Monday, November 28

Ni entry tak berapa panas dah la untuk orang Serdang, sebab diorang dah buat dulu! Huk huk huk...

Okeh, daging dalam entry semalam yang telah diperap semalaman tu akhirnya berjaya jugak dikerjakan oleh aku. Keh keh keh... Entah kenapa ntah, bangun awal lepas tu rasa rajin. Breakfast makan roti canai dulu. Lepas dah rilek-rilek barang 3 jam, baru la masak. Aku siap tanya suami lagi, nak masak nasik tak, wat back-up. Dia cakap apa korang tau? "Apa barangg makan lamb chop dengan nasi?" Keh keh keh.. Eksyen ye? Dahlah lamb chop aku kekurangan sayur dan coleslaw, sebab suami aku jugak laa yang tak nak. Dia tak minat sangat makan sayur ala western ni. Dah tu, takkan aku nak goreng kailan ikan masin bagi makan dengan lamb chop pulak, kan???

Kita goreng je la.. Apa susah? Masa nie bau semerbak giler. Kucing belakang rumah aku dah buat muka comel dah. Konon aku nak bagi rasa sikit la tu... Hoh, ada aku kisah??

Assistant aku di dapur. Abaikan kebersepahan dapur itu. Hehe...

Masa ni, aku pulak yang terasa macam nak jadi kucing buat muka comel konon nak bodek. Tapi dah aku tukang masaknya, nak bodek hapa kemendenya? Koh koh koh....

Sudah siap bebeh, sudah siap.....!!
Eh, belum lagi. Ada sikitt lagi....

Sempat lagi dia pose. Aku yang chef pun tak pose begitu sekali, hokeh??

Bersama fries yang digoreng garing-dengan-menjadinya. Kat Giant semalam ada jual fries yang packing bapak besar punya. Berapa tahun bertapa dalam peti ais aku baru habis gamaknya. So, cerdiknya Giant, dia ada jual makanan frozen yang versi timbang. Aku ambik fries segenggam penuh tangan aku ni, timbang baru RM0.91. Hahaha, jadi laa... Dari tak ada, ye tak??



Selepas disimbah kuah. Pergh, disimbah tuh... Haha.. Kan aku dah kata, aku letak je dalam pinggan, terus kena serbu. Belum sempat bawak pergi meja depan pun. Nak hias pinggan, buat presentation ala masterchef kejadah pun tak sempat... Keh keh keh...



First time tengok suami aku berselera makan western. Biasanya dia bukan minat sangat pun. Kalau pergi makan-makan kat JM Bariani dengan family aku pun, konfem dia order bariani kambing punya. Tak pandang laa western ni. Agak first time gitu, tengahari tak makan nasik.. Kih kih kih.

Pastu menjelang jam 4 petang, Pandan sponge kek yang aku beli semalam untuk buat tiramisu dah habis. Buah anggur pun dah habis. Keh keh keh... Kelaparan tak makan nasi, ye bang?? Tengok, masa aku menaip ni, suami aku laa yang tengah masak makan malam. Pukul 6 tu, dah start masak. Sebab dia ada kelas tai-chi malam ni. Kena la makan awal. Aku?? Rilek je la.. Tadi kan dah berpenat-lelah... Hahaha!!


Sunday, November 27

Entry bikin panas orang Serdang - Tiramisu Dessert dan Black Pepper Lamb Chop :D


Buat adik-adikku di Serdang sana... Jangan tension-tension, ye?? Kuang kuang kuang...

Disebabkan hari Ahad adalah hari suamiku cuti, so haruslah disertai dengan shopping-shopping, ye tak? Suami aku plak bukan main lagi satu dua menjak nie. Apa aku nak je, on.. Hehe. Beriya cucuk duit punyalah banyak, sebab kononnya bini dia nak shopping kat Giant la konon. Padahal tadi shopping baru RM150 je. Ish, tak sampai pun banyak tu.. Selalu kan pergi Econsave je, kan? Tapi dek kerana kerapnya kitorang ke Econsave Daiman, tadi abah dah kena sound dengan Zikri dah...

