Monday, May 5

Kalau dah keji tu, keji laa jugakk...

Wahh. Lama tak update blog. Sekali update, terus rasa nak meroyan... Aku memang macam ni. Siapa yang kurang ajar dengan aku, aku memang akan ajar balik. Lantaklahh. Korang ingat aku kesahh?

Dulu kebengongan berlaku masa MSSD Tenis. Walaupun dah bertahun, aku ingat beb. Aku ingat. Berani buat palat dengan aku. Memang aku ingat sampai bila-bila. Keji.

Sekarang dia berulang balikkkkk. This time, dalam sofbol pulak. Kekejian apakah ini? Memang aku sentiasa perlu berada dikelilingi manusia-manusia keji tak berhati perutkah? Choiii...

Ayat awal aku boleh bagi ialah, kalau kebulur sangat nak budak sekolah kau semua pergi wakil negeri, ko TAK PAYAH buat MSSD. Ko terus pilih je bebudak sekolah kau yang konon hebat sangat tu bawak pergi lawan peringkat negeri sana. Aku tak marah sebab diri aku ke apa. Tapi sebab mempermainkan perasaan anak-anak murid aku.

Eii, kalau dah keji tu, memang keji laa. Geram. Nak cerita pun geram.

Apa guna menang, kalau sekolah yang kalah teruk dengan team sekolah aku tu pun boleh hantar wakil lebih? Kronisme je semua. Serius tak berguna. Dengan pengurusan lambat. Surat nak lawan MSSD sampai hari last before game. Surat nak training sampai pada hari training dimulakan. Kalau begini la cara mengurus, tak payah berangan sangat laa nak capai kejayaan. Konfem takkan menang punya. Sebab konsep dia, penganiayaan. Menganiaya anak-anak murid aku yang tak diberi peluang. Maap la. Aku yakin selagi kaedah begini digunapakai dalam pemilihan pemain, memang jangan harap nak menang weiii. Tak dapat.

Rupa-rupanya, bukan sofbol aje yang kena. Game lain pun. Paling teruk kena, bola sepak. Nasib baik cikgu-cikgunya redha aje. Haha. Aku, nak suruh redha? Bole berambus la semua yang terlibat dengan sofbol nak pergi negeri tu.

Kronologi cerita, konfem kemudian. Aku nak perhati apa lagi kekejian yang bakal dilakukan oleh pihak sekolah ulu banat dalam ceruk segala tu. Selalu tak mandi sebab kena catu kot. Itu pasal busuk. Busuk badan itu satu. Busuk perangai dah tentu. Ha ha. 

Ini aku tak cakap umum yeh. Aku cakap spesifik untuk kes di tempat aku sahaja. Aku tau, kat Selangor walaupun teruk keadaan airnya bercatu, tapi penduduknya adalah cerdik-cerdik belaka. Wah tetiba rindu nak jadi warga Selangor lagi. Babai Selangor. Gonna miss every moment menjadi wargamu. Hai Pajam! Tetiba.

Lain kali. Cerita yang lebih detail dengan teliti. Juga bergantung pada mood aku ketika menaip itu. Kalau mood baik, aku maki lite-lite je. Kalau mood hangit, aku pakejkan sekali maki dan keji dengan nama sekolah sekali. Hahaha.

Sila cabar aku lagi tahun depan. Itu pun kalau aku hingin la nak join sofbol lagi. Macam nak cari sukan lain yang senonoh sikit pengurusannya dan tak ramai orang gila kuasa. Hmm..... 

Friday, April 18

Sembang Kencang

Macam pernah dengar?
Macam familiar?
Macam ada je di sekeliling ko sekarang?
Adaaaaaaa.
Aku yakin ada.

Ni tak ada kena mengena dengan ubat kuat laki bini merepek meraban dok juai dalam FB tuh.
Pantang dengar perkataan kencang, cepat aje korang interpret 18SX.
Eh. Ke aku je sorang?

Yang aku nak cerita ni, kencang jenis lain.
Stail takleh orang lain lebih.
Dan-dan dia pun lebih jugakkkkk....
Walaupun tak tau la kat mana lebihnya tu.
Aku tengok babat je koi makin melebih.
Upps. Macam kutuk diri sendiri semula je.
Ntahapahapa.

Perbualan biasa-biasa korang dengan kawan-kawan akan slowly bertukar menjadi adegan show off dia.
Yang penting, orang lain tak boleh lebih.
Ada kawan masa tu beli kereta baru. Dia pun kebetulan nak beli kereta baru.
Tapi kawan tu beli jenama import. Dia beli jenama local.
Dan-dan keluaq ayat "Dah bosan dah pakai kereta import. Kita kena laa sokong barang tempatan."
Padahal dia laa orang yang buat statement (lamaaa dahulu) sebut "Pakai kereta import la kualiti. Kereta tempatan banyak masalah."
Sebab kawan tu masa tu pakai Waja. Dia pakai Citra. Citra je kot. Bukan Harrier pun. Citra lagi banyak masalah banding Waja. Kot. Aku rasa.

