Thursday, December 8

Aku kawen hari ni la!! Yeay yeahh~~~~

Entry flashback, mau?? Haha~ Mau tak mau, aku nak buat jugak...

Tanggal 8 Disember 2005, aku selamat meninggalkan alam bertunang, dan melangkah masuk ke alam rumahtangga.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tampin, Negeri Sembilan.

Nervous?? Tak payah cakap laaa~

Suami aku siap 3 kali akad tau? Baru la boleh dengar perkataan yang amat dinanti-dinantikan. Perkataan apakah itu?? "Sahhh..." Muah ha ha ha~

Gambar-gambar yang ada adalah hasil kidnap dari gambar album kawen je la. Malas laa plak nak cari yang raw punya mana... Keh keh keh.. Aku kan malass~

Masa baru sampai masjid, tengah tunggu pengantin lelaki. Masa ni aku belom lagi bukak spek, rabun kott. Mana aku tau pengantin takleh pakai spek. Aku kan first time nak jadi pengantin :D

Debaran menunggu. Menunggu tak berdebar sangat kott, berbanding yang nak mengakad-nikahkan dan yang nak diakad-nikahkan... Keh keh keh....

Alhamdulillah, selesai.... Disebabkan kitorang nikah kat masjid lepas Asar, ramai la jemaah yang solat Asar terus tunggu sekali kat masjid tu. Tu la sebab suami aku nervous tak hengat gaknya. Wargh kah kah kah...


Selesai la ye? Alhamdulillah.... Semoga dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat, InsyaAllah...


No comments: