Monday, June 6

Alhamdulillah rezeki...

Anak-anak aku memang suka bangat minum Bubble Tea. Pantang pergi Econsave, memang konfem itulah benda yang diorang akan mintak sebelum troli itu ditolak keluar dari Econsave. Chocolate Ice Blend dan Green Apple Ice Blend, taste anak-anak aku. Aku? Biasanya aku pilih antara Chocolate Milk Tea atau Oreo Mint.

Hasil 'kerajinan' aku membeli bubble tea di Green Apple (air jelly kata anak-anak aku)..

Dapatlah rezeki masa cabutan bertuah pada 1/6/2011 yang lalu...

Aku tak pergi pun masa cabutan bertuah tu, sebab :

1. Aku tak ingat

2. Aku tak kisah sangat, sebab aku saaaaangat la jarang kena cabutan bertuah.. huhu~

Al-kisahnya....

Green Apple nie tempat favourite aku untuk pergi beli bubble tea... Dia lebih kurang je macam Cool Blog tu. Aku suka sebab kat Econsave Daiman Jaya nie, orang yang jaga kiosk Green Apple nie friendly sangat~~ Sayangg Kak Zie :D

So, diorang ada laa anjurkan satu contest nie. Biasanya, bila kita pegi Green Apple, kita akan dapat satu kad macam ni :


Setiap kali kita beli secawan, kita akan dapat satu cop. Sampai la cukup 10 cop, kita akan dapat satu cawan F.O.C. Tapi disebabkan promotion khas untuk cabutan bertuah nie, bila kita cukup 10 cop, bukan saja kita dapat 1 cawan F.O.C, malahan juga melayakkan kita untuk cabutan bertuah.



Dan hadiahnya??



Jeng jeng jeng........

Ala, biasa je. Tapi Alhamdulillah, sebab aku belum beli-beli lagi benda nie lepas yang aku beli dulu rosak kena banjir. Boleh on, tapi bendanya tak nak gerak.... Huhu~







Alhamdulillah, rezeki... :D Hepi, hepi!!

















Friday, June 3

Kenapa Bio berbeza dari Add Math?

Okeh, walaupun asalnya niat di hati untuk TIDAK MAHU menulis unsur ilmiah dalam blog ini, tapi naluri keguruan (?) tetap menebal bila ada yang bertanya tentang subjek Biologi. So, nak tak nak, kena jugak bercerita.. Kan aku guru yang benar-benar mahu menjadi guru? Aku bukan menjadi guru sebab takde pekerjaan lain yang mahukan aku, okay? Aku bukannya orang yang konon masa nak ambik course, berdegar-degar nak course yang hebat, mencabar, boleh kerja gaji mahal, bla, bla, bla... Tapi tengok-tengok, jadi cikgu jugak....

Padahal satu ketika dulu, aku tahu kau pernah kutuk profesion aku nie... Aku tahu, sebab kau mengutuk tu depan aku. Tanpa memikirkan pun perasaan aku yang dah sah-sah akan jadi cikgu ni. Sebab aku ambik course Sains dengan Pendidikan.

Yelah, course aku nie tak mencabar, kan? Sekurang-kurangnya, aku ada perancangan masa hadapan yang teguh. Yang betul-betul aku nak capai. Dan Alhamdulillah aku berjaya capai.

Okay, entry ini ditujukan khas untuk : Rafieq (nak link blog pun tak tau sebab dia baaanyakkk sangat blog. Bagusnya, rajin!! Aku blog yang satu nie pun siap ada sarang Spiderman dah~~)

Anakanda sorang nie bertanya tentang teknik belajar Biologi. Tahniah diucapkan terlebih dahulu sebab betul-betul nak improve dalam Biologi. InsyaAllah, kalau kita ada daya usaha, Allah akan balas dengan kejayaan yang setimpal dengan usaha kita. Strive for the best, ya?

Okay, subjek Biologi memang diwar-warkan sebagai subjek bacaan. Jadi, memang hanya dengan membaca, kita boleh score subjek ni. Menghafal adalah satu lagi kaedah yang biasa diguna-pakai untuk menjawab soalan, tetapi tak ada gunanya menghafal kalau anda tidak dapat memahami kehendak soalan, kan? SO, apa-apa sekalipun, anda perlu memahami konsep dalam Biologi. Hafalan pula diperlukan dalam mengingati struktur-struktur atau ciri-ciri dalam Biologi. Contohnya dalam Form 4 Chapter 2 : Cell Structure and Cell Organisation (nak ingat organelles dan functions), ataupun dalam Form 5 Chapter 2 : Locomotion and Support (nak ingat nama semua tulang).

