Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Friday, August 17

Raya lagi wehh... Selamat Hari Raya semua!!

Malas nak letak gambar ke apa.

Entri ini hanyalah untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kalau ada apa-apa perkataan yang terasa, terkena batang hidung, terkutuk watsoeva, maaflah ye?

TAPI, ada entry yang memang aku tujukan khas pada 'orang' tu, aku memang takkan maafkan sampailah dia mintak maaf dekat aku dengan merendah diri sambil menyesali tindakan diri sendiri. Kalau tak buat macam tu, harapann je la aku nak maafkan dia.

Mesti ada yang kata, "Maafkanlah dia. Doakan dia berubah". Orang Kedah kata, cemuih dah aih... Bila nasihat berlagak tak dengar. Maka haruskah aku je yang mengalah walhal dia tak?

Takpe, orang yang tak rasa, memang tak faham.

Semoga dia itu berjaya mencari 39K untuk membayar hutang, berapa ribu lagi ntah untuk bayar pinjaman pelajaran, beberapa ribu lagi untuk bayar kamera dan Macbook, dan jugak beberapa ratus dekat-dekat ribu la jugak untuk membayar hutang-hutang dok pinjam selama ni toksah dok buat lupa plak aih...

Yang pulang ke kampung, semoga selamat sampai ke destinasi dituju.

Makan agak-agak sikit. Jangan semua benda korang bedal macam dah tak ada hari esok. Puasa sebulan, tapi bulan tak puasa lama wehhhh.... Jangan piranha sangatlah.

Oh ye, kot ye pun miskin kedana takde sedara mara sahabat handai mak ayah tak geng, tak payahlah buat muka tak malu dok mintak orang ajak pi Open House kott.... Meluat aih dengaq...

Sebelum aku dok mintak maap sambil mengutuk, baik aku blah dulu.

Wassalam.


Thursday, May 17

2 April 2012.... New bundle of joy..

Patutnya cuti-cuti malaysia tu ada lagi satu part. Tapi seriusli aku malas giler nak update pergi Desa Water Park tu. Nanti-nanti je laa... huhu.

Kita update cerita lain je la yeh? Cerita beranak. Haha. Okeh, siapa rasa dia takde kena mengena, sila scroll tengok gambar je. Tapi mana la ada dalam dunia ni yang takde kena mengena dengan beranak, kan? Korang  dapat tengok dunia pun sebab ada orang yang memberanakkan korang, kan? (ada ke word 'memberanak'? kah kah kah. macam sangat konfem, TAKDE.)

Pagi 2 April pukul 1.30 am lebih kurang. Dah mula rasa sakit perut macam nak buang air besar tu. Due aku sepatutnya 15 April... Tapi since dua-dua anak aku dulu memang keluar dua minggu awal, so aku dah ready dah laa....

Selepas dua jam aku dok keluar masuk keluar masuk toilet, last-last aku malas dah nak menunggu 'tanda' keluar. Memang anak-anak aku nie style tak keluar tanda punya. Sakit perut je tandanya... So, pukul 3.30 pagi, aku kejut la Encik Suami suruh hantar aku pergi hospital.

Masa ni, boleh pulak Encik Suami buat lawak. Biasanya, pagi-pagi, aku akan kejutkan dia untuk bangun pergi kerja. Tapi style kitorang macam ni. Aku kejut kali pertama, dia akan check dulu jam henpon dia, then dia sambung tido balik. Aku akan masuk bilik air dulu untuk mandi. Bila aku dah siap, aku kejut dia untuk kali kedua baru la dia pulak yang mandi.

So, bila aku kejut dia, aku siap cakap nie, "Bang, jom, pergi hospital."

Dia buat apa tau? Dia bukak mata sikit, tengok jam henpon, lepas tu, DIA TIDUR BALIKKKKKK....

Huhu... Dia ingat aku kejut pergi kerja ke? Pukul 3.30 pagi kot... So, aku kejut dia lagi sekali, dan aku stresskan perkataan HOSPITAL. Apa lagi, dia punya kelam kabut... Tapi aku cakap la, takpe ada masa lagi. Bukan dah nak keluar sangat babynya pun. So, sempat la dia mandi, pakai lawa-lawa apa semua, hantar anak-anak pergi rumah pengasuh. Dalam pukul 4 lebih baru la kitorang gerak ke hospital.