"Abah, takyah pergi Econsave laa... Kita pegi Giant la. Pening la pegi Econsave...."

Abah dia buat muka berkerut. Pening?

Nasib baik ada Eizzah. Dia laa yang tukang explain.

"Boring la. Bukan pening..."

Kah kah kah.. Nak cakap boring, jadi pening... Lawaks kuasa lapan la Zikri nie...

Dah sampai kat Giant Today's Mall tu, memang takde bagi salam pandang kiri kanan dah. Terus je masuk Giant. Malas nak jalan-jalan hapa benda semua tu. Lagi syok cuci mata dalam Giant, kan?

Jeng jeng jeng!!! Cuci mata hapanya... Ni dah tahap cuci duit di dalam wallet abah dah nie. Kuang kuang kuang... Tengah tunggu nak bayar la nie. Err, handbag tu bukan untuk dibayar ye? Hahaha....

Cubaan mengambil gambar candid. Tapi tak menjadi sebab kakak bergerak.

Inilah salah satu sebab aku malas nak bagitau aku nak amek gambar. Mula la dia nak buat pose otromen la, ben 10 la... Nampak, rambut sudah pendek.. Kihkihkih...

Setelah selesai membayar dan dimasukkan dalam plastik...


Sampai je rumah, rehat-rehat la dulu. Malam baru start operasi.... Okeh, ada dua sasaran untuk dicapai. So, sasaran pertama:


Okeh, ini la bahan-bahannya. Dari semua tu, 4 telah berada dalam peti ais rumahku, 3 lagi baru dibeli tadi....

Campur semua macam nie. Semua ke? Ada 4 bahan je kot dalam nie. Pastu kita pukul sebati. Jangan plak pukul macam nak main badminton. Guna hand mixer la, kot? Kan ke senang tu....

Punyalah senang, sampai Eizzah Nur pun boleh buat, tau?? (Konon pegang baju sebab tanak terpercik)

Punya laa melampau nak bagitau senang, sampai Zikri pun bole buat?! Kuang kuang kuang.... Sila abaikan fakta bahawa hand mixer itu telah di-off... Kihkihkih...

Tadaaaa!! Dah siap!! Tiramisu, tapi bukan kek. Aku anggap dessert. Abaikan layer yang tak sama tebal. Blom pandai nak bajet buat layer. Comot pun abaikan jugak. Aku serius tak ingat kat mana aku pow resipi ni. Dah berbulan-bulan dalam buku resipi aku.

Dapat laa 4 cawan. Cawan tu pun tadi bersungguh beli kat Giant. Kehkehkeh... Kita simpan dulu dalam peti ais. Esok kita makan!! Yummy....


Baiklah, sasaran kedua pulak :

Jumpa tadi kat Giant. Kat Econsave takde.. Sob,sob... So, terus terlintas di hati nak buat Black Pepper Lamb Chop.

Perap dulu malam nie dengan bahan-bahan nie. Esok kita tengok la camne, ek?? Harap ingat la nak update tentang nie. Takut dah siap makan baru teringat je. Keh keh keh...


Thursday, November 24

Dalam pantang di bank? Eh? Pergi bank kena pantang? Pantang siapa???



Pantang tok nenek aku. Aku memang ada dua pantang kalau pergi bank nak cucuk duit. Aku memang paling menyampah dengan manusia kurang rasa prihatin, dan memang nak kena sound setepek laa dengan aku kalau korang buat macam tu depan aku.


1. Yang beratur sorang je, tapi bawak kad bank berpuluh.

Ni selalu mamat-mamat Bangla yang buat. Kalau orang Malaysia pun buat, memang setaraf la korang dengan Bangla. Yek yek je nampak barisan tu pendek, tapi nak tunggu kau sorang siap mencucuk duit, berkurun! Lebih-lebih lagi kalau barisan lain yang asalnya panjang, dah mula berkurang. Aku suka compare tau, contohnya kalau aku orang kelima dalam barisan aku, aku suka banding pergerakan orang kelima dalam barisan lain. Dari situ kita tau line siapa yang paling lembab.

So, kalau aku orang kedua dalam barisan aku, tapi orang ketujuh dalam barisan sebelah aku dah sampai turn, aku memang hangin la. Konfem aku sound. Aku dah pernah buat kat Maybank Kota Tinggi ni. Sorang Bangla, ada 7 orang duduk keliling. Pastu nak tunggu sorang-sorang bagi nombor pin. Agaknya yang sorang tu je kot yang tau membaca. Kepala hangguk dia. Aku memang direct je cakap, "7 kali ambik duit, pergi pusing 7 kali beratur la!!" Ada gaya Bangla tak aku sound? Heheh... Ada gak Bangla yang tengok aku macam tak puas hati. Aku peduli apa? Dahlah pendatang asing, lagi mau bising. Kalau aku lesing?? Berpusing macam gasing, baru tau....

Yang best, ada jugak pak cik yang tolong back-up aku. Bangga gak jap. Masa tu aku mengandungkan Eizzah. Agaknya sebab tu Eizzah pun suka cakap lepas je kot. Kah kah kah...


2. Terhegeh-hegeh di Cash Deposit Machine.

Kau dah tau giliran kau dah dekat. At least masa kau jadi orang kedua tu, kau teruslah ambik tindakan berjaga-jaga. Bukannya aku suruh kau sediakan payung sebelum hujan ke hapa. Bengong la pulak aduinya pun. At least, kau dah keluarkan duit berapa hinggit yang kau nak masukkan. And kalau kau tak hafal nombor akaun, teruslah keluarkan henpon ke buku ke kertas ke hapa je lah yang kau dah tuliskan nombor akaunnya tu. Jadi, bila tiba time kau, tak la kau terhegeh-hegeh baru nak bukak handbag, purse bagai nak cari duit. Pastu baru nak kira. Pastu baru nak bukak henpon cari nombor akaun. Pastu tak ingat pulak kau simpan dalam inbox ke, saved message ke, note ke, phonebook ke. Tak ke mendatangkan bengang pada orang belakang kau.

Dan sebaik-baiknya, kalau lebih dari sekali nak masukkan duit, pergilah pusing belakang dan beratur semula. Di bank pun, kena ajar etika la rasanya. Banyak sangat yang belajar tinggi tapi IQ jamban. Susah mau cakap...

Tengok. ATM Machine pun dah pandai kojaq... Kuang hasam.. Hehehe....


Tuesday, November 22

Tolong rajin sikit ye Astro? Jangan rajin nak naikkan charge je. Perkhidmatan kena ambik kira jugak....

Ada benda yang dah lama aku nak meroyan (eh?) kat sini. Tapi asyik terlupa je sebab yang konker minda aku mestilah keletah dan perangai anak-anak aku. So, bila diorang ada buat something yang aku rasa aku suka, or bila aku teringat cerita lama tentang diorang, aku akan jadi lupa dengan apa yang aku nak sampaikan.

Dah lama jugak rasanya aku stop tulis benda-benda bagi pendapat nie. Sebab nak tulis benda macam tu, kena konsentret. Tak syok kalau bagi pendapat, tapi macam hampeh. Buat malu Himawari je, kan? Ada plak kena mengena Himawari dalam kes ni, kan?


Pernah tengok cerita di atas? Ni faveret aku sepanjang zaman nih. NCIS. Bukan LA punya. Ni pun cast yang lama, sebab blom ada Ziva David.


Okeh, ni cast latest season. Setiap satunya ada karakter sendiri. DiNozzo dengan lawaknya. Gibbs dengan serius (tapi comeyyyy)nya, McGee dengan nerd-nya, Abby dengan cerdiknya, Ducky, cool dan memahami... So, aku memang teruja la tunggu siri ni kat Fox (710) atau kat channel-channel lain macam NTV7.


