Thursday, December 6

Family Day Tiram Travel 2012

Baiklah. Random lagi. Panjang pulak tu entry ni. Sekadar nak habiskan gambar dalam folder. Lepas ni boleh delete. Hehehe. Eh, bukan delete blog aku. Delete gambar dalam folder la.

10 hingga 12 November hari tu adalah Family Day Tiram Travel, tempat kerja suami aku. So lepas je dia balik kerja, kitorang pun gerak ke Port Dickson. To a place called Permaisuri Resort. Oh ye. Aku dah tak kerja. Cuti sekolah bebehhh!! Haha. Lepas key-in alamat resort tu dalam GPS, kitorang pun jalan dengan santainya. Tapi hujan sangat la lebat sepanjang lebuhraya. Dan kitorang jumpa 2,3 accident jugak. Tapi minor je. Takde kecederaan apa pun. Yang cedera, kereta aje la kot.

Since kamera dah tak ada. Terpaksalah guna kamera henfon ajorr... Ok la, kan? Dari takde.

First day (10/11/12) :

Disebabkan jem dan sesat, kitorang sampai aje dah kul 10 malam. Terlepas dinner. Huhuhu... Gigil-gigil mak dinosaur angkat barang masuk bilik sebab laparrr. Padahal dah berenti makan kat RnR Seremban kot. Kah kah. Nama pun dinosaur. Lepas check-in dan dapat door gift (untuk bebudak je), tetiba je suami aku bagitau nak kuar ngeteh dengan staff dia. Apa lagi, konfem order nasi dan teh ais bungkus punya. Tapi biasa la lelaki kuar ngeteh. Kul 12.30am baru balik kau... Dinosaur dah hampir bertukar jadi resakse dalam cerita Otroman dah nihhh.... Lepas kenyang, terus tido tak sedar apa dah sampai ke pagi.

Second day (11/11/12) :

Pagi-pagi dah kejut semua orang sebab mak dinosaur lapar lagik. Huahaha. Kul 7 dah terpacak kat kafe. Pilihan untuk breakfast okay la. Yang paling sedap adalah omelette. Pergh.. Sedap sangat-sangat!! Tapi kesian anak-anak aku sebab takde cereals. So makan je la nasi lemak, mihun dan roti bakar. Satu lagi yang marveles kat sini adalah dessert table dia. Macam-macam woo... Kalau breakfast, ada buah-buahan je la. Tapi ada gak kek tak salah aku. Dah sebulan baru nak hapdet. Lupa sudaa...

Pastu event di pagi hari selepas breakfast adalah sukaneka. Since aku ada henbeg bernama Najlaa, tak dapek la nak join. Tengok dari tepi je. Tapi havoc giler bebudak Tiram bersukaneka. Ramai bebudak bujang kot.. Sebab tu giler-giler. Dan staff dari semua cawangan Tiram Travel join Family Day ni. Laki ai pun dah sama giler-giler dah plak aku nengok. Hai bang, lupa ke dah tua. Sound bini beliau di dalam hati. Wakakaka. Kang sound kuat-kuat takleh shopping plak kang.

Lepas habis apak bersukaneka dapat nombot satu, main pantai yokkkk!

Budak demam lom mandi. Tapi kemain excited dapat pijak pasir dan air laut.


Kakak yang berani dan abang yang penakut. Huhuhu...


Eh eh, kalau bab posing abang plak yang hover. Ikut sape la tu? Ehem ehem... Terasa ai tau. Haha.


Senyum la sangat. Pastu bila ombak sampai kena kaki dia terus lari tak cukup tanah. Amende laa ko bang.. Haha.


Kakak pose ala-ala iklan shampoo Ba Wang. Kuakuakua~~ Marah jeki chan.


Official T-shirt bagi Family Day tahun ini.

After lunch, ada mesyuarat agung tahunan untuk semua staff Tiram. So dalam 3 jam gak la aku dgn anak-anak bertapa dalam bilik. Tapi since dapat channel yang ok, takde la bosan sangat. Bilik aku adalah apartment satu bilik. Katil king size. Bahagian yang urus penginapan untuk Family Day ni tambah satu extra bed utk bebudak dua orang tu. So, instead of letak dalam bilik, kitorang bentang aje extra bed tu kat depan TV. Syok woo... Lepak baring-baring sambil tengok TV di ruang tamu. Gambar bilik takde. Tak ingat nak amek. Penat + lapar sesangat masa sapai. Pastu dah sepah mcm hape dah, langsung takde hati nak amek gambar boh dalam blog. Takut korang tengok tros koma. Haha.

Lepas habis meeting, abah ajak mandi pantai plak. Tadi pagi tak mandi, main air je. Hehe. Yang basah Eizzah je la. Zikri tunggu je tepi pantai. At least dah berani sikit dgn ombak. Camne la nak jadi hero Ombak Rindu ni. Eh, marah eron ejis. hehe.


Najlaa - super excited.