Aku masuk bilik untuk check bukaan tu dalam pukul 4.30 pagi. Nurse cakap baru bukak 4cm. so aku pun rilek je la... Tapi sakit makin kerap. Dalam pukul 5.30, nurse datang,check, dan cakap aku dah boleh push. Huhuhu... Aku bajet dalam pukul 7 pagi ke baru aku beranak... So, dengan 3 kali push, tepat pukul 5.32 pagi 2 April 2012, lahirlah EIZZATUL NAJLAA HARRIS dengan selamatnya... Alhamdulillah..

Serius, masa mula-mula keluar, dia punya jeling masa nurse tunjuk dia kat aku tu, sebijik jeling kakak dia... hehehe... Aku terus je cakap "eh, macam mata kakak"... Teringat pulak dekat Eizzah kat rumah pengasuh. Konfem dia belum bangun tidur... Haha..




Eizzatul Najlaa Harris, 2 jam lepas dilahirkan. Ini laa antara anak aku yang boleh duduk dalam katil dia. Yang lain semua tak mau, nak duduk sebelah aku atas katil aku jugak.

 Ni dah balik rumah... Bulat je nampak dalam gambar... Tapi bila tengok real, takde laa bulat sangat pun...

 Baru balik rumah 2 hari, dah pening fikir masalah negara... Haha.. Memang anak-anak aku semua macam ni. Kalau bedung je, tangan nakkkk jugak keluar...

 Kakak dan abang yang sangat laa excited dapat adik... Cuma Zikri je la yang tak berapa puas hati sebab dia nak baby boy. Siap tanya lagi, "tu dalam perut mama tu baby boy pulak, eh?"
Kecik hati mak kau nakk.... mentang-mentang laa perut mak ko nie masih lagi umpama mengandung 5 bulan masa tu walaupun dah bersalin... Huhuhu~

 Macam tau aje mak dia nak ambik gambar, siap tengok lagi.. Budak-budak sekarang ini sungguh suka bergambar. Ko jangan jadi model-gedik-mulut-muncung-itik-mata-buat-buat-bulat-konon-chomel-padahal-tak-langsung dekat pesbuk nanti besar, dah laa ye? Konfem mak ko tak bagi ko guna pesbuk lagi....

Awal-awal dia tak berapa suka duduk atas tilam dia. Nak jugak tidur atas toto ramai-ramai depan TV dengan kakak-abang-abah macam dah besar laa sangat. Dah laa kakak abang ko tidur masyaAllah punya ganas. Kang terhimpit, sajaaaa je. Takpe, abah is the divider, kan Najlaa? Hehe..


Wednesday, May 2

Happy 3rd Birthday, Zikri!!

Ahaha... Ini giler belated punya entry... Tapi save the date untuk anak aku yang bongsu nie punya 3rd birthday... Sambut awal sikit kat Serdang, sebab alang-alang ada ramai-ramai, baik sambut je. Nak tunggu tarikh dia betul-betul karang, muka aku, abah dia dengan kakak dia je la yang ada. Bosan kan dik? Haha.. Birthday dia adalah pada 10 Disember 2011... Kitorang celebrate dalam 5hb kalau tak salah aku la.. Dah lama peram gambar la katakan......



Taraa!! Specially for my dearest sayang... Mintak tolong adik aku order.  Giler terel la bebudak kat umah nie. Mintak tolong sume on seh... Aku memang suka sangat kek nie. Besaq giloss... Then memang kena la dengan feveret anak aku tu, Ben 10. Tengok kartun Ben 10 kat umah tak pernah pun, tapi boleh plak dia minat Ben 10. Camne ntah, aku pon tak faham...


Dia dengan kakak tengah dok excited menelek kek. Sebab kitorang takde bagitau apa-apa pun kat diorang sebenarnya. Pergh, kalau korang nak wat plan apa-apa, jangan la cerita dengan Eizzah Nur nie.. Konfem dari surprise jadi tak surprise langsung.. Ataupun kalau benda tu kita bagitau awal, nanti sepanjang hari kerja dia dok berzanji kat telinga aku, "Mana kek, mama?", "Kek mana,mama?", "Mama, mana kek?", "Kata ada kek, mama?", "Mama, tak nak potong kek lagi ke mama?" setiap lima minit. Tak tension hidup kau? So, baik la tak cakap hapa-hapa. Lagi tenang dan bahagia hidup kau. Kaypoh anak dara aku sorang nie. Takleh simpan rahsia...



