Monday, October 31

Parents' Day di Tadika Darul Ilmu Kota Tinggi....

Hari tu dapat surat dari Tadika Darul Ilmu cawangan Kota Tinggi. Rupanya ada Parent's Day Kali Ke-2. Kali nie, untuk budak-budak kelas pagi, perjumpaannya dibuat pada petang hingga malam. So, aku plan laa nak pergi petangnya. Sekali wat lawak hapa kemende ntah, kunci kereta dengan kunci rumah semua tertinggal dalam rumah. Aku dan budak-budak tu dah selamat menguncikan diri di luar.. Huhu~

Tak pasal-pasal kena tunggu suami aku balik kerja, barulah kitorang dapat masuk rumah. Dahlah beliau kerja kat JB. Kitorang bertapa kat luar rumah dari pukul 6 petang sampailah pukul 7.25 malam. Dua kali jugak aku call suami aku. Pergh, dia siap singgah pasar malam la pulak. Aku memang tak bagitau la kes terkunci kat luar nie. Maunya suami aku bersyarah 2, 3 jam. Haish, tak nak aku. Nipis taik telinga... Ekeke...

Pastu suami aku sampai je, Eizzah dengan Zikri siap nyanyi-nyanyi lagi "Yey, yey, abah balik..." sambil tepuk-tepuk tangan gitu. Dengan aku sekali join nyanyi tu, punyalah happy suami aku balik. Selama ni dia balik kerja aku happy jugak, tapi kali nie aku happy lebih sikit. Keh keh keh....

So, dah nak jadi cerita, terpaksalah aku pergi perjumpaan ibu bapa tu pada sebelah malam. Okay jugak, sebab suami aku dah balik, so dia boleh jaga Zikri. Tak payahlah aku bawak sekali. Lagipun dia dah merengek-rengek nak tidur dah, sebab sepanjang hari dia tak tidur.


Surat makluman dari teacher tentang Parents' Day. Tengok, first session Friday, 5.30 - 9.00 pm. Eizzah kelas K1 morning session. KN untuk budak 4 tahun, K1 untuk 5 tahun, K2 untuk 6 tahun.




Aku sampai je, terus teacher dia suruh masuk dalam bilik kelas untuk discussion. Yang entertain aku hari tu teacher Ira. Dia pun bawak keluar satu fail. Semua dalam fail tu berkait dengan performance Eizzah Nur sepanjang tahun 2011 ni.

Mula-mula dia tunjuk dulu markah periksa dan kedudukan Eizzah Nur dalam kelas. Okaylah, giler fight result masing-masing. Takut aku.. Pastu, teacher Ira pun tunjuklah semua khazanah dalam fail peribadi Eizzah Nur tu.



Ini yang mula-mula sekali dia tunjuk. Laporan penilaian. Hehe... Aduii, nervous nih... Keh keh keh. Kalah anak nak amek SPM :D

Ini isi dalam dia. Bagus la, semua aspek ada. Yang ni bahagian psikomotor dan afektif. Bahagian afektif dia bagus, semua A :D
Tapi bahagian psikomotor... Korang nampak tak bab cycling dia dapat B? Hehehe, nampak sangat mamanya tak pernah nak bagi dia naik beskal kat luar rumah. Sebab mamanya malas nak pantau sebab malas nak pakai tudung. Kui kui kui.... Berapa banyak malas daa~

Ni bahagian kognitif plak. Result exam. Haha, spesies abah dia ni. Pandai math tapi kurang dalam BI. Aku plak terbalik :)) Tak boleh blah tang dia punya Arabic laa... Haha, pisang dengan bulan dalam bahasa arab pun tertukar. Gelak guling-guling aku depan teacher dia... Eizzah wat muka tension je dengan mama dia nie... Sabar ye nak? Nak buat camne, dah mama ko memang cute gini sejak azali lagi... Keh keh keh....

Ha, ini bab hafalan dan lain-lain. Ini yang aku cari sebenarnya. The Islamic part. Benda yang makin kurang diberi perhatian zaman sekarang. Aku bangga dengan kemampuan anak aku menghafal surah Yassin, walaupun agak pelat sikit. Tapi dah banyak jugak ayat yang dia dapat. Dan setiap pagi, ada praktikal solat. Sekali dengan bacaan dalam solat.

Sign abah dia. Pastu siap buat lawak salah tulis tarikh :DD Padahal 1/11/11. Tarikh lawa camtu pun salah ke bang oii?




Kertas periksa. Saja aku susun ikut descending order.



Ini rekod untuk hafazan Yassin. Setiap ayat yang dihafaz, teacher akan rekod, dah OK ke atau masih perlu improvement. Kita sebagai parent kena check dan sign bila kita dah puas hati dengan bacaan anak kita. Ni yang aku paaalinggg suka. :D

Buku doa. Konsep sama macam kad hafazan tadi.


