Okay, malas nak elaborate jalan cerita. Kalau korang baca kat mana-mana blog hiburan or blog gosip artis konfem bersepah cerita diorang keluar.
Aku cuma nak tulis, dari sudut pandangan aku. Aku tetap rasa aidil yang salah.
Sebab? Sebab dia lelaki. Lelaki kena tegas. Kalau isteri ada kelemahan macam mana sekali pun, ko WAJIB bimbing dia. Sebab dia amanah untuk kau. Masa kau akad nikah dulu, kau sebenarnya berjanji memikul semua tanggungjawab ke atas isteri kau. Janji kau tu, bukan pada isteri, pada ahli keluarga dia aje. Tapi juga pada ALLAH. Jadi segala kelemahan, kekurangan isteri kau, kau patutnya kena terima dan cuba perbaiki. Bukan suruh kau terima dan biarkan isteri kau makin teruk. Pastu kau sibuk cari perempuan lain. Pastu kau kata isteri kau tu teruk. Padahal kau pun sama teruk sebab kau tak pernah nak nasihat or cuba nak ubah isteri kau. Cari salah isteri aje. Kau tu bagus sangat ke?
Kalau macam tu la perangai kau, kawin la banyak mana pun, cerai la banyak mana pun. Kau tetap takkan bahagia. Sebab kau akan sentiasa berhadapan dengan sikap dan sifat isteri yang tak semuanya suka. Tapi kau tak pernah pulak cuba nak ubah, cuba nak nasihat bini kau. Kau biar, lepas tu kalau ada apa-apa jadi, kau akan gunakan alasan isteri kau teruk tu untuk lindungi diri kau. Dan apa yang kau buat selepas itu adalah sebab kau tak tahan dengan sikap isteri kau lagi dah.. Baguslah. Teruskan menjadi lelaki yang tak ada telur...
Macam mana nak jadi suami kalau kau asyik kalah je dengan dugaan hidup? Suami apa yang lari dari rumah tinggal isteri dengan anak-anak? Okay, kalau si aidil kata dia dengar cakap keluarga.. Phuii, baru sekarang nak dengar cakap keluarga? Masa kau nak kahwin dulu, kalau kau dengar cakap keluarga, kau tak bawak dia lari pergi Siam kahwin kot? Mesti keluarga kau tak suruh pun kau kahwin lari, kan?
Cerita paling baru, kau mengungkit pasal duit dengan isteri kau? Kau mengungkit kos isteri kau beranak kat private hospital? Kau mengungkit bila bini kata duit yang kau bagi untuk anak-anak tu tak cukup? Oh man.... You are really such a jerk!! Okay, kalau kau tu seorang lelaki yang hidup sederhana, makan cukup-cukup je tiap-tiap bulan, duit nak beli barang rumah ke hapa ke kadang-kadang mintak isteri tolong, aku rasa si isteri boleh faham. Taklah dia demand nak beranak kat hospital mahal-mahal. (Mahal ke? Bersepah je aku tengok orang beranak kat private. Takde hal pun. Padahal laki diorang bukan pemain bola profesional ke apa pun... Okay je?) TAPI, kalau kau boleh beli kereta mewah, motor besar, tukar rim ribu-ribu, kalau aku jadi bini kau pun aku demand nak beranak kat tempat mahal weh!! Dan kalau kau betul-betul ayah yang baik, kau patut tau berapa kos nak membesarkan anak sekarang. Duit susu, pampers, barang dapur. Baju budak sekarang ni pun boleh tahan harganya. Orang yang bagi cadangan suruh jangan beli barang mahal untuk anak tu, tak taulah korang ada anak ke tak. Sebab setiap ibu bapa nak bagi yang terbaik kot untuk anak-anak. Lain la kalau kau memang suka anak-anak pakai baju bundle pasar malam hari-hari. Nak raya pun beli bundle pasar malam jugak ke?Nak minum susu yang terbaik. Nak pampers yang selesa, tak naik rashes. Memang ada jenama murah, tapi kulit budak tak sama kot. Kalau anak-anak kau boleh pakai yang jenama murah, bersyukurlah kau boleh save budget. Tapi kalau anak-anak kulit sensitif? Bukan boleh pakai pampers sebarang, minum susu sebarang. Lain-lain la setiap anak. Jangan samakan..
Dah kalau aidil habiskan duit untuk benda-benda macam kereta, motor, rim tu boleh pulak? Tapi dengan bini yang susah payah mengandung, beranak, dekat anak-anak darah daging kau, tak boleh plak? Dekat bini sendiri, anak-anak sendiri berkira sangat apasal? Kalau gitu, kau suruh je la kereta kau tu beranak untuk kau. Suruh rim kereta tu masak untuk kau. Boleh? Pastu bila kau dah mati, kau suruh motosikal mewah kau tu doakan kat tepi kubur kau yek? Moga-moga cerah kubur kau.
