Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, December 11

Citarasa Rinduan yang kurindui ikan kelinya... Haha. Feeling seh tajuk..

Minggu sibuk sudah bermula. Maknanya minggu tak sibuk ada la 2,3 minggu je. Huhu. Takpelah. Cari rezeki untuk anak-anak, ye dok? Kahkah. Anak-anak la sangat. Padahal maknya yang berselera menghabiskan duit. Ngeh ngeh ngeh...

Setelah setahun menunggu, akhirnya sampai juga masanya untuk aku kembali ke tempat aku bermesyuarat tahun lepas. Dan yang paling penting kembali ke satu restoran yang aku amat suka masakannya. Sedap wehh!! Dan buat kali pertama juga berkenalan dengan pemilik restoran yang so sweet dan comel, Kak Ayu, pemilik Restoran dan juga blog Citarasa Rinduan yang terletak di Sungai Sayong, Kulai, Johor. 

Setahun lepas, aku pergi sini memang cari ikan keli. Tahun ini pun aku cari ikan keli jugak. Hahaha.. Sampai semua kawan-kawan segroup aku sibuk cakap "Hai Yong, tak ambik ikan keli?" Dengan bangganya aku cakap, "Mestilah ambikkkk....."

Sedap weh wa cakap lu... Lauk dia semua menepati selera dinosaur ai, hokeh? Sungguh marveles. *taip sambil lap air liur*

Dan aku sangat berterima kasih dengan cikgu Areef sebab banyak tolong aku dalam mencari kat mana la duduknya Sungai Sayong ni. Bila dah tau kat mana, tau pulak kat mana nak makan sedappp... Aishh, tak sabar nak makan esok pulak ni. Hahaha... 

Kalau esok tak ramai orang, dan aku tak malu (bila plak aku malu, ek?), maybe esok aku snap gambar tunjuk betapa syedap-wa-chakap-luu punya gambar masakan kat Citarasa Rinduan, yek?

Dan disebabkan aku dengan selamba badaknya pergi tegur Kak Ayu macam dah kenal lama (sorry kak. hehe), so aku dapatlah cenderahati tanda salam perkenalan dari blog ke dunia maya.

Thanks Kak Ayu!! 


Dah. Cukup. Aku nak pergi tidur mimpi ikan keli dengan teh ais. Marah la laki aku ni karang. Keh keh keh.

Thursday, August 2

Senarai Menu Berbuka Puasa Lagi. Kali ni ada resipi sikit. Haha. Resipi kunun. Padahal campak-campak ja.

Semalam henfon aku buat hal tak leh gigi biru dengan laptop aku. So aku tak dapat nak transfer gambar dari fon ke laptop. So, terus malas nak update. Usha-usha baju raya online tapi takde yang berkenan. So aku pun offline je la.

Sekali balik sekolah nie, try bluetooth lagi. Eh, boleh la pulak. Tu yang terus tak bertangguh update blog tu. Kalau tak, mau lagi sebulan la aku update.

So, disenaraikan lagi apa juadah iftar aku dan family.

Puasa 10 : Nasi putih, ayam percik, apam coklat, air teh bunga --> ni bazar second round. Sebab penat masak nasi ayam masa iftar 9. Hahaha... Terer giler wat alasan nak ajak Encik Suami pergi bazar.

Puasa 11 : Sila rujuk gambar. Cheh, saja nak wat entry bergambar jugak tuh... Hahaha...


Ni la dia rupa sup cendawan + fishball aku tu. Kali ni up sikit. Ada tambah suhun..

Rupa-rupanya, ada jugak orang yang berminat dengan resipi primitif aku ni. Hehe.. Ada jugak la yang tanya-tanya resipi sup ni bila aku up wall post kat FB. Bila aku bagitau resipi ni, korang jangan ketawa pulak. Sebab serius ni resipi reka dan campak. 

1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia sampai layu.
2. Masukkan air ikut berapa banyak fishball dan cendawan yang korang nak masak, dan berapa banyak kuah korang nak.
3. Lepas dah mendidih, masukkan fishball. Tunggu sampai masak.
4. Bila dah didih lagi, masukkan cendawan dan suhun.
5. Kacau sekejap, masuk garam. Bila dah ok rasa dia, tutup je api.

