Monday, August 29

Selamat Hari Raya (versi lagu Ahmad Jais)

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca senyap ataupun tidak di blog ini...
Tengoklah, seberapa pantas aku boleh update dengan gambar-gambar terkini...
Take care, y'uolls~~

Monday, August 22

Beli racun untuk berbuka?

Latar belakang : Dapur
Pelakon : Aku
Scene : Memotong bawang putih, bawang merah, halia, kobis dan lain-lain sebagai persediaan memasak mee gorang basah untuk iftar.
(Dengar bunyi motor. Oh, Encik Suami pulang. Bunyi pintu dibuka, mungkin oleh Zikri. Kedengaran suara gembira "Yeay, abah balik" sebagai background music.)
Tiba-tiba.....
(Berlari dengan pantasnya ke dapur)
Eizzah : "Mama, mama, abah beli racun ma!!"
Aku : "Hoh?? Racun?? Nak buat hapa??"
Eizzah : "Betul... Banyak abah beli racun!"
(Encik Suami lalu, membuka pintu belakang lalu menyalakan lilin)
Aku : "Beli apa, bang?" (Gila kentang curious...)
Encik Suami : "Bunga api......."
Aku : (gelak guling-guling)
Rupa-rupanya, Eizzah nak sebut 'mercun', tapi dibantainya sebut racun... Dia tak boleh nak bezakan lagi antara mercun dan bunga api. Wahhahahaha~~ Terkejut aku. Ingatkan suami aku terkujat aku shopping semalam sampai habis RM300. Tapi takkan itu pun sampai nak kena minum racun, kan? Iman suami aku tak adalah senipis itu.
Moral of the story : Perbanyakkanlah vocabulary anak-anak anda supaya anda tidak mudah diserang heart attack :D

Thursday, August 11

Ustaz Khir!! Saya dah!

Chicken chop... chicken chop...!
Percubaan memasak chicken chop untuk berbuka masih belum sukses lagi. Ini disebabkan Encik Suami sayang amat meminati makanan-makanan selera kampung, dan anak-anak aku juga semuanya menurut selera yang sama dengan abah mereka. So, hari-hari memasak, dan mesti ada sambal tempoyak atau budu... Pergh, cicah ulam dengan budu memang marvellous-lah, wa cakap lu!
Nampak gayanya, tunggu lepas rayalah, pergi makan chicken chop di SDS sahaja.
Dan dengan seriusnya, aku memang tak sabar tunggu raya tahun ini, sebab nak balik raya kat Serdang. Adik-adikku, mari kita berfotogediks, bebeh! Lagipun family kita kan dah ada juruvideo profesional... Ala, ko buat video klip untuk Ifa Raziah, Haiza, Perodua boleh... Takkan nak amek untuk adik-beradik tak boleh, kan Matt, kan?? :D
Aku pun nak ucapkan terima kasih pada anak-anak murid aku yang selalu susah payah hantar makanan dan minuman percuma ke rumah. Susah-susah aje... Tapi seronok juga, sebab aku memang tak suka sangat keadaan crowded di PaRam. Terima kasih banyak-banyak..
Walaupun dah nak masuk hari ke-12 kita berpuasa, aku baru nak wish korang Selamat Berpuasa la ye? Sebab line telefon di rumah aku ada masalah. So, telah pun dibaiki, siap dapat modem baru lagi... Maka, dapatlah aku aktif ber-online semula... Yang penting, buat SAPS tu... Huhu~ Dan aku juga masih berpuasa.... Cuak pulak aku nie, tak cuti-cuti lagi... Hehe.. Zikri nak jadi abang ke?? Haa~~~
Selamat berpuasa semua!! Semoga amalan kita diterima dan dihitung. Yang penting, puasa bukannya sekadar lapar dan dahaga. Solat terawih jangan lupa. Sebab kalau kita tahu betapa besarnya pahala kepada orang yang menunaikan solat terawih, pastinya semua orang akan berebut-rebut ke masjid untuk menunaikannya, walaupun dalam keadaan merangkak.
Oh, related dgn tajuk : Ustaz Khir, tugasan Tadarus saya tahun ni (Surah Al-Furqaan) saya dah selesaikan... Alhamdulillah :D