Suka betul dia pijak pasir lembik tu. Siap lompat-lompat lagi bila ombak sampai.


Nampak? Mandi dalam bentuk merangkak. Ko ada?


Sesi buat muka geram tengok air laut.


"Mama, dah la tu amek gambar, ma. Bawak la saya  masuk dalam laut tu ma."
"Budak demam takleh cakap banyak ye? Sila redho. Haha."


Ehh. Tuan blog mesti la nak gak gambar. Tapi muka Najlaa tak masuk ler plak. 


Ok. dah. Apsal tembam eh? Aku. Bukan Najlaa. Huhu. Yeah... Tembam is hepi, menn... Aku hepi ler ni.


Apartment kotorang di tingkat 3. So tak nampak pun sebenarnya dari arah sini. Hehe.


Kaki dan bekas tapak kaki. 


Stress woo, abah tak mau bagi cecah kaki kat laut.


Ada staff praktikal sorang datang kat kitorang, offer ak amek gambar. Merasa gak dapat amek gambar satu family. Hehe. Kakak plak stress ebab kena panggil naik amek gambar tengah dia syok mandi.


Lagi satu!! Najlaa plak tak tengok kamera. 

Malamnya, Grand Dinner. Biasa la. Mesti la ada sesi makan-makan. Kalau tak, konfem aku tak mau datang. Haha. Banyak la ko punya tak nak datang.

Dessert. Cream puff mini dengan chocolate tart. Sedap!


Jelly ke agar-agar ntah. Dua-dua sedap!!


Stage. Tak sedap. Eh. Tak grand. Tapi tak guna pun stage. So, takyah la hias grand-grand ye tak? Membazir aje.


Salad table. Kalau masuk dengan dressing dia yang belah kanan bawah tu, memang hingga menjilat jari la weh!! Tapi jari tangan je la. Jangan jilat jari kaki plak.. 


Makanan kat sini bagi aku sedap-sedap. Kena la dengan selera aku. Tu, setiap tray tu ada makanan yg berbeza-beza, ok? Bukan dia buat dua set ke apa. Banyak tak banyak makanan malam tu. Sedap plak tu.

Muka excited tunggu time makan. Sengaja pilih meja yang paling dekat dengan buffet table. Tengok laa siapa yang pilih meja. Haha. 

Kan? Sungguh dekat sekali. Memang disengajakan memilih meja yang dekat dengan buffet table itu. Hahahaha.....


Yang dinanti setiap tahun. Cabutan bertuah. Ini antara hadiah-hadiahnya. Blackberry, handphones, kamera..


DVD players, jam tangan. Yang tangan orang pegang kotak polkadot kuning putih tu hadiah cabutan bertuah yang aku, eh, suami aku dapat... Jam tangan untuk pasangan. So automatik la aku dapat sekali. Hehee...

Hamper tu hadiah staff paling disenangi something like that la kot. Malam tu diorang suruh semua staff mengundi. Paling tak sangka weh, suami aku dapat tu. Hahaha. Dalam dia semua produk-produk dari Amway. Suami aku amek 22-pcs Tools Set je. Yang lain dia bagi-bagi kat staff-staff dia. Sebab kitorang tak pakai.


Yang belah kanan tu radio, pastu set speaker. Yang belakang tu Panasonic LCD TV 32". Tak mau. Dah ada TV, watpe banyak-banyak, ye dakk?


Haa, actually mau yang ni. Sebab tak ada lagi. Aku tau semua dah ada Tab ke, iPad ni semua. Aku biasalah, ketinggalan. And lagi satu sebab sentiasa ada perkara lain yang nak pakai duit. Kesian kat aku, kann? Tapi, tak dapat jugak benda nie. Huhuhuhu....


Third day (12/11/12) :

Takde mende. Pepagi lepas breakfast, bebudak tu pergi mandi pool pulak. Remdam sampai kecut, balik bilik, dan terus kemas untuk balik. Singgah RnR Pagoh untuk lunch. Dah. Haha.


Okay. Selesai satu lagi hapdet. Ntah bila la aku nak hapdet lagi... Tunggu je la eh kalau rajin. Tak rajin tak yah tunggu. Wakkakaka~

3 comments:

CikguAreefNaim said...

salam,

wah, bab makan mmg no. 1 ek, hehehe...

klu gi pantai, budak2lah yg suka kemain... hehehe...

erm, ada kat PKG sg. sayong lg ek... leh la gi makan kat citarasa randuan... kenal kan kak ayu... dia blogger gak...

Yong Zahura said...

@Areef Ibn Naim

hahaha.. haruslah...

dan mesti ke citarasa rinduan. nak makan ikan keli. yummy...

hehe.

CikguAreefNaim said...

salam,

blog dia ruhayurazali.blogspot.com.

dh penah kan makan situ... sy selalu suka sambal goreng ngan mee bandung...

blhlah kenal2 ngan kak ayu tu... orgnya mesra... tp kdg klu dia dh siap masak, dia balik rmh...

fb dia : citarasa rinduan