Hasil dari air tangan pakcik-pakcik dan makcik-makcik, dan paling sifu aku la, mama mereka. Haha, boley gitu? Hehehe... Nasi ayam memang resipi aku la kan, nak wat camne. Tapi Uncle Awiz dengan Pak Ngah Fadzil diorang ada laa tolong bakar ayam, buat sambal... Buat sup masak nasi apa semua tu Auntie Aju dengan nasihat pakar la (aku)... Hahaha... Then Spaghetti Bolognese kegemaran anak-anak aku tu dimasak oleh Cik Ngah mereka, pun dengan pemantauan Ketua Chef, AKU.... Muah ha ha ha... Hebat la sangat mama korang nie.. Padahal pemalas sebab bontot dengan perut sama berat. Sekali aku duduk, dah tak daya lagi dah nak bangun-bangun-bangun... Hehehe... Aku preknen 5 bulan masa nie...



 Nasi ayam di sebelah sana pulak... Spaghetti tidak diletak di sini kerana Atuk akan duduk kat area nie.. Atuk mana makan western, kecuali steak... Pergh Atuk kan, selera tanak kalah... Haha!! Oh ye, yang mangkuk bunga biru tu tomyam. Tapi kurang menjadi. Sebab banyak sangat nak kena fikir masak itu ini, otak takleh nak pikir center.. Maklumlah, hemisfera otak kan cuma dua... Apa kena mengena eh??




 Wah, pose masing-masing... Kalau korang perasan sebelum-sebelum nie, mana ada Zikri pose nak tengok kamera? Dia menurun perangai abah dia la tu... Konon-konon candid tak tengok kamera, padahal muka tak boleh blah macam tau akan diambil gambar. Poyo jek... Tapi untuk gambar kali ni, aku ugut "Zikri tengok kamera, pastu senyum. Kalau tak, mama tanak bagi makan kek...." Pandai pulak pose. Nyampah.... ;)




 Wah, mama haruslah menyibuk sekali. Barulah mithali... Hehehe... Biasa laa, aku kalau dah duduk, takde hangitnya aku nak bangun lagi dah....




Sesi potong kek sambil yang lain nyanyi lagu Hepi Besday Tu Yu Zikri... Hehe... Pastu adegan makan-makan takde la aku letak, sebab ada yang tak proper.... Takleh la tunjuk.. Hehe.. Yang paling tak proper, rumah tu la, bersepah-sepah... Sebab tu siapa yang alert, dia perasan aje aku edit gambar buat shading-shading nak cover pemandangan tidak indah... Kehkehkeh...

Untuk Eizz Zikri Harris bin Salim, anak mama sayang.....

Mama, abah dan kakak nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-3. Semoga menjadi anak yang soleh, cerdik, beriman, sayang mama dan abah, dengar cakap, comel, dan berani. Tak larat dah mama ko dengar ko dok berzanji setiap kali ko nak pegi toilet "Shiape nak teman shaye nie mama? Shaye nak kencing nie...."

Hadoi... :D

We Love You, Zikri!! Muah muah!!


Thursday, December 8

Aku kawen hari ni la!! Yeay yeahh~~~~

Entry flashback, mau?? Haha~ Mau tak mau, aku nak buat jugak...

Tanggal 8 Disember 2005, aku selamat meninggalkan alam bertunang, dan melangkah masuk ke alam rumahtangga.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tampin, Negeri Sembilan.

Nervous?? Tak payah cakap laaa~

Suami aku siap 3 kali akad tau? Baru la boleh dengar perkataan yang amat dinanti-dinantikan. Perkataan apakah itu?? "Sahhh..." Muah ha ha ha~

Gambar-gambar yang ada adalah hasil kidnap dari gambar album kawen je la. Malas laa plak nak cari yang raw punya mana... Keh keh keh.. Aku kan malass~

Masa baru sampai masjid, tengah tunggu pengantin lelaki. Masa ni aku belom lagi bukak spek, rabun kott. Mana aku tau pengantin takleh pakai spek. Aku kan first time nak jadi pengantin :D

Debaran menunggu. Menunggu tak berdebar sangat kott, berbanding yang nak mengakad-nikahkan dan yang nak diakad-nikahkan... Keh keh keh....

