Wednesday, April 28

EON BANK memang bengap....!!

Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Jadi, aku tidak memfitnah :

Bank yang paling bangang sekali di Malaysia adalah :

EON BANK!!

Officer bank paling bangang di dunia adalah :

MR TEOH (03-33488429) - juga dari EON BANK!!

Terima kasih la EON BANK sebab jadi taik dalam hidup aku dan menyusahkan hidup aku! Jangan harap lagi la aku akan berurusan dengan bank sebusuk kamu!

Sila up sikit sistem bank kamu yang bengap dan tak up-to-date itu.

Apasal segala benda yang berkait dengan EON dan PROTON memang sangat la serasi dengan perkataan lembab dan bengap, ek?

I loath you.. Demn yu EON BANK!!


Sunday, April 25

Tetek. Ya, tetek. Kenapa, tak boleh?

Tadi, meluangkan masa berjalan-jalan bersama keluarga. Maklumlah, hanya sekali seminggu, itu pun masa yang agak singkat kerana encik suamiku bekerja. Dan kerana concern atau ambil berat, encik suamiku sibuk mahu membelanja aku facial treatment. Khas untuk resdung. Sebab dia perhatikan kebelakangan ini aku asyik sok-sek, sok-sek sahaja. Haip, haip, itu bukan sound effect untuk aktiviti menganyam ketupat @ mengumpat, okay? Itu bunyi selesema.

Disebabkan aku ini bukannya rajin lagi dah nak buat facial apa ke benda alah tu semua, so aku meng-ignore sahajalah offer encik suamiku itu. Jauh di sudut hati, baik duit buat facial tu, aku beli bubble tea, dapat gak 9 cawan. Pergh, statementku ini, kalau encik Pejal baca, mesti membara tahap Gaban punya...

Oh ya, Gaban adalah hero pujaan remaja di awal tahun 90-an. Setanding dengan Shin Chan bagi zaman kamu...

Aku nak cerita apa ya sebenarnya?

Shin Chan?? Bukan...

Gaban?? Pun bukan...

Bubble tea?? Chocolate Mint Ice Blend, Blueberry Milk Shake, Mocha Ice Blend extra Pearl... Bukan...

Oh ya.... Tetek...

Oopss, oopss... Ini bukan bacaan 18SX. Dan aku rasa perkataan tetek bukan lagi satu perkara taboo dan lucah. Kalau disebabkan perkataan tetek, korang nak banned aku, silakan. Tapi sila ambil tindakan berani yang sama untuk membanned majalah Mangga yang haram tak berfaedah tetapi menjadi kegilaan ramai itu.

Situ lagi banyak tetek, korang tak bising pun... Siap ada gambar lagi. Aku tulis sahaja. Tetek. Eh, tertulis lagi.

Aku tidak tahu kenapa, sungguh ramai perempuan, eh, wanita, eh, betina di luar sana sungguh suka mempamerkan sebahagian tetek mereka di khalayak umum. Sebab pada pendapat aku, orang yang tidak malu ini sebenarnya gila. Kalau begitu, kita panggil sahajalah pekerja Hospital Permai di Tampoi sana. Tangkap, kasi masuk wad. Jangan dibiarkan berleluasa.

Nah, ramai betul pesakit dedah tetek kat Plaza Kota, lebih-lebih lagi hari Ahad.

Kadang-kadang aku terasa kesian kepada bakal anak kamu. Nak minum susu nanti, mesti tak berkhasiat susu kamu itu, kerana telah terdedah dengan pencemaran udara. Elok-elok patut tetek itu tertutup, kamu sembul-sembulkan...

Suami aku kata, tengok sahajalah. Rezeki. Dah dia nak tunjuk, kalau tak ada orang nak tengok, sedih pula. Nampak sangat tidak dipedulikan biarpun dengan bangganya dipertontonkan. Ye la, dah muka buruk, kononnya kalau dedah tetek adalah juga orang nak tengok. Jadi, kalau tak ada orang yang tengok nanti, tercabar pula egonya. Mestinya dalam hati betina itu penuh teka-teki,

"Muka dah la buruk, dedah tetek pun tak ada orang tengok? Memang aku nie serba serbi la buruk... Woo woo~ krupkrup~" (sound effect bunyi nangis.. Eh, termasuk sekali dengan sound effect bunyi orang makan Mister Potato di belakang sana)

Memang, dengan akhlak kamu sekali la buruk...