See, senang kan?? Tak sampai 10 minit dah siap. Ni aku panggil resipi back-up kalau dah tak sempat nak masak yang lain-lain. Mujur Eizzah suka.


Ni popcorn chicken. Meh aku bagi resipi meh.

1. Pergi ke mana-mana supermarket atau kedai yang jual frozen food berdekatan rumah anda.
2. Beli sebungkus popcorn chicken. Bayar, bawak balik rumah.
3. Goreng sampai keemasan. Jangan jual pulak kat kedai emas.
4. Hidang.

Cheisss.... Senang tahap dewa.



Lauk ni aku tak tau panggil apa. Tapi kalau korang google 'resipi daging yang mudah' aku rasa korang akan dapat link dia dalam MyResipi. Aku suka sangat sebab senang dan sedap. Pun aku panggil resipi backup jugak.

1. Hiris daging nipis-nipis. Aku syorkan korang pakai tenderloin atau daging batang pinang sebab cepat empuk.
2. Gaulkan dengan rempah kari dan kicap manis. Perap ikut suka hati korang. Kalau korang buat awal, perap la lama. Kalau korang tak perap pun tak apa. Goreng je terus lepas gaul sebati.
3. Goreng dengan minyak yang sedikit sampai daging garing. Angkat dan hidang. Sedap wohh...


Eh, pernah wonder tak kenapa aku asyik amek gambar direct dari kuali atau periuk? Mana ada aku hidang atas pinggan, siap wat deko Masterchef ke hapa, baru amek gambar, kan? Sebab apa nak tau? Sebab setiap kali aku lepas habis masak, Najlaa akan bangun tidur. So, bab menghidang tu adalah automatik suami aku kena buat. Kalau Encik Suami yang buat, ikut suka dia la pinggan apa yang dia nak guna. Biasanya dia guna pinggan hadiah sabun Daia tu. Huhu. Deko? Lagilahhhhh.... Harapan je la.. So, sama je kalau aku ambik gambar terus dari atas dapur aku berbanding dengan dari atas pinggan. Hahaha~


Okeh, dah. Nak pergi menyibuk tengok orang masak apa hari ni. Hehehe....



Sunday, July 29

Senarai Menu Berbuka Puasa setakat ini... Senarai je weh.. Resipi takde. Ada satu je.

Lepas dah masuk 9 hari berpuasa, baru ada mood nak blog pasal masak-masak. Walaupun baru sekali pergi bazar, tapi serius takde mood nak amek gambar masa masak sebab kelam-kabut. Lepas laki aku balik kerja, baru aku boleh start masak. Dah tu, kalau start masak dah pukul 5.30 petang, haruslah macam orang berperang kat dapur tu. Takdenya sempat nak suruh ayam, ikan, udang tu posing bagai, kan??

Resipinya pun resipi ala-ala rumah pasang siap. Campak, campak, campak... Tadaa! Siap. Yang penting, si kakak dah start puasa tahun nie. Hari pertama puasa je kantoi di tengahari sebab tergoda Zikri makan biskut bantal depan dia. Kahkahkah. Godaan betul. Dia ngap 5,6 bijik biskut bantal, terus cakap kenyang. Hadoi laa... Alang-alang ko nak berbuka kan kak... Ko bantai la air sejag, baru pueh hati! Hari ke-2 sampai hari ke-5, ada la drama air mata gitu. Itu pun masa dalam pukul 3 lebih. Lepas tu bila dia dah tidur, bangun-bangun je, abah dah ada kat rumah dah balik kerja, so rengekan tu kurang la sikit. Tapi lepas-lepas tu, giler steady dia puasa. Cuma aku jadi alert kalau terdengar bunyi pintu peti ais. Takut Eizzah yang bukak. Tapi selalunya Zikri. Eizzah tak pernah lagi curi-curi minum.

So, setiap masakan aku kena mengambil kira apa yang dia suka. Eizzah suka lauk-lauk yang ada kuah. Especially yang ada santan. Gulai, kari, masak lemak, sup... Janji berkuah. Dan janji pedas. Panas dah telinga gua kena kutuk dengan anak sendiri kata aku masak tak sedap sebab tak pedas. Dah sah-sah mak ko nie tak tahan pedas nak oii... Apa kess nak masak pedas-pedas pulak? Ko nak pedas ko masak sendiri. Hahaha... Korang bayangkan, masak kari, masak gulai, kuah mesti nampak merah. Maksudnya bubuh cili blend tu lebih... Baru dia kata itu sedap. Pengsan mak kau nak ikut ko punya tahap pedas. Sebijik menurun abah ko nie...