Tapi aku mula terasa sampahnya bila Fox dah mula malas nak tulis sarikata, dan mula nak mengalihbahasa!! Siott je aku dengar.. Okeh, aku bukannya tak pandai sangat English, memang la takde sarikata tu sepatutnya bukan satu masalah. Aku cuma perlu dengar je dialog diorang.

TAPI, kalau kau perlu mendengar dialog dalam keadaan anak-anak menjerit, main pusing-pusing keliling kau siap bergaduh bagai, takkan sengaja nak marah anak atas alasan kau nak tengok TV? Aku tetap rasa rumah kau adalah tempat terbaik untuk anak kau bermain-main. Kalau dia bising kat rumah sendiri pun kena marah, so jangan la terkejut kalau nanti besar dia suka pergi lepak kat tempat lain selain dari rumah sendiri, kan?

Tapi, aku memang rasa nak hempuk kepala orang Astro. Cuba bayangkan mamat Mark Harmon yang bawak watak Jethro Gibbs macho macam ni


bila alihsuara terus jadi macam suara ni :



Hilang keasyikan aku derr~~ Bikin menyampah ada laa... Bayangkan si Giant ni cakap istilah perundangan, perubatan, sains semua? Pergh, takde feel langsung. Macam order chocolate ice blend tapi dapat sirap tawar. Faham??

Tolonglah orang ASTRO. Especially yang handle Channel Fox 710. Korang harga pakej nak naik, charge customer macam-macam. Dahlah banyak masanya aku bayar saja-saja je sebab hujan, ko tak boleh nak siarkan apa-apa kat TV cikai aku tu sebab sistem satelit ko tu lemau. So, tolong la jangan menjatuhkan maruah hero NCIS aku tu, ye??

Paling aku hangin kalau mamat hensem lawak poyo Tony DiNozzo yang selalu kena lepuk belakang kepala dengan Gibbs sebab sengal ni...


suara dia jadi macam ni lebih kurang..



Eiiii....... Marahnya akuuuuuuuuu!!!!!!!!!!


Itu belum lagi kira cerita Bones :

Aku suka giler watak Temperance Brennan, memang serasi la dengan Seeley Booth tu...


NCIS Los Angeles :

Kalau aku tengok watak Hetty Lange tu, aku teringat watak yang buat costume dalam kartun Mr. Incredible. Serius dowh...


CSI

Ni cast lama nie. Sebab Warrick Brown tu dah mati (watak je laa). Then ada watak baru nama Dr. Langston yang takdak dalam gambar...


CSI New York

Gambar lama jugak ni. Sebab si Melina Kanakaredes @ Stella Bonasera tu pun dah takdak dah. Ganti dengan watak detektif Jo Danville.


CSI Miami (alolo... Horatio Caine!!)



Semua ni cakap BM? Aku bukan nak hina BM. Cuma, jangan la malas, ASTRO weh!! Bagi la dua-dua. Alih bahasa pun buat, sarikata pun bagi jugak. Hangpa jangan nak baloq liat sangat laa nak kata tak boleh. Pasaipa Channel 393 tu boleh?? Cerita Korea tu? Nak dengar bahasa melayu boleh, nak tengok sarikata pun boleh?? Kalau pemalas, cakap la pemalas!! Ceiss...

Ada jugak yang tension dan COD beliau adalah subdural hematoma sat lagi nih... Takpun ada jugak yang aku sebabkan COD dia asphyxia.. Kui kui kui... Oh ya, COD adalah 'Cause of Death' ye anak-anak? GSD maksudnya 'Gun-shot Residue'. Kalau korang tembak orang, kita boleh kesan tau? Dengan syarat korang tak basuh baju pakai Clorox la... Pakai sabun Tops tak sure la pulak..

Tengok, menonton semua perkara di atas juga membolehkan anda menggunakan istilah sains dengan betul dan hebat, tau? Belajar Sains dengan lebih berkesan apa, kalau through cerita seperti di atas....


Monday, November 21

Dah tau dah, Malaysia mesti menang punya bola malam nie!! Tahniah!!

Err, makluman awal, no? Entry aku tarak sangkut paut dengan tajuk. Keh keh keh...

