Tuesday, December 11

Citarasa Rinduan yang kurindui ikan kelinya... Haha. Feeling seh tajuk..

Minggu sibuk sudah bermula. Maknanya minggu tak sibuk ada la 2,3 minggu je. Huhu. Takpelah. Cari rezeki untuk anak-anak, ye dok? Kahkah. Anak-anak la sangat. Padahal maknya yang berselera menghabiskan duit. Ngeh ngeh ngeh...

Setelah setahun menunggu, akhirnya sampai juga masanya untuk aku kembali ke tempat aku bermesyuarat tahun lepas. Dan yang paling penting kembali ke satu restoran yang aku amat suka masakannya. Sedap wehh!! Dan buat kali pertama juga berkenalan dengan pemilik restoran yang so sweet dan comel, Kak Ayu, pemilik Restoran dan juga blog Citarasa Rinduan yang terletak di Sungai Sayong, Kulai, Johor. 

Setahun lepas, aku pergi sini memang cari ikan keli. Tahun ini pun aku cari ikan keli jugak. Hahaha.. Sampai semua kawan-kawan segroup aku sibuk cakap "Hai Yong, tak ambik ikan keli?" Dengan bangganya aku cakap, "Mestilah ambikkkk....."

Sedap weh wa cakap lu... Lauk dia semua menepati selera dinosaur ai, hokeh? Sungguh marveles. *taip sambil lap air liur*

Dan aku sangat berterima kasih dengan cikgu Areef sebab banyak tolong aku dalam mencari kat mana la duduknya Sungai Sayong ni. Bila dah tau kat mana, tau pulak kat mana nak makan sedappp... Aishh, tak sabar nak makan esok pulak ni. Hahaha... 

Kalau esok tak ramai orang, dan aku tak malu (bila plak aku malu, ek?), maybe esok aku snap gambar tunjuk betapa syedap-wa-chakap-luu punya gambar masakan kat Citarasa Rinduan, yek?

Dan disebabkan aku dengan selamba badaknya pergi tegur Kak Ayu macam dah kenal lama (sorry kak. hehe), so aku dapatlah cenderahati tanda salam perkenalan dari blog ke dunia maya.

Thanks Kak Ayu!! 


Dah. Cukup. Aku nak pergi tidur mimpi ikan keli dengan teh ais. Marah la laki aku ni karang. Keh keh keh.

Thursday, December 6

Family Day Tiram Travel 2012

Baiklah. Random lagi. Panjang pulak tu entry ni. Sekadar nak habiskan gambar dalam folder. Lepas ni boleh delete. Hehehe. Eh, bukan delete blog aku. Delete gambar dalam folder la.

10 hingga 12 November hari tu adalah Family Day Tiram Travel, tempat kerja suami aku. So lepas je dia balik kerja, kitorang pun gerak ke Port Dickson. To a place called Permaisuri Resort. Oh ye. Aku dah tak kerja. Cuti sekolah bebehhh!! Haha. Lepas key-in alamat resort tu dalam GPS, kitorang pun jalan dengan santainya. Tapi hujan sangat la lebat sepanjang lebuhraya. Dan kitorang jumpa 2,3 accident jugak. Tapi minor je. Takde kecederaan apa pun. Yang cedera, kereta aje la kot.

Since kamera dah tak ada. Terpaksalah guna kamera henfon ajorr... Ok la, kan? Dari takde.

First day (10/11/12) :

Disebabkan jem dan sesat, kitorang sampai aje dah kul 10 malam. Terlepas dinner. Huhuhu... Gigil-gigil mak dinosaur angkat barang masuk bilik sebab laparrr. Padahal dah berenti makan kat RnR Seremban kot. Kah kah. Nama pun dinosaur. Lepas check-in dan dapat door gift (untuk bebudak je), tetiba je suami aku bagitau nak kuar ngeteh dengan staff dia. Apa lagi, konfem order nasi dan teh ais bungkus punya. Tapi biasa la lelaki kuar ngeteh. Kul 12.30am baru balik kau... Dinosaur dah hampir bertukar jadi resakse dalam cerita Otroman dah nihhh.... Lepas kenyang, terus tido tak sedar apa dah sampai ke pagi.

Second day (11/11/12) :

Pagi-pagi dah kejut semua orang sebab mak dinosaur lapar lagik. Huahaha. Kul 7 dah terpacak kat kafe. Pilihan untuk breakfast okay la. Yang paling sedap adalah omelette. Pergh.. Sedap sangat-sangat!! Tapi kesian anak-anak aku sebab takde cereals. So makan je la nasi lemak, mihun dan roti bakar. Satu lagi yang marveles kat sini adalah dessert table dia. Macam-macam woo... Kalau breakfast, ada buah-buahan je la. Tapi ada gak kek tak salah aku. Dah sebulan baru nak hapdet. Lupa sudaa...

Pastu event di pagi hari selepas breakfast adalah sukaneka. Since aku ada henbeg bernama Najlaa, tak dapek la nak join. Tengok dari tepi je. Tapi havoc giler bebudak Tiram bersukaneka. Ramai bebudak bujang kot.. Sebab tu giler-giler. Dan staff dari semua cawangan Tiram Travel join Family Day ni. Laki ai pun dah sama giler-giler dah plak aku nengok. Hai bang, lupa ke dah tua. Sound bini beliau di dalam hati. Wakakaka. Kang sound kuat-kuat takleh shopping plak kang.

Lepas habis apak bersukaneka dapat nombot satu, main pantai yokkkk!

Budak demam lom mandi. Tapi kemain excited dapat pijak pasir dan air laut.


Kakak yang berani dan abang yang penakut. Huhuhu...


Eh eh, kalau bab posing abang plak yang hover. Ikut sape la tu? Ehem ehem... Terasa ai tau. Haha.


Senyum la sangat. Pastu bila ombak sampai kena kaki dia terus lari tak cukup tanah. Amende laa ko bang.. Haha.


Kakak pose ala-ala iklan shampoo Ba Wang. Kuakuakua~~ Marah jeki chan.


Official T-shirt bagi Family Day tahun ini.

After lunch, ada mesyuarat agung tahunan untuk semua staff Tiram. So dalam 3 jam gak la aku dgn anak-anak bertapa dalam bilik. Tapi since dapat channel yang ok, takde la bosan sangat. Bilik aku adalah apartment satu bilik. Katil king size. Bahagian yang urus penginapan untuk Family Day ni tambah satu extra bed utk bebudak dua orang tu. So, instead of letak dalam bilik, kitorang bentang aje extra bed tu kat depan TV. Syok woo... Lepak baring-baring sambil tengok TV di ruang tamu. Gambar bilik takde. Tak ingat nak amek. Penat + lapar sesangat masa sapai. Pastu dah sepah mcm hape dah, langsung takde hati nak amek gambar boh dalam blog. Takut korang tengok tros koma. Haha.

Lepas habis meeting, abah ajak mandi pantai plak. Tadi pagi tak mandi, main air je. Hehe. Yang basah Eizzah je la. Zikri tunggu je tepi pantai. At least dah berani sikit dgn ombak. Camne la nak jadi hero Ombak Rindu ni. Eh, marah eron ejis. hehe.


Najlaa - super excited.


Suka betul dia pijak pasir lembik tu. Siap lompat-lompat lagi bila ombak sampai.


Nampak? Mandi dalam bentuk merangkak. Ko ada?


Sesi buat muka geram tengok air laut.


"Mama, dah la tu amek gambar, ma. Bawak la saya  masuk dalam laut tu ma."
"Budak demam takleh cakap banyak ye? Sila redho. Haha."


Ehh. Tuan blog mesti la nak gak gambar. Tapi muka Najlaa tak masuk ler plak. 


Ok. dah. Apsal tembam eh? Aku. Bukan Najlaa. Huhu. Yeah... Tembam is hepi, menn... Aku hepi ler ni.


Apartment kotorang di tingkat 3. So tak nampak pun sebenarnya dari arah sini. Hehe.


Kaki dan bekas tapak kaki. 


Stress woo, abah tak mau bagi cecah kaki kat laut.


Ada staff praktikal sorang datang kat kitorang, offer ak amek gambar. Merasa gak dapat amek gambar satu family. Hehe. Kakak plak stress ebab kena panggil naik amek gambar tengah dia syok mandi.


Lagi satu!! Najlaa plak tak tengok kamera. 

Malamnya, Grand Dinner. Biasa la. Mesti la ada sesi makan-makan. Kalau tak, konfem aku tak mau datang. Haha. Banyak la ko punya tak nak datang.

Dessert. Cream puff mini dengan chocolate tart. Sedap!


Jelly ke agar-agar ntah. Dua-dua sedap!!


Stage. Tak sedap. Eh. Tak grand. Tapi tak guna pun stage. So, takyah la hias grand-grand ye tak? Membazir aje.


Salad table. Kalau masuk dengan dressing dia yang belah kanan bawah tu, memang hingga menjilat jari la weh!! Tapi jari tangan je la. Jangan jilat jari kaki plak.. 


Makanan kat sini bagi aku sedap-sedap. Kena la dengan selera aku. Tu, setiap tray tu ada makanan yg berbeza-beza, ok? Bukan dia buat dua set ke apa. Banyak tak banyak makanan malam tu. Sedap plak tu.

Muka excited tunggu time makan. Sengaja pilih meja yang paling dekat dengan buffet table. Tengok laa siapa yang pilih meja. Haha. 