Alhamdulillah, selesai.... Disebabkan kitorang nikah kat masjid lepas Asar, ramai la jemaah yang solat Asar terus tunggu sekali kat masjid tu. Tu la sebab suami aku nervous tak hengat gaknya. Wargh kah kah kah...


Selesai la ye? Alhamdulillah.... Semoga dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat, InsyaAllah...


Wednesday, December 7

Encik Suamiku sudah 31!! Eh eh eh... Sudah tua ye? Tua-tua pun ilebiu jugak :D


Entry ini ditujukan khas buat Encik Suamiku yang tersayang...

Salam Hari Lahir yang ke-31 ye? Walaupun aku tau dia tak tau pun aku ada blog (kih kih kih... memang aku tak cakap pun kat dia), tapi ni je la cara nak abadikan tarikh-tarikh khas dalam hidup aku.

Walaupun suami aku pendiam, macam garang, susah nak senyum, kuat tido kalau cuti, tapi kalau dia kerja, aku tau dia kerja dengan sangat bersungguh-sungguh dan berpenat-lelah. Dia bukannya orang yang kuat mengelat masa kerja. Nak suruh dia cuti pun bukan main susah. Sebab tu aku appreciate sangat masa dia bersusah-payah ambik cuti last weekend sekadar untuk menggembirakan hati aku dan anak-anak untuk bercuti sakan. Oh ye, entry cuti-cuti aku buat kemudian-kemudian je la. Penat dowh...

And, dia juga bukannya seorang suami yang balik rumah jadi raja goyang kaki duduk depan TV order je apa dia nak. Dia rajin tolong aku semua hal yang berkaitan dengan kain baju. Start dari basuh, sidai, angkat, lipat dan susun. Oh ye, iron baju pun sama. Lagi satu, bab-bab mengemop. Sebab dia tau aku memang tak suka mengemop lantai rumah. Terima kasih ye encik Suami? Terima kasih jugak buat mak mertua aku sebab dah train anak dia buat kerja rumah dari kecik. Senang kerja aku. Hehe... Woh, nasib baik laki aku tak baca blog. Ehehe~

So, buat suamiku yang tercinta...

Encik Salim bin Ismail...

Selamat Hari Lahir yang ke-31. Semoga Allah merahmati dan melindungimu. Takde kek, tapi aku masak special sikit la malam ni. Kebetulan pulak adik-adik aku ada sekali ni.

Aku skip semua proses memotong, menghiris, mengisar, dan sebagainya. Aku terus ke time dekat-dekat nak membakar dah.. Kali ni aku bernasib baik sebab ada assistant yang betul-betul boleh assist. Bukan tolong menghuru-harakan dapur aku. Kihkihkih....

Eh, ada jugak rupanya budak nie.. Ehehe.. Dia excited nak tengok apa Pak Tam dengan Pak Su dia buat kat dapur sebenarnya...

Tengah ready menghias ikan yang perlu dibakar dengan bunga kantan, daun limau purut dan hirisan bendi...

Hasil sebelum dibungkus dan dibakar. Jangan main-main... Assistant hebat woo malam nie :D

Dah agak dah... mesti hampir terlupa nak amek gambar punya. Dah kena makan separuh dah, baru teringat. Keh keh keh...


Saturday, November 19

Berfoto gedikss di Laksamana Royale.. Anak murid aku la, aku berfoto cun, maa~



Tajuk macam nak makan kaki... Keh keh keh...

Maaflah... Lama sangat tak sempat memblog. Maklumlah, orang penting *batuk* macam aku ni banyak kerja last minute yang nak kena settlekan. (Padahal sendiri sengaja meng-last minute-kan diri membuat kerja. Huk huk huk.. sungguh suka procrastinate)

Okeh aku beriya je kan kata nak update pada tarikh cun 11/11/11? Ha ha ha hampeh... Tak daya aku der.. Penat sangat hari tu... Aku sampai rumah je dah lepas pukul 12 malam. Dah masuk tarikh 12/11/11 dahh... Apa kess?

Siangnya aku sekolah macam biasa, tapi budak-budak Form 5 ada Majlis Dinner atau nama grand-continentalnya adalah Laksamana Royale. Dianjurkan oleh mereka sendiri. Cikgu-cikgu pergi makan aje. Nasib baiklah mabuk malam aku dah selesai. Keh keh keh... Bolehlah aku bersantap (baca : mengketedarah) dengan hebatnya.