Dapat sekali dengan gambar kelas dia. Mana Eizzah Nur? Tu, yang bermuka ketat, suka makan spaghetti dan kurang pandai berbasikal :DD Jumpa tak? Muah ha ha ha~


Secara konfemnya, aku bayar sekali booking registration tahun depan. Sebab kalau lambat-lambat nanti kena kelas petang. Dah satu hal pulak aku nak memikirkan transport dia pergi dan balik. Kalau pagi, senang sikit nak arrange, walaupun bangun paginya susah.. Huhu~




Dan akhir sekali, untuk tatapan korang... Yang paling special...........



*





*





*



*





*






Tadaa!! Lukisan Zikri yang pertama!! Aku bangga gila!! Serius beb, dia lukis sendiri. First time ada bentuk objeknya, selama nie conteng-contengan je semata-mata! Cantik, kan? Kih kih kih... No, itu bukan aku.. :p




Sunday, October 30

Bila rumah ada Princess dgn Ben 10 :D

Ish ish ish budak-budak ni.. Ye ye je aku beli cadar princess la, ben 10 la, dengan harapan diorang senang nak tido kat bilik sendiri. Last-last tido kat luar jugak... Huhu~

Jenuh jugak aku meround bandar Kota Tinggi nak cari cadar yang budak-budak nie nak. Baru je berura-ura nak ke Jusco Tebrau, tapi blom sempat aku set masa, aku pun terfikir. Apa kess nak jalan jauh-jauh.. Online sajalah...

So, lepas penat blog surfing, akhirnya aku jumpa jugak cadar-cadar yang aku berkenan dekat SINI. Bagus servis dia, siap dapat free stokin Ben 10 lagi. Agak-agak, siapa yang dapat stokin tu? Kikikii....

Tidur kat luar sekejap je, nak bagi lena.. Dah lena, abah diorang pun angkat la masuk bilik. Tu pun, ada jugak kes bangun pagi ada orang tidur kat sebelah or antara aku dengan suami aku. Kerap kali kakak. Kadang-kadang Zikri. Selalunya, dua-dua sekali. Hehe...

Tengok, kakak dah tidur. Esok kan school. Tapi Zikri tengah dok layan Masterchef Malaysia lagi... Huhu~


Dah ngantuk dah sebenarnya.. Tapi nak gak lawan mata tu... Saja je ko kan, dik?



Eceh, tengok kamera jugak tu. Hehe. Bila suruh tido, jawapan dia, "Tak nak.. Nak tunggu abah balik exercise."
Suami aku keluar pergi training Tai-Chi. Bulan 11 ni dia ada tournament..



Tengok, lena dah ha anak dara... Baju pun princess... Semua barang-barang dia nak princess la senang ceritanya... Huhu~

Dah, aku nak tido jugak. Lepas seminggu cuti sempena Deepavali, aku tak tau la nak kata apa nak kena bangun pagi-pagi pastu takleh tido balik... Aduii, malasnya.. Ciss, mengalahkan anak dara aku nie plak. Dia okay je pegi sekolah. Keh keh keh....



Saturday, October 29

Kebajikan perut mesti dijaga... Ye tak? Hehe..

Hari ni budak-budak ni okay je... Takde wat perangai apa-apa. Tapi aku teringat pulak Eizzah dah 3 hari asyik dok mintak nak makan mi kuah. Mi kuah tu sebenarnya spaghetti bolognaise. Takdenya diorang pandai nak cakap sebegitu Itali sekali, so panggil je la mi kuah, sebab mi ada kuah. Haha.. Saja nak bagi panjang blog, aku tunjuk je la kaedah memasak. Tapi kalau korang berharap nak resipi canggih-canggih, salah blog la wei. Aku takkan cerita cara masak bagai, sebab aku bukan seorang profesional. Setakat ahli keluarga aku nak makan, okay je...

Mula-mula rebus spaghetti dulu. Aku taruk minyak sikit. Minyak masak ye, bukan orang minyak. Melolong orang minyak tu kalau korang letak dia. Haha...

Ni je bahan aku guna, simple. Langsung takde extra apa-apa bahan lain. Anak-anak aku bukan suka kalau ada yang pelik-pelik. So, marjerin tu untuk tumis garlic, nampak dah cantik warna dia, masuk je la daging. Ye, daging. Walaupun dalam gambar tu fishball. Dah masak, masuk je kuah. Tambah air sikit, tunggu didih. Dah, siap.

Ini pun dagingnya. Aku guna burger daging Ramli je. Anak-anak aku tak suka guna daging kisar tu. Tak sedap kata diorang. So, aku hancur-hancurkan je daging burger ni. Betul jugak, aku rasa guna burger rasa manis sikit.