Kalau la sesekali dia dapat tido hotel, dia punya cerita macam orang lain tak pernah sampai hotel tu.
Walhal dari kalangan yang dok mendengar tu, ada sorang tu aku rasa dah 2,3 kali pergi hotel tu.
Rilek je pun. Pergi duit sendiri.
Yang dia dapat pergi pun sebab family day laki dia. Kecoh macam duit sendiri. Padahallll.....

Masa hujung tahun, government servant dapat bonus.
Wahhh... dia laki bini dapat bonus, gebang cerita nak beli itu nak beli ini.
Siap tanya aku, laki aku ada bonus ke tak.
Aku jawab la tak (sebab laki aku bonus tengah tahun. Bukan hujung tahun).
Aku belum sempat explain, dia dah potong
"Tu la. Rugi kerja swasta. Gaji ciput, bonus tak konfem. Kerja kena kerah tak kira masa. Carik laki kerja kerajaan kan bagus. Gaji jalan je. Siap ada bonus."

Tu kau. Kau rasa kerja tak seberapa takpe sebab gaji tetap jalan. Tak yah sungguh-sungguh.
Aku tak. Aku tetap kerja sungguh-sungguh apa.
Tak reti aku tak siapkan kerja.
Lambat siap, ada. Tapi tak siap, tak pernah. Itu bukan aku.
Laki aku sibuk masa tertentu aje. Kalau masa tu umrah tengah on. Balik pukul 1,2 pagi tu biasa dah.
Tapi kalau masa umrah bukan peak season, dia rilek je balik rumah macam biasa.
Pakkal aku malas je sebut-sebut time laki aku dapat bonus.
Aku takut dia makan nasi terbelahak keluar balik. Haha.
(Motif aku nak bagitau bonus laki aku masa dia makan nasi? Nampak sangat saja nak buat dia tersedak. Jahat giler.)

Kalau cakap pasal anak pun gitu. Manjang laa anak dia yang perfect flawless.
Padahal anak dia la yang paling pemalas dalam kelas.
Tapi cerita dengan orang konon macam anak dia paling rajin. Selalu dalam study group dia la yang ajar kawan-kawan.
Aku rasa, aku jarang la nampak anak dia tu ada dalam kelas.
Ada aje alasan untuk keluar kelas. Masuk pertandingan itu ini la, apa la. 
Exam tak pernah lulus pun. Tapi dalam study group yang tak pass exam ni la kononnya mengajar kawan-kawan dia?
Mau terlungkup semua geng study group tu pakat-pakat tak lulus laa nampak gayanya.

Susah kan gini? Rezeki masing-masing tak sama.
Ada yang Tuhan bagi lebih kat sini, tapi kurang kat sana.
Ada yang sederhana, tapi bahagia.
Ada yang kaya, tapi hati menderita.
Tak payah nak banding-banding. Nanti sendiri yang sakit hati.

Aku?
Tak kaya tak apa.
Janji aku bahagia dengan keluarga aku. Dengan kerja aku. Dengan hidup aku.
Sebab tu aku rilek aje buat kerja asas aku. Mengajar.
Dapat income banyak tu, banyak tu je lah. Cukup dah.


Gambaq Selfie satu... Haha....


Wednesday, March 26

Ai em kaming bekkkk *la sangattt~~*

Err, ha ha. Err, ha ha....

Giler aahh, setahun 3 bulan tak hapdet blog. Tu nak kategorikan macam mana tu eh? Bukan malas dah tu. Tahap hover melampau.

But seriously, aku tak rasa ada mood untuk blogging lagi. Timetable sangat padat. Selain kerja sendiri, nak urus nak-anak sekolah lagi. Dengan mengaji, dengan english class lagi. Lagipun aku lagi suka bergolek depan TV layan budak kecik yang dah tak kecik dah baq hanggg... Najlaa is going to be 2 years old in a week. Sekejap je kan masa berlalu? Akhir zaman... 

Tak pastilah blog akan berhapdet lagi atau tak selepas ini. Lagipun dengan FB, dengan WhatsApp, dengan Telegram, lebih pantas kot nak cerita apa-apa. Maybe, maybe aku akan hapdet di sini perkara yang aku nak jadikan memori seumur hidup aku.

Till then, babaiiii~~~~
*sebab takde mende lg nak hapdet. Hehe*