Aku tolong-tolong jugak la budak-budak nie buat kerja kat dewan petang tu, alang-alang bawak Zaki sekali. Tolong diorang nak beli itu, beli ini, sedar-sedar pukul 7.45 petang baru sampai rumah. Kelam kabut aku mandi solat semua, sebab patutnya majlis start pukul 8.00. Haha, dengan kepantasan aku bak selkom berukben (sebelum aku pakai streamyx dulu) ni, maka sah-sah la dekat-dekat pukul 9 malam baru aku berjaya tiba untuk dinner. Giler kentang, pengetua pun dah ada weh... Malu pun ada, tapi nak buat macam mana.. Nasib baik pengacara lagi lambat dari aku, so masa aku sampai tu, majlis blom start pun lagi.. Keh keh keh.. apa kes? Aku dan budak-budak yang balik lambat masa preparation pun boleh sampai lagi awal ke majlis dari MC yang balik awalll sangat. So, dalam pukul 9 jugak la baru start Laksamana Royale secara rasminya.

Majlis dimulakan dengan ucapan yang aku tak mau cerita panjang sebab lapar :D then diteruskan dengan sesi MAKAN!!! Pun aku tak sempat nak snap sebab lapar :DD Makan nasi ayam, dan sebenarnya daya tarikan untuk aku pada malam itu adalah cendol!! Terbaek woh.. Sampai 5 mangkuk aku bedal ... Dinosaur bunting la katakan.... Balik rumah tengah malam keras perut aku. Mesti anak aku dalam perut tengah berangan main ski kat Switzerland, sebab sejuk sangat. Keh keh keh...

Okay, layan gambar la dowh. Banyak gambar kenangan dengan anak-anak murid je pun... Dah Form 5, entah bila boleh berjumpa lagi lepas ni... Kameramen aku malam ni si Zaki la.. Apa lagi yang dia boleh buat kan? Keh keh keh... Mekasih...



Okeh, ini kombinasi 5UM dan 5UKM.
Dari kanan aku Chia Teck Ying, Chia Ke Hui, Tan Hui Jun dan, er,, err,, yang kiri sekali tu aku tak sure siapa. Sori ye? Dah lawa-lawa mekap-mekap di malam hari, manalah cikgu anda yang rabun nie nak kenal, kan? kan? kan?




Woh, aku rasa macam dah duduk Hong Kong manyak amoii cantik malam tu.. Pergh, siap mekap, set rambut semua ada. Lawaa anak-anak aku, kalah mak dia yang selalunya sangat vogue nie... *batuk berdarah*




Again, with them.. Keh keh keh...
Suet Fang dengan Jing Wen buat lawak ala-ala bini-biniku gengster... Keh keh keh...




Anak dara 5UM.. Dari kanan, cepat jalan... eh, Hazirah (Azie), Shahiera (E-ra) dan Afiqah (Fiqah Mizah Swift Cullen).. woh, nama samaran lagi panjang dari nama sebenar.. Apa daa~




Tambah si Amerah di sebelah aku... Kan? Betul kan? Aku yang paling lawa, kan? *sobs sobs*




Yang tudung oren tu Arina adik Afiqah tadi. Sebelah dia Syahirah (Romantikalasofa Sycha).
Giler kentang potato chip nama samaran susah bangat. Yang sengih kontrol perut kat belakang tu Zulkarnain, Mok nama manja dia. Amacam, manja kan? Keh keh keh~~~




Walao~~~ Ini hero versi Yap Ah Loy..
From kiri, atas : Lik Jiang, Shao Yong (Ah Chou).
Kiri, duduk : Zhi Long (Ah Long), Yuan Cherng, Heng Yee, Wen Yang, Wen Hao, Chia Liang dan..... macam biasa. Aku tak perasan siapa yang kanan sekali kat depan nie.. Kih kih kih... Sorry ho...




Again... Biasa laa, handsome. Pose mesti mau lebih, kan??




Ini pulak hero versi Laksamana Bentan... Kih kih kih... Dari kiri, cepat lari, eh, Syafiq Isad, Arief Danial (tengah wat muka sengall~), Hazim, Rasheed Syakirin dan Mohd Nurshafiq.




Ish ish ish, tau la korang lapar... Takkan la sampai sedulang korang mengketedarah?? Kah kah kah...




