 perkara je. Punyalah banyak sebab yang boleh membuatkan aku senyum. Jadi, kalau kamu membuatkan aku tidak tersenyum, kamu memang bengong, tahu? Sebab aku ceria orangnya, macam Astro Ceria. Ceriaa~ (nyanyi macam lagu tema Astro Ceria)

5) 3 perkara yang buat saya menangis..

a - jika sesuatu yang tidak baik menimpa ahli keluarga atau teman tersayang.

b - jika aku tengok Titanic dan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Serius beb. Tak cukup sekotak tisu tau. Siap basah bantal yang aku peluk. Cakap ah aku jiwang. Apa aku pedulik? Memang pun aku jiwang. Dalam Titanic, aku sedih masa Jack Dawson mati. "I'll never let go", janji Rose DeWitt Bukater pada Jack Dawson. Lagi satu, "You jump, I jump, remember??" Kalau aku, aku jawab balik. "You jump first, I jump second, okay??" Kalau aku agak-agak macam bahaya, aku tak jadi la nak jump. Aku jadi Jumper. Tak faham? Sila Google. Atau klik saja pada link itu. Kalau dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham, tak ada ayat syahdu pun. Aku memang tak boleh tengok Shah Rukh Khan menangis. Itu sahaja.

c - jika saya baca Harry Potter. Pertama, masa Sirius Black mati dibunuh oleh Bellatrix Lestrange (Harry Potter and The Order of The Phoenix). Yang kedua bila Albus Dumbledore mati kena bunuh dengan Professor Snape (Harry Potter and The Half-Blood Prince). Aku ingat lagi, aku beli buku ni masa aku induksi di Port Dickson. Malam tu aku tak tidur, aku baca sampai habis. Esoknya, mata aku bengkak dan sembap serta aku selesema. Sebab tidak tidur dan menangis. Sepanjang malam. Sedih sial. [F**k the Avada Kedavra curse. That curse causes TWO of my hero died!!] Dan esoknya, aku tidur masa penceramah bagi ceramah. Salah dia apa. Siapa suruh dia berceramah perkara yang membosankan? (Walaupun memang aku suka tidur bila orang berceramah pun. Hobi tu. Dalam kuliah juga begitu. Oopss!)

6) Kalau saya ada rm100k?

a - Panggil Eric Leong, buat make-over rumah.

b - Selesaikan semua hutang bank. Pasti hidupku umpama dalam syurga.

c - Ada balance? Simpan beb. Aku tak rakus. Macam kamu.

7) Sila beri 3 nama untuk di tag...

a - Ngah (walaupun hang diselamatkan oleh Pejal, aku tak selamatkan hang...)
b - Qusam (kalau tak buat, no hadiah for PMR, ok??)
c - Angah Zulaika (Sorry, tak bisa ketemu masa kamu balik Malaysia. Kesian dia tahun ini, beraya di Surabaya)

Anyway Pejal, thanks a lot. Kak Yong tak berapa ada idea nak menulis sebab terfikirkan seseorang dan sesuatu. Tapi dengan menjawab tag, dapat juga menulis. Hilang sikit tension. Ya... Sorilah sebab tak update lama bangat. Gembira tahap Gaban dengan kehadiran semua ahli keluarga dari Serdang di Kota Tinggi. Rumahku juga ibarat Old Trafford. Punyalah ramai 'penonton' menonton perlawanan live Manchester United vs Arsengal. Kepada peminat-peminat Arsengal di luar sana, siapa pondan sekarang??????