Tapi, kadang-kadang tahu pula malu bila orang stare. Siap boleh ada dialog lagi

"Eii, gatalnya mamat nie. Renung-renung aku pulak" (Kesian mamat tu, tak pasal-pasal kena. Padahal aku rasa dia tengah tengok iklan kerja kosong sebagai cleaner yang tertampal di pintu Plaza itu.)

Dah tak nak bagi orang stare, jangan tunjuk, bodoh!

Sesungguhnya, aku ingin maklumkan di sini bahawa :

Tak ada sesiapa yang akan pandang kamu dengan tetek tersembul begitu dan pada fikiran orang itu akan berkata "Lawa gila minah nie"

Yang aku pasti, fikiran mereka akan berkata "Gila ke minah nie?"

Aku yakin.

Kamu??

p/s : Jangan la pose maut nampak tetek kamu dalam Facebook... Keji siaa...


p/s/s : Contoh terbaik.. Sukalah tu... Sukalah tu... Ha, jangan kelip mata. Baru boleh tengok lama-lama...

p/p/s : Nampak simbol di sebelah kanan atas gambar itu?? RTM dowh, siaran langsung lagi. Stesyen TV kerajaan tu, bukan swasta.

p/s/p : Dulu Search dan Wings, sibuk suruh kerat rambut panjang. Kalau tak, tak boleh masuk TV. Habis tu, tunjuk tetek, boleh pula? Sungguh pilih kasih...

Credit to : http://www.ohbulan.com

Thursday, April 22

Tolonglah... Aku rayu pada kamu.... (kali ini, tajuk ada kena mengena dengan entry. Aku janji)

Tolonglah... aku merayu kepada kamu semua...

Tolong bantu aku dalam menghuraikan persoalan yang sedang bermain di mindaku ini...

Puas aku berfikir...

Puas aku merenung...

Puas aku muhasabah diri...

Kenapa aku yang perlu menanggung masalah ini?

Tidak cukupkah segala yang telah aku lakukan untuk mereka?

Tidak puas-puas lagikah dengan apa yang mereka minta dari aku?

Tidakkah timbul sekelumit pun rasa kasihan di hati mereka terhadap aku?

Aku tertekan...

Aku rasa seperti mahu menari seperti Game PS - Dance Dance Revolution...

Aku perlukan seseorang untuk membantu aku menghadapi saat-saat seperti ini...

Hari ini, aku ingin kamu ungkaikan kepada aku...

Kenapa?

.
.
.


Kenapa??

.
.
.


Kenapa???

.
.
.



Kenapa aku pun kena tengok kartun Hagemaru bersama mereka pulak ni??

Apa salah aku??

Waaa!!!! Aku nak tengok Star Movies!!!!!!



Monday, April 19

Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas di tengahari... Eh, macam tak betul je? Betul la, untuk aku...

Maka Isnin pun bermula. Hairannya, bila sampai je pagi Isnin, takde pulak Monday Morning Blues aku tu... Apa peningnya otak aku nih? Monday Morning Bluesnya jatuh pada hari Sabtu?? Hehe... Jangan tanya aku, tanya otak aku. Eh, otak aku dan aku tak samakah? Eheh..

Hari ini, aku rasa dalam sejarah sekolah aku, perhimpunan pagi ini adalah di antara yang paling tenang. Aku rasa mungkin sebab faktor cuaca yang redup. Atau sebab guru bertugasnya berucap dalam Bahasa Inggeris. Bukan pelajar-pelajar aku tidak faham. Tetapi konsentrasi yang perlu diberi lebih tinggi kerana Bahasa Inggeris itu perlu dihayati untuk difahami. Tapi aku lihat, pelajar-pelajar di kelas tertentu, sama sahaja responnya. Mungkin kerana tiada satu pun bahasa lain selain bahasa yang dia cakap hari-hari itu sahaja yang dia faham.....

Sepatutnya orang yang tidak faham Bahasa Malaysia, boleh dihalau dari Malaysia.... Tiada semangat langsung dalam menghayati Perlembagaan Negara. Warga Bangladesh datang tak sampai setahun sudah boleh berbahasa Malaysia walaupun dengan slanga sedikit pelik. Ini mengaku lahir di Malaysia, bertahun-tahun bersekolah di Malaysia, tetapi Bahasa Malaysia pun tidak faham.

