Monday, February 28

Walao~~ Sedih bangat!!

Hari ini tak banyak perkara yang berlaku.. Tapi ada beberapa benda yang buatkan aku masih terasa nak nangis pun ada, nak ketawa pun ada (eh, memang aku dah ketawa pun!), tension pun ada. Okeh, aku nak cerita pasal yang nak nangis...

Seriusli, bila aku tengok masa perhimpunan tadi, aku miss 2 wajah yang selalu senyum-senyum kat aku masa perhimpunan. First, Umar anak cikgu Aziz, dan juga Hakim Hassan... Diorang dah selamat melanjutkan pelajaran (wah, ayat tak boleh blah) ke SM Sains Kota Tinggi atau lebih dikenali sebagai SAKTI setelah berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang dalam PMR.

Salam Ustaz Tahir ada lagi masa tu. Tapi lepas rehat dia balik sebab nak beli keropok lekor.. Eh, salah, nak pergi medical check-up dan juga shopping barang-barang nak masuk MRSM. Ya, Salam dapat masuk MRSM Serting.

Huhu~ Sedih seh... Aku sayang giler batch diorang sebab itulah batch yang aku ajar masa diorang masih bayi, eh, masa diorang Form 1. Specifically, aku mengajar Tingkatan 1 WUM 2008, siap mengajar Sivik, kau.. Aku main bedal aje masa tu. Tapi batch tu best, sporting. Dan batch itu juga yang banyak meninggalkan aku....

Mula-mula Malini dan Farah, lepas tu Adibah, Hasrin dan Khaliq, then sekarang Salam, Umar dan Akim... Terasa giler jauh di sudut hati aku yang aku akan rindu pada mereka...

Aku takleh bayangkan sedih jugak la hati aku nak masuk kelas Biologi dengan 4 UM esok. Kesian Farabi seorang kat belakang. Nampak gayanya dia kenalah menabahkan hati untuk duduk di depan. Tak boleh duduk belakang sorang-sorang, nanti kena 'mengorat' dengan 'benda' yang kat belakang lab tu, cikgu tak jamin~~ Tak apalah, kita doakan yang terbaik untuk diorang. Rasulullah pun ada bersabda,

"Tuntutlah ilmu biar sampai ke Negara China"

Diorang blom pun sampai China lagi. Paling jauh baru Negeri Sembilan. Itu pun air mata dah macam paip SAJ pecah dah ha masing-masing... Touching seh... (Padahal aku pun sama, aku pendam je la. Aku kan jelita..) Cuba kalau diorang betul-betul sampai China? Mau banjir besar kali ketiga dekat Kota Tinggi nie. Puncanya - depa (mereka versi mami jarum) la...

Sekurang-kurangnya mereka berpindah untuk menuntut ilmu. Oklah tu.. Niat mereka berpisah adalah baik.. At least, diorang bukannya masuk Pusat Serenti ke apa ke...

Haa.. Sebut tentang Pusat Serenti...

Tadi juga adalah perasmian Minggu Anti Dadah di sekolah aku, SMK Laksamana, Kota Tinggi. Yang tak boleh tahan, perasmi tahun ini merupakan seorang orang baru yang dihantar ke sekolah aku gara-gara orang atasannya semuanya ada tanggungjawab di tempat lain. Dia punya gigil, tambah dengan kurang persediaan, hanya Allah yang tahu. Aku sedar, bukannya mudah nak berucap di hadapan ratusan anak-anak SMK Laksamana yang hobinya pun berucap juga. Pantang orang bercakap kat depan, dia pun sibuk nak bercakap kat belakang. Bila diberi slot khas untuk mereka bagi ucapan kat depan, tak nak pulak. Awal-awal memang kesian, tapi akhirnya beliau mampu juga settle down nervousness dia tu... Mula-mula memang gigil betul, tak sampai hati kami para guru melihat.

Nampak?? Nak menjadi seorang guru bukannya mudah, ok?? Nak berucap di khalayak ramai ketika perhimpunan, bukan semua orang mampu buat, tau? Tapi itulah kemahiran kami yang jarang sekali wujud pada profesion lain. Setiap hari, seorang guru paling kurang perlu bercakap di hadapan purata 35 orang murid dalam satu kelas. Itu pun kalau sehari satu kelaslah... Kalau sehari ada 4 kelas? Berapa orang dah tu? Yeah, setakat orang yang eksyen cakap berdegar-degar kat belakang memanglah... Datang dan berdepan dengan pelajar, baru anda tahu...

