Ahaha... Ini giler belated punya entry... Tapi save the date untuk anak aku yang bongsu nie punya 3rd birthday... Sambut awal sikit kat Serdang, sebab alang-alang ada ramai-ramai, baik sambut je. Nak tunggu tarikh dia betul-betul karang, muka aku, abah dia dengan kakak dia je la yang ada. Bosan kan dik? Haha.. Birthday dia adalah pada 10 Disember 2011... Kitorang celebrate dalam 5hb kalau tak salah aku la.. Dah lama peram gambar la katakan......
Dia dengan kakak tengah dok excited menelek kek. Sebab kitorang takde bagitau apa-apa pun kat diorang sebenarnya. Pergh, kalau korang nak wat plan apa-apa, jangan la cerita dengan Eizzah Nur nie.. Konfem dari surprise jadi tak surprise langsung.. Ataupun kalau benda tu kita bagitau awal, nanti sepanjang hari kerja dia dok berzanji kat telinga aku, "Mana kek, mama?", "Kek mana,mama?", "Mama, mana kek?", "Kata ada kek, mama?", "Mama, tak nak potong kek lagi ke mama?" setiap lima minit. Tak tension hidup kau? So, baik la tak cakap hapa-hapa. Lagi tenang dan bahagia hidup kau. Kaypoh anak dara aku sorang nie. Takleh simpan rahsia...
Hasil dari air tangan pakcik-pakcik dan makcik-makcik, dan paling sifu aku la, mama mereka. Haha, boley gitu? Hehehe... Nasi ayam memang resipi aku la kan, nak wat camne. Tapi Uncle Awiz dengan Pak Ngah Fadzil diorang ada laa tolong bakar ayam, buat sambal... Buat sup masak nasi apa semua tu Auntie Aju dengan nasihat pakar la (aku)... Hahaha... Then Spaghetti Bolognese kegemaran anak-anak aku tu dimasak oleh Cik Ngah mereka, pun dengan pemantauan Ketua Chef, AKU.... Muah ha ha ha... Hebat la sangat mama korang nie.. Padahal pemalas sebab bontot dengan perut sama berat. Sekali aku duduk, dah tak daya lagi dah nak bangun-bangun-bangun... Hehehe... Aku preknen 5 bulan masa nie...
Wah, pose masing-masing... Kalau korang perasan sebelum-sebelum nie, mana ada Zikri pose nak tengok kamera? Dia menurun perangai abah dia la tu... Konon-konon candid tak tengok kamera, padahal muka tak boleh blah macam tau akan diambil gambar. Poyo jek... Tapi untuk gambar kali ni, aku ugut "Zikri tengok kamera, pastu senyum. Kalau tak, mama tanak bagi makan kek...." Pandai pulak pose. Nyampah.... ;)
Wah, mama haruslah menyibuk sekali. Barulah mithali... Hehehe... Biasa laa, aku kalau dah duduk, takde hangitnya aku nak bangun lagi dah....
Sesi potong kek sambil yang lain nyanyi lagu Hepi Besday Tu Yu Zikri... Hehe... Pastu adegan makan-makan takde la aku letak, sebab ada yang tak proper.... Takleh la tunjuk.. Hehe.. Yang paling tak proper, rumah tu la, bersepah-sepah... Sebab tu siapa yang alert, dia perasan aje aku edit gambar buat shading-shading nak cover pemandangan tidak indah... Kehkehkeh...
Untuk Eizz Zikri Harris bin Salim, anak mama sayang.....
Mama, abah dan kakak nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-3. Semoga menjadi anak yang soleh, cerdik, beriman, sayang mama dan abah, dengar cakap, comel, dan berani. Tak larat dah mama ko dengar ko dok berzanji setiap kali ko nak pegi toilet "Shiape nak teman shaye nie mama? Shaye nak kencing nie...."
Hadoi... :D
We Love You, Zikri!! Muah muah!!
No comments:
Post a Comment