Saturday, May 19

Korang tak nak berubah, sudah. Aku nak!

Kata Najlaa.

Makin tua, makin banyak plak perkara baru yang dia buat.



1. Sudah susah mau tido.

Kalau paksa jugak tido, korang tengok la muka tensen dia ni haa....

Ko ingat ko je tensen nak? Mak ko ni lagi tensen wehhhh!!



2. Ada sistem amaran sendiri.

Kalau dia tengah baring, atau tengah tidur sekalipun, bila dia rasa nak muntah (jeluak kot aku panggil), dia akan terus jadi gelisah. Pandai bagi warning untuk mak dia ni bersedia... Baik ko cepat-cepat angkat, kalau tak.... Selamat la tilam, bantal, baju dia bau susu basi... ngeh ngeh ngeh... Tapi, kalau ko sempat angkat, dia akan keluarkan bunyi "burppppp......" dan terus menyambung tidur umpama tak ada apa-apa yang berlaku.

Ini boleh berlaku walaupun sebelum tidur aku dah burp-kan dia....



3. Sudah demand tak mau tido atas tilam.

Dulu senang aje. Dah kenyang menyusu, mata pejam, mulut ada senyum sikit (haruslah senyum, kata kenyang. Anak aku kan gendang yang gendut....) letak aje atas tilam, tepuk-tepuk bontot sikit, terus lena... Dengan mak ko sekali la boleh lena.

Gambar kenangan ketika masih boleh tidur tak sedar diri di atas tilam empuk di atas lantai...


Sekarang? Woh.. Apa kelas duduk atas tilam di atas lantai. Mestilah nak upgrade dari economy class pegi business class.. Kelasss ko Najlaa....!


Upgrading bermaksud marilah kita demand dengan mak kita untuk tidur di atas kerusi goyang. Apa nama saintifik dia eh? Rocking chair? Gitulah kot nokss... Wah, bukan main.. Kena goyang-goyang sikit, barulah lena umpama diulik intan. Kalau ko tepuk bontot dia? Haruslah tunjuk muncung tanda protes punggung ditepuk.. Wah wah wah....


Sesi tidur juga mestilah ditemani oleh tukang goyang kerusi yang diupah secara kontrak. Eleh, ugut je ko tak nak buatkan susu dia, dengan segera dia rela menjadi buruh goyang kerusi. Ekekekeke.....



4. Dah pandai senyum.

Nampak kamera je senyum lebar terus jadi tak lebar. Mesti nak cover gusi, kan dik? Hehehe...


Kalau diagah, or dengar je nama dia kena sebut, cepat-cepat senyum. Tapi ada syarat. Yelah, anak aku kan diva, syarat kena laa ada. Syaratnya, bukan time dia nak susu, bukan time dia ngantuk, dan bukan time yak-yak kat bontot. Kalau tiga-tiga syarat tu tak dipenuhi, ko agahlah macam mana sekali pun, konfem tak senyum punya....


                           
Ini adalah senyum bahagia selepas proses meneran berjaya. Muahhahaha...



5. Cukup suka diurut lepas mandi.

Nasib baik anak aku ni suka mandi. Kalau tengah nangis, ko bukak je baju dia semua dan bagitau kata nak mandi, automatik dia akan berhenti menangis. Then, dia macam tunggu je aku urut-urut dia lepas mandi pakai minyak baby. Lepas tu dia konfem akan tidur dengan mudahnya.

Aku syorkan kepada ibu-ibu yang ada baby, urutlah baby anda. Serius dia akan tenang je lepas tu. Kalau anak dah besar sikit, beli la losyen Johnson and Johnson yang kaler purple tu. Aku memang tak guna apa-apa produk baby macam sabun, syampu, losyen semasa baby kecik. Sebab ummi aku kata, bau baby adalah umpama bau syurga. So, aku nak bau syurga tu, tak mau bau produk-produk tu semua....


Eh, tak clear pulak gambar. Tengah sejuk-sejuk sibuk pulak mak ko nak snap. Mestilah tidak mendapat kerjasama untuk pose yang comel, kan??



6. Pandai buat muka pelik.

Kalau kau agah-agah dia guna bahasa ntah hapa-hapa macam "abugedigatinanamommomtuditaa~~", dia akan terus buat muka pelik.

Pelik as if dia bertanya "ni mama aku ke alien?"

Huhuhu~~












Ni ha, gambar muka pelik...






5 comments:

Anonymous said...

Yie yg kental: hahaha..lawak sungguh ini budak... Kalu aku kaco gak masa 3 saat genting tu, kompem xdilayan ek....


* Awiz ingatkn najlaa tu zikri..hoho

Yong Zahura said...

Kalau hang kacau gak, konfem dia bantai melalak depan muka hang... huahahaha....

Gambar mana satu yang Awiz konfius tu? Semua?

Anonymous said...

klu die melalak, ak pas lh kt hg.. hehe.. gmbr yg first espcly...

aizuemi said...

camne ley konpios tu?

Yong Zahura said...

Yi : hamboi, dah melalak, pass kat aku ye??

eh? gambar first eh? hehe...