Ni la kuah yang dah siap tu. Sebelum aku tutup api, aku masuk serbuk lada hitam sikit. Takleh banyak-banyak, anak-anak aku tak tahan pedas. Macam mak dia laa jugak. So, time to makan!

Haa, ni untuk Eizzah Nur. Aku tak letak sekali fishball tu kat dalam kuah. Aku takut rasa dia jadi lain. Aku rebus je fishball tu. Pastu susun camni. Aku tak berani guna button mushroom, sebab aku tak pernah jumpa button mushroom yang ada cop halal JAKIM. Pinggan Zikri pun macam nie, tapi fishball dia aku cuma letak satu je. Sebab aku tak tau dia suka ke tak. Pinggan aku? Tak payah fishball. Aku tak suka. Muah ha ha ha~


Makan pun sempat senyum. Sukalah tu, dapat apa yang dia nak. Aku bukak baju diorang sebab kuah tu kalau kena baju susah mau tanggal woo... So, seksi sikit takpe la, kan? Untuk kemudahan mamanya jugak... keh keh keh...



Lepas makan, kakak tido.. Tapi Zikri datang slow2 kat aku dan bisik.. "Mama, nak kuih merah bulat-bulat tu.." Mula-mula aku konfius, pastu dia pun sambung, "Ala, yang dalam peti ais tu.."... Ooo, okay. Dessert yang aku buat rupanya.

Aku malas nak masuk bekas bagai, keluarkan je la tupperware tu. Elok kerasnya, boleh je kalau nak potong. Tapi pakai sudu je la senang, tak payah banyak songeh.

Ni ha kuihnya. Aku panggil kuih sagu je. Orang biasa potong, golek-golek dalam kelapa. Tapi aku memang paling hangin kalau kuih ada kelapa. Kalau beli pun, aku akan basuh kelapanya dan makan sagunya je. Dah pandai buat sendiri ni, senang la sikit kerja aku.



Nampak, bukan main lagi berusaha untuk mengambil kuih. Haha, banyak gak dia makan. Bagus dik, kalau suka, mama boleh buat lagi. Tade hal la kalau kuih senang macam tu. Hehe...


Friday, October 28

Sebelum keluar yang baru, tengok dulu yang lama-lama... hahaha~

Memang mengimbau kenangan habis laa bila tengok gambar-gambar ni semua. Macam baru je aku lahirkan Zikri. Macam baru je aku rasa boleh tidur malam tak payah bangun menyusu.. Huhu~ Macam baru je adik aku cuti sem temankan aku bila dah dekat nak bersalin. Tengok-tengok, dia dah ada anak sendiri dah pun... Haha... Cepat sungguh masa berlalu...

Tup-tup lagi lebih kurang 6 bulan, dah nak kena ready semula untuk semua benda tu balik.. Huhu, kena BF, berpantang (takk sukaaa~) dan yang paling konfius, macam mana nak handle tiga orang tu seorang diri. Dulu-dulu bolehlah aku balik pantang rumah Ummi dua bulan straight. Sekarang Eizzah dah sekolah, takkan nak suruh dia ponteng sampai dua bulan kot? Amboi amboi amboi.... Seronok la dia. Tak bole, tak bole... Haha.. aku redha je la, dan cuba buat sebaik mungkin..



Tengok.. Tembam kan beliau masa kecik? Hehe... Tak sangka sekarang kurus, tak berapa nak makan punn...




Kakak.. Maintain comel.. Tapi cengeng sama je dulu dan sekarang...




Dua gambar pose dengan atuk... Eh, ada gak gambar kenangan dengan sofa lama nie rupanya.. Ehehe...

Kakak melaburkan duit abahnya dalam 'aik-aik'.. Ntah, diorang panggil main 'aik-aik', nak buek camno...



Hoh? Apsal terkejut? Ni muka surprise tengok flash kamera atuk lepas mandi... Tu ha, habis basah baju Nema (nak panggil Grandma, terpelat jadi Nema.. uhuhu~) mandikan ko, dikk~


Okeh, tangan kena ready, baru bleh action...

Ketuk kakak!! Ehehe... Eh, tadi bukan ke tangan satu lagi yang ready? Konfius, konfius...

Apa laa yang diorang tengok tu....



Kakak nie, tengok la kamera.. Tengok saya buat apa?


Kakak nie, dari tadi mulut pot pet pot pet... Bila laa nak diam??


Ooo, banyak bunyik ye? Tutup hidung adik!! Hahahahahahahahaha.........


Woh, ni yang marah nie. Nasib baik saya pakai baju merah. Kalau saya pakai baju hijau? Jadi Incredible Hulk la sayaa~


Okaylah dik, penat arr... Baring sambil bergambar, jom?






Semoga membesar dengan baik dan sempurna dikelilingi keluarga yang bahagia dan harmoni, dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Aminn~