Showing posts with label Serius. Show all posts
Showing posts with label Serius. Show all posts

Friday, July 13

Jadi cikgu semula setelah 3 bulan menjadi surirumah sepenuh masa.

Okeh, aku surrender dulu la cerita berjimba aku tu.. Sebab mood nak up entry berjimba terus down disebabkan dua faktor : modem aku rosak, and aku dah start kerja.

Rupanya, sepanjang aku bercuti, kawan-kawan aku sungguh sibuk. Hampir setiap hari Sabtu ada event / program sebenarnya. Kesian mereka. Ramai jugak la yang meluahkan pada aku, "untung sungguh bercuti masa tu sebab sibuk giler sepanjang 2-3 bulan lepas"..

Alhamdulillah, perancangan Allah kepada hamba-Nya :D

Tapi seriusli, aku naik sekolah aje, memang pun kerja berlambak-lambak. Disebabkan jadual untuk aku dah disiapkan sebab pentadbir dah tau aku akan start mengajar balik 2 Julai, so aku terus je masuk kelas pada hari Isnin tu. Oh, masuk kelas bukan stress buat aku. Aku takkan cakap mengajar banyak waktu adalah stress, sebab itulah core business aku. Aku suka je mengajar... Tapi bila dah bergabung dengan kerja-kerja sampingan yang melambak-lambak tu laa.... STRESS!

Yang stress adalah perkara-perkara lain selain mengajar. Minggu aku naik tu, adalah minggu latihan rumah sukan buat kali terakhir untuk 2012. So, latihan rumah sukan bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 6 petang. Hari kedua je baru, Najlaa dah kena tinggal lama kat rumah ibu... Huhuhu, kesian anak aku... 

Then hari Rabu macam yang semua taulah, of kos ada ko-ko. Jam 2-4 petang. Then hari seterusnya ada meeting. Balik dalam pukul 3 jugak. Hari Jumaat, ada Perkhemahan PBB Tahunan di Kampung Johor Lama.  Lebih kurang 45 minit dari bandar Kota Tinggi. Aku sepatutnya bertugas hari Ahad, pukul 7 pagi sampai 2 petang. 7 pagi?? Huh, sah-sah la aku takkan berjaya tiba kat sana pukul 7 pagi dengan anak-anak aku yang 3 orang tu. Suami aku out station hari tu. So, dengan kuasa yang aku buat sendiri, aku tukarkan aje hari bertugas aku ke Jumaat petang. So, pukul 2.30 ptg aku tumpang kereta Kak Rodzana bersama-sama dengan Ustazah Zunita dan Kak Safarizah, dan sampai semula di rumah pada jam 7 petang. Lagi sekali Najlaa tinggal kat rumah ibu lamaaaaaaa sangat. Aku bawak Zikri sekali hari tu. Eizzah tak ikut sebab dia ada Summer Camp tadika dia, so dia balik pukul 4.30 petang. Aku ambik dia pukul 7 tu kat rumah ibu dia sekali dengan Najlaa la.

Then minggu nie dipenuhi dengan Acara Sebelum Sukan. Dua hari berturut-turut aku balik pukul 6 petang. Selasa pagi ada Program Kecergasan 1 Murid 1 Sukan. Senamrobik woo... Tapi disebabkan Johor adalah unik, dan kami memiliki sistem aerobik kami sendiri, so kitorang tak main la buat senamrobik. Kitorang buat J-Robik. Best giler laa... Rabu aku cuti, sebab pengasuh dia ada appointment hospital. Khamis aku balik macam biasa, pukul 1.45 aku dah sampai rumah. Jumaat ada lagi Acara Sebelum Sukan. Huhuhu....

Minggu depan yang aku tau, Selasa adalah Kejohanan Olahraga Tahunan. Lepas tu, habislah seksa kitorang datang latihan rumah sukan. Biasalah, kalau latihan rumah, memang cikgu akan lebih ramai dari pelajar. Sebab kalau cikgu tak datang, takut kena tindakan. Kena surat tunjuk sebab pun dah tercalar kot fail peribadi kau. Tapi kalau bebudak tak datang, tak kena apa-apa pun.... Kalau kena tindakan pun, korang ingat diorang kesah ke? Takdenya... Hahaha.... Alamak!! Ko-ko masih ada la pulak. Selagi Hari Anugerah Ko-ko belum selesai, selagi tu la ko-ko jalan macam biasa.

Masa aku cuti tu, kiranya aku terlepas la dari kena train budak untuk Karnival Sains. Setiap tahun memang aku yang cari budak, pilih dan train untuk pertandingan Persembahan Topik Sains. Then aku juga terlepas dari jadi pengurus pasukan J-Robik. Dah 3 tahun kot itu menjadi tugas aku. Kalau tak, memang tiap-tiap hari start dari hari dapat surat sampai la hari pertandingan, aku akan balik pukul 6 petang. Pengurus pun kena tau step dan juga latih budak hokay? Then ada satu kali Sabtu tu sekolah kitorang buat Hari Anugerah Cemerlang. Terlepas jugak la aku. Lagi frust sebab aku terlepas Hari Koperasi. Aku suka nyanyi lagu Koperasi Malaysia tu masa perasmian. Ahahaha~~

Akhir bulan 6 dengarnya ada pulak nazir datang bertapa kat sekolah aku 2,3 hari. Woo, benda paling aku tak suka dalam dunia kalau nazir datang sekolah. Ni laa satu-satunya benda yang paling aku bersyukur aku terlepas. Then, setiap Sabtu sekolah aku memang ada kelas tambahan, sama ada Ibnu Sina, Kelas Hikmah atau SEP (Saturday Excellence Program). Itu belum lagi kira bebudak yang dah mintak dengan aku kelas tambahan persendirian setiap kali habis sekolah dan juga training untuk softball petang-petang. 

Kau belum lagi ambil kira tugas pengkeranian yang perlu dibuat sebagai guru tingkatan. Kutip yuran la, tanda kedatangan, keluar surat amaran, keluar surat pertuduhan gantung sekolah, buat surat buang sekolah. Masukkan kesalahan pelajar dalam e-Disiplin. Masuk markah dalam SAPS ke SAP ke amende ntah. Tanda PeKA/kerja kursus/PBS. Dan sebagai Setiausaha SPM, aku menghitung je hari aku bakal menjadi sibuk giler babeng menguruskan soalan trial, peperiksaan dan juga memasukkan markah kerja kursus dan markah trial secara online dalam sistem. Woooo.... Penat tu memang la penat. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab.

So siapa berani lagi nak cakap kerja cikgu senang, cuti banyak, balik awal, jumpa aku meh. Ringan je tangan aku nak bagi penampa satu, kurang manis punya....

Mau?


Saturday, June 9

Rita vs Aidil hapa ntah nama dia...

Okay, malas nak elaborate jalan cerita. Kalau korang baca kat mana-mana blog hiburan or blog gosip artis konfem bersepah cerita diorang keluar.

Aku cuma nak tulis, dari sudut pandangan aku. Aku tetap rasa aidil yang salah.

Sebab? Sebab dia lelaki. Lelaki kena tegas. Kalau isteri ada kelemahan macam mana sekali pun, ko WAJIB bimbing dia. Sebab dia amanah untuk kau. Masa kau akad nikah dulu, kau sebenarnya berjanji memikul semua tanggungjawab ke atas isteri kau. Janji kau tu, bukan pada isteri, pada ahli keluarga dia aje. Tapi juga pada ALLAH. Jadi segala kelemahan, kekurangan isteri kau, kau patutnya kena terima dan cuba perbaiki. Bukan suruh kau terima dan biarkan isteri kau makin teruk. Pastu kau sibuk cari perempuan lain. Pastu kau kata isteri kau tu teruk. Padahal kau pun sama teruk sebab kau tak pernah nak nasihat or cuba nak ubah isteri kau. Cari salah isteri aje. Kau tu bagus sangat ke?

