Tuesday, February 15

Indigo dan violet itu tidak sama.

Err, hello?

Hello?

Jap eh... Aku pergi ambik vacuum cleaner kejap.. Kasi cuci sikit blog aku nie.. Aku bukannya boleh sangat kena debu ni.. Karang tak pasal-pasal je aku MC 18 hari sebab allergic reaction kepada debu... Mau rindu semua anak-anak murid aku pada aku....

Last aku berblog adalah pada tahun 2010. So, sekarang dah masuk Februari 2011... Woohoo.... Setahun jugak la aku tak berblog, eh? (Korok mung..) So, sebelum aku meneruskan lagi, biarlah aku ucapkan Selamat Tahun Baru yang dah tak berapa nak baru 2011 kepada semua, ya? Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Banyak sungguh perubahan yang berlaku dalam hidup aku.. Yang paling ketara, anakanda Eizzah Nur Harris sudah pun sekolah. Tadika Darul Ilmu, Kota Tinggi menjadi pilihan aku. Sebab aku betul-betul tertarik dengan ciri-ciri Islamik yang ditonjolkan oleh tadika itu di samping penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Aku harap beliau akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghafal surah Yassin, belajar solat, dan tidak lagi bercita-cita untuk menjual adiknya di pasar lambak....

Jadi sekarang, tugas aku dah bertambah. Di samping menggosok baju kerja sendiri dan suami, aku terpaksa laa menambah satu lagi pakaian untuk digosok - uniform sekolah beliau. Mujurlah setiap hari Jumaat merupakan Hari PE (ala, PE pun tak tau??... cakap BM kita panggil PJK) untuk murid-murid tadika tersebut. Thanks kepada semua teacher-teacher yang rajin melayan anak-anak TDI dengan penuh kesabaran.

Apa la, itu pun kau cakap dah bertambah? Yela, sebab aku belum habis cerita. Tu la, nyampuk lagi... Pegi cover malu kau dengan menonton cerita Ngangkung di channel Astro First..

Yang paling aku suka buat, dan juga yang paling mencabar temper aku adalah - memeriksa homework Eizzah Nur. Ya, aku tau. Seriusli, aku bersyukur kerana aku mengajar budak-budak tua (upss..). Kalaulah aku mengajar budak kecik, mau mendidih semua erythrocyte, leucocyte dan thrombocyte (err, aku rasa bahasa senangnya ialah darah) aku. Aduii, nampak gayanya setiap kali lepas bacaan Yassin berjemaah di sekolah pada setiap Jumaat, aku harus menambahkan senarai permintaan dalam doaku agar aku menjadi seorang yang lebih sabarrr... Bukan sahaja hati aku kena sabar, malah thyroid, pankreas, usus kecik, usus besar, limpa dan sebagainya pun kena sabar juga...

Hobi harian anak-anak aku juga dah berubah. Sekarang, kung-fu fighting berada dalam kedudukan tertinggi pada list hobi mereka. Contoh :

Situasi : Di dapur dan ruang tamu.
Pelakon : Aku (tukang masak di dapur)
Mereka (aktor dan aktress utama)
Pelakon tidak hadir : Encik Suami (pelakon kurang disiplin.. Wah ha ha)

Zikri : (Menangis, tanpa air mata)
Mama : "Napa adik nangis?"
Zikri : "Kakak wat baby..."
Mama : "Kakak buat apa?"
Zikri : "Ye abab ebi, syini, syini..." Sambil menunjuk ke arah tangan dan kaki dia. (Korang boleh faham tak?)
Mama : "Alolo... Syian baby eh... Nanti mama marah kakak, eh?"

(Sesi mendefend diri sendiri)
Eizzah : "Baby buat kakak dulu, kakak tak buat dia pun, kakak kaler buku je."
Mama : "Ye laa, jangan la garang sangat dgn adik.. Adik kan kecik lagi.."
Eizzah : "Siapa suruh dia tak school? Kakak dah school...." (Aku pun tak berapa faham apa kena mengena point ni sebenarnya)
Mama : "Ok dah, pergi main sana. Adik beradik tak baik gaduh.. Nanti Allah marah"

Seminit lebih sikit kemudian....

Zikri berlari pantas ke dapur...
Zikri : "Mama! Mama!!"
Mama : "Apa dia??"
Zikri : "Dah kena dah..." (Sambil sengih lebar)
Mama : ??

