Patutnya cuti-cuti malaysia tu ada lagi satu part. Tapi seriusli aku malas giler nak update pergi Desa Water Park tu. Nanti-nanti je laa... huhu.
Kita update cerita lain je la yeh? Cerita beranak. Haha. Okeh, siapa rasa dia takde kena mengena, sila scroll tengok gambar je. Tapi mana la ada dalam dunia ni yang takde kena mengena dengan beranak, kan? Korang dapat tengok dunia pun sebab ada orang yang memberanakkan korang, kan? (ada ke word 'memberanak'? kah kah kah. macam sangat konfem, TAKDE.)
Pagi 2 April pukul 1.30 am lebih kurang. Dah mula rasa sakit perut macam nak buang air besar tu. Due aku sepatutnya 15 April... Tapi since dua-dua anak aku dulu memang keluar dua minggu awal, so aku dah ready dah laa....
Selepas dua jam aku dok keluar masuk keluar masuk toilet, last-last aku malas dah nak menunggu 'tanda' keluar. Memang anak-anak aku nie style tak keluar tanda punya. Sakit perut je tandanya... So, pukul 3.30 pagi, aku kejut la Encik Suami suruh hantar aku pergi hospital.
Masa ni, boleh pulak Encik Suami buat lawak. Biasanya, pagi-pagi, aku akan kejutkan dia untuk bangun pergi kerja. Tapi style kitorang macam ni. Aku kejut kali pertama, dia akan check dulu jam henpon dia, then dia sambung tido balik. Aku akan masuk bilik air dulu untuk mandi. Bila aku dah siap, aku kejut dia untuk kali kedua baru la dia pulak yang mandi.
So, bila aku kejut dia, aku siap cakap nie, "Bang, jom, pergi hospital."
Dia buat apa tau? Dia bukak mata sikit, tengok jam henpon, lepas tu, DIA TIDUR BALIKKKKKK....
Huhu... Dia ingat aku kejut pergi kerja ke? Pukul 3.30 pagi kot... So, aku kejut dia lagi sekali, dan aku stresskan perkataan HOSPITAL. Apa lagi, dia punya kelam kabut... Tapi aku cakap la, takpe ada masa lagi. Bukan dah nak keluar sangat babynya pun. So, sempat la dia mandi, pakai lawa-lawa apa semua, hantar anak-anak pergi rumah pengasuh. Dalam pukul 4 lebih baru la kitorang gerak ke hospital.
Aku masuk bilik untuk check bukaan tu dalam pukul 4.30 pagi. Nurse cakap baru bukak 4cm. so aku pun rilek je la... Tapi sakit makin kerap. Dalam pukul 5.30, nurse datang,check, dan cakap aku dah boleh push. Huhuhu... Aku bajet dalam pukul 7 pagi ke baru aku beranak... So, dengan 3 kali push, tepat pukul 5.32 pagi 2 April 2012, lahirlah EIZZATUL NAJLAA HARRIS dengan selamatnya... Alhamdulillah..
Serius, masa mula-mula keluar, dia punya jeling masa nurse tunjuk dia kat aku tu, sebijik jeling kakak dia... hehehe... Aku terus je cakap "eh, macam mata kakak"... Teringat pulak dekat Eizzah kat rumah pengasuh. Konfem dia belum bangun tidur... Haha..
Eizzatul Najlaa Harris, 2 jam lepas dilahirkan. Ini laa antara anak aku yang boleh duduk dalam katil dia. Yang lain semua tak mau, nak duduk sebelah aku atas katil aku jugak.
Ni dah balik rumah... Bulat je nampak dalam gambar... Tapi bila tengok real, takde laa bulat sangat pun...
Baru balik rumah 2 hari, dah pening fikir masalah negara... Haha.. Memang anak-anak aku semua macam ni. Kalau bedung je, tangan nakkkk jugak keluar...
Kakak dan abang yang sangat laa excited dapat adik... Cuma Zikri je la yang tak berapa puas hati sebab dia nak baby boy. Siap tanya lagi, "tu dalam perut mama tu baby boy pulak, eh?"
Kecik hati mak kau nakk.... mentang-mentang laa perut mak ko nie masih lagi umpama mengandung 5 bulan masa tu walaupun dah bersalin... Huhuhu~
Macam tau aje mak dia nak ambik gambar, siap tengok lagi.. Budak-budak sekarang ini sungguh suka bergambar. Ko jangan jadi model-gedik-mulut-muncung-itik-mata-buat-buat-bulat-konon-chomel-padahal-tak-langsung dekat pesbuk nanti besar, dah laa ye? Konfem mak ko tak bagi ko guna pesbuk lagi....
Awal-awal dia tak berapa suka duduk atas tilam dia. Nak jugak tidur atas toto ramai-ramai depan TV dengan kakak-abang-abah macam dah besar laa sangat. Dah laa kakak abang ko tidur masyaAllah punya ganas. Kang terhimpit, sajaaaa je. Takpe, abah is the divider, kan Najlaa? Hehe..
No comments:
Post a Comment