Semalam, memang tak masak pun. Sebab kat Saujana ada pasar malam. So, kalau pasar malam Saujana, apa lagi yang best kalau bukan nasi kerabu.. So, kitorang anak beranak bedal nasi kerabu je semalam. Dah lama tak makan, sedap banget. Dah habis licin hingga menjilat jari kaki baru teringat nak snap gambar nasi kerabu. Hapa ke kes, kalau dah tinggal kertas pembalut dgn tulang ayam je. Tak payah ler jawabnya. Kui kui kui...
Dah tu, hari ni kat rumah ibu, budak-budak nie makan lauk ayam masak kicap. So, aku terpaksa laa tukar menu, buat kari ayam. Eh, gulai ayam la kot, lagi tepat. So, anak-anak kali nie sibuk main game kat depan, aku masak sorang-sorang kat dapur. Boring le pulak, so mari kita 'Senduk-senduk Fifiy' la yek?
TAPI ini cara aku masak. Simple tahap beli kuih raya main tunjuk-tunjuk. Sebab anak aku cerewet. Jumpa benda pelik je dalam makanan, tobat dia tak makan. Bawang pun nak kena tumbuk lumat-lumat. Kalau setakat hiris, hmmph, alamatnya tak makan le... Nak jumpa resipi grand bapak punya, takde la kat blog aku ni ye? Baik korang cari kat blog orang lain yang lebih berkaliber. Blog aku tak berkaliber bab masak. Siyes.
Tu dia, ayam setengah ekor. Selalu beli dah siap potong kecik. Ha kau, menggigil jugak la potong ayam. Tapi sebab aku terer tahap gaban, ada rupa ayam gak la selepas dipotong. Tak de la ayam aku tukar jadi ikan.. :D
Benda basic. Takde kalu, tak syiokk la.
Disebabkan aku tak pandai menggiling rempah aku sendiri, so aku pakai yang ini... :D
Hensem plak encik kambing kat depan tu.... :DD
Ini haruslah... Mau santannya. Takkan nak masuk macam ni plak, ye tak? Dah jadi kuih koci pulak gulai ayam tu nanti...
Proses memerah santan nama dia. Dulu aku suka beli yg dlm kotak je. Senang. Lately, aku tak suka plak. Aku enjoy lagi cara tradisional camni. Agak nak masak banyak sikit, aku blend je before perah. Lagi banyak santannya.
Ni cara ayah aku ajar. Bawang sume tu tumbuk, campur dengan serbuk kari (aku pakai dua sudu besar je), tambah air sikit, gaul sebati. Baru tumis. Masa nie, aroma dia, pergh.... Walla wey~ Best!!
Agak-agak dah masak sikit rempahnya, masuk je la ayam. Tambah air sikit. Tunggu empuk.
Bila dah empuk, masuk la garam dgn ini, nisang kata orang Terengganu. Manisan kot, bahasa biasa. Bahasa lagi biasa, gula melaka. Sebab tu aku kata aku tak masak kari, aku masak gulai. Ini siap diorder khas dari Terengganu tu. Kakak ipar aku pos. Gula melaka biasa tak sedap sangat. Mau dari Terengganu jugak.. Keh keh keh...
Real life tu, tengah mendidih. Dalam gambar tak nampak sangat. Dah ok, masuk je la santan. Tunggu sampai masak. Tutup api dapur, jangan lupa...
Ok, nasi pun dah masak. Apa lagi..................
Kita ENJOY!! Eh, kita makan!!! Kakak memang tak payah cakap la, hantu gulai dia ni. Bertambah-tambah dia makan. Siap cakap "Kakak nak bawa bekal eh esok? Nak lauk kari dengan nasi." Aku jawab senang je "Cakap dgn abah"... Muah ha ha ha~
Siap berbual lagi...
Zikri : Shaye ade kicap, kakak takde kicap..
Eizzah : Eleh, kakak ada kuah, awak takde kuah...
(semua ayat sengaja nak cari gaduh :p)
Yeah, itu dia. Dessert suda mari... Hehe....
Tadaa! Banana split!! Alang-alang ada pisang, buat je la... Yang dua kat atas tu, yang ada 2 scoops aiskrim tu, Eizzah dengan Zikri punya. Yang ada 3 scoops haruslah aku yang punya... Lallala~ :DD
Untuk suami aku, aku tak buat dulu. Aku kena tanya dulu dia nak tak. Sebab dia tak minat sangat dessert apa semua ni...
Nampak?? 3 scoops gitu.... Ahaks... Lepas tu, jenuh aku bongkar almari, nak cari rainbow sprinkle. Lepas tu baru teringat, hari tu budak berdua tu dah makan sebab diorang ingatkan gula-gula diorang. Cheiss~ Dahlah, comey dah la banana split aku tu...
Aku siapkan dessert ni lepas masak lauk. Kalau bebudak ni nampak, konfem tak makan nasi. So, aku sembunyikan la dulu. Tengok, sembunyi dalam freezer. Keh keh keh...
Dah siap makan nasi, baru la aku keluarkan banana splitnya. Tengok, khusyuk makan. Paling lawak ayat Zikri, "Emm, syedapnya mama masak aiskrim!" Huhuhu.. Then aku teringat something yang aku beli untuk touch up rojak...
See, kacang tumbuk... Aku letak jugak la kat budak dua orang tu. Then, untuk aku, haruslah kacang melimpah ruah hingga tak nampak rupa aiskrim langsung. Kui kui kui....
Dah, nak teman bebudak ni tidur. Sekali lagi, bentang comforter mengadap TV. Adui laa....
4 comments:
Ngah, banana split hang jugak x jadi2...wat mmbazir je aku belikan cokolat hershey tu...
keh keh keh... itu laa.. coklat hershey la nie.. :))
wei... kan da buat aritu... ko takde ke?
ah sudah... amende korang dok serumah pun tak sedar apa yang berlaku kah??
Post a Comment