Dari depan, kedengaran kakak menangis dengan lantangnya akibat terkena pukulan curi dari mamat kecik yang sedang menyelamatkan diri di dapur. Main tipu ini budak kecik!!

Sunday, November 21

Ada cadangan??

Wah, selepas hampir dua tahun aku ber-blog.... Akhirnya berjaya jugak aku sampai ke post yang ke-100. Aku memang saja je pending post nie, sebab aku rasa aku nak tulis perkara bermakna la untuk post yang ke-100 nie. Konon arr, kan??

Dah besar dah blog aku nie. Dah dekat dua tahun dah. Nanti dia umur empat tahun, aku rasa macam nak daftar dia masuk tadika Sepanyol. Biar dia belajar bahasa Sepanyol sampai pandai. Mesti lepas nie, blog aku pandai kelentong aku... Sebab aku tak faham sepatah haram pun bahasa Sepanyol....

So, di samping Facebook, aku nak wish Selamat Menduduki peperiksaan SPM dan STPM kepada semua yang berkenaan dalam blog ini juga. Semoga kejayaan menanti korang. Asalkan korang berusaha, cikgu rasa korang akan mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha korang.

Wah, sedar tak sedar, anak-anak murid kesayangan aku kat Tenggaroh yang aku ajar masa dia orang masih lagi belum baligh, dah nak SPM rupanya.. Haha, marah la mereka kalau mereka baca ni. Ye la, aku mengajar mereka ketika mereka di Form 1, memang ada pun yang masih kebudak-budakan. Agaknya kalau aku jumpa mereka, mesti aku tidak kenal mereka lagi.

Apa-apa pun, semoga kejayaan menjadi milik korang dalam SPM 2010 ini, okay??

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Niat di hati mahu meletakkan gambar family day. Terlupa pula gambar-gambar itu di laptop aku. Di laptop suami ini, banyak tentang haji dan umrah sahaja. Takkan pula aku nak postkan itinerari umrah bulan Disember 15H 12M pula dalam entry aku ni Jadi, sekejap lagi aku akan meletak gambar-gambar itu setelah aku berpindah ke laptop aku sendiri. Cakap macam jauh sangat laptop aku tu. Padahal kat sebelah aku ni sahaja. Aku perlu menghalau 'raksasa' di sebelah dahulu, barulah aku dapat meneruskan hasrat aku untuk menggunakan laptop itu.

Tak apa, aku tak perlu bantuan bakal menantu aku.

"Syoh, syooh.. Tepi sikit Danial. Kak Yong nak guna laptop."

Ahaha~~

Tengok, tak payah Ultraman Cosmos datang pun, aku boleh jugak menghalau beliau. Terima kasih raksasa di atas kerjasama yang diberikan...

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Start sahaja musim cuti ini, aku rasa aku telah secara tidak rasminya bertukar menjadi chef restoran. Sebab kerja aku sekarang adalah

i. Fikir nak masak apa.
ii. Masak apa yang aku dah fikir tadi.
iii. Ulang i dan ii.

Ini kerana adik-adik aku dari Serdang datang. Seronok, seronok.. Kerana aku ada bibik percuma. Haha. Percuma la sangat. Makan ditanggung beb!! Kalau ikutkan hati mau sahaja aku postkan makanan-makanan ala barat, melayu, cina dan Nigeria (?) yang telah aku masak.

Tapi aku belum lagi teringin mahu menukarkan blog ini menjadi blog 'Aku Memasak'.

Jadi, sekian dulu rancangan kita pada hari ini. Jangan lupa ya, untuk mencuba resipi yang telah ditunjukkan sebentar tadi. Siapa kata memasak itu susah? Memasak itu mudah dan menyeronokkan, bukan??

Jumpa lagi di lain rancangan. Bye!!

(sambil makan apa yang telah dimasak tadi dengan gaya control ayu dan juga pura-pura bahawa masakan tu sedap sebab kamera sedang merakam)

Friday, November 5

Teka aku kat mana...??

Woh... Syok woh...

"Kenapa??"

Family Day Tiram Travel Sdn. Bhd.

"Kat mana??"

Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang..

Memang best la tempat nie... Aku setuju dengan hang, Ngah... Memang best...

Disebabkan nama dia 'Resort City', konsep dia memang berbeza la dengan mana-mana hotel yang lain. Kat bawah blok aku (Blok N1) ada arked. Siap ada mesin tukar token lagi... Kelas gitu...