Kalau macam tu la perangai kau, kawin la banyak mana pun, cerai la banyak mana pun. Kau tetap takkan bahagia. Sebab kau akan sentiasa berhadapan dengan sikap dan sifat isteri yang tak semuanya suka. Tapi kau tak pernah pulak cuba nak ubah, cuba nak nasihat bini kau. Kau biar, lepas tu kalau ada apa-apa jadi, kau akan gunakan alasan isteri kau teruk tu untuk lindungi diri kau. Dan apa yang kau buat selepas itu adalah sebab kau tak tahan dengan sikap isteri kau lagi dah.. Baguslah. Teruskan menjadi lelaki yang tak ada telur...

Macam mana nak jadi suami kalau kau asyik kalah je dengan dugaan hidup? Suami apa yang lari dari rumah tinggal isteri dengan anak-anak? Okay, kalau si aidil kata dia dengar cakap keluarga.. Phuii, baru sekarang nak dengar cakap keluarga? Masa kau nak kahwin dulu, kalau kau dengar cakap keluarga, kau tak bawak dia lari pergi Siam kahwin kot? Mesti keluarga kau tak suruh pun kau kahwin lari, kan?

Cerita paling baru, kau mengungkit pasal duit dengan isteri kau? Kau mengungkit kos isteri kau beranak kat private hospital? Kau mengungkit bila bini kata duit yang kau bagi untuk anak-anak tu tak cukup? Oh man.... You are really such a jerk!! Okay, kalau kau tu seorang lelaki yang hidup sederhana, makan cukup-cukup je tiap-tiap bulan, duit nak beli barang rumah ke hapa ke kadang-kadang mintak isteri tolong, aku rasa si isteri boleh faham. Taklah dia demand nak beranak kat hospital mahal-mahal. (Mahal ke? Bersepah je aku tengok orang beranak kat private. Takde hal pun. Padahal laki diorang bukan pemain bola profesional ke apa pun... Okay je?) TAPI, kalau kau boleh beli kereta mewah, motor besar, tukar rim ribu-ribu, kalau aku jadi bini kau pun aku demand nak beranak kat tempat mahal weh!! Dan kalau kau betul-betul ayah yang baik, kau patut tau berapa kos nak membesarkan anak sekarang. Duit susu, pampers, barang dapur. Baju budak sekarang ni pun boleh tahan harganya. Orang yang bagi cadangan suruh jangan beli barang mahal untuk anak tu, tak taulah korang ada anak ke tak. Sebab setiap ibu bapa nak bagi yang terbaik kot untuk anak-anak. Lain la kalau kau memang suka anak-anak pakai baju bundle pasar malam hari-hari. Nak raya pun beli bundle pasar malam jugak ke?Nak minum susu yang terbaik. Nak pampers yang selesa, tak naik rashes. Memang ada jenama murah, tapi kulit budak tak sama kot. Kalau anak-anak kau boleh pakai yang jenama murah, bersyukurlah kau boleh save budget. Tapi kalau anak-anak kulit sensitif? Bukan boleh pakai pampers sebarang, minum susu sebarang. Lain-lain la setiap anak. Jangan samakan.. 

Dah kalau aidil habiskan duit untuk benda-benda macam kereta, motor, rim tu boleh pulak? Tapi dengan bini yang susah payah mengandung, beranak, dekat anak-anak darah daging kau, tak boleh plak? Dekat bini sendiri, anak-anak sendiri berkira sangat apasal? Kalau gitu, kau suruh je la kereta kau tu beranak untuk kau. Suruh rim kereta tu masak untuk kau. Boleh? Pastu bila kau dah mati, kau suruh motosikal mewah kau tu doakan kat tepi kubur kau yek? Moga-moga cerah kubur kau.

Then aku tengok mostly salahkan rita sebab menjawab. Ramai yang suruh rita diam aje. Cheh, kalau aku pun aku jawab untuk clarify cerita. Kalau si jantan tu je yang asyik bagi statement, keluar TV keluar paper, pastu rita diam tak menjawab, orang akan anggap aidil betul. Aku boleh bayang dah ayat-ayat makcik semah, makcik melah, makcik bedah and geng bila kumpul ramai-ramai bawah pokok petang-petang nak tambah 'amal jariah'.

Bila rita diam:
Geng makcik-makcik : Ko tengok, rita diam aje bila laki dia aidil tu cerita macam-macam kan?  mesti dia salah tu. kalau dia tak salah, mesti dia jawab kan. huh, memang teruk perangai si rita tu. dahlah dulu dia nak kawin siap ajak laki tu pegi siam bagai. haa, sekarang padan muka dia. macam mana laa si aidil tu suka kat rita tu ntah.... memang patut pun kena cerai...

1. Macam mana geng makcik ni tahu rita yang ajak aidil eh? Mana tau kot-kot si aidil yang ajak rita, kan? Kalau ye pun rita yang ajak aidil, apsal aidil tak cakap tak nak? Pondan sangat ke aidil tu tak reti nak keras sikit? Patutlah main bola pun asyik injured je. Lembik...

2. Lagi baik si aidil tu suka kat rita mak cik ooiiii. dari suka kat engkau. sekurangnya lawa kot rita tu. nak mengumpat pun kelas, pakai reporter, pakai twitter. dari kau duduk bawah pokok je... ke kau memang ada hati gak dengan aidil tu kot. hahaha.... 

Bila rita menjawab:
Geng makcik-makcik : Eee, perempuan nie. buat  malu aje. semua benda nak cerita kat wartawan. cerita dalam kain diam-diam sudah laa. tak payah nak cerita. nampak sangat mulut longkang. suka bukak cerita kat orang. huh, teruk rupanya perangai si rita ni. macam mana laa si aidil tu suka kat rita tu ntah... memang patut pun kena cerai...

See? Kalau dah dasarrrrr tak puas hati tu, apa je orang buat semua benda tak kena. Diam salah, jawab salah. Kau ajelah yang betul, kan? Hadoii...

Bagi aku, bila aidil dah buat statement, dan statement tu tak betul/defensive/berat sebelah, aku rasa rita ada hak untuk menjawab dan menerangkan perkara dari pihak dia pulak. lagipun, tak adil kot kalau dengar cerita sebelah pihak? ada yang kata, rita tak patut cerita dekat wartawan, twitter. ceritalah kat ahli keluarga terdekat or what ever. tapi, si aidil tu siap masuk melodi, takpe plak?? tipikal la rakyat malaysia. lelaki buat takpe, pompuan buat tak boleh..

dan aku rasa patutnya semua perasaan tak puas hati tu, kena luah face to face. antara rita dengan aidil. cerita semua, then cari jalan penyelesaian. TAPI, dah si aidil tu takde telur lari dari rumah tak balik-balik, siap macam pondan lari masa bini takde kat rumah, macam mana nak berbincang? kalau aidil ada kat rumah, betul-betul berbincang, mungkin la takkan terbongkar pada khalayak ramai. tapi tak. LARI. tak balik. see, aku tetap rasa yang salah tu aidil. sebab tak tegas. takde telur. buat anak mau, tanggungjawab tak mau...

