Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, September 1

Pejal tag aku. Ke aku ditag oleh Pejal? Atau tag dipejalkan oleh aku? Atau tag mengakukan pejal? Aargh!! Aku dah konfius!!

Mari menjawab tag oleh Encik Pejal...

Mekasih laa kerana susah-susah aje (sebut macam gaya Felix AF3, siap dengan gaya sekali) mendera Kak Yong.

Oklah, kita layan... Zass....

1)Saya suka???

a - Menjadi seorang cikgu. Sebab aku suka memanjakan dan dimanjakan oleh anak-anak murid aku. Aku juga pakar dalam melakukan 'penderaan' kepada mereka. Tapi aku tahu, mereka sayang aku dan aku sayang mereka. Mereka pasti akan setuju dengan aku. (Sebab kalau mereka tak setuju, mereka akan didera. Ahaha~) Tak percaya tanya tukang kebun yang kerap buat-buat lalu depan kelas aku setiap kali aku mengajar. (Saya dah kahwin la, bang!)

b - Makan!! Yeehaa...!! Eh, serius la. Aku suka masak, dan aku suka makan. Untuk menggoda hati aku, atau untuk mengelakkan aku menjadi biru (rujuk entry sebelum ini), silalah belanja aku makan western food. Aku pasti tidak akan menolak, malah aku akan menarik. Tidak ada kena mengena dengan sawan tarik, okay?

c - Kebaya nyonya. Aku semakin menggilai kebaya nyonya. Tapi aku bukan nyonya. Jauh sekali baba. Sebab aku tidak berasal dari Melaka. Dan baju aku juga tidak berkancing suasa. Kebanyakkannya berzip sahaja. Mahal kau, nak pakai butang dari suasa. Kalau dari emas tulen tak apa juga. Boleh gadai, lebih-lebih lagi time-time dah dekat nak raya macam sekarang ini...

2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang

a - apakah yang perlu saya masak untuk berbuka nanti. Sekarang waktu menunjukkan jam 6.00 petang. Baiklah, aku telefon sahajalah suami aku. Minta dia belikan sahaja juadah berbuka di PaRam. Kerana hari ini hari pertama aku bersekolah dalam bulan Ramadhan setelah seminggu bercuti. Penat seyh...

b - seorang sahabat baik. Teman tersayang. Rakan seperjuangan. Yang totally depressed. Semoga beliau dapat mengharungi segalanya dengan penuh rasional. Dan semoga beliau menyedari bahawa terlalu banyak yang ada di dunia ini untuk dia hargai.

c - alamak!! Minit mesyuarat yang belum dibuat!! Toolooonnnggggg!!!!!!!

3) Bila rasa tension saya akan...

a - menjadi biru. Ahaha~

b - baca novel. Lebih baik lagi jika novel itu kisah Melayu tipikal. Lelaki jumpa perempuan. Bercinta. Gaduh sebab salah faham. Atau perempuan lain. Atau sebab mak bapak tak suka. Sebab dia Datuk/Datin. Pedulik hapa aku. Berpisah. Lepas beberapa tahun, jumpa semula. Sambung cinta. Kahwin. Dapat anak. Biasanya kembar. Hahaha... Berapa banyak buku cerita yang kamu baca yang plotnya lebih kurang macam aku hurai di atas? Kecuali buku-buku Ramlee Awang Murshid. Suspens thriller. Aku respek. Tabik spring satu! Toinnggg~

c - makan la. Apa lagi. Siapa mahu belanja aku? Aku teringin mahu strawberi cicah coklat sekarang ni. Siapa yang berjaya bagi strawberi cicah coklat pada aku, aku akan sayang dia seumur hidup! Sumpah!!

