Wednesday, October 28

Cintaku bukan di atas kertas, Cintaku dalam blog, weh!! Pergh, dahsyat siot...

Aku sangat sayang lelaki ini
(sila rujuk gambar di bawah)





Dan aku amat suka lagu ini...
(sila rujuk lirik di bawah)



Seumur Hidup

Bermula dengan senyuman
Menjadi daya tarikan
Lalu hati memaksa mendekati dirinya
Sedikit demi sedikit aku semakin tertarik
Hinggalah tanpa sedar
Aku dalam kawalannya

Diri ini dah tak bisa lari
Diberkas untuk dihadapkan ke mahkamah cinta

Yang Arif izinkanku membuat pengakuan
Bersalah ke atas semua tuduhan yang disabitkan
Tak guna peguambela
Kerana cukup nyata ku jatuh cinta dengan niat
Maka hukumlah ku
Bersamanya seumur hidup...

Aku rela dipenjara di dalam sangkar hatinya
Biar seribu tahun pun rasanya tak cukup
Setelah lama mencari pasangan di sanubari
Kini sudah terjumpa, dan dialah orangnya

Jadi, aku tujukan lagu itu kepada lelaki tersebut...
Dengan ucapan "Jangan notti-notti ye sayang? Hehe..."
I know what u did last summer. Haha!!


"You took my heart away..."

Thursday, October 22

Selamat Ulang Tahun.. Nyanyi macam Imran Ajmain, siap dgn sengaunya sekali..

Maaflah, ini entry terlambat sehari.

Buat adik lelaki aku yang sebenarnya aku sayang, tapi dia tak tau aku sayang dia sebab aku tak pernah cakap yang aku sayang dia pun....

Muhammad Za'im Harris Abidin bin Zainal Abidin

Kak Yong nak ucapkan

Selamat Hari Lahir yang ke-22

Pada

21 Oktober 2009

Semoga sentiasa mendapat redha Ilahi.

Dan please, please, please....

Jangan nakal.
Jangan buat ummi, ayah dan aku risau lagi.
Janganlah keluar rumah malam-malam buta lagi.
Jangan tidak berada di rumah sedangkan jam sudah 5 pagi.
Jangan ponteng solat.
Jangan bercinta dengan perempuan ntah hapa-hapa. Walaupun perempuan itu lawa giler.
Janganlah hampakan harapan kitorang.

Dan di sini aku nak promotekan business photography adik aku ni. Sila layari www.saycheese2u.com untuk maklumat lanjut. Macam-macam event adik aku dan kawan-kawannya boleh cover. Wedding, friend and family potraits, baby journalism, concert and gig, birthday party, graduation outdoor, blablabla... You name it, you get it!!

Ya, sila bayar sebab aku dah jadi agensi pengiklanan online. Bayar, cepat!! Kalau tak nak bayar, belanja aku Baskin Robbins pun boleh. Tak pun Haagen-Dasz. Setuju??

Sila setuju. Aku paksa.

Tuesday, October 20

Berkayak ke berbasikal?? Aku pilih tidur. Tak salah,kan?

Kenapa?? Kenapa?? Kenapa aku masih belum pulang dari sekolah?? Entahlah, mungkin kerana banyak sangat perkara yang perlu dibuat agaknya.

Di kesempatan yang macam agak-agak kurang sempat tapi aku sempat-sempatkan juga ini, aku ingin mengucapkan sa puluh ratus ribu juta billion terima kasih kepada sahabatku tersayang, Puan Ida Yuni Sukadi kerana dengan penuh khusyuk dan tawadhuknya telah mengaku menjadi silent reader aku. Hehehe. Terima kasih juga di atas layanan super duper power rangers di rumahmu itu. Nasi berianimu tetap kukenang. Sebab ada gulai kambing. Lada yang pedas itu juga sudah selamat kusambal tempoyakkan. Tengah menunggu untuk menggulai cili apikan sahaja lagi.