Pelajar sekarang dah pandai dan kreatif, tak macam dulu kot.. Apa orang cakap.. Takut cikgu... Eheh (--")

Apa orang cakap? Sekarang pelajar dah tak takut cikgu dah....

:DD

Sunday, February 20

Air naik main-main...


Gambar yang aku nak share ni actually dah jadi berita basi pun... Tapi aku rasa at least bila aku letak dalam blog aku, aku boleh tatap balik bila-bila aku nak... Kalau simpan dalam henpon, risiko beb.. Ter-delete ke, ter-rosak ke, orang ter-curi ke.. (tercuri laa sangat)... Habis-habis pun sebab aku tukar phone baru...
Ni actually gambar-gambar banjir masa cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina 2011. Serius, itulah cuti yang paling tak bermakna bagi aku sebab aku langsung tak boleh rehat.. Hati, minda, badan, semua letih memikirkan keadaan air longkang yang dah melimpah, sungai Kota Tinggi yang dah nak penuh, hujan yang agak lebat dah dua, tiga hari... Trauma dan fobia banjir akhir tahun 2006 dan awal 2007 dulu pun masih tak hilang lagi...
Hasil dari letih mengemas dan berulang-alik menyelamatkan diri tu la menyebabkan aku demam start cuti seminggu tu sampai la sekarang nie badan aku belum betul-betul kuat lagi. Suara serak-serak seksi aku nie pun maintain je, dah 2 minggu dah... Asyik kena jadi bahan je dalam kelas.. Hampehs anak-anak murid aku nih... Satu ayat yang tak bole blah dari ada laa satu kelas tuh...
"Cikgu, disebabkan cikgu takde suara, apa kata kita tak payah belajar hari ni? Kesian cikgu..."
(Ooo, kesian ye?? Huh, kesian la sangat.. Alasan...)
Akibat dari ayat yang penuh 'bertimbangrasa' itu, aku hadiahkan kelas itu kerja menulis nota sebanyak 6 mukasurat dari buku teks. Tahniah diucapkan. Teruskan usaha anda di lain masa....
Hoh, lupa plak aku nak bagi korang tengok gambar... Tengok ye, jangan tak tengok.....
Tak nak tengok kalu, yang ko masih menyemak kat sini kenapa?? Pegi jauh-jauh sana....


Taman aku la ni... Jalan depan. Tu, simpang kanan yang ada dua tayar beskal (budak tu sengaja berenti nak bagi aku amek gambar) tu la simpang masuk ke rumah aku...


Jalan masuk ke rumah aku la nie... Masa aku lalu nak menyelamatkan diri tu, dah cuak dah...


Ni depan rumah Uncle Leong, jiran sebelah rumah aku.. Air longkang sebelah rumah dia dah melimpah ke jalan.. Time nie kitorang pun mula la start enjin kereta dan melarikan diri...


Lorong belakang rumah aku... Gambar diambil dari pintu belakang rumah aku sendiri. Tinggi woo sebenarnya air nie.. Nasib baik aje rumah tak separas jalanraya.. Kalau tak memang dah masuk rumah laa airnya...


Ni belakang rumah Uncle Leong laa.. Tengok tahap tenggelamnya tu macam mana.... Aku dah cabut dah time nie. Encik Suami yang amek gambar...


Air dah mula menjengah depan gate aku laa plak...


Air naik cepat sangat... Kejap je dah sampai depan rumah...


Depan rumah Uncle Leong lagi...


Bandar Kota Tinggi... Jalan utama...


Bandar Kota Tinggi, pekan lama kot tak salah nama dia... Nama jalan aku tak ingat..


Bangunan bertentangan dengan bangunan di gambar sebelumnya...


Bandar Kota Tinggi... Jalan utama... Lagi clear nampak air naik...


Surau Bandar.. Gambar diambil di depan kedai perabut apa ntah yang besar tuh? Tak hengat...


Bandar Kota Tinggi...


