Hari ni sungguh mengujakan... Hahaha... Walaupun hari sungguh muram, hujan tak berhenti-henti dari semalam. Tapi tak lebat la. Aku pun takut kenangan banjir berulang kembali, tapi serius hari ini sangat mengujakan. Sebab?
1. Esok aku nak balik Serdang. Nak balik Serdang... Nak balik Serdang... (Ikut nada Labu dalam cerita Labu Labi - "Nak cari kayu, nak cari kayu") Yeay!! Bercuti la dulu, sementara menunggu masa nak berpenat lelah pulak..
2. Tetiba dapat parcel. Okeh, fine. Bukan tetiba. Aku memang expect akan dapat parcel hari ni, hasil online shopping aku. Tapi aku expect satu je parcelnya. Sekali yang datang................ 2 parcels! Hoh, terkejut aku.
Posmen tu pun nak tergelak tengok aku terkejut. Keh keh keh...
Ni la parcel yang aku tunggu-tunggu tu. Datangnya dari Butik Mengandung Ibuku AZ.
Ni la hasil online shoppingku itu. Baju mengandung. Tapi sebenarnya design dia bagus, sebab tetap boleh dipakai walaupun selepas bersalin. Cantik sangat dan lembut sangat material dia, dari cotton. Yang penting, murah!! Sebab tu aku terus beli 3. Banyak beli, banyak la diskaunnya :D Pergilah tengok-tengok kat link tu. Berbaloi-baloi..... Tapi kalau korang nak yang mahal pun, ada jugak....
Haa, inilah dia satu lagi parcel yang membuatkan aku terkejut tu. Tengok pengirim pun aku tak kenal jugak. Ish, hati berdegup kencang. Apa agaknya, eh? Kereta ke? Merepek apa pulak di hari-hujan-sejuk-best-tido-tapi-hati-bimbang-takut-banjir ni....
Ooo... Ye tak ye. Aku ada beli benda ni, online jugak. Ini semua gara-gara seorang 'chef' bernama 'Chef Adam' bagi komen kata lamb chop aku tak cantik sebab takde belang-belang. Padahal masuk perut --> digestion happened --> jadi faeces pun tak nampak gak belang dia :))
Tapi alang-alang aku dapat komen membina, aku pun berusaha mencari benda ini. Aku ada nampak gak dalam a few cooking website/blog diorang pakai ni. Alhamdulillah, terjumpa pulak yang murah di sini. Apa lagi, aku pun beli la... Beli yang murah je. Yang mahal, suami aku tak mau support pulak... Keh keh keh...
Cuma si penjual tu ada bagitau aku, benda nie takde stok. So dia mintak a few days untuk dia restock dulu. Aku pun tak kisah gak, sebab bukannya aku akan memasak dalam masa 2,3 hari ni. Nak balik Serdang, kan?? So dia janji once dia dah pos, dia akan inform. Agaknya dia lupa, dia dah restock dan pos. Tu yang menyebabkan aku tak expect akan dapat parcel ni hari ni jugak.
Tak apalah, yang penting barangnya dah dapat. Bukannya dah bayar tapi tak dapat barangnya, kan? Cepat tu, kiranya rezeki aku la. Dan juga maksudnya si penjual sangatlah efisien. Hehe..
Wah, bestnya hari aku sehari sebelum balik ke Serdang nie... Hehe... Harap-harap apa yang akan berlaku di Serdang nanti pun best juga... InsyaAllah. Mungkin tak berupdate la blog nie sampai aku balik dari Serdang nanti.
No comments:
Post a Comment