ada plak yang kata sebab aidil masih muda. orang muda memang suka kereta mewah ni semua. bodoh kot alasan tu. Tuhan bagi 9 akal, 1 nafsu pada lelaki. takkan semua sembilan akal kau tu terencat kot? tak kira la umur kau muda ke. masih jiwa remaja ke. once kau dah kahwin, dah ada anak, kau patutnya ubah perangai. tau yang mana lagi penting. bukan ikut sedap nafsu kau aje. tanggungjawab yang kau tak buat tu, nanti kena tanya kat akhirat, masak la kau nak menjawab kalau kau masih tak insaf dan tak nak berubah. ingat senang jadi lelaki? setakat nak sepah-sepah sperma sana-sini siapa-siapa pun boleh buat. tapi soal tanggungjawab tu, kau sendiri la yang jawab kat akhirat nanti.

kesimpulannya, dua-dua ada salah. tapi lelaki lebih patut dipertanggungjawabkan kerana lelaki ketua keluarga, bukan perempuan. lelaki patutnya menjadi imam, bukan perempuan. lelaki mesti bertanggungjawab dalam memimpin keluarga, bukan perempuan. lelaki wajib bagi nafkah pada keluarga, bukan berkira. lelaki patut menjaga keluarga sendiri, bukan lari. lelaki yang tak reti nak menguruskan isteri dan keluarga, patutnya potong aje, simpan dalam botol. tak payah jadi lelaki.

jangan salah potong pulak. maklumlah, kan kembar. huhu... chow.


Friday, December 25

Bila serius itu bertamu di kotak mindaku...

Aku rasa macam banyak sangat benda yang aku nak cerita dan kongsi. Tetapi aku tahu yang kebanyakannya adalah cerita yang telah lapuk. Salah aku juga, sebab aku yang telah lama membenarkan Spiderman tinggal di blog aku ini. Habis semuanya bersawang. Sungguh tidak pandai menjaga kebersihan laa Encik Superman ini. Nasib baiklah encik tidak memakai 'pakaian bawah' (underwear) encik di luar. Kalau tidak, lagi masak la encik dikutuk oleh saya.

Dalam banyak-banyak adiwira yang direka, dicipta, dan diuar-uarkan kehebatan mereka, aku rasa adiwira kegemaran aku adalah..... Boleh tak aku rahsiakan sahaja? Adiwira kegemaran aku merupakan satu-satunya adiwira yang pernah aku 'secret admire' sebenarnya. Hehe... Dan dia bukan ciptaan Barat, okey? Haip, haip... siapa jawab Ultraman, aku ketuk... Ya, secara tiba-tiba aku terasa seperti aku Sang Kancil yang mengetuk kepala buaya dalam cerita animasi kanak-kanak zaman aku kecil dahulu. Sesiapa yang 'sedarjat' dan 'seketurunan' dengan aku, pasti tidak akan lupa pantun ini,

"Satu, dua, tiga lekuk...

Jantan, betina aku ketuk.."

Wah, sungguh enak buah rambutan di seberang sana.. Yummy... Eh, apa motif aku menghuraikan fakta cerita ini? Entah, aku pun tak faham...

Aku terpanggil untuk menyuarakan satu isu yang bakal membikin perenggan seterusnya ini sedikit serius. Okeylah, bukan sedikit, BANYAK serius. Masih ingat lagi topik yang agak menggemparkan masyarakat satu ketika dahulu? Terutamanya rakyat Selangorlah.

Kamu rasa apa ceritanya?

Bukan.

Pun bukan.

Bukan jugak.

Apa yang kamu merepek tu? Ceritanya adalah mengenai mas kahwin yang dinaikkan ke RM300. Maka terjerit terlolonglah mereka yang terasa perit dengan perkhabaran itu ibarat diserang sang garuda (tiada kena-mengena dengan kapal terbang Indonesia berlabel Garuda) layaknya. Cheiss, ayat aku ini kalau dalam Komsas Bahasa Malaysia, sudah layak dikategorikan sebagai ayat hiperbola. Melampau betul.

Maka hebohlah mereka mengatakan itu adalah tidak wajar, menyusahkan, menggalakkan maksiat kerana semakin ramai orang yang tidak mampu untuk menanggung beban mendirikan masjid. Seharusnya nilai mas kahwin itu tidak dinaikkan sehingga begitu rupa atas banyak faktor yang pada aku, HAMPEH. Makluman ya, sama ada pembaca yang berani ataupun pembaca yang pengecut alias ANON, ini pendapat AKU. Janganlah menggelepar tidak tentu pasal, lalu membingitkan ruangan komen aku. Komen membina, aku terima. Komen bangang, pergilah engkau dengan kebangangan engkau. Jangan menyemak di blog aku.

Aku tahu, mesti yang ramai tersalah konsep di antara mas kahwin dan wang hantaran. Mengapa tersentak dengan mas kahwin bernilai RM300? Sedangkan dalam Islam, hantaran itulah yang tidak seharusnya mahal beribu-ribu. Nampak sangat masyarakat Melayu sekarang lebih bangga dengan nilai hantaran yang tinggi, sedangkan harga diri wanita itu tidak lagi dipeduli.

Aku cukup menyampah dengan makcik-makcik yang suka sangat membanggakan diri meletakkan harga begitu tinggi untuk wang hantaran, sekadar untuk berlagak dengan jiran-jiran. Sedangkan anaknya dah diusung ke sana ke mari, murahan. Bagi aku, jika seseorang lelaki berkira hendak membayar mas kahwin RM300 itu, maka dia bukanlah seorang suami yang baik. Sedangkan duit top-up telefon bagi pasangan bercinta pun lebih banyak dari jumlah itu. Tak percaya pergilah buat bancian.

Bayangkan, bayaran RM300 adalah untuk menghak milikkan diri seorang perempuan untuk seumur hidup, InsyaAllah. Itulah nilai yang dibayar oleh seorang suami kepada isteri, dan itulah sahaja nilai yang suami tak boleh tuntut balik dari isteri. Dan dengan nilai itu juga, isteri akan berkorban jiwa raga, melakukan segala-galanya demi suami yang tercinta, menanggung kesakitan melahirkan zuriat yang diibarat bertarung di antara hidup dan mati. Seterusnya pengorbanan menjaga anak-anak dari bayi sehinggalah anak besar panjang. Hati seorang ibu sentiasa diburu resah, memikirkan anak-anak berkeluh kesah. Sedih sang anak sedihnya juga. Gembira sang anak gembiranya juga.

Aku bukan mahu memperkecilkan kaum lelaki. Tetapi pasti ada jutaan sebab kenapa Allah kurniakan nikmat mengandung dan melahirkan kepada perempuan. Serta kenapa Rasulullah sendiri mengakui bahawa doa ibu adalah tiga kali lebih mustajab dari doa bapa. Serta kenapa dinyatakan bahawa syurga terletak di bawah kaki ibu. Bukan kaki bapa. Malah, dalam Al-Quran sendiri diturunkan satu surah khas bagi kaum Hawa iaitu surah An-Nisa'. Sudah cukup terbukti bahawa kedudukan wanita di sisi Tuhan dan agama Islam adalah amat mulia.Tidakkah para lelaki seharusnya merasakan bahawa nilai RM300 itu sebenarnya kecil?

Aku tinggalkan persoalan itu untuk kamu berfikir. Berfikir menggunakan akal dan minda yang Tuhan kurniakan kepada kamu. Bukannya dengan kepala lutut kamu.

Nah, sudah aku katakan. Serius, bukan? Sekali-sekala bertukar nada, apa salahnya. Selagi tutur tak mengguris rasa, selagi bicara tak menghiris jiwa. Jika terasa, pastinya ada yang tidak kena. Umpama kata pujangga, siapa yang makan cili dia yang rasa pedasnya. Aku tidak makan cili, aku makan sos sahaja.