Friday, February 18

Pasha Ungu dan Azlan and The Typewriter... :DD

Hari ini macam gembira pulak... Kenapa eh?

Mungkin sebab hari ini, aku telah berjaya meng-follow (tak payah sibuk nak check dalam kamus Dewan. Perkataan ini hanya wujud dalam kamus keluaran aku - limited edition. Nak beli ke? Murah jee.. Sekilo doblas pound sterling je) blog dua anakanda kesayangan aku - NSMS dan NSML. Apa tuh? Nama diorang la.. In short form... Siapa suruh letak nama panjang-panjang?? Ahaha~

a) NSMS : Nur Shahiera Mohd Seni (betul tak?)

Minah fanatik pasha sandha, eh.. salah eh? Abis tu?? Ooo... Pasha Ungu... Apsal Pasha tu ungu? Dia suka minum larutan aqueous potassium permanganate ke?? Napa kena ungu? Purple tak boley ke?? Dalam kelas nampak macam diam.. Tapi korang tak yah percaya la dia tu.. Diam la sangat.. Tapi kat belakang, walao... Tak hengat.. Tapi dia sweet, tak degil, comel, ....... (E-ra, kamu isi je la tempat kosong tu ye?? Kalau saya isi nanti, mau dua setengah tahun saya mengarang blog ni untuk kamu sorang je...) Terima kasih la sebab sudi nak follow blog cikgu.. Blog nie bosan je, tak meriah macam blog anak-anak muda zaman sekarang. Tak reti nak melawa, macam tuan dia jugak la.... So, kena la rajin-rajin wat kerja Biology..! (Eh, tak paksa, menyuruh dengan kejam je...)

b) NSML : Nurul Syahirah Mohd Lutfi (betul ke nie??)

Yang nie sorang, minat tahap guling-guling terlentang dengan Azlan dan Mesin Taip. Apa daa... Zaman sekarang orang dah pakai komputer daa... Encik Azlan tu tak pegi amek kursus komputer ke?? Haha... Takpe, kerja kerani pun kadang-kadang masih kena guna mesin taip jugak... Kita tidak harus melupakan yang lama setelah ada yang baru... Bak kata pepatah Melayu, "Tiada rotan, akar pun berguna juga" (Ada kena mengena tak statement nie eh?? Azlan tu buat lagu pakai mesin taip ke? Ntah, pegi la tanya Azlan tu.. Err, Azlan tu siapa??) Yang tak boleh blah, dalam minat tahap terguling tu, dia boleh terlambat tau Azlan tu dah kawen... Haha.. Kamu nie minat terguling ke, minat tenggiling nie Syahirah?? Orang dah 12 megasaat yang lampau dah tau kata dia dah kahwin... Minah nie dalam kelas memang nampak la kay-poh dia... Jangan harap la dia nak diam-diam.. Bukan dia la tu... Kalau tak bole cakap kuat, bisik pun jalan.. Janji mulut dia tak diam.. Yang syok sebab dia suka berposing glamour kentang gitu... Jadi dengan aku sekali laa pegi join kay-poh bergambar sekali... Elok la tu, kita sama-sama kay-poh, haa~~~ Dah, pegi buat kerja Bio.... Nota Form 4 tu bagi siap, tau?

Yang lebih best tadi... Nampak improvement anak-anak 5UM aku dalam menjawab Paper 3 Bio. Bangga laa jugak.. (Sob, sob... Terharu versi ikhlas.) Selalunya nampak ada group yang tak pay enough attention dalam lab.. Tapi tadi semuanya all out... Teruskan usaha korang agar dapat mencapai ke'terbilang'an dalam SPM 2011, ye sayang mama?? Konfem nanti mama rindukan kelas korang...

Dan yang lain-lain juga : 4UM, 4UKM, 5UKM, 5UTM dan 4UPM... Didoakan kejayaan yang gemilang dalam segala-galanya!!


Tuesday, February 15

Indigo dan violet itu tidak sama.

Err, hello?

Hello?

Jap eh... Aku pergi ambik vacuum cleaner kejap.. Kasi cuci sikit blog aku nie.. Aku bukannya boleh sangat kena debu ni.. Karang tak pasal-pasal je aku MC 18 hari sebab allergic reaction kepada debu... Mau rindu semua anak-anak murid aku pada aku....

