Sunday, November 20

Taman Herba, SMK Laksamana Kota Tinggi (1)



Secara rasminya, sudah start cuti sekolah untuk diriku.. Tahniah la.. Selepas setahun bagai nak rak, dapat jugak rehat sekejap. Tapi pada sesiapa yang tak tahu apa-apa, sebelum cakap banyak, kitorang bukan cuti guling-guling macam budak-budak sekolah, ok? Masih ada tugasan-tugasan akhir tahun yang perlu diselesaikan. Jangan nak memandai-mandai tuduh itu ini kalau anda tak tahu skop perguruan sebenar, ye??


Tahun lepas aku tak cuti langsung. Sebabnya, aku ada projek dengan panitia Sains untuk meng-upgrade Taman Herba sekolah aku... So, dalam 2,3 minggu jugak masa cuti sekolah tu aku berkampung di sekolah. Lepas tu, terus aje sambung dengan tugasan sulit dan rasmi aku. Hehe.. Disebabkan aku dah terlepas tarikh 11/11/11 ari tu, so saja la aku buat entry nie untuk 20/11/2011. Bukan ada apa sangat pun.. Hehe...

Sesi membancuh simen oleh Kak Jamie dan Kak Zu. Dua-dua lab assistant. Hebat woo, boleh bancuh simen. Aku amek bahagian bab angkut bata je. Tu pun dah macam hapa sakit pinggang sampai dua tahun. Keh keh keh...

Ni Kak Mala, lab assistant. Tengah ketuk batu bagi jadi kecik-kecik. Nak buat apa ntah. Aku dah tak ingat. Maklumlah dah setahun...

Tengah bina kawasan petak. Kat kawasan ni nak letak herba yang digunakan dalam masakan.. Tengah gitu pun sempat lagi si Syukhaimi ni berposing.


Tengah tekun berusaha dengan si Jiji. Masa ni Jiji baru Form 4. Sekarang dia tengah berusaha untuk jawab SPM pulak. Cepat sungguh masa berlalu.. Huhu~

Lab assistant dan pelajar sedang bergotong royong. Happening giler masa tu...

Ini laa center of attraction taman herba kitorang. Bukan senang woo nak buat design bulat-bulat tu.. Nasib baik ada Cikgu Za'im (pakai topi), suami Kak Norlida (baju biru) tolong design dan bina. Ni memang kepakaran dia. Dia cikgu sekolah Teknik, bersusah-payah korbankan cuti untuk tolong kitorang... Huhu... Mekasih banyak-banyak...

Sempat lagi tu, posing sambil susun bata. Bukan main lagi Kak Norlida dengan Kak Rin. Kak Rin tu la lab assistant yang jaga lab Bio aku. Sekarang dah tukar orang dah. Ada budak baru masuk kerja. Yang tinggi kat tengah tu untuk diletakkan mangkuk kat atas dia, nak isi pokok yang dalam air. Masa nie belum decide lagi pokok apa. Sekarang dah decide pun aku tak tau nama pokok tu pokok apa. Keh keh keh...

Menyimen laa pulak. Touch-up kasi cantik-cantik ye? Hehe... Yg hujung sekali tu Sharul, lab assistant. Sekarang dia dah pindah. Ada gak gambar kenangan. Hehe..

Yang baju oren tu Kak Zah, Guru Kanan Sains Math. Pun rela hati turun site buat kerja construction. Keh keh keh...

Eleh Kak Zu, yek yek je pose dengan cat kat situ. Padahal blom siap pun kawasan tu untuk dicat. Hehehe... Itu nak cat area lain sebenarnya...

Tengah bersihkan baki-baki simen. Nanti tak cantik plak nak dicat. Yang baju pink kat belakang tu Husna, anak Kak Zah.


Sesi mengecat. Ni kitorang buat kotak-kotak kecik untuk pokok-pokok yang rare. Macam Tongkat Ali, Kacip Fatimah and the gang. Lupa plak nak amek gambar masa dah siap tanam pokok. Disebabkan dah setahun, pokok kat sini semua dah besar amat. Pokok gandarusa yang ayah aku sponsor pun dah tinggi dari aku dah. Kui kui kui...


Tahun nie, ada projek baru untuk taman herba ni. Kitorang dapat wakaf, pemberian dari pihak sekolah. Terima kasih kepada Encik Md Din, pengetua kitorang. Tapi kali ni, pembinaan betul-betul dilakukan oleh pekerja binaan, bukan kitorang lagi. Kitorang bukannya ada sijil kott.. Haha.. Nanti laa, aku tambah lagi gambar-gambar Taman Herba terkini, dan juga mungkin gambar wakaf kitorang yang cun giler babeng yang telah siap. Muah ha ha ha~~


No comments: