Sebelum start menulis.... aku nak wish dulu...
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-5,
ANAK MAMA DAN ABAH,
EIZZAH NUR HARRIS!!
Pagi-pagi lagi aku dah kelam kabut masuk barang dalam kereta. 5 plastik besar beg goodies, kek, cupcakes, beg baju anak-anak nak bawak pegi rumah Kak Yati, bahan mentah untuk masak mihun goreng, handbag aku.. Eh, aku pernah tau tertinggal handbag. Menggelepar aku balik rumah ambik... Tak mau dah aku nak patah balik ke rumah lagi...
So, hari ni aku yang hantar Eizzah Nur pergi sekolah. Dah suami aku naik motor je pergi kerja. Kesian pulak nak suruh dia naik kereta hantar Eizzah lepas tu pusing balik ambik motor baru pergi kerja. Aku bagitau dulu Penolong Kanan 1 aku yang aku akan lambat sikit. Tak berani beb, datang lambat tak bagitau. Lagipun, awal pagi aku takde kelas. Budak-budak Form 5 plak ada Hari Graduasi.
So, aku hantar Zikri dulu pergi rumah Kak Yati, letak kek dan bahan mentah buat mihun, serta ambik Zaki, anak Kak Yati merangkap anak murid aku. Pastu baru pergi hantar Eizzah ke sekolah. Turunkan beg goodies, cupcakes dan pass kamera aku kat teacher dia. Mintak tolong ambikkan gambar. Lepas tu baru pergi sekolah.
Lepas tu balik sekolah, aku singgah dulu beli barang-barang lain untuk Kak Yati masak mihun. Nanti petang nak buat jamuan birthday Eizzah kat rumah ibu dia. Disebabkan ibu dia seorang tukang masak yang hebat, so mintak tolong ibu dia je la... Then aku makan nasi dulu kat rumah Kak Yati (haha, boleh la pulak kan?) baru aku pergi pregnancy check-up kat KKIA Kota Tinggi. Masa nie, semua budak-budak kecik yang Kak Yati jaga tengah tidur. Memang sengaja suruh tidur dulu. Nanti tak kalut sangat.
Balik je dari KKIA, kawan lama aku dari Ulu Tiram yang juga adik ipar Kak Yati pun dah sampai. Semua tengah sibuk memasak kat dapur. Then, sorang sorang bebudak kecik tu bangun. Anak-anak kak Yati, Fiqa dan Anis la jadi tukang mandikan bebudak tu. Anak-anak aku paling awal mandi... Sebab diorang paling awal bangun.
Bila dah siap semua, Ila anak sulung kak Yati pun hidang la mihun dengan kek kat meja depan. Semua masa tu dah duduk keliling kek dah. Diorang pulak yang excited. Keh keh keh... Nasib baik aku dah tengok kek tu semalam. Kalau tak, dengan aku sekali bantai jakun sama...
Tu, dah pakat duduk keliling dah. Ni yang besar-besar belum keluar bilik lagi. Aku suruh Zaki ajak kawan-kawan rapat dia yang selalu dok tolong aku kat sekolah join sekali. Tu, mihun dengan sambal kat sebelahnya. Sambal tu yang sedapp sangat sebenarnya :D
Ada dua muka baru bangun tidur kat sini, Amanda (atas riba Anis) dengan Sofea (sebelah Eizzah). Diorang paling lambat bangun. Zikri dah buat muka concentrate dah.
Ni kitorang panggil Aina kecik. Sebab ada sorang lagi nama Aina jugak. Saja amek gambar dia, sebab dia pose selamba je, tak susah nak suruh-suruh.
Ni kawan aku/adik ipar Kak Yati (pengasuh). Tapi kan, nama dia pun Yati jugak... Ahaha... Aku panggil kak Yati jugak. Tapi nama dia Zuriati. Pengasuh aku Haryati. Konfius, jangan tak konfius. Atas dukung tu Amirul Rayyan nama dia... Bukan anak kak Yati... Anak orang lain.
Ni tengah fikir camne nak pasang lilin. Nak cucuk kat kek, takde stand. Sambil tu, posing la dulu. Sebelah Eizzah tu baru la anak Kak Yati kawan aku kat SMK Ulu Tiram tu.. Adib nama dia..
Memang edible tu la yang menjadi daya tarikan semua. Then rupanya semua butterflies yang ada kat situ boleh dimakan jugak. Masa ni, kiri kanan depan belakang kek tu dah kena calit dek jari-jari halus... Kuang kuang kuang... Haaa.... Yang belah kiri Eizzah tu la Aina besar. Sebelah kanan tu kakak dia, Izzati. Yang depan nampak telinga tu? Keh keh keh... Sah sah laa anak teruna aku...