Apa-apa pun, nak cakap jugak - PADAN MUKA KORANG, GARUDA!! Kuang kuang kuang~~~

Tengok Eizzah dengan Zikri tidur... Dan yang dalam perut nie dah mula terasa bergerak-gerak. Aku teringat pulak masa diorang kecik-kecik. Ish, tak sangka pulak dah nak masuk 3 anak aku. Baru awal tahun nie aku terasa Zikri masih kecik. Tetiba bila nak dapat adik, tetiba jugak dia macam dah besar sangat. Dah tak pakai pampers, dah boleh tidur bilik sendiri (walaupun kadang-kadang terselit jugak dekat aku di Subuh hari), dah pandai pergi toilet (walaupun masih ditemani ayat kesian "Shiape nak teman shaye, mama?").. Hehe...

So aku godek-godek balik henpon suami aku dengan lappy ni. Kot-kot laa ada gambar mengimbau kenangan. Serius, henpon suami aku amat berguna untuk flashback memori masa silam. Henpon aku mana ada... Dah berapa kali hilang dah...

So, kita mulakan....


..Sesi flashback... Dengan amaran, jangan flash lampu kereta anda... Huhu~ Takde kena mengena...

Eizzah Nur Harris binti Salim.
Lahir 8 November 2006.
Gambar masa 2 bulan plus plus.
Menjadi pelarian banjir gelombang kedua di Taman Impian Emas, Skudai, rumah makcik aku. Huhu...

Eizzah 1 tahun plus plus.
Saja letak gambar nie, so bila dia dah besar kalau dia nak lawan cakap aku, aku tunjuk gambaq ni bagi. Biaq dia malu sambil lari menutup muka masuk ke bilik menangis teresak-esak di atas katil.
(Ingat drama swasta Melayu ka, Mak Jemah woih??) Keh keh keh....

Eizzah - birthday 4 tahun. Tak la grand macam yang 5 tahun. Kitorang je sambut sendiri-sendiri kat rumah. Yang uniknya, dapat kek Doraemon. Tu je la kot.. Hehe..

Eizz Zikri Harris bin Salim.
Lahir 10 Disember 2008.
Ni gambar dalam 1 jam lepas dilahirkan.
Suami aku amek gambar nak SMS kat orang bagitau baby dah lahir.. Hehe...

Zikri - 5 bulan.
Gambar dekat Hotel Katerina, Batu Pahat.
Aku kena hantar team sofbol Kota Tinggi pergi peringkat Negeri. Lepak sini bawak anak-anak dengan suami aku. Best woh... Nasib baik anak-anak aku tak buat perangai, senang suami aku. Hehe..

Zikri - setahun plus plus.
Hehe... Tak tau nak tulis apa. Layan je la sengih nakal dia tu. Kui kui kui...

Eizzah Nur- sekarang.
Econsave Taman Daiman, Kota Tinggi.

Zikri - sekarang.
Pun kat Econsave Taman Daiman, Kota Tinggi.



Mereka sekarang.

Buah hati pengarang jantung pisang... eh.
Kadang-kadang bisa membuatkan mama menjadi Super Saiya.

Mama dan abah sayang Eizzah dan Zikri, a lot!!




LOTS AND LOTS AND LOTS OF LOVE, SAYANGS!!



Sunday, November 20

Taman Herba, SMK Laksamana Kota Tinggi (1)



Secara rasminya, sudah start cuti sekolah untuk diriku.. Tahniah la.. Selepas setahun bagai nak rak, dapat jugak rehat sekejap. Tapi pada sesiapa yang tak tahu apa-apa, sebelum cakap banyak, kitorang bukan cuti guling-guling macam budak-budak sekolah, ok? Masih ada tugasan-tugasan akhir tahun yang perlu diselesaikan. Jangan nak memandai-mandai tuduh itu ini kalau anda tak tahu skop perguruan sebenar, ye??