Apa kes??
*guna nada comel dan pelat Nasha Aziz dalam cerita Cinta Luar Biasa. Ke Bukan Cinta Biasa? Ke Cinta Biasa-Biasa? Ke Cinta itu Biasa? Alamak, aku sudah lupa. Sila Google.*

Dan perhimpunan hari ini juga diserikan dengan penyampaian hadiah dalam bidang sukan. Sekolah aku memang sangat terkenal di daerah Kota Tinggi dalam sukan. Mana ada sekolah lain di daerah Kota Tinggi ini yang setanding dengan sekolah aku dalam bidang sukan. Bukan riak, tapi berlagak. Lihat sahajalah kutipan pingat emas ketika Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. 29 emas, beb!! Meleleh air liur sahajalah sekolah lain...

Bayangkan keadaan Road Runner yang cuba dikejar oleh Wile E. Coyote dalam siri kartun The Roadrunner Show. Ya, Roadrunner (beep, beep!!) itu melambangkan sekolahku, sekolah lain adalah Coyote yang sentiasa makan asap itu...

Nampak Coyote mengejar?? Naik roket pun tak dapat juga mengejar. Sedangkan Road Runner berlari dengan beraki ayam, eh, berkaki Road Runner sahaja. Siap jelir lidah lagi..... Sungguh sinis ayatku ini....

Tadi diumumkan kejayaan dalam

Bola Tampar : Lelaki - Johan Daerah, Perempuan - Naib Johan Daerah.

Bola Keranjang : Lelaki - Johan Daerah

Ping Pong : Tak ingat, banyak sangat..

Sepak Takraw : Johan Daerah (aku rasa. Tak dengar sebab tengah berbual..)

Yang paling membanggakan, kejayaan beberapa pelajar dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Dan dua dari mereka terpilih untuk mewakili Negeri Johor ke MSSM.

Malini dan Boyak @ Haikal Hafizi, cikgu doakan kamu berjaya ke SUKMA.

Kelas aku hari ini juga menyeronokkan. Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Selepas Tuhan bagi dugaan pada aku, Tuhan bagi juga kegembiraan dan kasih sayang dari semua orang yang ada di sekeliling aku.

Benarlah kata pepatah,

"Tuhan datangkan hujan dalam hidup kamu bukan untuk menyusahkan. Sebab selepas berhentinya hujan, Tuhan akan berikan kamu sinar matahari dan juga pelangi yang indah."

Be grateful for what you have in life.

Saturday, April 17

Entry ini sangat 'hot' sehinggakan tajuknya pun terbakar sekali...

Aku tengah excited ni.

Oh, ada aku bagitahu kamu, sekarang ini aku ada hobi baru?

Ada?

Tak ada?

Yelah, kamu bukannya penting sangat dalam hidup aku (sambil buat gaya macam emotikon comel yang terdiri dari titik bertindih dan capital P)

Hobi baru aku adalah membeli-belah di dalam talian. Skema siaa ayat aku. Atau cakap Togo "online shopping".

Sudah hampir 10 barangan yang aku beli secara online. Dan setakat ini aku berpuas hati. Lagipun sangat mudah. Aku hanya perlu mencari apa yang aku nak, bayar dan tunggu sahaja barang-barang itu sampai ke tangan aku.

Tak payah berpeluh-peluh ketiak (ketiak kamu, bukan ketiak aku) mencari barang dari satu kedai ke satu kedai.

Tak payah sakit hati beratur mengambil duit di ATM. Lebih-lebih lagi jika kamu beratur di belakang SEORANG mamat Bangla tetapi kad ATMnya sama banyak dengan bilangan kepingan roti dalam bungkusan roti Gardenia saiz kecil.

Bilangan kata-kata kesat dalam hati pun sudah tentu tidak terkira banyaknya.

Jadi, shopping secara online akan mengurangkan dosa kamu kepada mamat Bangla itu. Tapi senario yang sama juga akan terjadi apabila line internet kamu sekejap-sekejap bagus, sekejap-sekejap bengong... Haish, asyik buat dosa aje kerjanya...

