Sunday, March 20

Apa aku buat masa cuti. (Ada Khairul Fahmi Che Mat dgn Nadal)

TAHNIAH!!

20 perkara yang aku berjaya buat sepanjang cuti :

Aku berjaya :

1. Siapkan pendaftaran 206 orang pelajar SPM di sekolah aku.. Paling sikit 8 subjek, paling banyak 12 subjek..

2. Siapkan penandaan kertas Ujian Formal 1 sebanyak 6 kelas.
4 kelas untuk subjek Bio : 2 kelas Form 4, 2 kelas Form 5.
2 kelas untuk subjek Sains : 1 kelas Form 4, 1 kelas Form 5.

3. Beli handbag baru di Alamanda Putrajaya.

4. Menghabiskan 7/9 hari cuti aku di rumah parents aku di Serdang, Selangor. Yeehaa!! Hepi, hepi!!

5. Pergi Water World merangkap Air Terjun Kota Tinggi dengan adik-adik aku.

6. Belajar tengok cerita Korea dengan Umi dan Ayah aku. (Cerita Sign memang best!!)

7. Kenal apa itu iPod dan iPad.

8. Pegang sendiri iPod dan iPad.

9. Boleh membezakan antara iPod dan iPad (akhirnya!!)

10. Memanfaatkan aplikasi di dalam iPod dan iPad (cheh, main game tu ko kata memanfaatkan? Ye la, sebab nak hilangkan stress akibat point no.1 dan no.2. Jadi, sila rujuk point no.1 dan no.2.)

11. Belajar cara nak cucuk HDMI cable kat laptop dan kat TV sendiri. Siap boleh layan cerita Kembar Siang dari Youtube, dah tak payah pergi panggung. Beli CD pun tak payah. Save duit aku.

12. Mengetahui bahawa aku boleh buat air milo biasa takyah kacau guna sudu, cuma pakai blender. Hua hua hua.. Pemalas tahap Hagemaru punya mak.

13. Menyedari bahawa aku boleh kemas rumah sambil bebel-bebel pada suami dengan anak-anak aku, tapi akhirnya aku yang penat mengemas dan membebel sedangkan mereka bertiga boleh lena tido depan TV. Aku bebel pun mereka boleh tidur? Hairan tahap matematik tambahan.

14. Baru tahu suami aku langsung tak jeles aku asyik sebut nama Khairul Fahmi Che Mat. Sebab dia tau aku sebut je, padahal satu hapah game Piala di Malaysia (bukan hanya Piala Malaysia) aku bukan ambik peduli pun. Err, ada ke game selain Piala Malaysia? Ada kot.

20. Aku betul-betul minat Rafael Nadal. Serius aku minat dia rupanya.














Ye, aku tau. Takde point 15-19. Sebab aku dah malas nak betulkan title.

Wednesday, March 2

Best woo Sekolah! Tak percaya tanya orang dah lepas sekolah~


Aku rindu giler pada zaman aku masih bergelar pelajar. Sesungguhnya saat-saat manis glukosa bagi aku adalah ketika aku tengah comel dan masih dipanggil pelajar, tak kira masa sekolah rendah, sekolah menengah, atau ketika di universiti. Tapi aku rasa, aku tetap comel jugak kutt sekarang.. Walaupun aku bukan pelajar, tapi pengajar.. Iye, aku tau kamu setuju... Mekasih, aku tau aku comel. Sangat pulak tu. Bukan comel sikit-sikit....

Tapi, tuntutan tugas ummi (mother) aku sedikit sebanyak menimbulkan rasa tension aku kepada dunia belajar aku. Serius aku tension beb.. Paling aku tak tahan kalau aku terpaksa melalui satu lagi hari sebagai 'budak baru'.. Mana taknya, kalau pindah daerah, mestilah pindah sekolah sekali. Aku bukan duduk asrama. Aku anak manja, mesti mau ikut mana aje ummi dengan ayah aku pegi.. Walaupun aku tak pernah tanya ummi dengan ayah, diorang nak tak aku ikut diorang.. Ehehe (*.*)

Masa aku sekolah rendah, aku ada 4 buah sekolah rendah... 4!! Dan dua daripadanya di daerah yang sama.


SEKOLAH RENDAH

i. SRK Tunku Putera, Baling, Kedah. (1988-1989)
Aku start sekolah rendah kat sini. Aku ada best friend yang rumahnya depan rumah aku je. Yang paling aku ingat adalah memori aku kena test mata dengan nurse. Terlalu amat konfem kerabunan aku masa tu. Darjah 2, aku dah kena pakai spek. Hehe :D Apa ketawa? Itu menunjukkan aku rajin study okeh? (A'ah, study-lah-sangat...)






ii. SK Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah (1990)
Kott, nama sekolahnya.. Tak ingat sangat, aku duduk situ seminggu je. Aku masuk Darjah 3 di sini, tapi entah kenapa ummi aku pindahkan aku ke sekolah lain. Tapi aku rasa faktor pengangkutan... Sekolah nie jauh sikit dari rumah aku.





iii. SRK Father Barre Convent, Sungai Petani (1990)
Dan aku sambung baki darjah 3 aku selama 5 bulan 3 minggu lagi di sini. Perghh, agak sombong budak-budaknya. Maklumlah, akukan budak baru, bertudung plak tu. Semua orang tengok aku macam alien. Ekskius me... Ada pernah korang tengok alien comel dan berwajah tulus suci macam aku nie? (CJ7 tak masuk kategori yang sama dengan aku). Biasa-biasa aje kat sini. Takde benda menarik pun. Yang best cumalah, aku pergi dan balik sekolah dengan BECA! Syok, bebudak sekarang tak rasa nikmat seronoknya naik beca.. Setakat berlagak dengan kereta mak ayah beli, mampus aku tak heran~ Lain la korang yang beli sendiri pakai duit sendiri...


iv. SK Taman Uda, Alor Setar, Kedah (1990-1993)
Aku sambung lagi 6 bulan darjah 3 kat sini. Kat sinilah aku menamatkan pendidikan rendah aku. Dan memang aku rendah pun. Kalau beratur dalam perhimpunan, aku tak pernah booking tempat belakang. Mesti depan-depan. Tapi best duduk depan, salur pernafasan tak tersumbat dengan bau ketiak orang tak mandi pagi... Oksigen cukup, jadi masuk kelas dengan senyum lebar dan minda cergas. Kat sini jugak aku kenal erti cinta pertama (hmm..) Bongok hapa. Cinta kunun, lebih kepada cinta monyet la kot. Aku pun lupa nak tanya monyet, diorang bercinta tak... Kalau monyet tu ditakdirkan menjawab "kitorang tak main la cinta-cinta nie" maka aku tukarkan istilah itu kepada "cinta budak-kecik-sekolah-blom-habis-dah-gatal-nak-ada-pakwe"...
Dan kat sini juga aku mencipta kejayaan cemerlang dalam UPSR... Straight As, dan dikongsi bersama 40 orang kawan-kawan aku yang lain.. Sekolah kami memang hebat!!

Dan sekolah menengah aku pun boleh tahan jugak, ada 3. Dan sekali lagi, dua daripadanya di daerah yang sama.






SEKOLAH MENENGAH

i. SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. (1994-1996)
Mula mengenali uniform berkain biru turqoise. Dan aku stay kat sini sampai aku Form 3. Cerita sedih, aku diserang demam campak sehari sebelum PMR. Bukan ada orang campak demam tu kat aku.. Chicken pox cakap orang Inggeris, tak kira di Amerika ataupun di Britain. Dah macam hapa dah kepala hotak aku masa jawab exam. Dengan sakit, berdenyut-denyut... Tapi aku gagahkan jugak. Nasib baik bintik campak tu tak naik ke muka. Jadi aku pura-pura macam takde hapa-hapa. Kalau tak, dah sah-sah kena kuarantin... Huwaa! Tak nak... Alhamdulillah... Aku masih boleh dapat result yang cemerlang.


Ko tengok... Sekolah yang pernah aku belajar, kebanyakannya dapat sekolah cemerlang peringkat kebangsaan, okay?? Hahaha~ Terbangga sekejap......



ii. SMK Agama Kedah, Alor Setar. (1997)
Masa aku mohon nak masuk sekolah nie waktu Form 1, dia tak nak aku. Bila aku tak nak dia masa Form 4 nie, dia offer plak kat aku. Benci betul. Tapi sebab sekolah SMKSB takde offer sains tulen bersama Bahasa Arab Tinggi, so aku pergi jugak ke sekolah ini... Sekolah nie pun banyak menduga kesabaran aku. Tapi kat sekolah ini jugak aku banyak mengenali tingkah laku manusia. Apa yang dipotretkan di zaman sekolah, tak sama sebenarnya dengan realiti dan kehendak masing-masing. Mungkin aku jahat masa kat sekolah, tapi aku rasa siapa aku kat sana, itulah juga aku sekarang. Aku bukan hipokrit. Aku tak berpura-pura lemah lembut, sopan santun, cakap tak pijak tanah, kontrol ayu. Aku sama saja macam aku sekarang. Sebab tu agaknya aku dan geng-geng aku dianggap 'brutal' dan kononnya bukan wanita solehah... Haha.. Solehah jugak kot.. Cuma kami tak menghipokritkan kesolehahan kami itu... (ayat dah hapa-hapa dah)...



iii. SMK Tengku Ampuan Intan (1998)
Aku Form 5 kat sini. Aku menyelesaikan persekolahan aku di sini. Aku amek SPM kat sini Di sini juga aku membiasakan diri untuk tinggal di bandar kecik setelah sekian lama berada di bandar besar. Dulu, balik sekolah je, mesti singgah McD beli sundae sebelum naik bas balik rumah. Kat sini, mana ada fast-food pun. Sekarang je baru ada KFC. KFC je la. Yang lain-lain memang belum ada rasanya. Aku agak cemerlang di sini. Aku aktif dengan debat di sini. Aku dan teammate aku pernah mengalahkan team debat akak-akak Form 6 di sini. Di sini juga aku berjaya menangis masa ambik result SPM. Sebab aku rasa aku boleh buat yang lebih baik, tapi rezekiku takat itu aje. Tapi berlambak jugak la A1 aku... Bukan main-main....

Oklah, lain kali aku nak cerita tentang cikgu-cikgu aku plak. Harap-harap la aku ingat. Bila banyak-banyak sekolah tu, paham-paham aje laa.. Dahlah memori aku nie, memori ikan emas. Ataupun macam memori si Dory dalam cerita Finding Nemo tu (rujuk gambar di atas). Aku macam dah terbau-bau Maggi aku kat dapur sana sedang menggelegak. Yummy~~

Jemput makan tuan puan. Err, pergi beli Maggi sendiri ye? Yang kat sini 2 bungkus makan seorang, tak sedar diri berat dalam kilogram telah naik dengan bangganya!






(all images adalah ihsan daripada pemilik blog dan juga google. terima kasih ye?)