Tahun lepas aku tak cuti langsung. Sebabnya, aku ada projek dengan panitia Sains untuk meng-upgrade Taman Herba sekolah aku... So, dalam 2,3 minggu jugak masa cuti sekolah tu aku berkampung di sekolah. Lepas tu, terus aje sambung dengan tugasan sulit dan rasmi aku. Hehe.. Disebabkan aku dah terlepas tarikh 11/11/11 ari tu, so saja la aku buat entry nie untuk 20/11/2011. Bukan ada apa sangat pun.. Hehe...

Sesi membancuh simen oleh Kak Jamie dan Kak Zu. Dua-dua lab assistant. Hebat woo, boleh bancuh simen. Aku amek bahagian bab angkut bata je. Tu pun dah macam hapa sakit pinggang sampai dua tahun. Keh keh keh...

Ni Kak Mala, lab assistant. Tengah ketuk batu bagi jadi kecik-kecik. Nak buat apa ntah. Aku dah tak ingat. Maklumlah dah setahun...

Tengah bina kawasan petak. Kat kawasan ni nak letak herba yang digunakan dalam masakan.. Tengah gitu pun sempat lagi si Syukhaimi ni berposing.


Tengah tekun berusaha dengan si Jiji. Masa ni Jiji baru Form 4. Sekarang dia tengah berusaha untuk jawab SPM pulak. Cepat sungguh masa berlalu.. Huhu~

Lab assistant dan pelajar sedang bergotong royong. Happening giler masa tu...

Ini laa center of attraction taman herba kitorang. Bukan senang woo nak buat design bulat-bulat tu.. Nasib baik ada Cikgu Za'im (pakai topi), suami Kak Norlida (baju biru) tolong design dan bina. Ni memang kepakaran dia. Dia cikgu sekolah Teknik, bersusah-payah korbankan cuti untuk tolong kitorang... Huhu... Mekasih banyak-banyak...

Sempat lagi tu, posing sambil susun bata. Bukan main lagi Kak Norlida dengan Kak Rin. Kak Rin tu la lab assistant yang jaga lab Bio aku. Sekarang dah tukar orang dah. Ada budak baru masuk kerja. Yang tinggi kat tengah tu untuk diletakkan mangkuk kat atas dia, nak isi pokok yang dalam air. Masa nie belum decide lagi pokok apa. Sekarang dah decide pun aku tak tau nama pokok tu pokok apa. Keh keh keh...

Menyimen laa pulak. Touch-up kasi cantik-cantik ye? Hehe... Yg hujung sekali tu Sharul, lab assistant. Sekarang dia dah pindah. Ada gak gambar kenangan. Hehe..

Yang baju oren tu Kak Zah, Guru Kanan Sains Math. Pun rela hati turun site buat kerja construction. Keh keh keh...

Eleh Kak Zu, yek yek je pose dengan cat kat situ. Padahal blom siap pun kawasan tu untuk dicat. Hehehe... Itu nak cat area lain sebenarnya...

Tengah bersihkan baki-baki simen. Nanti tak cantik plak nak dicat. Yang baju pink kat belakang tu Husna, anak Kak Zah.


Sesi mengecat. Ni kitorang buat kotak-kotak kecik untuk pokok-pokok yang rare. Macam Tongkat Ali, Kacip Fatimah and the gang. Lupa plak nak amek gambar masa dah siap tanam pokok. Disebabkan dah setahun, pokok kat sini semua dah besar amat. Pokok gandarusa yang ayah aku sponsor pun dah tinggi dari aku dah. Kui kui kui...


Tahun nie, ada projek baru untuk taman herba ni. Kitorang dapat wakaf, pemberian dari pihak sekolah. Terima kasih kepada Encik Md Din, pengetua kitorang. Tapi kali ni, pembinaan betul-betul dilakukan oleh pekerja binaan, bukan kitorang lagi. Kitorang bukannya ada sijil kott.. Haha.. Nanti laa, aku tambah lagi gambar-gambar Taman Herba terkini, dan juga mungkin gambar wakaf kitorang yang cun giler babeng yang telah siap. Muah ha ha ha~~