So setakat nie, menu kitorang adalah : 

Puasa 1 : Sambal tumis ikan bilis, ayam masak kuning, telur mata masak kicap, air teh kundur Yeo's.

Puasa 2 : Sambal tumis ikan bilis, sup cendawan + fishball, telur dadar, air teh bunga Marigold.

Puasa 3 : Kari kepala ikan, sup cendawan + fishball, air kordial laici Mardi punya.

Puasa 4 : Sup cendawan + fishball, telur mata masak kicap, sambal tumis ikan bilis, air sarsi blue abah beli kat bazar tak ajak kitorang.

Puasa 5 : Ikan kembung masak asam pedas, telur dadar, sambal tumis ikan bilis, air Peel Fresh Oren.

Puasa 6 : Daging masak merah, ikan goreng, popcorn chicken, air teh bunga abah beli kat bazar tak ajak kitorang lagi sekali.

Puasa 7 : Nasi ayam black pepper, soto, nasi lemak berlauk, kuih akok, apam polkadot, air limau dan air teh bunga --> bazar mari. Ni la first time pergi bazar. Setelah seminggu berpuasa. Huhuhu~

Puasa 8 : Nasi daging, sup daging, popcorn chicken, air kordial laici Mardi.

Puasa 9 : Nasi ayam resipi turun-temurun keluarga mertua aku. Pukul 10.30 malam, 3 beranak tu dok mengadap nasi ayam lagi sekali. Memang hantu nasi ayam diorang nie.


Saja je nak tunjuk apa yang aku masak masa Iftar Puasa ke-8. Nasi Daging. Resipi digoogle dan dipow dari MyResipi. Malu nak bagi link sebab aku banyak derhaka resipi. Dah barang tak dak, aku tak letak laa... Hahaha... Baik korang cari resepi yang betul-betul kalau nak perfect. Aku ni kalau masak, semua orang makan habis, dah cukup bersyukur dah. Mungkin la tak seperfect macam orang lain buat... Janji orang dalam rumah aku cakap sedap.


Ni beras ye anak-anak. Cuci bersih-bersih dan toskan. Suruh dia tunggu situ kejap dengan penuh kesabaran. Ni pun aku dah derhaka. Resipi suruh pakai beras basmathi la, herba ponni la. Ala, beras mahal la senang cerita. Aku pakai beras cap, cap, cap... cap Rambutan je (siap nyanyi sekali tuh) :D


Daging yang dah dipotong tu, direbus dengan sup bunjut, bawang putih, bawang merah sampai empuk.
Tutup api. Kejap lagi dia ni nak wat kerja. Bagi dia rehat dulu kejap.


Dalam periuk lain, tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dengan 1 sudu besar marjerin dan 1 sudu besar minyak sapi. Tumis sampai layu ye. Jangan pulak korang siram bawang tu plak bila dia dah layu. Itu sengal namanya...


Letak sos tomato dalam 2-3 sudu besar. Ni aku derhaka gak. Resipi ori suruh guna tomato puree. Kacau hingga sebati.


Masukkan susu cair dalam satu cawan gitu. Aku pakai penyukat yang memang ada tulis '1 cup'. So, ikut cawan masing-masing la ye?


Kacau-kacau bagi sebati dan tunggu mendidih. Letak garam sikit. Oh ye, resipi ori suruh letak kiub pati ayam tapi aku takde stok. So, aku ganti je dengan garam.

Lepas tu, masukkan sup tadi ke dalam periuk ni ikut sukatan pot beras korang la. Masukkan sekali dengan dagingnya. Aku tinggalkan sikit daging dalam sup tu, sebab aku terus jadikan sup daging. Karang takde kuah, anak aku tak mau makan pulak... Dia kan demand :D

Masa ni Najlaa dah meraung-raung dalam bilik. Dah bangun la pulak. So, lepas didih je, aku tutup api dan suruh suami aku tuang semuanya dalam periuk nasi tadi. Masak aje macam biasa.