Umpama kata seorang ustaz di siaran radio yang panas, "Renung-renungkan dan selamat beramal!!"

P/S : Congratulations to my darling brother, Muhammad Qusam bin Zainal Abidin yang telah berjaya mendapat 8A dalam PMR 2009 yang lalu. Keep it up, ya! We are so proud of you...

Friday, August 21

Salam Ramadhan Al-Mubarak

(satan) said:

'o my Lord! Because thou hast put me in the wrong, i will make (wrong) fair seeming to them on the earth, and i will put them all in the wrong. Except Thy servants among them, sincere and purified (by Thy Grace).

39-40; Al-Hijr.

Jadi, dengan penuh rendah diri, saya ucapkan

* Selamat menyambut kehadiran Ramadhan
* Selamat tidak tinggal puasa (kecuali 'Abc')
* Selamat tidak membazir membeli juadah berbuka
* Selamat tidak berpura-pura gastrik
* Selamat tidak buat-buat terlupa tengah puasa selepas meneguk secangkir teh o ais limau di tengahari.
* Selamat tidak meninggalkan solat
* Selamat tidak merokok di siang hari
* Selamat tidak mengumpat
* Selamat tidak meninggalkan solat tarawikh
* Selamat tidak tidak bangun bersahur yang mungkin akan dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.
* Selamat tidak kehilangan pahala puasa

dan khas buat semua warga pendidik di Malaysia,

SELAMAT BERCUTI!!

credit to Ridhwan

Tuesday, August 18

Untuk yang berkenaan sahaja. Orang lain tak payah baca. Tapi, nak baca pun tak apa jugak.

Aku bosan lagi.. Apa laa aku buat di awal pagi nie tercongok depan komputer aku ni? Aku dengan penuh dedikasinya memasukkan markah-markah kerja kursus / PBS / PeKA / ULBS dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya untuk SPM 2009. Rutin kesibukanku bermula kembali.

Tadi, aku dapat pelawat tak disangka-sangka dalam blog aku. Amat besar kemusykilan di hati dan minda aku, macam mana laa dia jumpa cari blog aku nih? Aku ingat dia ada tanya address blog aku petang tadi, masa dia berpeluh-peluh lepas main badminton. (Tapi tak apa, encik tetap wangi~). Tapi aku tak ingat LANGSUNG aku ada bagi address tu. Ke aku ada bagi? Serius dilanda kemusykilan ni.. Kalau encik baca nie, sila jawab kemusykilan saya, ok?? Hehe ^_^

Tentang invitation encik untuk mengadakan satu pertandingan badminton yang dah sah-sah la encik boleh menang tu, jawapan pastinya adalah "TAK NAK~" (sebut versi SAYA). Mengalah tidak bermaksud kalah, tau? Jangan salah interpretasi pulak. Tahap kebanggaan tu sila rendahkan sedikit ye, encik? Banyak faktor tau kenapa saya tak nak. Antaranya ialah..... (jeng jeng jeng, drum roll, please!!)

1. Mana boleh orang yang baru main sebulan dua nak lawan dengan orang tua yang dah main bertahun-tahun. It is just SO unfair. Lagipun tahap kebolehpercayaan kami bermain taklah setinggi encik di gelanggang 6, walaupun kami komited. Hehe. (ayat tak boleh blah~). Lagipun, sesi permainan kami lebih banyak diselang-selikan dengan gelak ketawa gara-gara peniruan gaya Usain Bolt oleh adalah seorang makhluk itu. Berbanding gelanggang 6 yang lebih serius, khusyuk, tawadhuk dan seumpamanya dalam bermain badminton.

2. Saya kalau nak masuk apa-apa pertandingan, hadiahnya at least Perodua Viva ke, baucar membeli belah di IKEA atau SSF Home Decomart ke, barulah saya layan. Kalau setakat 100 Plus, tak nak laa. Tak cukup motivasi pulak rasanya. Jadi, kenalah tingkatkan hadiah dulu, barulah boleh difikirkan jemputan itu. Hehe. (Sungguh konfiden sekali tuan empunya diri membuat demand, konon macam boleh menang).

3. Walaupun saya training (huh??) dua kali seminggu, tapi pihak gelanggang 6 kan training tiga kali seminggu? Kurangnya latihan dapat membantu dalam memberikan impak kekalahan kepada saya. Dan itu adalah perkara yang memang saya nak elakkan demi baucar membeli belah saya.

4. Pihak gelanggang 6 kan suka datang lambat. Kalau pertandingan kan kena bermula awal, kerana persaingan sudah pastinya sengit. Servis pasti saling bertukar tangan, dan mata pastinya saling berkejaran. Untuk mendapat mata penamat, kebarangkalian semua pemain mendapat semput tahap 5 adalah tinggi. So, secara logika, permainan yang bakal memakan masa lebih 2 jam untuk satu set tidak mungkin dapat ditamatkan dalam masa 30 minit. Kan? Kan? Kan? (ayat akukah ini?? Kagumnya aku dengan ayatku sendiri...Ahaha~)

5. Err, orang boroi-boroi dengan orang ramping-ramping boleh bertanding dalam satu kategori ke? Macam tinju or karate or taekwondo, ada beza kan antara heavyweight dengan lightweight? Rasanya saya dan anak-anak murid saya amatlah sesuai berada dalam kategori super lightweight, berbanding encik-encik dalam kategori super heavyweight. Ada kena mengena tak point kelima saya nie? (Bukan perli, realiti what...?)

6. No belanja makan, no pertandingan. Setuju?? (Setujuuuuu, kata anak-anak muridku,in unison).

Wednesday, August 5

.. Fikir-fikirkan ..

Nie aku cilok dari fakapunch.blogspot.com



Aku suka gila idea dia. Bernas dan bestari. Mampu mewujudkan sifat wasatiah dan zuhud. Barulah kena dengan tema rakyat diutamakan.

So, renung-renungkan dah selamat beramal!!

Disebabkan majoriti penduduk Malaysia kini dah kemaruk dengan rancangan yang berbentuk realiti tv, aku ada satu cadangan untuk rancangan televisyen yang bakal menggegar Malaysia.

Nama tajuk program realiti tv: Fantasia Rakyat.

Mula-mula.

Kita cari orang-orang kaya. HANYA orang kaya. Yang kelas pertengahan dengan kelas bawahan, boleh kirim salam. Syarat minimum, tokoh-tokoh koprat tersohor yang punyai syarikat multinasional, Dif-dif terhormat atau bapak bapak menteri-menteri, datuk-datuk, tan sri-tan sri yang punyai pendapatan tahunan melebihi 200 ribu setahun.

Pendek kata, yang selalu keluar Malaysian Tatlers.

Kemudian, kita potong dan lucut segala subsidi dan kemudahan yang mereka miliki sekarang, beri mereka gaji seorang pegawai yang tangga gajinya tak melebihi RM 1800.00, tapi potong separuh dari gaji untuk bayaran bil dan lain lain. Kad kredit , cek kembara apa ke lancau, dimansuhkan.

Beri mereka orang-orang atasan yang demanding gila. Kerja 24-7. Dalam erti kata lain, masters to serve.

Keluarkan mereka dan keluarga mereka dari rumah mansion indah dan tempatkan mereka di flat-flat kos rendah yang punyai dua bilik. Paling sesuai, Flat Columbia di Sentul, Flat Sri Pahang di Bangsar, Flat Bukit Pantai, Pantai Dalam ataupun Flat San Peng.