Tapi, hari ini aku sangat sedih... Aku telah membeli sehelai top (bahasa pasarnya blouse) dari salah sebuah online store. Dan sepatutnya aku mendapat top itu hari ini. Dari pagi aku menunggu kehadiran van Pos Laju. Excited seyh, lebih excited dari hari pertama kena period. (Itu bukan excited, itu sakett....)

Kemudian aku mendapat panggilan mengatakan medal yang aku tempah untuk budak-budak tenis aku dah siap. So, terpaksalah aku mengambilnya secepat mungkin sebelum kedai itu ditutup. Nanti tak boleh pula aku membuat sesi penyampaian hadiah pada perhimpunan Isnin. Aku pergi dengan kadar yang sangat sekejap. Bukan jauh sangat rumah aku dengan Arked MARA tu.

Sesampainya aku di rumah, betawa kecewanya aku kerana di pintu rumah aku terselit 'Sorry Note' dari Pos Laju.

Aku keluar rumah aku jam 1.38 petang.

Dia sampai rumah aku jam 1.42 petang.

Aku sampai rumah aku balik jam 1.45 petang.

Haish...

Friday, April 16

Setelah undian dibuat secara SMS atau bertulis, yang pastinya, Mawi tak menang dah!! Yeay!!

Hari-hari aku dikelilingi oleh pelajar. Kadang-kadang sabtu dan ahad juga aku dikelilingi oleh pelajar. Maklumlah, guru yang baik seperti aku, (ehem, ehem...) pstinya sentiasa diingini oleh pelajar-pelajar... Diam dowh, kau tak puas hati, diam-diam sudah...

So, boleh dikatakan tutur bicara mereka sekarang benar-benar mencabar toleransi telinga aku serta perasaan aku. Aku dibesarkan dengan ideologi bahawa bahasa kesat adalah dosa... Tengok weh, aku seorang yang baik dan anggun, okay?? Sila setuju. Jika tidak, amat wajar untuk penumbuk aku singgah di perut kamu. Walaupun kamu hanya akan merasa geli sahaja dengan tumbukan aku itu.

Jadi, bila aku dengar budak-budak zaman sekarang berbual sesama sendiri, aku pun tidak tahu bagaimanakah mereka boleh merasa bangga dengan adab sopan masing-masing. Telinga aku terasa seperti ingin menyumbat dirinya sendiri. Sesiapa yang mendengar pun merasa meluat, seperti ingin membuat kuih lepat dan memakai seluar singkat. (Ada kena mengenakah?)

Jadi hari ini, aku ingin kupas 3 perkataan kegemaran anak-anak murid aku di sekolah. Tidak mengikut ranking. Kedudukan adalah rawak.

Pertama, BODOH.

Sana sini aku dengar mesti ada perkataan bodoh.

"Cikgu suruh pergi makmal la, bodoh.."

"Wei bodoh, aku nak pakai la pensel tu.."

Macamlah yang berkata itu pandai sangat. Dia sendiri pun gagal dalam exam ****nya, sedangkan kawan yang dipanggil bodoh itu lulus juga, walaupun cukup-cukup makan...

Kedua, B**I.

Dalam banyak-banyak haiwan di dunia ini, najis mughallazah ini juga yang kamu mahu sebut. Kenapa, sudah tidak ada vocabulary lainkah? Sebab itulah apabila guru-guru meminta untuk membawa kamus, jangan MALAS! Nanti terkena virus Monday Morning Blues.

Dua huruf dan dua asterisk di bawah adalah merujuk kepada haiwan mughallazah itu. Aku tidak mahu menyebutnya secara terang-terangan. Aku takut tiba-tiba Ustaz Khir kata yang blogku ini kena disamak. Kan susah aku dibuatnya.

"Kan aku dah kata kena buat latihan tu, b**i.."

"B**i betullah, ko ambik aku punya liquid paper tu nape?"

"B**i betullah b**i ni. Sebab kaulah aku kena selesema b**i.."

Ayat terakhir direka oleh aku.

Cuba kamu berusaha keras sedikit menambahkan pengetahuan dalam nama-nama haiwan. Apa salahnya kalau kamu gantikan dengan haiwan universal seperti itik, kambing biri-biri atau rakun. Kalau kamu mahu kelihatan hebat sedikit, gunakan platipus.