Then aku tengok mostly salahkan rita sebab menjawab. Ramai yang suruh rita diam aje. Cheh, kalau aku pun aku jawab untuk clarify cerita. Kalau si jantan tu je yang asyik bagi statement, keluar TV keluar paper, pastu rita diam tak menjawab, orang akan anggap aidil betul. Aku boleh bayang dah ayat-ayat makcik semah, makcik melah, makcik bedah and geng bila kumpul ramai-ramai bawah pokok petang-petang nak tambah 'amal jariah'.
Bila rita diam:
Geng makcik-makcik : Ko tengok, rita diam aje bila laki dia aidil tu cerita macam-macam kan? mesti dia salah tu. kalau dia tak salah, mesti dia jawab kan. huh, memang teruk perangai si rita tu. dahlah dulu dia nak kawin siap ajak laki tu pegi siam bagai. haa, sekarang padan muka dia. macam mana laa si aidil tu suka kat rita tu ntah.... memang patut pun kena cerai...
1. Macam mana geng makcik ni tahu rita yang ajak aidil eh? Mana tau kot-kot si aidil yang ajak rita, kan? Kalau ye pun rita yang ajak aidil, apsal aidil tak cakap tak nak? Pondan sangat ke aidil tu tak reti nak keras sikit? Patutlah main bola pun asyik injured je. Lembik...
2. Lagi baik si aidil tu suka kat rita mak cik ooiiii. dari suka kat engkau. sekurangnya lawa kot rita tu. nak mengumpat pun kelas, pakai reporter, pakai twitter. dari kau duduk bawah pokok je... ke kau memang ada hati gak dengan aidil tu kot. hahaha....
Bila rita menjawab:
Geng makcik-makcik : Eee, perempuan nie. buat malu aje. semua benda nak cerita kat wartawan. cerita dalam kain diam-diam sudah laa. tak payah nak cerita. nampak sangat mulut longkang. suka bukak cerita kat orang. huh, teruk rupanya perangai si rita ni. macam mana laa si aidil tu suka kat rita tu ntah... memang patut pun kena cerai...
See? Kalau dah dasarrrrr tak puas hati tu, apa je orang buat semua benda tak kena. Diam salah, jawab salah. Kau ajelah yang betul, kan? Hadoii...
Bagi aku, bila aidil dah buat statement, dan statement tu tak betul/defensive/berat sebelah, aku rasa rita ada hak untuk menjawab dan menerangkan perkara dari pihak dia pulak. lagipun, tak adil kot kalau dengar cerita sebelah pihak? ada yang kata, rita tak patut cerita dekat wartawan, twitter. ceritalah kat ahli keluarga terdekat or what ever. tapi, si aidil tu siap masuk melodi, takpe plak?? tipikal la rakyat malaysia. lelaki buat takpe, pompuan buat tak boleh..
dan aku rasa patutnya semua perasaan tak puas hati tu, kena luah face to face. antara rita dengan aidil. cerita semua, then cari jalan penyelesaian. TAPI, dah si aidil tu takde telur lari dari rumah tak balik-balik, siap macam pondan lari masa bini takde kat rumah, macam mana nak berbincang? kalau aidil ada kat rumah, betul-betul berbincang, mungkin la takkan terbongkar pada khalayak ramai. tapi tak. LARI. tak balik. see, aku tetap rasa yang salah tu aidil. sebab tak tegas. takde telur. buat anak mau, tanggungjawab tak mau...
ada plak yang kata sebab aidil masih muda. orang muda memang suka kereta mewah ni semua. bodoh kot alasan tu. Tuhan bagi 9 akal, 1 nafsu pada lelaki. takkan semua sembilan akal kau tu terencat kot? tak kira la umur kau muda ke. masih jiwa remaja ke. once kau dah kahwin, dah ada anak, kau patutnya ubah perangai. tau yang mana lagi penting. bukan ikut sedap nafsu kau aje. tanggungjawab yang kau tak buat tu, nanti kena tanya kat akhirat, masak la kau nak menjawab kalau kau masih tak insaf dan tak nak berubah. ingat senang jadi lelaki? setakat nak sepah-sepah sperma sana-sini siapa-siapa pun boleh buat. tapi soal tanggungjawab tu, kau sendiri la yang jawab kat akhirat nanti.
kesimpulannya, dua-dua ada salah. tapi lelaki lebih patut dipertanggungjawabkan kerana lelaki ketua keluarga, bukan perempuan. lelaki patutnya menjadi imam, bukan perempuan. lelaki mesti bertanggungjawab dalam memimpin keluarga, bukan perempuan. lelaki wajib bagi nafkah pada keluarga, bukan berkira. lelaki patut menjaga keluarga sendiri, bukan lari. lelaki yang tak reti nak menguruskan isteri dan keluarga, patutnya potong aje, simpan dalam botol. tak payah jadi lelaki.
jangan salah potong pulak. maklumlah, kan kembar. huhu... chow.
2 comments:
salam
singgah kejap~~
haha.. terbaik.. marah nampak..hahaha
saya setuju~~~^^
@Gee GTG
Haha, sila, sila singgah... Mekasih la susah2 baca hasil merepek di atas.
Itu belum marah tu, baru bengang. Kalau marah, lagi ganas...
Haha...
Post a Comment