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...

a - gelagat anak-anak aku. Yang bujang, kamu apa tahu? Terutama bila mereka berpakat mengenakan aku. Makluman ya, mereka baru berusia 2 tahun 10 bulan dan 9 bulan. Tapi aku pernah terkena oleh mereka. Cerita Lain.

b - gelagat anak-anak murid aku. Yang ini lagi laa.... Macam-macam ada...

c - gelagat cikgu-cikgu kat Bilik Guru SMK Laksamana. Pun sama. Macam-macam ada.

d - bila makanan kegemaran aku berada di depan mata.

e - bila sekali-sekala suami aku menunjukkan skill lawaknya. Dry humours lagi.

f - bila aku tengok Monday Night Laugh di Channel 711 - Star World.

g - bila aku baru perasan yang soalan mintak 3 perkara je. Punyalah banyak sebab yang boleh membuatkan aku senyum. Jadi, kalau kamu membuatkan aku tidak tersenyum, kamu memang bengong, tahu? Sebab aku ceria orangnya, macam Astro Ceria. Ceriaa~ (nyanyi macam lagu tema Astro Ceria)

5) 3 perkara yang buat saya menangis..

a - jika sesuatu yang tidak baik menimpa ahli keluarga atau teman tersayang.

b - jika aku tengok Titanic dan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Serius beb. Tak cukup sekotak tisu tau. Siap basah bantal yang aku peluk. Cakap ah aku jiwang. Apa aku pedulik? Memang pun aku jiwang. Dalam Titanic, aku sedih masa Jack Dawson mati. "I'll never let go", janji Rose DeWitt Bukater pada Jack Dawson. Lagi satu, "You jump, I jump, remember??" Kalau aku, aku jawab balik. "You jump first, I jump second, okay??" Kalau aku agak-agak macam bahaya, aku tak jadi la nak jump. Aku jadi Jumper. Tak faham? Sila Google. Atau klik saja pada link itu. Kalau dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham, tak ada ayat syahdu pun. Aku memang tak boleh tengok Shah Rukh Khan menangis. Itu sahaja.

c - jika saya baca Harry Potter. Pertama, masa Sirius Black mati dibunuh oleh Bellatrix Lestrange (Harry Potter and The Order of The Phoenix). Yang kedua bila Albus Dumbledore mati kena bunuh dengan Professor Snape (Harry Potter and The Half-Blood Prince). Aku ingat lagi, aku beli buku ni masa aku induksi di Port Dickson. Malam tu aku tak tidur, aku baca sampai habis. Esoknya, mata aku bengkak dan sembap serta aku selesema. Sebab tidak tidur dan menangis. Sepanjang malam. Sedih sial. [F**k the Avada Kedavra curse. That curse causes TWO of my hero died!!] Dan esoknya, aku tidur masa penceramah bagi ceramah. Salah dia apa. Siapa suruh dia berceramah perkara yang membosankan? (Walaupun memang aku suka tidur bila orang berceramah pun. Hobi tu. Dalam kuliah juga begitu. Oopss!)

6) Kalau saya ada rm100k?

a - Panggil Eric Leong, buat make-over rumah.

b - Selesaikan semua hutang bank. Pasti hidupku umpama dalam syurga.

c - Ada balance? Simpan beb. Aku tak rakus. Macam kamu.

7) Sila beri 3 nama untuk di tag...

a - Ngah (walaupun hang diselamatkan oleh Pejal, aku tak selamatkan hang...)
b - Qusam (kalau tak buat, no hadiah for PMR, ok??)
c - Angah Zulaika (Sorry, tak bisa ketemu masa kamu balik Malaysia. Kesian dia tahun ini, beraya di Surabaya)

Anyway Pejal, thanks a lot. Kak Yong tak berapa ada idea nak menulis sebab terfikirkan seseorang dan sesuatu. Tapi dengan menjawab tag, dapat juga menulis. Hilang sikit tension. Ya... Sorilah sebab tak update lama bangat. Gembira tahap Gaban dengan kehadiran semua ahli keluarga dari Serdang di Kota Tinggi. Rumahku juga ibarat Old Trafford. Punyalah ramai 'penonton' menonton perlawanan live Manchester United vs Arsengal. Kepada peminat-peminat Arsengal di luar sana, siapa pondan sekarang??????