Ni hero versi Parameswara... Hahaha...
Kiri, belakang : Hasrul Fazlee, Mohd Farhan (Pa'an), Amirul Asyraf (Daim)
Kiri, bawah : Faiz Zakwan, Alif Ikmal, Hizwan...
Semua berangan konon hero Korea... Keh keh keh...




Pergh, si Echah @ Aishah Ngatuan.. Lawa giler babeng dia malam nie. Bab tinggi tu aku malas nak cerita.. Keh keh keh... Ibu boroi biasalah, kena rendah sikit untuk lebih cun *batuk dengan lebih teruk*
Sebelah lagi satu tu Hanapi nama dia.. Takkan aku nak kena bagitau kiri kanan kot? Takkan yang baju pink tu Hanapi, ye tak? Adehh....




Ni hero versi Kampung Pisang (ampunn~).. Amirul Asyhraf (Angah) dengan Idzhar Yuhazrin (apa ntah nama glamer dia).. Eh, betul ke dia Idzhar? Keh keh keh....




Lagi sekali la ye? Alamak, aku lupa cover perut~~~~~




Amerah lagi... Haduii, macam mana plak boleh ada muka si Zaki tuh? Redha je laa....




Haa, sebahagian anak-anak 5UTM aku tuh.. Kiri : Aishah, Farah Wahidah, Ain Nabila, Aku (haruslah, kan yang paling cun tu), Amerah (eh, budak 5UM) dan Dewi Ramadhani..




Lagi 5 UTM.. Kiri : Siti Nurtasya dan Sarah.




Amoi (memang nama panggilan) Nur Atiqah nama dia...

Parkinson plak kameramen aku dah lama-lama... Hehehe...
Ni Amoi dengan pakwe dia Amat, Ahmad Syafiq.


Lah, makin teruk plak Parkinson si Zaki nie...
Kiri : Aqilla, Faihaa, Hazreen dan Hasrul. Eh, Hasrul, ko kan dah ada gambar tadi?




Cikgu yang telah meninggalkan kitorang pindah sekolah lain pada 16hb November... Kak Hawa... Tengah bagi ucapan. Elok je dia habis berucap, semua bebudak 5UM ramai-ramai jerit "Cikgu, we love you. BM SPM.. A+!!!!" Sporting bangat bebudak tuh....




Sebahagian cikgu yang hadir : Kak Zakiah, Kak Norlida, Kak Azizah dan Ustazah Zunita.




Cikgu yang akan berpindah jugak, iaitu Adriana dan Miss Tan.
Adriana sorang je yang pindah, Miss Tan tak...




Geng huha-huha aku bila sekali-sekali berjumpa.. Kak Safarizah (Kak Ija) dan Norafizah (Intan). Cun? Haruslahh~ Kami kan guru Laksamana. Mana ada cikgu Laksamana yang tak cun, hokeh??




Shafiqa.. Budak yang kena balik awal sebab takde orang nak datang amek kalau lambat-lambat...

Muka ko mesti nak masuk jugak kan?? Jiji kan??



Tadi dah ada, nak gak gambar sekali lagi.... Sekali lagi, sila abaikan ketinggian dinasour boroi~~ :D




Dah habis majlis, sesi gambar solo la pulak.. dengan Heng Yee



Dengan Tay Ken Ling.. Dia artis woo, nyanyi sangat sedap...




Lee Wen Yang...




Yeo Lik Jiang.. Dia ni sibuk nak ambik gambar banyak-banyak kali... Siap bagi pesanan penaja "Nanti cikgu masuk blog,ya? Mau masuk blog cikgu leh..." Yelah, yelah.... :D




Lo Yuan Cherng... Senyap kat sekolah, tapi bagus.




Chia Ke Hui... paling bising dalam 5UKM ;P




Tan Hui Jun : kawan sepembisingan Ke Hui... Huhuhu~




Eh? Camne leh tersesat plak gambar diorang berdua nie?? Siapa ni? Zaki? Ko bukan kameramen aku ke?? Hahaha!! Hoh, skendell~~




Aku keluar dari dewan terbuka pukul 11.40 malam, pusing air tawar 3 dulu hantar aceed, pastu hantar zaki, isad dengan hazim. Kul 12.45 malam baru sampai rumah. Penat, tapi enjoy!! :)) Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan majlis sampai kitorang hanya datang makan je. Oh, last but not least....


Cenderahati dari Laksamana Royale.. Kenangan terindah sepanjang hayat gitu.... :DD