Saturday, July 28

Outing sekeluarga di hari bekerja setelah mengambil CRK....

Tengah ada mood nie, baik hapdet banyak terus...

Nanti sebulan tak hapdet tak laa rasa malas nak mam menghapdet.

Hari Rabu 11 Julai hari tu aku bercuti sehari. Bukan sebab sakit ke demam ke hapa. Aku terpaksa bercuti sebab pengasuh anak-anak aku ada medical check-up untuk kencing manis. Memang dia kena pergi check-up tu 6 bulan sekali. Selama nie, aku tak payah bercuti sebab anak-anak aku dah besar-besar. So, suami pengasuh aku boleh jagakan. Bila dah ada Najlaa, memang tak ada jalan la. Sedangkan abah dia sendiri pun kadang-kadang blur nak layan kerenah dia, inikan pulak suami pengasuh aku... So, aku cuti je la.

Bila suami aku dengar aku cuti, dia pun sibuk apply cuti jugak. Rupanya nak bawak Najlaa pergi injek 3 bulan. Betul gak, alang-alang, kan? Tak payah nak buat half day la apa la. Cuti je bersama-sama isteri tercinta. Keh keh keh...

Dalam plan nak pergi injek Najlaa tu, rupanya banyak jugak perkara lain yang dapat diselesaikan. Tapi of kos la first thing first. Pagi-pagi kena pergi klinik Noram dulu la.. Ambik nombor dulu. Kalau tak, mau sehari suntuk dok bertapa kat klinik tu.. Apa-apa pun, kita singgah Bank Islam dulu cucuk duit. Abah dia la yang cucuk duit, mama tukang mengabiskan duit ajer...

Senyum je anak dara aku. Dia belum tau tu bahawa perjalanan itu adalah untuk menginjek vontot beliau. Huahahaha~~


You see, susah betul nak buatkan semua memandang kamera...


Tengok Zikri, dah mula pandai pose pose buat muka dah sekarang... Ehh, Najlaa tengok kamera laa...

Oh ye, pose tu adalah 'pose' ye, ejaan Bahasa Inggeris. Bukan 'puasa' yang dieja sebagai pose... I don't really support bahasa SMS ok. Terutamanya yang melampau. Contoh ox = otak. WTH?? 


Ish ish ish... Tak tau la kat mana anak teruna aku tu belajar buat muka macam tu...


Sampai je klinik, dapat giliran ke-30.. masa tu baru je nurse tu panggil nombor 11. Apa lagi, cepat-cepat berambus pergi Maybank buat insurans kereta, then renew roadtax sekali. Lepas tu, singgah Majlis Daerah Kota Tinggi bayar cukai harta. Pusing ke TM, beli modem baru. Modem lama dah dua minggu takleh pakai. Lampu internet dengan lampu DSL dia tak menyala. Pastu terus ke Tadika Darul Ilmu, amek Eizzah balik sekolah. Baru patah balik ke Klinik Noram, masa tu dah giliran nombor 28. Memang ngam-ngam la kitorang sampai tu. Tunggu tak dan 10 minit, dah sampai turn.

Memang marvellous la kali nie. Najlaa injek tak nangis woo... Siap sengih je dengan doktor. Lawak pulak aku tengok dia masa tu. Agaknya happy sebab dapat tengok abah dari pagi kot. Biasanya dapat tengok abah waktu malam je kann? Oh ye, tukang pegang Najlaa masa injek macam biasa laa... abahnya. Huahaha... Takut kejelitaan mama hilang je la kalau kena pegang dia. Sekali mama dia plak yang nangis.. Kuikuikui...

Lepas dah injek tu, pusing ke Taman Kota Jaya pergi Sekolah Agama TKJ ambik borang pendaftaran Darjah 1 untuk Eizzah Nur. Then singgah je terus pergi beli lauk faveret sekeluarga kat Restoran Norazah. Selamat tak payah masak lauk tengahari... Hahaha...

Tapi 2,3 hari pulak tak selamat. Tau sebab apa? Sebab Najlaa sudah 'balas dendam' pada mama abahnya kerana menginjek vontot beliau. So 2,3 hari tak mau letak weii... Asyik nak dukunggg aje. Hadoi laa.. Redha je la kann?

Dan modem tu macam tau-tau je kitorang beli pengganti, terus berfungsi sampai ke hari ini.. Cheiss... Saja nak menghabiskan duit aku, eh, laki aku aje. Tapi takpe, agak-agak dia buat perangai lagi, modem baru sudah sedia berkhidmat. Aku campak aje yang lama kat Sungai Kota... Miah ha ha ha.....



No comments: