Thursday, November 15

Cerita simple dulu la ye?

Dah 3 bulan aku tak update. Serius aku sibuk. Sibuk sangat-sangat. Kerja aku bersambung-sambung. Dari menanda trial, lepas tu menanda Ujian Formal 2, lepas tu kira markah ko-ko, tulis buku rekod, tulis buku penyata, buat perancangan strategik kelab persatuan, mesyuarat panitia, tulis minit mesyuarat panitia, lepas tu pengurusan SPM, kira JOB (jawapan objektif bermaklumat), kira BJ (buku jawapan), uruskan menyusun kerusi meja, siapkan dewan peperiksaan SPM, print slip meja, print slip periksa, bagi jadual waktu SPM, siapkan bahan-bahan untuk ketua pengawas SPM dan akhir sekali menanda exam final untuk form 4. Belum kira nak masuk markah online guna SAPS lagi. Dan nasib sangat baik lagi untuk aku, sebab aku belum lagi terlibat lagi dengan PBS. Aku salute giler la dengan cikgu-cikgi yang bersengkang mata memasukkan markah PBS, dengan keadaan sistem yang sangat la lembab. Yeah, cikgu banyak cuti kann? Tapi masa korang terbongkang tidur air liur meleleh, ada cikgu-cikgu yang gigih memasukkan markah PBS untuk anak-anak korang sampai tak tidur, ye?

So, ikut kronologinya, banyak la cerita yang perlu aku skip. Sebab gambar dalam kamera. So, apa halnya kalau gambar dalam kamera? Transfer je la. Boleh, kalau aku ada kameranya. So, mana pergi kamera?

Ini ceritanya.

Tarikh 1 November 2012. Tarikh keramat dalam hidup aku. Sebab buat pertama kali dalam hidup aku, rumah aku dimasuki pencuri/perompak/penyamun/lahanat/jebon/dan yang sama waktu dengannya. Masa kejadian adalah di antara 4.30 pagi hingga 6.00 pagi. Sebab pukul 4 pagi tu, aku bangun untuk snooze-kan alarm henfon aku. Dan aku amek henfon tu dari tepi katil dan letak kat tepi bantal kat telinga aku. Kalau aku maintain letak tepi katil, konfem itu pun akan diambil sekali. Sebab handbag aku di tepi katil itu jugak diambil dan dibongkar isinya di luar, kat tempat parking kereta.

Pouch bag Encik suami memang totally diambil, so dia hilang lebih banyak barang dari aku. IC, lesen, road tax motor, kad-kad bank, kad UO, kad bonuslink, henfon blackberry ofis punya, henfon samsung galaxy y, tab. Pergh.. Aku cuma hilang duit dalam rm70, dengan henfon nokia koman aku jer. henfon nokia best aku selamat... (ada plak nokia koman dgn nokia best, ek? hehee...) oh, lepas tu baru aku perasan aku hilang duit jualan Alpha Lipid aku. Huhuu... Nasib baru satu tin je aku jual. Dan satu lagi yang hilang adalah KAMERA. Sebab itulah aku takleh nak cerita tentang apa yang dah lepas tu, nak update wedding cousing aku si Acap pun takde sumber dah. 

Bayangkan, lepas aku snooze henfon pukul 4 tu, aku langsung tak dengar apa-apa, dan tak sedar apa-apa. Padahal mangkuk hayun tu masuk bilik aku kot. Sebab selain henbeg, kotak barang kemas aku pun dia bawak keluar dan selongkar atas sofa. Tapi nasib ko le penchurik, dalam tu aku letak brooch-brooch yang dah karat je... Muahaha...

Tapi Alhamdulillah, kitorang tak disentuh, diugut, diparang, dan diapa-apakan. Barang yang hilang, biarlah. Tapi halalkan, tidak sekali. Sorry mory naik lorry la yer. Encik suami pun rileks jer pergi beli henfon lain yang lagi mahal dari yang hilang. Aku pun. Tapi mahal rm50 je dari yang hilang tu. Haha. Nak wat macam mana.. Kedekss....

So, next target adalah membeli kamera. Ada cadangan tuan puan adik kakak abang-abang???


6 comments:

Yong Zahura said...

Jue : Alhamdulillah.. polis pun cakap benda yg sama. Baik tak sedar dari sedar. Dan polis suspek yg buat tu budak2 je. Fingerprint kecik2. Then dia kait kunci tu, mcm tau je yg mana satu kunci rumah. Ramai yg suspek, salah sorang dr anak2 murid aku :(
Tapi aku plak yg tak sanggup nak syak sapa2... Huhu~

SURIA AMANDA said...

salam Yong..
akak org Kuala Pilah...dah tentu2 lalu kat situ kalau balik kg..kg akak kat Seri Menanti..KG Gunung Pasir

Aku said...

aku yang hilang wallet pun rasa trauma,lagilah kalau kena rompak.hisy..berani betul bebudak zaman sekarang nih.

Yong Zahura said...

Zoe : yup. actually memang sgt trauma. dalam 2 minggu jugak la, pukul 4.30 je, automatik terbangun dari tidur. lepas tu jengah ikut tingkap. kot-kot ada pencuri.

sekarang dah ok. tido membuta terus smpai subuh. huhu...

Areef said...

salam,

wah, bersusun keja tu... :)

erm, sy pun dh rasa pengalaman tu... perampok tu masuk rmh dlm kol 3.50pg... laptop, kamera, hp, barang kemas mak sume diambilnya... cuma nasib duit dlm wallet tu ada sikit je...

Yong Zahura said...

@Areef

Ya Allah.. Tak apalah. Yang penting nyawa selamat.

Takut betul dengar cerita sekarang ni.