"Arked? Apa tu...??"

Ala, arked.. Arked pun tak tau?? Nama famili dia Orchidaceae. Yang kita boleh buat hiasan tu, tanam dalam pasu.... Kaler pink, purple, putih... Ada yang tanam dalam arang... Ada yang tak sempat tanam dah mati....

"Eh, tu bukan orkid ke?"

Ye ke?? Ehehe.... Salah la pulak

"Cheh..... Cerita yek yek je..."

Banyak cakap pulak... Kau pergi cari sendiri la maksud dia. Semua nak harap aku. Aku kan busy. Maklumlah, angkasawati pertama negara. Ewah..

Sambung cerita.....

Dan bersebelahan dengan kolam renangnya yang indah, ada mesin K-Box. Atau versi Bahasa Jepunnya, kita panggil 'ka-ra-o-ke'.. Maksudnya dalam Bahasa Melayu : Kalau kamu tak nak ditinggalkan sebatang kara oleh orang lain di pusat karaoke itu, maka kamu kenalah menyanyi dengan okey. Nampak, ada kaitan di situ.

Fuiyoo.... Aku dah berura-ura nie... Malam nie nak bagi budak dua orang tu tidur awal, sambil dating-dating kat tepi kolam, lepas tu terus masuk karaoke... Pergh, dari elok-elok Kuantan tak banjir..... Aku tak nak sambung ayat itu. Hee...

Aku belum jumpa gym, tapi adik aku cakap ada. Tak apalah, aku sudah pun cukup exercise rasanya apabila seharian melayan dua budak kecik yang dah pandai lawan cakap aku tu.... Ditambah pula dengan latihan J-Robik yang aku lakukan dengan anak-anak didikku yang nak masuk pertandingan pada 7 November ini, aku rasa aku sudah cukup fit dan aku tak perlu ke gym lagi...

Hari ini lebih kepada hari meeting. Suamiku ada meeting petang dan malam ini. Esok barulah enjoy... Kami akan bersukaneka, akan ke Bukit Gambang Waterpark, dan malamnya ada Annual Dinner.

"Waterpark?"

Laa, aku ingat dah diam dah.... Ada lagi soalan rupanya.

"Tadi aku khusyuk dengar kau cerita"

Owh, okeh.

Ye la, waterpark. Macam ala-ala A Famosa Resort yang kat Melaka tu. Weh, bukan A Famosa yang peninggalan Portugis kat bandar Melaka tuh... Tapi sorry la ye. Pada pendapat peribadi aku, tempat makan kat sini jauh lebih selesa, staff di restoran hotel ini lebih ramah, dan makanannya lebih sedap dari A Famosa. PENDAPAT PERIBADI ye?? Aku caps lock-kan di situ untuk mengelakkan komen anonymous yang bangang. Yang cerdik aku terima.

"Gambar takde ke?"

Nanti ye, bila rumah aku dah dipasang Streamyx nanti, aku akan upload gambar. TM dah janji paling lewat, Streamyx akan dipasang minggu depan. Kalau aku rasa malas nak upload di blog, aku upload di Buku Muka aku...

Dan dengan ini aku berjanji....

Aku akan berusaha sedaya-upaya untuk memaksimumkan kemunculan wajah jelitawanku di kameraku sendiri pada Family Day tahun ini... Hoh, sungguh sedap ayatku itu...

Sekian, terima kasih.


































Apa yang kau scroll tu?

Ini bukan surat rasmi, daa. Memang kamu takkan jumpa la "Berkhidmat Untuk Negara" tu...

Keh keh keh......

Sunday, October 31

Mari, mari... Singgah, singgah....

Aku pun heran kan, kenapa la aku malas bebenor nak mengupdate blog sekarang nie... Mungkin sebab bila aku nak menaip sahaja, ada laa assistant tak bertauliah dan bergaji datang nak menolong. Aku tak menolak, malah aku alu-alukan bantuan mereka (la sangat).. Lama-lama, bila tangan yang menaip dari 2 jadi 4, dari 4 jadi 6, aku pun SURRENDER!!

Berita terkini, bukan hiburan sensasi :

Diumumkan Eizz Zikri Harris sudah pandai berbual-bual ye? Jadi, kepada anda semua, sedialah melayan beliau berbual-bual selepas ini. Mama dia dah tak larat nak layan dia lagi dah....