Last aku berblog adalah pada tahun 2010. So, sekarang dah masuk Februari 2011... Woohoo.... Setahun jugak la aku tak berblog, eh? (Korok mung..) So, sebelum aku meneruskan lagi, biarlah aku ucapkan Selamat Tahun Baru yang dah tak berapa nak baru 2011 kepada semua, ya? Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Banyak sungguh perubahan yang berlaku dalam hidup aku.. Yang paling ketara, anakanda Eizzah Nur Harris sudah pun sekolah. Tadika Darul Ilmu, Kota Tinggi menjadi pilihan aku. Sebab aku betul-betul tertarik dengan ciri-ciri Islamik yang ditonjolkan oleh tadika itu di samping penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Aku harap beliau akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghafal surah Yassin, belajar solat, dan tidak lagi bercita-cita untuk menjual adiknya di pasar lambak....

Jadi sekarang, tugas aku dah bertambah. Di samping menggosok baju kerja sendiri dan suami, aku terpaksa laa menambah satu lagi pakaian untuk digosok - uniform sekolah beliau. Mujurlah setiap hari Jumaat merupakan Hari PE (ala, PE pun tak tau??... cakap BM kita panggil PJK) untuk murid-murid tadika tersebut. Thanks kepada semua teacher-teacher yang rajin melayan anak-anak TDI dengan penuh kesabaran.

Apa la, itu pun kau cakap dah bertambah? Yela, sebab aku belum habis cerita. Tu la, nyampuk lagi... Pegi cover malu kau dengan menonton cerita Ngangkung di channel Astro First..

Yang paling aku suka buat, dan juga yang paling mencabar temper aku adalah - memeriksa homework Eizzah Nur. Ya, aku tau. Seriusli, aku bersyukur kerana aku mengajar budak-budak tua (upss..). Kalaulah aku mengajar budak kecik, mau mendidih semua erythrocyte, leucocyte dan thrombocyte (err, aku rasa bahasa senangnya ialah darah) aku. Aduii, nampak gayanya setiap kali lepas bacaan Yassin berjemaah di sekolah pada setiap Jumaat, aku harus menambahkan senarai permintaan dalam doaku agar aku menjadi seorang yang lebih sabarrr... Bukan sahaja hati aku kena sabar, malah thyroid, pankreas, usus kecik, usus besar, limpa dan sebagainya pun kena sabar juga...

Hobi harian anak-anak aku juga dah berubah. Sekarang, kung-fu fighting berada dalam kedudukan tertinggi pada list hobi mereka. Contoh :

Situasi : Di dapur dan ruang tamu.
Pelakon : Aku (tukang masak di dapur)
Mereka (aktor dan aktress utama)
Pelakon tidak hadir : Encik Suami (pelakon kurang disiplin.. Wah ha ha)

Zikri : (Menangis, tanpa air mata)
Mama : "Napa adik nangis?"
Zikri : "Kakak wat baby..."
Mama : "Kakak buat apa?"
Zikri : "Ye abab ebi, syini, syini..." Sambil menunjuk ke arah tangan dan kaki dia. (Korang boleh faham tak?)
Mama : "Alolo... Syian baby eh... Nanti mama marah kakak, eh?"

(Sesi mendefend diri sendiri)
Eizzah : "Baby buat kakak dulu, kakak tak buat dia pun, kakak kaler buku je."
Mama : "Ye laa, jangan la garang sangat dgn adik.. Adik kan kecik lagi.."
Eizzah : "Siapa suruh dia tak school? Kakak dah school...." (Aku pun tak berapa faham apa kena mengena point ni sebenarnya)
Mama : "Ok dah, pergi main sana. Adik beradik tak baik gaduh.. Nanti Allah marah"

Seminit lebih sikit kemudian....

Zikri berlari pantas ke dapur...
Zikri : "Mama! Mama!!"
Mama : "Apa dia??"
Zikri : "Dah kena dah..." (Sambil sengih lebar)
Mama : ??

Dari depan, kedengaran kakak menangis dengan lantangnya akibat terkena pukulan curi dari mamat kecik yang sedang menyelamatkan diri di dapur. Main tipu ini budak kecik!!