Muka-muka penantian penuh kesabaran walaupun kelaparan... Ki ki kii...
Nak amek gambar Amanda sebenarnya. Tapi dia bergerak pulak. Dia ni manja dengan aku. Siap panggil aku 'ma' lagi.. Hehee...
Okeh, lilin sudah sampai. Kreatif, kan? Takyah letak atas kek, letak je atas pinggan. Adib yang super excited. Masa dia datang tadi, semua orang kan tengah tidur. Dia nak main lilin kek Eizzah, mama dia marah. So, dia cari lilin putih besar yang kita pakai masa blackout tu, nak suruh nyalakan. Hahaha...
Okeh, last pose sebelum tiup lilin dengan potong kek...
Tiup, jangan tak tiup ye kak.... Sila lihat muka Zikri... Hehe... Agak-agak dia tengah fikir apa?
Okay, dah~~~ Apa lagi kak, potong la kek. Semua orang sedang kebuluran ni... Kecuali aku, sebab aku kan baru lepas makan nasi :))
Haa, aku rasa dari start dia dah nak try pegang gambar edible tu. Sebab dia memang nampak hairan macam mana boleh ada muka kakak kat situ. Tapi bagus la Yatie Kek nie (laa, orang kek tu pun nama Yatie jugak, ek??) dia letak cover plastik atas edible tu. So kalau kena cucuk pun, dia tak effect laa....
Rasminya, Eizzah dah potong kek birthday dia... So, kena laa ada orang amek alih untuk potong dan bagi-bagikan... Of kos la orang tu bukan aku. Aku mana reti potong kek.... Haha... tak main-main dowh, aku memang tak reti....
So Kak Yati SMK Ulu Tiram la yang amek alih memotong kek... Aku amek gambar je laa... Masa mula-mula, kitorang langsung tak perasan ada plastik kat edible tu. So, memang tak dapat nak potong.. Ingatkan memang takleh potong. Rupanya bila krim-krim kat tepi tu dah berkurangan, baru la semua perasan ada selapis nipis plastik. Hmmph, lepas tu Eizzah dengan Aina kecik yang makan edible tu...
Mulut Eizzah dah comot sebab dia dah makan salah seekor butterfly tu. Orang lain dengan sabar je menunggu Kak Yati potong kek.
Ni anak-anak murid aku Rasheed dengan Hazim. Tadi ada 6 orang yang datang termasuk Zaki. Shaaban aku tak dapat nak amek gambar sebab dia pemalu sangat. Makan kat dapur dengan Imran adik Zaki dan abang Hairul suami kak Yati SMK Ulu Tiram.
Ni la Jiji yang datang hantar biskut hari tu. Konon buat gaya businessman la tu, sibuk dengan tipon. Makan dulu la, der... Lambat sikit, barula Shafiq pulak sampai. Masa tu aku tengah makan, takde laa nak amek gambar lagi :)
Saja nak amek gambar pemandangan beramai-ramai makan. Tapi malas nak bangun. Aku tengah enjut buai Amirul Rayyan masa ni, sebab Kak Yati pengasuh tengah makan sambil menyuap bebudak.
Ni pemandangan belah tepi. Ila tengah menyuap Eizzah. Sebelah tu Aina besar dengan Fiqa, anak Kak Yati pengasuh yang bongsu.
Ini budak, best friend Zikri. Andi nama dia.. Nama penuh Andika. Dia berdua je la boboi kat rumah ni. Masa mak dia cuti bersalin hari tu, serba tak kena laa Zikri kat rumah ibu dia ni. Amirul Rayyan tu la adik dia. Kan muka sama tu?? Hee....
Ni nak curi amek gambar Zaki. Sekali terambik gambar bontot si Hazim laa pulak. Menyampah aku Zaki ni, malu laa konon tanak amek gambar. Piirahh!
3 bungkus mihun, clear! And mihun Kak Yati memang sangat sedap.... Bertambah-tambah semua orang makan....
Gambar akhir aku amek sebelum aku disuruh makan oleh Kak Yati pengasuh. Aku kenyang lagi, baru makan nasi pun. And aku memang niat nak bagi orang lain makan. So, aku jamah laa sikit. Aku banyak minum air je.
Sambutan birthday kat tadika Eizzah, aku kena tunggu teacher Eizzah pulangkan balik kamera aku dulu. Aku rasa dia tak harap nak bagi Eizzah bawak balik kamera tu. So, esok baru aku pergi amek kamera tu kat Tadika. Tunggu~~~!!
2 comments:
Dah besar da anak buah aku ni ha hehe
Maaf hadiah tiada. redeem dari hotlink je la yea.
Oh belum ada prepaid hotlink? Rugi.
Ada, siapa kata tak ada? Aku laa yang ada prepaid hotlink tu...
Post a Comment