"Hoi platipus, pulang balik buku teks aku.."

Bukankah kamu kedengaran lebih macho dan cool?

Ketiga, GILA.

Aku hairan juga melihat perkataan ini diguna dengan selambanya. Semua kawan-kawannya dipanggil gila. Habis tu, adakah orang gila akan berkawan dengan orang yang tidak gila? Semestinya si pengguna perkataan ini juga berada di tahap yang sama dengan kawan-kawannya juga. Senang cerita, semua sama-sama gila.

"Wei gila, ko pijak kasut aku!!"

Itu pun nak bising. Dahlah pakai stokin pendek berwarna pink dan nampak buku lali. Dia seorang sahaja perasan dia cantik berpakaian begitu. Padahal hodoh gila (kan, dengan aku sekali TERguna perkataan tu), dan kelihatan seperti orang yang kurang pelajaran. Memang pun, sebab aku rasa dia memang duduk di kelas kedua terakhir. Kesian dia...

"Jomlah woi!! Diorang tengah gaduh tu, gila!!"

Ayat penyibuk budak yang tak terlibat tapi sengaja nak jadi batu api bila ada orang bergaduh.

"Kesian, pakcik ni gila ye? Pakcik dah makan?"

Ayat terakhir seseorang sebelum dikejar dengan orang kurang waras (yang betul punya) tidak berbaju, berperut buncit dan berseluar steng di hadapan pejabat pos di sebuah daerah di negeri Johor.

No, seseorang itu bukan aku.

Bukan aku la, gila!!

Fitnah dowh...

Tuesday, April 13

Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? (ulang sampai kamu bosan)

Pernah dengar "Monday Morning Blues'?

Tidak pernah??

Sama ada kamu kamu memang tidak memulakan minggu bekerja kamu dengan hari Isnin (khas untuk mereka yang menetap di Kedah, Kelantan dan Terengganu)..

Atau..

Kamu memang tidak memiliki pengetahuan kerana kurang membaca. Kamu tak tahukah membaca itu meningkatkan pengetahuan?? Jika tidak, masakan Pendekar Mustar Pinang Sebatang mengarahkan Pendekar Bujang Lapuk pergi ke sekolah? Lihat, mahu belajar silat juga perlu sekolah, inikan pula kalau mahu menjadi angkasawan...

Pergilah ke sekolah... Walaupun pelajar di sekolah itu mengeja "Alif... Ya... Mim...., Buaya!.."
Atau belajar tidak tutup mulut, sehingga gurunya menyound (sila Google perkataan ini) pelajar itu untuk menutup mulutnya kerana dikhuatiri dimasuki lalat.

Itulah belajar namanya...

Jika kamu bangun pagi pada hari Isnin, biasanya kamu akan merasa sedikit malas, lemah-lemah badan, dan tidak bermaya. Tetapi jika kamu itu memang zahiriah, lahiriah dan harfiahnya PEMALAS, kamu bangunlah hari apa sekalipun, sama sahaja perasaannya..

Secara saintifiknya, jam semulajadi dalam badan kamu (biological clock) beroperasi lebih daripada 24 jam sehari. Jadi, setiap kali munculnya Isnin, secara sedar, tidak sedar, kurang sedar, tak sedar-sedar dan semua yang sama waktu dengannya, tubuh kita telah mengalami kondisi kurang tidur (sleep deficit) sekurang-kurangnya satu jam. Seronoknya dapat bangun lewat pada hujung minggu, dan bila minda kamu sedar yang kamu bakal menghadapi satu lagi minggu untuk bekerja atau bersekolah atau berkuliah... Dah sah-sah tubuh kamu akan memberi tindakbalas lemah longlai, lemah gemalai...

"Fiiuuuu..... Lepukk....!!"
(Sound effect bunyi handphone ber'alarm' yang telah di'snooze' berkali-kali dibaling oleh adik kamu ke kepala kamu. Tepat pula sasaran beliau walaupun mata beliau sedang pejam..)

