Hari ni budak-budak ni okay je... Takde wat perangai apa-apa. Tapi aku teringat pulak Eizzah dah 3 hari asyik dok mintak nak makan mi kuah. Mi kuah tu sebenarnya spaghetti bolognaise. Takdenya diorang pandai nak cakap sebegitu Itali sekali, so panggil je la mi kuah, sebab mi ada kuah. Haha.. Saja nak bagi panjang blog, aku tunjuk je la kaedah memasak. Tapi kalau korang berharap nak resipi canggih-canggih, salah blog la wei. Aku takkan cerita cara masak bagai, sebab aku bukan seorang profesional. Setakat ahli keluarga aku nak makan, okay je...
Mula-mula rebus spaghetti dulu. Aku taruk minyak sikit. Minyak masak ye, bukan orang minyak. Melolong orang minyak tu kalau korang letak dia. Haha...
Ni je bahan aku guna, simple. Langsung takde extra apa-apa bahan lain. Anak-anak aku bukan suka kalau ada yang pelik-pelik. So, marjerin tu untuk tumis garlic, nampak dah cantik warna dia, masuk je la daging. Ye, daging. Walaupun dalam gambar tu fishball. Dah masak, masuk je kuah. Tambah air sikit, tunggu didih. Dah, siap.
Ini pun dagingnya. Aku guna burger daging Ramli je. Anak-anak aku tak suka guna daging kisar tu. Tak sedap kata diorang. So, aku hancur-hancurkan je daging burger ni. Betul jugak, aku rasa guna burger rasa manis sikit.
Ni la kuah yang dah siap tu. Sebelum aku tutup api, aku masuk serbuk lada hitam sikit. Takleh banyak-banyak, anak-anak aku tak tahan pedas. Macam mak dia laa jugak. So, time to makan!
Haa, ni untuk Eizzah Nur. Aku tak letak sekali fishball tu kat dalam kuah. Aku takut rasa dia jadi lain. Aku rebus je fishball tu. Pastu susun camni. Aku tak berani guna button mushroom, sebab aku tak pernah jumpa button mushroom yang ada cop halal JAKIM. Pinggan Zikri pun macam nie, tapi fishball dia aku cuma letak satu je. Sebab aku tak tau dia suka ke tak. Pinggan aku? Tak payah fishball. Aku tak suka. Muah ha ha ha~
Makan pun sempat senyum. Sukalah tu, dapat apa yang dia nak. Aku bukak baju diorang sebab kuah tu kalau kena baju susah mau tanggal woo... So, seksi sikit takpe la, kan? Untuk kemudahan mamanya jugak... keh keh keh...
Lepas makan, kakak tido.. Tapi Zikri datang slow2 kat aku dan bisik.. "Mama, nak kuih merah bulat-bulat tu.." Mula-mula aku konfius, pastu dia pun sambung, "Ala, yang dalam peti ais tu.."... Ooo, okay. Dessert yang aku buat rupanya.
Aku malas nak masuk bekas bagai, keluarkan je la tupperware tu. Elok kerasnya, boleh je kalau nak potong. Tapi pakai sudu je la senang, tak payah banyak songeh.
Ni ha kuihnya. Aku panggil kuih sagu je. Orang biasa potong, golek-golek dalam kelapa. Tapi aku memang paling hangin kalau kuih ada kelapa. Kalau beli pun, aku akan basuh kelapanya dan makan sagunya je. Dah pandai buat sendiri ni, senang la sikit kerja aku.
Nampak, bukan main lagi berusaha untuk mengambil kuih. Haha, banyak gak dia makan. Bagus dik, kalau suka, mama boleh buat lagi. Tade hal la kalau kuih senang macam tu. Hehe...
2 comments:
wah...makin rancak blog nih...sehari satu entry..hahaha..
tetiba nmpak mcm best pulak 'mi kuah' tuh...kuih sagu??..ayie kalau ada kelapa tak makan..kalau takde pun tak makan..kesimpulannya mmg tak mkn..jd slagi senang, tak payah buat.haha
haha... ko kan terer masak. masak la, senang je. tp byk lagi boleh letak tu. anak2 kak yong je tak suka.
cheiss, kalau dah mmg tak makan, tak payahla susah2 nak buat :p
mmg la blog nmpk rancak, tgh rajin nie, baru dapat kamera.. haha!! ;D
Post a Comment