Tadaa!! Siap sudah nasi daging aku. Senang je. Agak-agak kalau aku malas nak masak lauk lepas nie, aku masak ni je la. Siap ada lauk sekali dah dalam tu.. Haha.. Dasarrr pemalas. Takleh nak kata apa dah laa....


Popcorn chicken, sup daging dan nasi daging. Sayur? Haha.. *buat-buat tak dengar*
Jemput makan, semua!!



Thursday, May 3

Cuti-cuti Malaysia Part 2

Kalau part 1 tu, aku belum sampai Serdang, so part 2 ni haruslah aku dah sampai, kan? Kalau aku tak sampai lagi pun aku masukkan dalam Part 2, korang lempar je la blog aku nie dalam sungai... muah ha ha ha... suka suki korang pulak eh? Blog aku nih, bukan blog korang...

Okay, kitorang sampai jugak Serdang dalam pukul 8. Sampai je, cepat-cepat siap sebab nak keluar pegi restoran makan-makan-makan yang adik aku suggestkan. Aku dah request Chinese food, kan? So haruslah mereka membawa kakak dinosaur mereka ini ke restoran bertemakan Chinese food halal gitu... Kalau tak bawak, konfem aku bertukar jadi dinosaur betul-betul... haha... Tak salah aku, nama restoran ni, Restoran Mohd Chan Abdullah, kat Bandar Baru Bangi...


 Baru sampai, so kenalah bercerita dulu sikit sebanyak sambil mengorder makanan.. Wah tengok aku tengah khusyuk bercerita hapa mende ntah yang aku dok kelentong kat situ.. Hehe.. Yek yek aje Eizzah baca menu. Macam laa aku nak bagi dia order apa dia nak... Harapan je la... Sebab aku tau dia bukan nak order makanan, dia nak order air yang fancy-fancy je, pastu memang dia tak minum punya.... Dia kan fussy sikit bab makan ni.

 Muka-muka tengah kelaparan dan kebuluran menunggu apa yang diorder. Ngah kalau dia kebulur, memang dia pose spastik sket.. Kehkehkeh... Atuk je rileks, sebab dia dah makan... Pandai atuk...

 Ni laa dia tiga orang cucu Serdang (setakat hari tu la. Sekarang dah tambah lagi 2) dari kiri : anak dara aku Eizzah Nur Harris, anak sedara aku merangkap anak dara Kak Yi, Aisyah Safiya Harris, dan anak teruna aku Eizz Zikri Harris....

 Adik-adik aku yang tengah kaver perut tunggu foods sampai... Sabar ye? Nanti kita meng-dinosaur bersama-sama, eh? eh? eh?

 Atuk khusyuk study menu gitu.. Ingat nak order, rupanya atuk belek je tengok apa ada. Kan atuk dah makan kat rumah, so takde la atuk jadi macam kitorang, semua benda nak order kalau boleh. Sebab lapooooooo.......

 Tengok muka dinosaur lapar.. Senyum pun kaver air liur jejeh-jejeh tengok meja-meja sebelah menyebelah dapat makanan.... Jauh tu perjalanan aku dari Kota Tinggi ke Serdang.. Dengan bateri keta kena ganti, penat tukar tayar pancit lagi.. Eh, aku ke yang buat semua tu? Macam bukan je? Hahaha.... Yang penat lelah sebenar tu rilek je layan games kat BB....

 Biasa laa, air sampai dulu... Aku dah tak ingat dah siapa yang order air apa... haha.. Gelang tu konon-konon nak bagi lawa gambar la.. Padahal takde apa-apa efek pun...

 Ni nama dia Butter Prawn... pergh, sambil aku menaip, sambil aku mengelap air liur nih... Terbayang-bayang lagi sedapnya udang nie... Lebih-lebih lagi 'sampah-sarap' dia tu.... Makan dengan nasi je pun dah cukup... Aku sampai tak cukup nasi la, rasa nak tambah lagi....



Haa, awal-awal kenalah aku dulu yang rasmi... Sikit-sikit amek 'sampah-sarap' sotong tu masuk dalam mulut. Sampai naik risau dah kot-kot lom sempat sampai nasi, kitorang dah kenyang makan sotong... Padahal, takdenya... Mana boley kalau takde nasi...  hehehehe.....