Memang betul, teknik belajar Biologi memang tak sama dengan Add Math. Sangat jauh bezanya. Sebab Biologi adalah subjek bacaan, manakala Add Math adalah pengiraan. Teknik yang diperlukan untuk menguasai kedua-dua subjek ini sangat ketara perbezaannya. Biologi dan Sejarah memerlukan teknik yang sama = bacaan. Dan Add Math memerlukan teknik yang lebih kurang sama dengan Fizik = latihan. Namun, dengan hasil usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan, tidak mustahil untuk kita kuasai kedua-duanya, okay?

Untuk membolehkan kita menguasai teknik menjawab Biologi di peringkat SPM, apa yang paling penting adalah memahami konsep.

Sebagai contoh, konsep hypotonic, hypertonic dan isotonic solution. Kita kena faham macam mana kita nak tau setiap solution itu hypo ke, hyper. Ini bergantung kepada kehendak soalan. Setelah kita tahu larutan itu hypo atau hyper, barulah kita senaraikan apa yang terjadi jika sesuatu sel (plant atau animal) direndam ke dalam jenis-jenis larutan tersebut.

Di sini, penting pulak untuk kita hafal terms-terms yang wajib diguna untuk kita jawab exam. Contohnya, turgid dan plasmolysis (untuk tumbuhan), dan haemolysis serta crenation (untuk haiwan). Konsep penting yang perlu dikenalpasti kat sini pulak adalah, jika sel itu direndam dalam sucrose solution (contohnya), molekul-molekul sucrose tersebut TIDAK AKAN bergerak. Yang akan bergerak dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah adalah molekul AIR.

Dan lagi satu term penting di sini ialah, molekul air bergerak dengan cara yang dipanggil OSMOSIS. Osmosis adalah salah satu daripada passive transport, sebab itulah pergerakan air tu mesti dari high concentration to low concentration.

Macam itulah dalam Biologi, konsep dan terms saling berhubung kait. Jadi ketika menjawab soalan, semuanya kita kena apply untuk ensure dapat markah penuh.

Tu baru satu tajuk kecik. Kalau semua? Woh, kena wat tuition class online laa... Waa, tak sanggup!! Nak main fesbuk!! Haha~

Ada soalan? Yang lain-lain pun bole la nak tanya... Romantikalasofa dan Era?? Taknak tanya mama soalan-soalan Bio ke? Diam je? Masa kem kecemerlangan kat AKLI hari tu, Bio takde kan?? Kesiann~~~

LOL :p

Wednesday, June 1

Apa-apa Aje~~

Malam-malam nie, bersemangat pula nak menulis. Dah penat menanda kertas, main game, melayan anak-anak, makan laksa home-made, tengok TV, main game lagi, melayan anak-anak, tengok TV lagi, makan laksa lagi... (haha, berapa kali je aku ulang menanda kertas :p)
So, ada dua perkara yang mencetuskan idea aku untuk menulis. Pertama, cerita pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan adik jejari runcing yang comel. Yang kedua, cerita perkahwinan kawan aku sejak matrikulasi lagi, Ahmad Fedtri Yahya dengan pasangannya, Nurul Anati.
JIKA ANDA MENCARI CERITA TENTANG KFCM, CERITA BELIAU TELAH AKU BERAMBUSKAN DARI BLOG AKU. WAT SEMAK AJE. APA-APA PUN, AKU MASIH SAYANGKAN BLOG JEJARI RUNCING :D