Sudah-sudahlah tu, pergilah bangun.... Apabila kamu semakin bermalas-malasan di katil, di dalam keadaan sejuk berhawa dingin, serta di bawah comforter tebal dan enak, kamu akan semakin membenci pagi Isnin. Tak baik, kau. Encik Muhammad Pagi Isnin itu tidak bersalah langsung kepada kamu. Disyorkan juga kamu mandi dengan air sejuk, kerana itu dapat menghilangkan rasa mengantuk kamu itu dengan lebih pantas. Kalau kena air sejuk pun masih tidak mahu bangun-bangun juga, apa kata aku simbah kamu dengan air milo panas yang aku bancuh kaw-kaw khas untuk kamu. Mahu?? Beritahu aku. Segera. Aku mahu pergi beli Milo.

Secepat mungkin, keluarlah dan lihatlah keadaan di luar rumah kamu. Tunjukkan pada tubuh kamu bahawa memang sudah pagi, matahari sudah bersinar. Barulah 'internal clock' kamu akan me'reset' semula 'alarm'nya... Tapi, pastikan kamu sudah siap mandi dan memakai baju yang sesuai (baca : bukan HANYA tuala) sebelum keluar. Jika kamu keluar dengan muka tak mandi dan penuh bakteria di dalam mulut, aku pasti kamu akan dikejar oleh anjing-anjing liar yang menyampah dengan aroma harum-harum kelat kamu itu. Ketika itu juga, kamu akan menyesal kerana memakai telefon bimbit yang ringan dan nipis. Semasa kamu berpeluh-peluh dikejar anjing, pastinya kamu benar-benar mengharapkan telefon bimbit di dalam saku kamu adalah telefon awam. Barulah anjing itu rasa indahnya makan tanpa gigi geraham.

Tapi, aku pula tidak sanggup membayangkan kamu berbaju tidur, tidak mandi, berpeluh-peluh dan berlari dikejar anjing dengan keadaan membawa telefon awam di dalam saku pada pagi hari Isnin.

Saturday, April 10

Ekskius mi, ken yu go ober there perst? i wan to tell samting sikret ni! Yu kennot lisen!

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa....

*Bunyi handphone. Ringtone adalah lagu Cari Jodoh dari Kumpulan Wali*

"Hello?
......
"Ah, ahah...."
......
"Ok, ok..."
......
"Habis tu??"
......
"Bolehlah...."
......
"Takde masalah..."
......
"Ok, bye!"

Kita sambung lain kali, ok? Aku ada hal sket....

Saturday, April 3

Kalau Kau Rasa Kau Lebih Bagus Dari Aku, Datang Jumpa Aku. Aku Akan Buat Kau Sedar Diri.

Mesti korang macam agak konfius dengan aku, kan? Sebab blog aku dah tak macam dulu. Aku boleh je nak blog aku hepi je macam dahulu kala (Cheh, macam la purba sangat aku nih).

Tapi kena faham jugak, hidup kita tidak selalu indah. Bukan hari-hari kamu boleh nampak rama-rama terbang sambil senyum simpul dan kenyit mata pada bunga-bunga yang menghiasi taman. Kamu jangan terpedaya. Senyum dan kenyit tu taktik saja. Lepas itu madu dihirup.

Sama macam lelaki-lelaki di dunia. Ya, aku tahu. Tidak semua. Tak payahlah nak melenting. Kalau kamu tak makan Chachos cicah Thousand Island, kamu takkan terasa sedapnya. Wah. Bolehkah ayat aku itu menggantikan "siapa makan cili, dia terasa pedasnya"?

Taman itu pulak belum tentu selalu cantik dan indah. Bagi masa seminggu je, kalau Majlis Perbandaran / Bandaraya / Daerah tak angkat sampah, kamu sudah dapat bayangkan apa yang akan terjadi, bukan?

Rakyat Malaysia memang pengotor. Titik.

Sumpah aku tak tipu.

Eh, sudah lari topik pula. Benarkah topik aku sudah pandai berlari? Aku rasa macam baru sahaja aku melahirkan topikku tadi. Cepat betul topikku membesar. Lari baik-baik ya, topik? Jangan jatuh, nanti luka.

Topik bukan nama manja seseorang yang bernama Taufik.

Entry aku yang paling akhir itu merupakan cara aku menyampaikan rasa tidak puas hati aku yang tidak lagi hanya sebesar atom, tetapi sebesar kesan bom atom. Ya, tindakbalas berantai yang berlaku sudah pasti akan menunjukkan akibatnya. Sudah 3 tahun aku rasa geram tidak terhingga. Tahun ini aku luahkan sahaja. Apa aku peduli?