 Ini dipanggil Sotong Goreng Tepung. Yummy~ Sedap, rangup, crunchy... Pendek kata, marveles la wehh...

Tak yek yek la makan kalau takde sayur, ye tak? Yang ni yang biasa la, kalau sayur lain aku konfem tak makan. Ni Baby Kailan Ikan Masin... Kurang masin sikit bagi aku... Biasalah, baby mana boleh makan masin-masin... Eh, siapa yang baby, kailan tu ke, aku?? Konfius kejap...

 Ini namanya Ikan Siakap Goreng Sweet and Sour... Menjilat jari tangan wa cakap lu... Siap ratah-ratah isi ikan cicah dengan kuah dia.. Sedapnyaaaaa!! Silap-silap dengan jari orang lain sekali korang jilat. Muahhahahaha~ Orang paling last meratah ikan ni sehingga ke tulang siapa lagi kalau bukan suami aku....

 Makan ye, makan... Sila sila.... Lepas makan, perut aku terus berubah macam orang mengandung 9 bulan... Haha!! Giler menipu tak agak-agak...

 Dari tadi asyik muka aku je dok amek ikan tu.. haha? Pasaipa? Pasai yang lain tu aku dah ratah dulu. So tinggal ikan ni je la untuk kubedal bersama-sama nasi putih...

 Eh, ada lagi satu menu laa... Ni Qusam yang order. Seong Tong Lala nama dia... Aku tak ingat aku rasa ke tak lala nie... Tapi aku rasa sedap kot, sebab kejap je, licin sudahhh....

Tengok, licin kan? Pinggan aku laa.... Sampah-sarap Butter Prawn tu lagi banyak dari nasi.. Hehe.. Sedap. Sampai meja lain semua dah kemas pun, kitorang tak bergerak-gerak lagi. Hehe...

Resit order.. Resit bayar ntah kat mana.. Tapi jangan risau, harga memuaskan. Berbaloi la dengan rasa dia. Tak laa korang rasa teraniaya sangat bayar mahal-mahal tapi makan rasa stokin, kan? Yang paling lawak, tengok order paling last, Seong Tong Lala tu. Abang yang amek order tu boleh punch 11 set Lala? Tu dia, siapa nak makan sampai 11 set? Kelam kabut tak cukup tanah lari pergi betulkan, bagitau nak satu set je, bukan 11... Keh keh keh keh... Giler kentang ahh....


Lepas tu, dah balik rumah, apa lagi... Terbongkang la... Penat seyh.... Kenyang sungguh. Berbaloi-baloi la datang sini... Service dia pun okay, friendly dan cepat jugak laa diorang masak, walaupun orang agak ramai. Okeh, sambung lagi di lain part... Muahhahahahahahah~~~



Wednesday, December 7

Encik Suamiku sudah 31!! Eh eh eh... Sudah tua ye? Tua-tua pun ilebiu jugak :D


Entry ini ditujukan khas buat Encik Suamiku yang tersayang...

Salam Hari Lahir yang ke-31 ye? Walaupun aku tau dia tak tau pun aku ada blog (kih kih kih... memang aku tak cakap pun kat dia), tapi ni je la cara nak abadikan tarikh-tarikh khas dalam hidup aku.

Walaupun suami aku pendiam, macam garang, susah nak senyum, kuat tido kalau cuti, tapi kalau dia kerja, aku tau dia kerja dengan sangat bersungguh-sungguh dan berpenat-lelah. Dia bukannya orang yang kuat mengelat masa kerja. Nak suruh dia cuti pun bukan main susah. Sebab tu aku appreciate sangat masa dia bersusah-payah ambik cuti last weekend sekadar untuk menggembirakan hati aku dan anak-anak untuk bercuti sakan. Oh ye, entry cuti-cuti aku buat kemudian-kemudian je la. Penat dowh...

And, dia juga bukannya seorang suami yang balik rumah jadi raja goyang kaki duduk depan TV order je apa dia nak. Dia rajin tolong aku semua hal yang berkaitan dengan kain baju. Start dari basuh, sidai, angkat, lipat dan susun. Oh ye, iron baju pun sama. Lagi satu, bab-bab mengemop. Sebab dia tau aku memang tak suka mengemop lantai rumah. Terima kasih ye encik Suami? Terima kasih jugak buat mak mertua aku sebab dah train anak dia buat kerja rumah dari kecik. Senang kerja aku. Hehe... Woh, nasib baik laki aku tak baca blog. Ehehe~

So, buat suamiku yang tercinta...