Untuk pengangkutan, mereka boleh memilih mana-mana transport awam, kecuali teksi. Atau, kalau mahu memandu jugak, bawak kereta sendiri tanpa bantuan pemandu. Paling mewah, Kereta nasional bawah 1800 cc. Tapi dengan budget yang ditetapkan.

Duga mereka dengan pelbagai rintangan hidup: Bank telefon mintak hutang, Along gertak dan baling cat sebab lambat bayar pinjaman, Bil api dan air kena potong, Anak bini sakit, Stress di tempat kerja, politik ofis, kena marah dengan boss, Kenaikan harga barangan, Cukai jalan mati, Cukai pintu tak bayar, Kereta rosak, Trafik jam..bla bla bla.

You know the drill.

Durasi permainan: 6 bulan.

Kita tengok segala perit dan pahit mereka mengharungi hari-hari sebagai orang biasa.

Siapa boleh survive dan bertahan dengan semua ini, dia akan menjadi manusia yang lebih prihatin dan berguna.

Amacam Tuan-tuan, berani?





Nota di kaki : Sebarang penggunaan bahasa tidak enak dimakan begitu sahaja, bukan tanggungjawab pemilik blog ini, ok? Terima je la seadanya.



.. Apa Kes? ..

Heeii...
Berapa lama aku sudah tidak memblogkan diri.
Aku sibuk ke? Bolehlah..
Dan aku telah mengaktifkan diri dalam perkara yang selama nie aku minat, tapi aku tak boleh nak buat.
Atas sebab-sebab kekangan masa. Mungkin.
Atau kekangan kewangan. Mungkin.
Atau simply, parents aku tak approve. DULU.

Sekarang aku dah mula mengaktifkan diri dalam sukan. Dah lambat, kan? Masa muda remaja dulu taknak aktif. Dah tua nie laa baru nak sibuk.

Hmm, sempit betul pandangan orang yang sedemikian. At least aku mengikut seruan kerajaan. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu. Aku takut. Sebab kadar metabolisme aku yang tinggi nie, makan sebarangan pun, tak naik berat aku. TAPI, tak gemuk tak bermakna sihat, faham??

Aku main badminton sekarang. Dua kali je seminggu. Tapi, lebih kurang 2 jam. Kadar peluh yang aku tadah dengan baldi setiap kali selepas bermain tu, memang aku sangat banggakan. Dah banyak baju yang aku dah boleh pakai semula, selepas aku mengalami kenaikan mendadak lepas melahirkan Zikri hari tu. Skinny jeans, beb! Pun aku boleh pakai. Siap anak-anak murid bersiul versi serigala. Mujur tak ada adegan macam Scooby Doo, yang jantung terkeluar dari dada sambil lidah terjuntai ke lantai. Ahaha~

Sekarang, aku pun aktif dengan futsal. Main tak lah, sebab takde geng. Tapi pergi tengok student-student main, bagi sokongan, and cuba-cuba belajar rules and regulations. Kot-kot ada harapan dapat jadi pengadil ke. Mesti saham aku naik gila-gila punya, sebagai pengadil futsal perempuan pertama. Peringkat sekolah-sekolah. Di Kota Tinggi. Haha. Perasan.

And.. Dalam masa terdekat nie. Aku ada cita-cita baru. Cita-cita yang aku dah pendam sejak aku sekolah rendah lagi. Tapi ayah aku tak bagi. Takpe ayah, Kak Yong tak marah. Kak Yong faham kenapa. Tapi aku dah plan baikkk punya. Aku dah survey. Aku dah tanya suamiku. Approved. Yeyy~ Bila betul-betul jadi, aku akan maklumkan..

Saturday, June 27

..Dialog Aku..

Aku kat sekolah hari nie..


"Apa?? Sekolah?? Hari nie hari apa?"


Hari Sabtu laa, kenapa?


"Bukan hari Sabtu cuti ke?"


Dah nak buat macam mana, kena ganti cuti Hari Raya Puasa laa. Orang lain mana ada yang kena ganti, kan?


"Emm, macam tu ke.. Eh, ok laa tu. Lagipun cikgu kan banyak cuti..."


Ye ke banyak? Mana ko tau? Ko cikgu ke?


"Yelah, dah asal budak cuti, cikgu pun cuti. Lebih-lebih lagi cuti hujung tahun. Sebulan tu!!"


Ooo, cuti hujung tahun tu je laa yang orang nampak. Tapi ada tak korang nampak BEBAN tugas kitorang SEPANJANG tahun? Orang lain masuk pukul 9, balik kul 5. Mungkin dah tak ada apa yang dibawa pulang ke rumah. Tapi kitorang, banyak lagi tau. Buku nak ditanda, handouts nak dibuat, preparation untuk mengajar.


"Bukan sepanjang tahun, kan??"


Siapa kata? Tak berhenti-henti tau, start dari hujung tahun. Cuti nampak macam banyak. Tapi ada tak orang nampak kalau masa cuti tu kena pergi kursus ke, kena datang sekolah untuk siapkan kerja ke. Ramai sangat yang tumpul akal fikiran dengan tugas cikgu zaman sekarang, tapi nak cakap banyak, macam hebat sangat. Ada aje yang tak puas hati dengan cikgu. Kenapa? Ada masalah?


"Ntahlah, mungkin diorang rasa tugas cikgu nie senang. Banyak cuti"


Itu aje point yang korang nampak. Sebenarnya, para guru memang deserve cuti lama tu tau. Sebab kalau dihitung tugasan yang dibuat sepanjang tahun, cuti tu sebenarnya ruang untuk bernafas lega. Nak kena bagitau ke..


- Kamilah guru yang mengajar apa sahaja subjek yang diberi. Mungkin opsyen. Mungkin bukan. Ditambah lagi dengan nak menanda buku-buku latihan dan nota, membuat, menaip, meriso, mengstapler, menguruskan kertas periksa dan juga menanda kertas periksa itu.
- Kamilah guru yang menjadi orang gaji, nak memastikan kebersihan kelas.
- Kamilah guru yang menjadi kerani. Menguruskan sebarang urusan surat menyurat, borang-borang, fail-fail, buku rekod, buku penyata, borang disiplin dll.
- Kamilah guru yang menjadi ahli jawatankuasa untuk bermacam-macam acara tahunan di sekolah. So, kitorang boleh jadi tukang kebun, pakar PA sistem, interior designer, tukang sapu sampah, malah tukang masak dan tukang bancuh air juga.
- Yang paling penting, nak mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Tapi kalau ada pihak yang tak boleh nak faham, nak sentuh anak dia pun melenting macam monyet termakan cili, macam mana nak didik?


"Ntah, tapi mungkin cikgu sekarang denda tak agak-agak. Sebab tu ibu bapa marah"


Ye ke? Zaman kita dahulu kita dididik macam tu la. Cikgu marah, rotan, cubit, ketuk ketampi. Tapi kebanyakannya jadi manusia. Aku tengok budak sekarang sentuh tak boleh. Kena nasihat secara berhemahlah, kena guna pendekatan kaunselinglah, tapi aku tengok banyak yang jadi beruk. Dulu-dulu mana ada mat rempit, bohsia, buang anak sesuka hati. Sekarang? Budi bahasa budak sekarang pun dah jatuh menyembah bumi. Kurang ajar sesuka hati. Bukan pada cikgu saja, malah pada mak bapak sendiri. Tak ada cikgu yang gila, nak marah anak murid sesuka hati. Mesti ada kesalahan, barulah dimarah.


"Habis tu, apa ko nak buat?"