Friday, June 12

..Tag oleh Zulaika..

Tak pasal2 kono tag laa plaks...
Takpe, kita enjoy~


1.Apa perasaan anda sekarang?Seronok!! Pergi dating dgn suami tercinta (berdua je tau), dapat beli hadiah birthday Ummi,
and yang utama, dapat SMS dari Fedtri (MHI-TV3). Dia nampak kitorang kat area
Masjid India tadi.. Haha~
2. Saya nak makan?
teringin sangat2 nak makan Pizza Pah... Orang yg tertentu jer yang tau nie...
3. Saya x suka?
banyak benda.. paling utama, disalahkan atas kesalahan yang saya tak buat... nyampah tau...
4. Impian saya?
Hmm... ada satu impian yang saya rasa amat mustahil untuk didapati sekarang... Biarlah rahsia~
5. Haiwan yang saya x suka?

saya tak suka semua haiwan.. huhu~ sbb tu laa ayahku pernah berkata
"macam mana laa ko jadi cikgu Bio kalau takut binatang?" Takpe, Kak Yong sayang tumbuh-tumbuhan... Hehe~
6. Saya harapkan?
untuk masa terdekat nie, saya harapkan suami saya yang tersayang dapat membuat keputusan
yang terbaik dalam menentukan hala tuju kerjayanya. All the best, sayang!
7. Jika saya boleh putarkan masa?
saya nak ready betul2 untuk menghadapi banjir 2007. so, kalau saya sempat larikan kereta saya itu,
taklah banyak sangat menanggung kos membaikinya...
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
semoga amalan saya dah berlipat kali ganda berbanding sekarang, hutang piutang bank pun dah dilangsaikan,
pulangan insurans2 saya pun dah dapat, dan maybe dah naik DG44 kot... haha~
9. Handphone saya adalah sebuah?
gadget yang banyak membantu dalam hidupan seharian saya...
10. Saya pernah bercenta sebanyak?
serius? 2.5 kali (hmm... ~.~)
main2? banyakkkk.... haha!
11. Saya suka pada?
banyak perkara.. paling utama, kegembiraan kerana nikmat kurniaan Allah...
12. Kawan-kawan saya...?
adalah mereka yang berada di sisi saya tatkala saya memerlukan mereka..
tapi ada jugak yang AMAT menyakitkan hati saya (u know who u are)
13. Pernah dikhianati?
pernah sangat2.. tapi pengalaman itulah mengajar erti kepercayaan...
mekasih laa sbb khianati saya...
14. Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah mengkhianati anda?
insaflah.. takut2 kalau Allah balas terus kat dunia nie, tak tertanggung nanti...


Senaraikan 8 orang untuk di tagNgah (wargh kah kah kah)Qusam (demam pon leh wat tag, kan??) Zaem Hayes (jgn nak mengelak, aku tak guna nama Matt kali nie)Najat
Yie (bleh laa.. blog hang pon dah nak mereput dah tuh)
[tak cukup lapan, leh?? Kurang senarai laa]

Tuesday, March 10

.. Kena tag lagi ..

Kali nie, aku kena tag ngan Angah Zulaika la plak
(my dear darling Hawa, jgn marah teacher ek? teacher nggak ngerti camne nak wat tag kamu itu. hehe~)

So, inilah dia hasil tag itu...