Encik Salim bin Ismail...

Selamat Hari Lahir yang ke-31. Semoga Allah merahmati dan melindungimu. Takde kek, tapi aku masak special sikit la malam ni. Kebetulan pulak adik-adik aku ada sekali ni.

Aku skip semua proses memotong, menghiris, mengisar, dan sebagainya. Aku terus ke time dekat-dekat nak membakar dah.. Kali ni aku bernasib baik sebab ada assistant yang betul-betul boleh assist. Bukan tolong menghuru-harakan dapur aku. Kihkihkih....

Eh, ada jugak rupanya budak nie.. Ehehe.. Dia excited nak tengok apa Pak Tam dengan Pak Su dia buat kat dapur sebenarnya...

Tengah ready menghias ikan yang perlu dibakar dengan bunga kantan, daun limau purut dan hirisan bendi...

Hasil sebelum dibungkus dan dibakar. Jangan main-main... Assistant hebat woo malam nie :D

Dah agak dah... mesti hampir terlupa nak amek gambar punya. Dah kena makan separuh dah, baru teringat. Keh keh keh...


Monday, November 28

Ni entry tak berapa panas dah la untuk orang Serdang, sebab diorang dah buat dulu! Huk huk huk...

Okeh, daging dalam entry semalam yang telah diperap semalaman tu akhirnya berjaya jugak dikerjakan oleh aku. Keh keh keh... Entah kenapa ntah, bangun awal lepas tu rasa rajin. Breakfast makan roti canai dulu. Lepas dah rilek-rilek barang 3 jam, baru la masak. Aku siap tanya suami lagi, nak masak nasik tak, wat back-up. Dia cakap apa korang tau? "Apa barangg makan lamb chop dengan nasi?" Keh keh keh.. Eksyen ye? Dahlah lamb chop aku kekurangan sayur dan coleslaw, sebab suami aku jugak laa yang tak nak. Dia tak minat sangat makan sayur ala western ni. Dah tu, takkan aku nak goreng kailan ikan masin bagi makan dengan lamb chop pulak, kan???

Kita goreng je la.. Apa susah? Masa nie bau semerbak giler. Kucing belakang rumah aku dah buat muka comel dah. Konon aku nak bagi rasa sikit la tu... Hoh, ada aku kisah??

Assistant aku di dapur. Abaikan kebersepahan dapur itu. Hehe...

Masa ni, aku pulak yang terasa macam nak jadi kucing buat muka comel konon nak bodek. Tapi dah aku tukang masaknya, nak bodek hapa kemendenya? Koh koh koh....

Sudah siap bebeh, sudah siap.....!!
Eh, belum lagi. Ada sikitt lagi....

Sempat lagi dia pose. Aku yang chef pun tak pose begitu sekali, hokeh??

Bersama fries yang digoreng garing-dengan-menjadinya. Kat Giant semalam ada jual fries yang packing bapak besar punya. Berapa tahun bertapa dalam peti ais aku baru habis gamaknya. So, cerdiknya Giant, dia ada jual makanan frozen yang versi timbang. Aku ambik fries segenggam penuh tangan aku ni, timbang baru RM0.91. Hahaha, jadi laa... Dari tak ada, ye tak??



Selepas disimbah kuah. Pergh, disimbah tuh... Haha.. Kan aku dah kata, aku letak je dalam pinggan, terus kena serbu. Belum sempat bawak pergi meja depan pun. Nak hias pinggan, buat presentation ala masterchef kejadah pun tak sempat... Keh keh keh...



First time tengok suami aku berselera makan western. Biasanya dia bukan minat sangat pun. Kalau pergi makan-makan kat JM Bariani dengan family aku pun, konfem dia order bariani kambing punya. Tak pandang laa western ni. Agak first time gitu, tengahari tak makan nasik.. Kih kih kih.