Aku sedang mengkasihankan (huhu, perkataan aku sendiri. Tidak termaktub dalam sebarang kamus di dunia ini. Dalam kamus bahasa Urdu, mungkin. Mungkin tak ada, bukan mungkin ada.) kawan-kawan aku yang menjadi guru tingkatan. Banyak betul tugas mereka di akhir tahun ini. Terutamanya dalam melibatkan pengiraan markah ko-kurikulum. Tidak mengapalah, itu semua adalah cabaran dalam profesion perguruan. Siapa cakap tugas kita senang? Kan? Lagipun, prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Negara haruslah didukung sepanjang masa. Kalau korang tidak mahu dukung, junjung pun tidak mengapa. Jangan korang kelek atau lambung, sudah. Nanti bertabur di jalanraya, susah pula mahu mengutipnya. Eh, apa nie. Termerepek pula.

Aku? Aku hanyalah seorang Setiausaha Peperiksaan SPM. Di samping menjadi guru penasihat PBSM dan Kelab Tenis. Aku bukan guru tingkatan. Jadual waktu aku tak banyak, cuma 22 waktu sahaja. Banyak sebenarnya, tapi aku bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Jadual waktu mereka umpama mimpi dalam mimpi. Ataupun secara saintifiknya, mimpi kuasa dua. Kalau korang nak kuasa empatkan pun boleh juga. Nampak dramatik sikit.

Get what I mean?

Aku sudah mula terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipi aku. Rupa-rupanya baru aku perasan, aku tumpang duduk di meja Siti Hawa rupanya. Patutlah ada angin. Kalau di meja aku, jangan kata angin sepoi-sepoi bahasa, sepoi-sepoi matematik tambahan pun belum tentu ada. Itulah maknanya, aircond di bilik guru aku sudah rosak. Aku panas berada di mejaku sendiri. Sebab itu aku merantau ke meja orang lain. Ahaha. Merantau. Macam jauh sangat perjalanan aku. Sedangkan selang satu meja sahaja. Aku panas, memang dalam erti kata panas yang sebenar. Bukannya sebab aku ini sedang dibakar dalam oven untuk menjadi filling bagi pizza Hawaiian Chicken. Atau panas sebab aku tengah minum kopi panas dengan ubi rebus cicah sambal ikan bilis yang pedas.

Jadi, aku mahu ke kantin. Aku nak order teh ais kurang manis 8 gelas.

Wednesday, October 14

Bangun pagi, renung siling. Eh, apa tu? Oh, cicak rupanya...

Pergh, lama giler seyh aku tidak menghapdet. Sampai aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku mahu tulis. Kerana banyak sangat perkara yang berlaku pada diri aku sepanjang aku tidak memblog ini.

Yang pasti, aku belajar erti kehidupan. Di mana mulut orang boleh membawa kekecewaan dan juga tekanan perasaan. Serius, aku tak faham kenapa. Kalau aku tau siapa orangnya, konfem aku akan berdepan dengannya dan bertanya dengan muka ala-ala kucing Parsi nak masuk pertandingan kucing paling comel. Atau dalam erti kata lain, muka yang dibuat-buat manis, tetapi dengan kata-kata bernada sinis.

"Apa masalah anda, suka sangat bermulut longkang? Atau anda memang dilahirkan dalam longkang? Ataupun anda memang suka melongkangkan mulut anda?"

Tidak apa, aku pendamkan sahaja kata-kata itu. Sebab si bermulut longkang memang biasanya tidak berani berkata di hadapan. Dan konsep hidup aku adalah, jangan pandang belakang. Aku hanya akan hormat pada mereka yang berani bersuara secara berhadapan. Yang hanya berani di belakang, you are a COWard. Ya, anda betul. Aku telah mengkombinasikan perkataan 'cow' dan 'coward' di situ. Bukannya perkataan 'cow' dengan 'ward'. Ada kena mengena ke seekor 'cow' masuk 'ward'? Lebih tidak logik lagi jika 'cow' itu masuk 'ward' kerana demam selesema babi. Hehehe... Dah sah-sah genus dan spesiesnya tidak sama.