Aku tahu, aku manusia kental, hebat, laser, bitchy, ganas, melampau, kejam, kurang asam.
Di dalam blog.

Di kehidupan sebenar, aku rasa aku tidak mahu menunjukkan aku tidak puas hati dengan kejam. Walaupun aku mampu. Tidak percaya? Try me. Kamu akan menyesal dilahirkan di dunia ini dan mengenali aku.

Oh ya, topik aku yang baru menamatkan larian 4x400 meter lari setempatnya itu adalah marah. Ya, marah. Aku manusia (bagi yang tak perasan aku ini manusia la). Aku bukan vampire yang cool seperti Bella Swan. Jadi, aku ada rasa marah. Eh, vampire pun ada rasa marah, okay? So, mana ada makhluk di dunia yang tiada rasa marah? Tipu kalau ada.

Tak semua orang faham macam mana aku marah. Ramai yang cakap aku susah marah. Tidak. Aku sangat mudah naik marah. Cuma, aku susah menunjukkan aku marah. Itulah masalah aku.

Tubuh aku tidak pernah menunjukkan respon yang betul ketika aku marah. Marah yang menggila dalam diri aku akan membuatkan aku menangis. Ya, menangis. Aku betul-betul benci pada diri aku ketika aku marah. Sedangkan dalam diri aku, ada keinginan untuk aku menampar pihak yang buat aku marah itu.

Aku dah siap pasang niat lagi.
"Sahaja aku terajang pihak di depan aku 10 kali tunai kerana aku marah"

Tapi tak. Aku akan gigil, suara aku tersekat-sekat, dan air mata aku akan jatuh. Aku benci situasi itu. Aku benci dianggap cengeng. Atau bahasa pasarnya kuat nangis. Eleh, yang cakap orang cengeng tu, kau bagus sangat ke? Sekurang-kurangnya aku tak jerkah-jerkah orang, okay??

Tapi, tak semua juga yang tak faham. Ada yang faham. Ada juga yang cakap, menangis tu tak bermaksud lemah. Ada orang menangis sebab sedih. Ada yang menangis sebab tengah tumbuk bawang. Ada yang menangis sebab Shah Rukh Khan menangis. Akukah itu? Ada orang menangis sebab marah. Aku lagi. Ada yang menangis sebab anak dia yang konon pelajar cemerlang baru umur 15 tahun dah gedik gila nak kahwin dengan jantan yang tak faham bahasa kalau mak tak bagi mesti ada sebab. Aku memang kasihankan orang itu. Sabar makcik, Allah akan balas kesabaran makcik. Biarlah anak makcik itu belajar dari kesusahan. Bila dia dah susah nanti, dia terhegeh-hegeh cari makcik balik, makcik sepak je dia. Kalau makcik tak sanggup, biar saya tolong sepakkan.

Eh, topik aku masuk acara berlari lagi.

Ada anak murid aku datang ambik keputusan SPM, merah-merah mata. Menangis. Masa aku tengok keputusan dia, ok je. Tak ada subjek yang tak kredit pun. Maknanya, gembira pun orang menangis juga.

Ada jugak anak murid yang datang ambil result bergelak ketawa. Lepas dapat result, ketawa lagi besar. Padahal, aku yang edar result untuk kelas dia. Aku tahu seluruh kelas itu berjaya menjadi juara 'All German'. ('All G', kalau kamu faham apa maksud aku.) Maknanya, ketawa tak semestinya berjaya dan gembira.

Dan di sini aku nak bagi pengumuman, kalau ada syarikat kad-kad promosi pelancongan nak bagi kamu kad diskaun, tak payahlah terima. Semuanya tipu sahaja. Lebih-lebih lagi kalau syarikat itu mempromosikan Celebrity Card, dan pegawainya bernama Cynthia. Memang penipu besar.

Jadi, kalau aku marah, aku akan balik rumah, bukan air-cond, tarik selimut dan tidur.

Walaupun anak-anak aku memekak bagai nak rak di tepi salur koklea aku, aku rasa itu lebih baik dan lebih seronok untuk aku.

Lagi bagus dari layan kamu, orang yang membuat aku marah.