Pastu menjelang jam 4 petang, Pandan sponge kek yang aku beli semalam untuk buat tiramisu dah habis. Buah anggur pun dah habis. Keh keh keh... Kelaparan tak makan nasi, ye bang?? Tengok, masa aku menaip ni, suami aku laa yang tengah masak makan malam. Pukul 6 tu, dah start masak. Sebab dia ada kelas tai-chi malam ni. Kena la makan awal. Aku?? Rilek je la.. Tadi kan dah berpenat-lelah... Hahaha!!


Sunday, November 27

Entry bikin panas orang Serdang - Tiramisu Dessert dan Black Pepper Lamb Chop :D


Buat adik-adikku di Serdang sana... Jangan tension-tension, ye?? Kuang kuang kuang...

Disebabkan hari Ahad adalah hari suamiku cuti, so haruslah disertai dengan shopping-shopping, ye tak? Suami aku plak bukan main lagi satu dua menjak nie. Apa aku nak je, on.. Hehe. Beriya cucuk duit punyalah banyak, sebab kononnya bini dia nak shopping kat Giant la konon. Padahal tadi shopping baru RM150 je. Ish, tak sampai pun banyak tu.. Selalu kan pergi Econsave je, kan? Tapi dek kerana kerapnya kitorang ke Econsave Daiman, tadi abah dah kena sound dengan Zikri dah...

"Abah, takyah pergi Econsave laa... Kita pegi Giant la. Pening la pegi Econsave...."

Abah dia buat muka berkerut. Pening?

Nasib baik ada Eizzah. Dia laa yang tukang explain.

"Boring la. Bukan pening..."

Kah kah kah.. Nak cakap boring, jadi pening... Lawaks kuasa lapan la Zikri nie...

Dah sampai kat Giant Today's Mall tu, memang takde bagi salam pandang kiri kanan dah. Terus je masuk Giant. Malas nak jalan-jalan hapa benda semua tu. Lagi syok cuci mata dalam Giant, kan?

Jeng jeng jeng!!! Cuci mata hapanya... Ni dah tahap cuci duit di dalam wallet abah dah nie. Kuang kuang kuang... Tengah tunggu nak bayar la nie. Err, handbag tu bukan untuk dibayar ye? Hahaha....

Cubaan mengambil gambar candid. Tapi tak menjadi sebab kakak bergerak.

Inilah salah satu sebab aku malas nak bagitau aku nak amek gambar. Mula la dia nak buat pose otromen la, ben 10 la... Nampak, rambut sudah pendek.. Kihkihkih...

Setelah selesai membayar dan dimasukkan dalam plastik...


Sampai je rumah, rehat-rehat la dulu. Malam baru start operasi.... Okeh, ada dua sasaran untuk dicapai. So, sasaran pertama:


Okeh, ini la bahan-bahannya. Dari semua tu, 4 telah berada dalam peti ais rumahku, 3 lagi baru dibeli tadi....

Campur semua macam nie. Semua ke? Ada 4 bahan je kot dalam nie. Pastu kita pukul sebati. Jangan plak pukul macam nak main badminton. Guna hand mixer la, kot? Kan ke senang tu....

Punyalah senang, sampai Eizzah Nur pun boleh buat, tau?? (Konon pegang baju sebab tanak terpercik)

Punya laa melampau nak bagitau senang, sampai Zikri pun bole buat?! Kuang kuang kuang.... Sila abaikan fakta bahawa hand mixer itu telah di-off... Kihkihkih...

Tadaaaa!! Dah siap!! Tiramisu, tapi bukan kek. Aku anggap dessert. Abaikan layer yang tak sama tebal. Blom pandai nak bajet buat layer. Comot pun abaikan jugak. Aku serius tak ingat kat mana aku pow resipi ni. Dah berbulan-bulan dalam buku resipi aku.

Dapat laa 4 cawan. Cawan tu pun tadi bersungguh beli kat Giant. Kehkehkeh... Kita simpan dulu dalam peti ais. Esok kita makan!! Yummy....


Baiklah, sasaran kedua pulak :

Jumpa tadi kat Giant. Kat Econsave takde.. Sob,sob... So, terus terlintas di hati nak buat Black Pepper Lamb Chop.

Perap dulu malam nie dengan bahan-bahan nie. Esok kita tengok la camne, ek?? Harap ingat la nak update tentang nie. Takut dah siap makan baru teringat je. Keh keh keh...