Perkembangan terkini masih belum ada. Tapi aku rasa by tomorrow akan ada perkembangan visual kot. Sebab ada beberapa event yang akan aku join dalam masa terdekat nie.

Malas la aku nak tulis banyak-banyak. Berlambak-lambak lagi kerja aku nak buat. Nak tanda kertas soalan, nak stapler kertas soalan... Aku bercita-cita mau mengambil bibik di masa hadapan (ada kena-mengenakah?)

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya Yang Menurut Perintah,
Cikgu Yong.

p/s : Ntah kenapa tiba-tiba entry aku bertukar jadi surat rasmi.

Wednesday, September 1

Selamat Tunggu Raya!!

Dah dekat-dekat nak raya, baru aku sibuk-sibuk nak update blog. Hehe. Malas laa aku nak ucap selamat berpuasa ke, apa ke. Dah nak abis puasa dah pun. Cuma aku harap puasa kita semua adalah puasa yang akan diterima pahalanya.
Takde banyak sangat perkara yang aku nak cerita. Cuma sedikit (la sangat...) update tentang apa yang berlaku dalam hidup aku di sekolah aku sekarang.



A. Percubaan SPM
Gila dong!! Sungguh memenatkan, tetapi juga sungguh mengasyikkan. Penat menguruskan soalan setiap pagi. Dan juga mengasyikkan melihat pelajar-pelajar tidur sampai meleleh air liur mereka. Paling tak tahan, satu adegan ini...
Masa : Ntah, dah lupa.
Tempat : Makmal Bahasa.
Exam : Sejarah.
Kelas terlibat : 5UUM dan 5 UPSI.
Aku tengah meronda. Sambil melihat keasyikan mereka 'menjawab' soalan. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi pelik. Bunyi yang aku rasa kalau korang dengar pun korang ngeri. Aku cuba mencari di manakah punca bunyi itu. Giler seh, aku rasa aku boleh samakan bunyi yu macam sound effect dalam cerita 2012. Macam secawan bunyi guruh campur secubit bunyi kilat (kilat ada bunyi ke?) dengan satu sudu teh bunyi traktor. Dah macam resipi biskut raya dah. Aku terhendap-hendap la mencari apakah bunyi itu. Rupa-rupanya...
Ada sorang mamat yang aku jangkakan tidak mandi pagi dan tidak berpuasa (sebab dia bawak bekal air ke sekolah) serta bukan beragama Islam sedang tidur dengan lenanya sambil berdengkur dengan enaknya. Kurang asam punya mamat. Dahlah tak puasa. Bikin panas je gua yang berpuasa ini.
Jadi, kepada semua yang berpuasa, boleh berpuasa, boleh tapi tak nak berpuasa, memang tak nak puasa, suka-suka je nak puasa ke tak nak, tak boleh berpuasa, kejap puasa kejap tak, entah puasa ke tidak, konon-konon macam puasa tapi tak, dan segala macam edisi yang ada perkataan puasa di dalamnya (tak termasuk orang yang namanya Puasa), aku nak ucapkan "Selamat Berpuasa!!



B. Dialog baru Eizzah Nur Harris
Suasana tenang.
Angin sepoi-sepoi Geografi.
TV sedang menayangkan Ultraman Cosmos (jangan tanya aku kenapa).
Tiba-tiba....
"Mama!! Mama!! Zikri buat kakak!!"
(diselangi tangisan yang agak tinggi desibelnya)
Dengan gaya kepura-puraan yang tinggi, mamanya pun bertanya "Zikri!! Nape buat kakak??"
Dengan gaya kepura-puraan yang lebih tinggi dari mamanya, Zikri pun menangis. (Cara menyelamatkan diri dari kena marah yang dipelajari oleh beliau sejak zaman Mesolitik)
Eizzah Nur pun dengan bangganya memberi cadangan yang kononnya bernas la tu...
"Mama, kakak nak adik baru la, mama. Tak nak adik lama. Mama bagi Eizzah Nur adik baru, eh?"
Aku dah nak gelak guling-guling dah ni. Tapi disebabkan aku seorang perempuan melayu terakhir (eceh..) serta makhluk Tuhan tak seksi (eceh..) aku pun kawal la. Cakap omputihnya, kontrol....
"Abis tu, adik lama nak letak mana?"
"Jual kat pasar lambak....."
Selamba seh anak aku.