Kombinasi itu aku lakukan kerana pada aku, kamu yang hanya berani mengutuk di belakang adalah seekor cow yang coward. Tidak puas hati dipanggil cow? Datang jumpa aku. Aku tunggu. Lebih baik jika kamu panggil sekali semua media massa yang ada, sama ada bercetak atau elektronik. Tapi maklumkan dahulu pada aku, supaya aku boleh bersolek cantik-cantik. Yalah, bukan senang mahu menjadi tumpuan media massa, kan?

Dan dengan bangganya aku umumkan aku sudah terkeluar tajuk.

Apa yang aku boleh simpulkan, syak wasangka dan prasangka hanya timbul pada orang yang hidup dan dirinya memang penuh dengan sifat itu. Aku tidak mahu membangga diri, tetapi memang aku tidak pernah meletakkan prasangka pada orang lain. Aku sentiasa beranggapan semua orang ada hak untuk meneruskan hidupnya dengan cara yang dia inginkan. Siapalah aku untuk menghakimi orang lain. Jadi, bila ada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan aku, tidak ada sesen pun duit dia yang aku guna, dan aku tak pernah masuk campur pun dengan hidup dia, mahu menyibuk dengan hal aku, aku memang marah. Bengang. Menyampah. Benci.

Go and get a life, people.

Aku tidak mengatakan apa yang aku buat sentiasa betul. Aku juga perlukan teguran untuk membaiki hidup aku. Sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Sesiapa yang kehidupannya hari ini adalah lebih teruk dari semalam, mereka adalah dari golongan yang rugi". Aku hargai teguran dan pandangan. Sungguh. Tetapi, hendaklah teguran yang berhemah. Teguran membina. Bukan serkap jarang. Atau fitnah. Sabda Rasulullah lagi, "Fitnah itu lebih dahsyat dari dosa membunuh."

Layakkah aku menggantikan Ustazah Nor Bahyah?

Jangan jawab.

Sudahlah, aku sudah penat membengang di sini. Aku mahu tukar topik.

# # #

Aku tahu, topik aku ini akan membengangkan Najat sepupuku. Sebab ada kena mengena dengan cerita Nur Kasih yang dia 'tidak suka' itu. Setelah 3 tahun aku di SMK Laksamana, aku baru perasan yang akulah satu-satunya cikgu yang mempunyai ejaan 'Nur'. Yang lain semuanya samada 'Noor' atau 'Nor'. Dan anak-anak murid manjaku semuanya memanggil aku dengan panggilan Mama.

Jadi, diinspirasikan dari drama Nur Kasih itu juga, aku teringin bangat jika mereka memanggil aku dengan panggilan 'Mama Nur'. Comel kan? Macam aku juga. Hehe. Itu fakta, tahu. Dan, memang itulah panggilan mereka kepada aku. Sebab watak utama cerita Nur Kasih itu juga dipanggil Nur, dari nama Nur Amina. Serius, aku suka panggilan itu sebenarnya.

Najat, sila jangan jeles.

# # #

Suka juga aku mengucapkan terima kasih kepada team marhaban SMK Laksamana kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis marhaban di rumah aku pada hari Isnin 12 Oktober hari itu. Terima kasih pada Ustaz Khir dan juga Kak Juhana, ahli group marhaban aku pada hari itu. Dan juga kepada semua guru-guru dan anak-anak murid yang hadir memeriahkan majlis. Semoga ukhuwah fillah antara kita akan berkekalan, Insya Allah. Seronok sangat, terasa eratnya persahabatan dengan cikgu-cikgu dan juga ahli keluarga cikgu-cikgunya sekali. Terasa manisnya mahabbah, mawaddah wa rahmah.

# # #

Ya, jadi aku kembali sibuk dengan online markah percubaan SPM. Rutin berjaga pagiku bermula kembali. Yang untungnya, sekarang Zikri dah tak bangun malam. Dia tidur straight sampai ke pagi. Pandai anak mama..

Oh ya, sebab sekarang ini aku berada dalam mood cinta di awang-awangan, dengan penuh rasa gembira dan bahagia, aku nak umumkan...

Encik Salim bin Ismail,
I LOVE YOU SO VERY MUCH!!
Zura sayang abang sampai bila-bila....