Aku siapa? Apa yang aku boleh buat? Cuma aku geram je nak sarankan.. Kepada mak bapak yang tak percaya pada guru yang nak mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan berjaya, apa kata korang ambik anak korang tu bawak balik rumah, mengajar laa sendiri. Kan korang hebat, sampai apa cikgu buat semua tak betul. Ajar laa anak korang tu, tengok macam mana. Aku cabar orang yang sewenang-wenangnya mengutuk cikgu tu, try jadi cikgu seminggu. Baru tahu macam mana stressnya. Tapi kami ikhlas. Orang yang tak faham tapi nak mengutuk, kitorang boleh jawab "Pegi mampus laa, apa aku peduli."


Nota di kaki : Luahan hati sendiri. Tidak berkenaan dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Ada kata pepatah, "Siapa makan cili, dialah yang rasa pedas" Tak payah laa nak marah-marah.

Monday, June 22

..Bersyukurlah dengan nikmat-Nya...

Aku ada keluarga aku sendiri. Yang amat aku cintai.



Aku ada ahli keluarga. Ummi, ayah, adik-adikku
(dari kiri: XXX dukung Zikri, Qusam, Ummi, Danial, Yi, Qayyim,
Ngah @ Aizuemi, aku, suamiku dukung Eizzah dan ayah) I love you all soooooo much!!!!!

Ummi dan ayah - Idolaku, my eternal love, my everything. Mmmuahhh!!

Anak-anakku Eizzah dan Zikri. Jadilah anak-anak soleh dan solehah.
Moga doamu pada mama dan abah menyinari kami di alam barzakh nanti, ye sayang??

Suamiku tersayang, Salim bin Ismail. Ku milikmu, rite?? ^_^

Kadang-kadang aku terfikir jugak..
Apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup aku nie? Kadang-kadang aku rasa macam ada benda yang aku nak, tapi aku tak dapat. Aku nak apa yang orang lain ada.. Dan aku keluh kesah dengan perkara yang aku tak ada...

Contoh...
Aku nak rumah yang cantik, dan stylo, ala-ala di'interior design'kan oleh Eric Leong (Deko bersama Eric) tu..
Tapi aku tak dapat,sebab aku tak berani nak mengeluarkan belanja banyak-banyak pastu berisiko ditenggelamkan air (ya, rumah aku berada di kawasan banjir besar yang melanda Johor pada 2007 yang lalu. Dan rumah aku hanya kelihatan bumbung sahaja..)

Contoh lagi...
Aku nak pakai kereta besar, yang boleh memuatkan ahli keluarga aku yang berkebarangkalian untuk semakin bertambah nanti. Agaknyalah.. *naughty grin* Seriously, aku mengimpikan MPV berjenama dari Jepun, bukan setakat kereta sedan ataupun kereta kecik-kecik..
Tapi aku tak dapat, sebab masalah-masalah kewangan yang terpaksa aku hadapi implikasi dari banjir besar itu jugak. Kerosakan barang-barang rumah, tekanan dari pihak bank yang tak memahami (demn yu EON Bank) malah kereta yang 2 minggu berendam dalam air juga memaksimumkan perbelanjaan aku. Aku tak dapat claim insurans berbelas-belas ribu (rezeki selepas bencana) seperti yang diperolehi oleh kawan-kawan aku yang lain.Sebab? Ketika itu aku sekadar menyewa, bukan rumah aku sendiri lagi.

Contoh jugak...
Aku nak TV LCD 42" untuk menghiaskan ruang tamu rumahku yang bagi aku agak biasa-biasa itu. Aku tak dapat bayangkan seronoknya aku menonton TV besar gabak sampai jerawat pelakon-pelakon drama pun terserlah kelihatan (walaupun) di sebalik mekap 4 kaki yang dikenakan oleh mekap artist. Ahaha~
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah ada sebuah TV yang aku ambik dari Ummi masa zaman bujang (mekasih Ummi!!). Dan sebuah lagi yang telah aku dan suamiku kongsi beli semasa kitorang ingatkan TV yang Ummi bagi dah rosak (rupanya boleh baiki lagi. Dan kitorang baiki). Dah ada 2 TV tu, kalau nak beli jugak TV yang lain lagi, memang nak kena laa dengan suamiku itu!

Pun contoh...
Aku nak selangsing dan sekurus dulu. Ketika aku berada di zaman persekolahan dan zaman U. Aku rasa aku akan lebih selesa untuk menggayakan sebarang jenis pakaian. Sampai ada kawan lelaki (bukan kekasih, harap maklum) aku menamakan aku sebagai "Yong 36.5" dalam handphone-nya. Ya, berat aku adalah 36.5 kg pada masa itu. Dan tinggi aku 148 cm. Silalah kira BMI aku. Tapi masa itu, aku benar-benar mengalami inferiority complex pulak. Aku merasakan aku tak cantik untuk bergaya. Malah ada je warna pakaian yang aku rasa tak sesuai. Pada aku.
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah beranak dua. Sedikit sebanyak (bukan sedikit tapi banyak!!) ada pertambahan pada figure aku. Tisu-tisu adipos aku semakin menambahkan stoknya. Jadi, aku merasakan figura aku semakin tidak comel. Pada aku.

Tapi kan...

Aku sedar, banyak yang aku ada, mungkin orang lain tak ada..

At least, aku ada rumah. Rumah aku, yang dibeli dengan loan kerajaan dan dibayar oleh aku, tiap-tiap bulan melalui potongan gaji aku. Ada tempat berteduh, tempat berlindung, tempat beramal, tempat bergelak ketawa, tempat menceriakan hari-hari aku dengan gelak tawa anak-anak, tempat bermanja dan bermesra bukan setakat dengan suami,malah dengan ahli keluarga yang datang. Tak kira dari Serdang atau dari Kemamang (ahaha~ nak bagi bunyi sama). Tempat kawan-kawan nak datang buat kerja atau saja-saja datang melawat. Tempat anak-anak murid nak datang bertanya, soalan apa nak masuk periksa cikgu? (Korang ingat cikgu ni Lembaga Peperiksaan ke?)
Alhamdulillah...

At least, aku ada kereta. Kereta aku, yang dibeli dengan loan bank dan dibayar oleh aku, tiap-tiap tiap bulan melalui potongan akaun bank aku. Boleh bawak balik kampung, boleh bawak pergi sekolah,boleh bawak pergi shopping, boleh bawak anak-anak pergi jalan-jalan, boleh bawak anak murid pergi sukan/kuiz/aktiviti lain, boleh racing..(hmm, point terakhir nie, ada SEORANG sahaja yang faham. Tapi bukan suami aku.)
Alhamdulillah...

Yang ketiga tu, malas nak hurai. Anggapkan sahaja syaitan memanggil-manggil aku untuk melakukan pembaziran. Nyah kau, setan!!! Zaman sekarang nie, membelilah secara bijak. "Inflasi sifar wawasan kita, harga berpatutan menawan ibu....blablabla" Sila rujuk iklan tepung susu Everyday zaman dulu-dulu...
Alhamdulillah...

Rupanya, aku je yang rasa aku lebih comel pada masa dulu itu. Pertemuan semula aku selepas hampir 4 tahun tidak berjumpa dengan sahabat yang amat aku sayangi (terima kasih Cik Sabariah Taib, SMK Rengit) menyedarkan aku bahawa aku telah diberi bentuk tubuh yang lebih baik dari sebelumnya. Aku tak kata menarik, aku kata baik. Susuk tubuh yang terlalu kurus dahulu menyebabkan aku sebenarnya kelihatan sakit-kata Saba. Aku benar-benar berharap aku tidak kelihatan anorexia dahulu. Malu seyh~ Sekarang, aku lebih yakin untuk bergaya. Kebaya singkat pun aku belasah. Hmm... aku lebih comel agaknya sekarang... Ahaha...
Alhamdulillah...

Moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kamu. Baik pada mata kita, tak semestinya baik pada mata orang lain. Lirik lagu favourite aku untuk kita renungkan bersama..


Apa yang ada, jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar barukan terasa, bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman...
(Kumpulan Saujana-tajuk aku lupa)

Tepat, kan??

Sunday, June 21

..Puas hati aku. Hahaa. Marah laa laki aku kat aku nie nanti. Tu pun kalau dia baca..

Aku rasa nukilan aku kali ini sangatlah luar biasa. Sebab aku suka cerita event yang berlaku dalam hidup aku sahaja. Or cerita pasal anak. Or pasal kawan-kawan. Or pasal anak murid. Or pasal family (yeah,yeah... We get what u mean...)

Hari ini aku nak tulis (or taip??) tentang MENGAPA

1. MENGAPA ada orang yang sangat sukar nak mengaku kesalahan dia, dan cenderung menuduh orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri? Hello... Pleaselah, apa yang berlaku tu disebabkan keBODOHan kau (aku ulang, keBODOHan kau sendiri). Jadi, apa hak kau untuk menyebarkan berita palsu tentang orang lain?? Yang paling tak boleh blah, kau bawak cerita, tabur pasir kat periuk nasi orang lain (yang semestinya orang yang AKU sayang. Sangat.) Tapi, ALLAH maha Berkuasa. Sebab setiap huruf fitnah yang kau sebar (aku ulang, FITNAH) Allah telah balas dengan pahala pada orang yang aku sayang (InsyaAllah, sebab dia SANGAT sabar, bukan macam aku), dan juga REZEKI yang melimpah ruah. Aku rasa, pasir yang kau cuba taburkan tu, dah ditiup angin dan berbalik ke periuk nasi kau sendiri. Bagilah anak bini kau tu makan nasi berpasir,ye? Aku makan Pizza dan KFC, sebab aku ada kupon 25% discount. Tak main laa kupon Petronas...

2. MENGAPA kau ingat kau ada title HAJI (yang kononnya dah berpuluh-puluh kali pergi. Siap jadi wakil Tabung Haji laa kunun.. Ada aku heran?) kau boleh suka-suka hati wak lu nak buat apa kau punya suka? Buat keputusan macam *tuttt* (dicensored, sebab aku cikgu) macam orang tak ada anak bini nak disuap makan. Mujurlah aku dikurniakan Allah dengan karier bergaji tetap. Walau tak kaya, tapi aku bangga sebab gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan (yang mungkin pada kau sikit. Aku peduli apa) adalah gaji yang HALAL. Aku tak pernah (aku ulang, TAK pernah) menipu untuk mendapatkannya. Janji palsu pun aku tak bagi, tau? Tak mainlah, cakap tak serupa bikin nie... Macam slogan kau "mesra dan selesa, bukan janji tapi pasti" Buat aku nak muntah, dowh~

3. MENGAPA kau mencampur adukkan ahli keluarga kau yang pada aku bimbo dan tak berilmu tu dalam pengurusan yang dia satu hapa pun tak tahu? Pastu, kerek macam *tuttt*(censored lagi, sebab aku cikgu). Yang kelakarnya, perniagaan yang dia patut handle, dia tak peduli, mungkin sebab dia rasa tak mendatangkan sumber kewangan yang banyak. Maklumlah materialistik. Mana nak datangkan wang, dia pun tak pernah nak ada kat kedai dan melihat apa yang terjadi. Mentang-mentang bahagian yang kau jaga (ye ke kau jaga? Aku tengok pekerja-pekerja kau yang jerih, cuti pun susah. Kau sedap-sedap sekeluarga makan angin. Patutlah komisyen pekerja selalu tak bayar. Kau buat guna pergi bercuti yek??) banyak mendatangkan wang, terus ahli keluarga kau, ahh, senang cakap bini kau tu laa nak busy body?? WTH???

4. MENGAPA kau amat susah nak berlaku adil? Adakah kekayaan dunia yang kau rasa dah banyak tu telah mengaburkan hati dan nurani kau? Aku rasa, sedikit sebanyak Allah nak tunjukkan pada kau sebab kau tu takbur, cakap besar, riak, berlagak dan perasan bagus. Sama laa macam bini kau tu pun. Tapi, bila Allah datangkan dugaan untuk kau berfikir dan muhasabah diri kau, kau senang-senang nak salahkan orang lain. Secara langsung, kau telah mensia-siakan hidayah yang Allah nak bagi tu dengan menjadikannya satu dosa plak. Satu ke?? Aku rasa banyak. Dosa mengadu domba, dosa memfitnah, dosa menipu. Dosa yang jika dilakukan pada manusia, kau takkan merasa menjejakkan kaki ke syurga selagi kau tak mintak maaf pada manusia itu. Ada paham, 'Tuan Haji' ??? (eewwww, apsal aku geli sangat nak sebut perkataan nie?? Senang. Sebab aku rasa dia tak layak)

5. MENGAPA kau tak nak tengok anak-anak kau? Aku rasa, kalau kau kurangkan pergi menyebarkan fitnah tentang orang. Or kurang busy body tentang orang. Or cari duit secara HALAL, kau akan dapat lihat anak-anak kau tu sebenarnya adalah calon-calon orang yang akan memalukan kau dan bini kau tu di masa hadapan. Sekarang nie pun dah ada ciri-ciri (dan aku tau kau pun sedar itu) cuma kau dan bini kau hidup dalam denial. Tak nak mengaku kelemahan dan kegagalan sendiri. Sebab itu kau dan bini kau menyibuk ke sana ke mari menceritakan keburukan orang lain, kan? kan? kan? Isshhh.... tak boleh blah betul laa korang nie...

MENGAPA aku luahkan kat sini? Sebab ini blog AKU. Takkan aku nak bagi kau pulak yang luahkan kat sini? Eh, aku lupa. Kau mana pandai komputer. Aku berani jamin, blog itu apa pun kau tak tau. Habis-habis, mesti kau kata blog tu adalah serumpun dengan external hard disk yang kau bangga-banggakan kerana kononnya telah berjaya menyedut semua dokumen dari PC pekerja-pekerja kau. Apa yang kau tak tau, satu dari PC itu mempunyai VIRUS yang amat gila kuatnya. Kau rasa, apa akan jadi dengan external hard disk kau tu nanti?? (Budak Form 1 yang ambik Literasi Komputer dah berebut-rebut angkat tangan nak jawab tu. Jawab lee 'Tuan Haji'. Kau kan mengaku kau tu serba pandai..)

Aku tulis ini bukan untuk memalukan kau. Sikit pun aku tak sebut nama kau, kan? Aku benar-benar berharap dalam menjalani hidup aku nanti, aku tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan yang kau buat. Semuanya aku nak jadikan iktibar dan panduan dalam melalui kehidupan aku sebagai khalifah di bumi Allah ini. Aku harap kau pun sedar kenyataan itu, sebab Allah boleh tarik balik apa yang dia kurniakan dalam sekelip mata sahaja. Bawaklah bertaubat.

Nota di kaki : Kalau kau baca pun bagus jugak. Ada aku kisah??


Sunday, May 3

.. Dugaan ..

Ya Allah...

Dugaan yang begitu berat Kau turunkan untukku di hujung minggu ini...
Lindungilah kami Ya Allah..
Ampunilah dosa kami Ya Allah...
Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMu ini Ya Allah...
Kuatkanlah iman kami Ya Allah...
Hanya Engkaulah yang aku sembah, dan hanya padaMu Ya Allah aku meminta pertolongan..