#1 describe 10 things about the person who tag u

1. Emm, aku rasa dialah sepupu aku yang paling ceria dalam dunia... Kerja dia asyik gelak jer...
2. Yang paling pandai kot setakat nie, sebab dialah bakal doktor.. Hebat, hebat...
3. Yang paling brutal pun dia gaks, sebab aku tak pernah dengar lagik mana2 sepupu aku yang drift kat corner, masuk gaung, then panjat balik tebing tu naik ke jalan raya... huhu~
4. Aku suka dia, sebab dia sporting sangat~ *wink*
5. Aku tak suka kalau dia blend kacang untuk dibuat kuah kacang.. sebab dia akan blend kacang tu sampai halus (tak rasa laa kacangnya ngah oii), sedangkan aku suka kalau lebih rasa kacangnya...
6. Punyai taste yang baik, sebab aku pernah order kain untuk dia beli dari Indonesia...Aku suka sgt pilihannya itu.. Mekasih!!
7. Jauh di sudut hati, aku tau yang aku dan dia mempunyai banyak persamaan sebab kitorang sama-sama Pisces..
8. Pandai wat kuih.. Aku ingat lagi (tapi tak ingat raya tahun bila) dia buat kuih chocolate cornflakes. Simple, tapi sedap!
9. Kalau dia tu lebih kurang sama macam aku (rujuk no 7), dia nie susah nak says no kat orang..
10. Seorang insan penyayang, yang tengah rindu kat ibu nya!! (Kata pak ngah, akal je tu, nak balik!! kui kui kui~)

#2 describe 10 things about you

1. Dilahirkan 28 tahun yang lalu di Klinik Sambhi, KL.
2. Mempunyai ayah dan ummi yang paling hebat di dunia, serta adik-adik yang sporting dan manja, suami yang amat penyayang (dan kuat merajuk, hehe) serta anak-anak yang amatlah manja dan aktif..
3. Seorang cikgu yang berdedikasi (chewah~) dan berkaliber (chewah lagi~) serta mampu mengajar apa sahaja subjek walaupun tak related dgn opsyen..
4. Agak berbangga dengan apa yang aku buat sekarang, sebab walaupun tak kaya, tapi aku bahagia dengan kejayaan anak-anak didikku...
5. Mempunyai mood yang cepat berubah-ubah..
6. Susah nak kata tidak kalau orang mintak tolong. Walhal kadang-kadang perkara itu akan buat aku susah..
7. Suka makan western food, esp speghetti bolognaise, chicken chop dan lamb chop. Setakat nie, lamb chop jer yang aku tak pandai masak sendiri lagi, yang lain dah pandai dah...
8. Aku rasa aku manja sebenarnya, tapi aku tak pandai nak tunjuk yang aku nie manja. Konon macam aku nie berdikari laa...
9. Suka melancong, so memang betullah kerjaya suamiku di travel agency.. Cuma ada kekangan dari segi masa je laa untuk pergi melencong, eh salah, melancong nie...
10. Sebenarnya suka sangat memasak, especially desserts. Tapi dah mula kurang rajin sebab suamiku tak suka makan desserts.. Huhu~

#3 at the end you need to choose people to be tagged and list their names.

1. Ngah (wargh kah kah kah)
2. Matt
3. Qusam
4. Siti Hawa Salip
5. Najat

Monday, February 23

.. Kena tag laa plak ..

Ngah, sesuka hati ngko je mengetag aku yek?? takpe ahh, sebab ngko dah ngetag, aku pon wat laa... ahaks

Tugasannya ialah.........
- GO to your photos folder in your computer
-GO to the 6th Folder of your photos
-GO to the 6th photos in that folder
-Put the picture on your blog & description of it.
-Invite 6 friends to join the challenge
-Link them in your blog & let they know they have been challenged.


Dan hasilnya ialah....


Nampak sangat la aku nie cikgu Bio, kebanyakan folder pun penuh dgn rajah-rajah Bio. Sesapa yang pernah amek bio, mesti korang ingat2 lupa dgn benda alah nie. Organelle nie namanya endoplasmic reticulum. Ada 2 jenis, rough and smooth. Ribosomes yang melekat pada endoplasmic reticulum tu menyebabkan ianya menjadi rough endoplasmic reticulum, manakala kalau takde ribosom tu, jadinya smooth endoplasmic reticulum. Fungsinya adalah untuk transportation of protein and also the site of important metabolic reactions.
Haa, tak pasal2 kena belajar Bio. Tapi kan, tugasan terakhir tu tak dapat nak buat lagi wat masa nie, sbb kengkawan aku tak cukup laa 6org. Laen kali la kot..... Daaa...