Kan? Sungguh dekat sekali. Memang disengajakan memilih meja yang dekat dengan buffet table itu. Hahahaha.....


Yang dinanti setiap tahun. Cabutan bertuah. Ini antara hadiah-hadiahnya. Blackberry, handphones, kamera..


DVD players, jam tangan. Yang tangan orang pegang kotak polkadot kuning putih tu hadiah cabutan bertuah yang aku, eh, suami aku dapat... Jam tangan untuk pasangan. So automatik la aku dapat sekali. Hehee...

Hamper tu hadiah staff paling disenangi something like that la kot. Malam tu diorang suruh semua staff mengundi. Paling tak sangka weh, suami aku dapat tu. Hahaha. Dalam dia semua produk-produk dari Amway. Suami aku amek 22-pcs Tools Set je. Yang lain dia bagi-bagi kat staff-staff dia. Sebab kitorang tak pakai.


Yang belah kanan tu radio, pastu set speaker. Yang belakang tu Panasonic LCD TV 32". Tak mau. Dah ada TV, watpe banyak-banyak, ye dakk?


Haa, actually mau yang ni. Sebab tak ada lagi. Aku tau semua dah ada Tab ke, iPad ni semua. Aku biasalah, ketinggalan. And lagi satu sebab sentiasa ada perkara lain yang nak pakai duit. Kesian kat aku, kann? Tapi, tak dapat jugak benda nie. Huhuhuhu....


Third day (12/11/12) :

Takde mende. Pepagi lepas breakfast, bebudak tu pergi mandi pool pulak. Remdam sampai kecut, balik bilik, dan terus kemas untuk balik. Singgah RnR Pagoh untuk lunch. Dah. Haha.


Okay. Selesai satu lagi hapdet. Ntah bila la aku nak hapdet lagi... Tunggu je la eh kalau rajin. Tak rajin tak yah tunggu. Wakkakaka~

Susah betul nak buat tajuk. Haha. Tu pun dia, dah ada tajuk. Lol.

Kita wat storyline bergambar je, boleh? Tanpa event apa-apa yang nak diceritakan. Jenuh woo nak curi masa menulis blog. Since Najlaa dah berusia 8 bulan. Beliau tidak lagi mahu tidur siang. Susah sungguh nak curi masa menulis blog. Nak tulis malam, masa tidurkan Najlaa, dengan aku sekali tidur terus sampai pagi... Haha.

Random stories. Tapi mostly dah upload kat FB. Maklumlah, takde bahan lagi dah nak upload. Belasah aje la eh?

Random 1 :

Dalam bulan lepas, aku ada tempah bantal yang specially customized untuk anak-anak aku. Masa mula-mula nak pilih design tu, pergh... Leceh jugak. Tapi kalau ikut step-step dia, senang aje sebenarnya. So dengan sabarnya aku tunggu sampai naik lupa dah yang aku ada tempah bantal ni. Sampailah aku dapat message dalam inbox FB aku suruh aku settle payment. Dah siap dah, dia dah nak pos. Baru aku teringat. Dan keterujaan kembali. Chewahh ayat skema.


Sampai aje, dah sah-sah mak dia yang terover. Cepat-cepat bukak kotak dan walla~ Sungguh cantik hasilnya. Yelah. Dah maknya tak pandai menjahit menyulam bagai. Haruslah tempah, ye tak? Kalau aku pandai buat semua, rugilah orang bisnes. Hahaha~


Yang ni si kakak punya. Nampak macam kelabu-kelabu sebab effect plastik yg balut tu.


Abang punya. Gambar kereta. Memang matching la dengan katil dia tu. Hehehe...


Katil abang yang aku maksudkan. Penat cari online. Sekali kedai Soon Huat Kota Tinggi ada rupanya. Haha. Nasib baik la abah diorang okay je dengan cadangan aku nak cari katil camni. Siap sponsor lagi. Selamat duit den. Wakkakaka.....


Bantal Najlaa. Yang ni sebenarnya saiz kecik. Padan la dengan tuan dia yang cinonet bam-bam tuh.

Yeah... Time untuk main!! Kotak hasil pos bantal, kita buat kereta, ye Najlaa ye? Huhuhuh.... Ni muka tengah cuak lagi ni.

Bila dah berani sikit, nampak?? Muka dah konfiden siap sengih tunggu mak dia amek gambar. Hamboi. Hover serupa mak dia. Kuikuikui....


Tak yah cerita la berapa punya hepi dah time ni. Siap gelak ha-ha-ha... Owh, bukan Haha Running Man ye. Sebab ai minat Jong Kook... *tetiba*


Najlaa mengobserve bantal beliau dengan penuh minat. Kaler dia cantik, sulam dia pun kemas.


Saja main timpa-timpa bantal. Eh, suka pulak dia.... Kihkihkih...