Pantang betul aku bila lelaki tu dah berjaya, terus lupa orang sekeliling. Rasa dah hebat sangat. Sedangkan dulu, si girlfriend tu la yang bersusah payah, banyak bagi pertolongan, sokongan, bantuan. Tapi bila kau dah glamour, kau buat apa? Kau lupakan dia. Kau putuskan pertunangan. Kau cari yang lain. Kalau yang lain tu lebih baik, tak apa juga. Nie, plastik. Mekap je tebal. Aku rasa kalau kau tu masih lagi orang miskin yang duduk kat ceruk felda sana tu, tak adanya pompuan tu hinginkan kau. Sebabkan duit kau la, dia nakkan kau tu.. Pastu, dengan duit kau jugak, dia bina rumah, buat bisnes, pergi melancong... Ala, macam-macam la...
Eh, aku bagi contoh je ni. Segala persamaan dengan sesiapa sekalipun adalah 'tidak' disengajakan..
Setiap perbuatan kita Allah bayar cash, kot? Sebab aku rasa, dari mana-mana sudut pun, bekas tunang kau tu, dapat lebih banyak rahmat dari Allah. Suami yang lebih baik, dapat membimbing ke jalan yang lebih direstui... Ya Allah, Kau memang Maha Penyayang...
Then, aku nak ucapkan tahniah untuk kawan aku, Fedtri. Aku memang respek sangat mamat nie, sejak first time aku tengok dia masa bagi manifesto untuk pilihanraya kat matrikulasi aku. Aku dapat rasakan yang dia lain dari yang lain. No, dia bukan alien. Dia cuma seorang manusia yang berilmu, tetapi menyampaikan ilmunya dengan gaya yang tidak stereotype. Dia unik, ada personaliti tersendiri.
Aku tahu, ada banyak dugaan yang dia tempuh masa di matrik. Aku selalu dengar sok-sek sok-sek di sekeliling aku yang mengata dia macam-macam. Semua yang Fedtri buat serba tak kena. Ada sahaja komen tidak membina yang diberi. Yang bercakap tu, macam dia tak pernah buat salah. Then, kalau dia rasa dia hebat, why don't you come out with your own ideas? Langsi je lebih.. Tapi zaman tu belum ada lagi cerita Kongsi... Kalau tak... Lu langsi, lu mati la, wei!!
Aku tak boleh nafikan, Fedtri memang tabah. Banyak kot dugaan untuk dia kat matrik. Hanya dengan satu kes pencalonan main-main, sampai ada yang konon-konon nak tikam dia dengan pisau la, apa la... Apa pun tak boleh laa mereka itu. Those things were made for fun, la.. Itu pun nak kecoh-kecoh. Sebab tu la masyarakat kita tak maju-maju. Jumud kata kamus. Mentang-mentang dia nampak macam 'sosial' sikit, korang terus nak cop dia tak islamik. Apa yang dia anjur masa matrik, korang mesti pandang serong. Macam yang aku cakap, Allah memang bayar cash. Aku tengok, orang yang dulu beria-ia sangat merasakan dia 'Islamik', sekarang jauh lebih ketinggalan dari Fedtri. Bangga siot aku dengan kawan aku sorang nie. Tabah dan tenang. Dan dugaan itu berterusan hingga ke universiti, USM Pulau Pinang.
Satu lagi yang aku respek adalah dia yakin dengan apa yang dia nak. Dengan result matrikulasi yang sangat gempak, dia mengabaikan course perubatan yang orang lain bagai nak gila terkejar-kejar, dan dengan selambanya memilih Mass Communication. Dari situ, aku dah nampak bahawa, dia ada hala tuju yang dia nak capai. Dia berjaya membuktikan, tak jadi doktor bukan bermaksud dunia dah nak kiamat. Potensi diri boleh dicapai dengan berbagai-bagai cara. Sebab itu jugak, aku bangga menjadi cikgu. Sangat bangga. Kalau waktu itu boleh diputar, keputusan menjadi cikgu itu adalah satu keputusan yang takkan berubah. Seteguh karang di laut.
Dari matrikulasi, sekali lagi kami berkongsi desasiswa yang sama, Desasiswa Fajar Bakti (2000-2003). Desasiswa yang menemukan aku dengan suami aku sekarang. Serius Fedtri, (walaupun hang tak baca blog ni) aku masih teringat lagi saat kita lepak-lepak kat cafe, bercerita tentang macam-macam perkara. Dengan ayat bunga-bunga hang, penat seh nak menjawab. Suami aku pun ingat lagi saat hang pi dinner dengan bulu burung merak tercacak kat songkok hang. Kalau bab bergaya, hang memang hebat :D. Dan aku dengan Salim amat hargai phone call hang masa hang ternampak kami kat KL dulu. Aku doakan hang terus maju, terus berjaya dengan hidup hang. Dan diucapkan juga selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Thanks sebab sudi bagi SMS memaklumkan tentang wedding hang berbulan-bulan sebelum majlisnya. Aku tak dapat pi yang kat Kelantan, dan aku rasa aku tak dapat jugak nak pi yang kat Pantai Remis. Anyway, aku dah balas SMS hang, kan? :D
Hari nie emo sket, maybe sebab menaip di tengah malam buta (kesian malam, tetiba buta). Dan juga terharu dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. Pengajarannya, kadang-kadang kita rasa kita baik, dan dengan mudah menganggap orang lain itu tidak baik. Ingatlah, hidup kita ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Allah lebih mengetahui tentang apa yang berlaku di masa depan. Salah dengan manusia, kita kena minta ampun sendiri dengan manusia itu, barulah langkah kita masuk ke syurga dipermudahkan-Nya.
Renungan ini untuk kita, dan diri aku juga. Aku pun tak baik. Sebab aku manusia, bukan Rasul yang maksum.