P/S : Buat suami yang sangat dicintai, Salim bin Ismail, I Love You So Much... Semoga dugaan kali ini akan membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan buat selama-lamanya...

Friday, April 10

.. (^_^') ..

Aku tengah gabra menunggu...

Hari nie merupakan hari terakhir untuk pihak sekolah aku menghantar pendaftaran SPM secara online...

tapi kecoh betul laa budak2 Form 5 tahun nie...

Masuk sekolah tak bagitau aku dulu.. Last minute baru dapat detect ada budak baru. Pastu plak sekolah lamanya belum daftarkan dia, tak cakap dengan aku... Nasib baik sempat gaks aku daftarkan dia, kalau tak saja-saja je jadi calon cicir...

Corrections dah settle, budak-budak yang nak drop subject pun aku dah update... Harap-harap tak ada lagi laa sebarang masalah selepas aku send hari nie...


[Itu pasal dalam title tu aku berpeluh... Hehehe...]

"Ya Allah, berkatilah pekerjaan dan tugasanku ini..
Sesungguhnya aku telah pun berusaha sedaya upaya
untuk melakukan yang terbaik, namun segalanya adalah dengan izinMu jua.
Jauhkanlah aku dari dugaanMu yang tidak mampu aku tanggung,
namun ujilah aku agar aku sentiasa mengingatiMu ya Allah..."

Thursday, March 19

.. Pening2 ..

Ntahlah kenapa... 2,3 hari nie aku rasa macam tak puas hati dengan diri aku sendiri. Aku rasa macam banyak sangat benda nak buat. Tapi bila buat, rasa macam tak siap-siap......

Bila aku renung balik, dah banyak yang siap sebenarnya.. Aku je kot yang rasa tertekan dengan perasaan aku sendiri.. Sekarang nie, tinggal nak buat pendaftaran online SPM tu laa... Pening jugak, sebab kadang2 server LPM tak berapa bagus. Aku pernah bangun pukul 2 pagi just untuk melakukan online registration ni.. Penat, sebab si kecik tu kejap-kejap bangun nak menyusu... Tapi aku teruskan juga perjuangan demi tanggungjawabku...

Syukurlah, pada 16 Mac hari tu, walaupun sepatutnya cuti sekolah, sekolah mengadakan kursus Team Building. Ni laa antara kursus yang paling menarik yang pernah aku pergi. Ceramah diberikan oleh Prof Madya Tuan Syed Mohd Shafeq bin Syed Mansor, Ketua Klinik Kaunseling dan Psikoterapi Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Aku rasa tenang jugak sedikit sebanyak lepas habis course tu.. Emm, aku rasa kalau ada course stress management pun ok, sebab aku tak nafikan dalam menyelesaikan tugasan harian, kadang-kadang aku rasa stress...

Hehehe~ don't misunderstand me... It's not like I'm not happy with my job.. I DO love being a teacher, because it brings the best out of me... I love mingling with the students, and my colleagues here are MARVELLOUS!! Cuma sebagai manusia, kadang-kadang kita akan rasa tertekan dengan suasana di sekeliling kita. Bukan tiap-tiap hari pun... Kalau aku tak cukup tidur ke, atau kalau anak-anak murid aku buat hal ke...

Apa-apa pun, apa gunanya kehidupan tanpa cabaran. Kerana cabaran itulah yang akan mematangkan akal fikiran..

Wednesday, January 7

Busy, busy...

Hari nie dapat banyak call
Dari Hawa, Penolong SU SPM
(Penolongku laa tuh)
Kesian dia.. ada urusan yang perlu dibuat
Berkait dengan ko-kurikulum
Mesti dia gabra...
Last-last cikgu Farzeli pulak call
Minta tolong email senarai nama
Calon SPM last year
Nasib baik penolongku OK
Kesian kat Hawa
Sabar je la dik
Nanti bulan 2 akak ada
Yeehaa~

Makcikku (Puan Halijah Idris)
Bagitau kata urusan pendaftaran online
Untuk SPM mula bulan 2
So sempatlah aku kembali bertugas
Takdelah menyusahkan Hawa lagi
Tapi seriously said
Walaupun aku cuti
Tapi aku tak puas hati
Selagi ada benda tak settle
Sebab aku rasa masih macam tanggungjawab aku

Sebab tu aku kurang suka
Bercuti pada waktu persekolahan
Tapi ramai yang anggap rugi kalau
Cuti bersalin serentak dengan cuti sekolah
Tapi bagi aku, aku tak rasa macam tu
Aku rasa macam ada perkara tak selesai
Selagi aku tak start kerja balik
Itulah... Ramai orang anggap kerja cikgu nie senang
Kalau korang tak ceburi sendiri
Tak payahlah nak buat hipotesis mengarut tu
Kalau niat nak jadi cikgu sebab
"nak senang,cuti banyak, bla bla bla"
Forget it!!
Kena ikhlas, baru tak rasa tertekan
Bukannya kerjaya cikgu dijadikan pilihan
(Last choice plak tuh)
Sebab kerja lain taknak kat korang
Itu yang ramai tak bersungguh jadi cikgu
Lalu seluruh kerjaya cikgu diperkotak katikkan
"Disebabkan nila setitik,
rosak susu sebelanga"
Aku BENCI orang macam tuh

Monday, January 5

Sekolah dah start balik...

Hari ini 5 Januari 2009, bermulalah sesi persekolahan bagi semua negeri (kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah bermula pada 4 Januari 2009). Termasuklah adik-adikku yang 3 orang tuh...



Qusam : dah masuk Form 3... Study hard, tahun nie nak PMR..

Qayyim : special one, sebab first day masuk Form 1....

Danial Danish : dah masuk Darjah 5 dah... masa ngko lahir, kak Yong baru Form 5...




Kepada kawan-kawanku seperjuanganku di seluruh Malaysia, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pendidik... Walaupun budak-budak sekarang memang susah nak diajar, dan tahap ke'kurang ajar'an mereka agak tinggi berbanding zaman kita dulu-dulu, tabahkanlah hati. Niat kita hanyalah nak mendidik agar mereka menjadi orang yang berguna. Tapi kalau diorang rasa diorang bagus sangat sampai tak boleh nak ditegur, biarlah... Doakan ajelah agar dibukakan pintu hati mereka untuk memahami niat kita sebenarnya...




Kepada anak-anak muridku, especially di SMK Laksamana, Kota Tinggi... Insaflah. Jangan main-main lagik... Especially yang dah masuk Form 5 tuh. Tahun nie tahun penentu. Nak merempit, nak shuffle, nak ponteng sekolah, ponteng kelas, kuat pegi tandas, tak bawak buku, malas buat kerja rumah, asyik nak berbual je dalam kelas.... Hentikanlah. Kalau korang nak berjaya, korang sendiri yang kena berusaha. Cikgu-cikgu hanya membantu setakat yang terdaya. Kesedaran datang dari diri korang sendiri sebenarnya...


Huahuahua~
Banyak plak meluahkan perasaan...
Inilah luahan hati seorang guru yang sentiasa mengharapkan kejayaan anak didiknya...
Kalau anak-anak didiknya berjaya, gurulah orang yang paling gembira..
Semoga kejayaan menjadi milik kita semua..


Be The Best !!


Qayyim first day menjadi pelajar sekolah menengah,
bersama anak sedara kesayangan Eizzah Nur Harris
(apsal tak nampak badge yg aku jahit tu ek?? hehe)