Wednesday, June 20

Berjimba-jimba sekeluarga di Ancasa Hotel & Resort, Port Dickson [Part 1]

[Awas. Entry bergambar yang panjang.]

Aku cerita hari on the way tu je dulu. Sebab kamera aku mengong wat hal habis bateri la pulak. Pastu nak charge kat apartment tak bleh plak tuh. Apa masalah ntah dengan plug kat situ. Then, nak amek gambar guna fon, bateri pun nyawa-nyawa ikan. Charger Nokia tak bawak pulak. Hadoi laa... Macam-macam hal sungguh. So, aku tunggu aje la adik-adik aku compile gambar dari kamera diorang bagi kat aku... Baik kan diorang. Hahaha...

Pukul 4 pagi, suami aku dah  bersemangat kejut anak-anak dia bangun dan mandi. Aku?? Jangan harap ler... Pukul 5 kot baru aku bangun. Sebab malam tu aku tidur pukul 2.30 melayan cerita kat TV. Lagipun barang dah siap kemas, apa ada hal? So masa aku mandi dan bersiap tu, boleh aje suami aku masukkan barang-barang dalam kereta.

Lepas solat Subuh, kitorang pun gerak. Dalam pukul 6 jugak la.. Pergh, sejuk giler kot dalam kereta. Beku rasanya sementara nak sampai ke Kulai. Sampai Kulai tu, berenti kat Shell, kasi panas badan kejap. Pastu, baru sambung perjalanan.

Anak-anak aku straight je tidur dari start kereta gerak sampai la kitorang jejak kat kampung aku di Johol. Dekat sini macam check point pertama la. Family aku kat Serdang pun akan turun sini dulu, baru pakat-pakat gerak pergi PD.



Tengok, Najlaa tidur bukan main lena lagi. Macam kat rumah laa pulak...


Siap dengan selimut-bantal-bantal peluk-toto.... Wah wah wah... Bersungguh-sungguh mak kau....


Kengkonon nak enterframe.. Sekali gambar aku jadi separuh plak. Mana boleh...! Cuba lagi!!


Haa, barulah okay sikit.. Ini konon-konon co-driver menemani driver la nie... Hehehe... Serius je driver padahal tengah kontrol nak gelak sebab dengar Johara di ERA...


Tidur jugakssss~~~~ Sampai la tiba di Johol.


Haa, anak dara ni teman abah dia duduk kat depan. Aku ni ingatkan dia boleh laa ajak abah dia sembang-sembang sebab dia kuat bebel. Sekali, dia pun bantai tidur jugak 4 jam straight sampai Johol. Huhuhu~~~


Dalam pukul 9 pagi kitorang sampai kampung aku. Kampung Changgang nama dia. Lepak-lepak jap sambil menunggu rombongan Cik Kiah dari Serdang sampai. 

Lunch yang marveles kott kat kampung. Mak Tam masak gulai telur itik, ayam masak kicap dengan sambal tempoyak. Hadoi, sehingga menjilat jari kaki wa cakap lu!! Dah siap lunch, solat semua maka perjalanan diteruskan. Dalam pukul 2 petang gak la rombongan ala-ala Mak Jemah berdedai-dedai 3 kereta menuju ke Port Dickson. Destinasi dituju ialah Ancasa Hotel and Resort, Teluk Kemang, Port Dickson.


Dalam banyak-banyak, view ni paling aku suka. Lalu Rembau untuk ke Port Dickson dari Johol. Aku berkenan tengok tepak sirih dengan gong versi gergasi tu. Menarik sangat.


Minah ni tak sambung tidur tau. Macam tau-tau je on the way nak pergi hotel.. Baru-baru nak belajar hisap jari. Tapi itu la, blom jumpa jari, so hisap tangan pun jadilahhhh~~~~


Saja letak gambar lebih sebab comey... Hahaha! Pedulik hapa aku nak puji lebih-lebih. Anak aku, mesti la aku kata comey.


Pose with mama... Kali ke berapa ntah snap nie, baru la dapat gambar yang dia tengok kamera...


Budak ini pun tak sambung tidur. Bebel aje dalam kereta. Nak amek gambar je, mesti pose tengok tempat lain. Nyampah tau. Tension mak kau....


Dah vogue-vogue gitu amek gambar, Zikri dah tengok kamera dah. Sekali gambar Najlaa pulak separuh. Huhuhu~~~


Ok, next trial. Bolehlahh... Aku kena adjust angle tangan aku nak amek gambar nie. Sebab tu muka Zikri terlindung. Jadi la eh?? Tapi gambar Eizzah tak ada. Beliau telah dengan suka hatinya naik kereta Atuk. Selamba aje ko kan tinggal mak ko nie?? Sentap mak tauu....


Sampai aje kat Ancasa, nampak banner nie. Fuiyoo, hotel ni sokong Spain woo untuk EURO 2012 ni. Semua staff dia pun kena pakai jersi Spain wa cakap lu... Sweet gak kan, wat tema macam nie? Teruja betul aku tengok. Diorang siap buat tempat khas untuk pengunjung hotel yang nak tengok bola.


Diorang display sekali jersi Spain, dan juga boleh dibeli jika mau. Diorang jual. RM35 sehelai, kalau tak salah aku la...


Tengok budak ni muka sentap tak kena ajak bergambar, so amek la satu gambar dengan dia. Sibuk aje dengan botol Mentos dia tu. Ke sana ke mari bawak... Geram aje..


Sebelah jersey, display bola pulak. Adik aku plak amek peluang pose dengan bola.


Ni laki adik aku kat atas tadi. Tu la barang-barang kitorang duduk sini 2 hari 1 malam. Hahaha... Macam duduk sebulan, kan? Agak-agak la wei, kitorang 16 orang kot semua sekali. Anak aku si Najlaa tu, beg dia aje dah 3. Apa lagi mau dikata? Huahahaha~~


Yeah, apartment kami di tingkat 3.
Adik aku ambik 1 apartment 2 bilik, dan 1 apartment 3 bilik.



Apartment kami.


Yang ni bilik aku. Sengaja pilih dua single bed. Suami aku tolak bagi rapat, so muat la untuk kitorang berlima. Lagi 2 bilik tu, 1 queen bed. Kalau aku yang duduk di bilik queen bed, konfem ahh ada yang tido di lantai.. Laki aku ler... Hahaha...


Ruang tamu. Oklah. Cuma channel kurang menarik sket. Adik aku kata best sebab bilik ni ada Disney Channel. Aku rasa diorang yang best sebab bilik diorang ada Astro Ria...


Dapur. Kejap je lawa gini. Lepas tu, dah macam-macam dah kitorang lambak makanan minuman...
Aku suggest la hotel ni sebenarnya, facilities dalam apartment diorang complete. And takde bau kepam. Kebersihan pun tip-top. Yang aku baran cuma plug kat situ semua susah nak masuk palam 2 pin. And satu lagi hal di pool. Itu nanti cerita.


Apartment aku dapat pool view. Syok gak laa... Slide yang sesuai untuk budak-budak. Pondok pun banyak. Senang la kalau nak letak barang ke apa sambil badak-badak semua berendam. Huahahaha~


Another kolam kanak-kanak. Bagus, kan? Satu pool besar untuk dewasa dengan kedalaman di antara 1.2 meter - 1.5 meter. Dan kolam kanak-kanak ada dua. Taklah berebut penuh-penuh kat satu kolam je. Nice planning. Belakang sana tu, court serbaguna. And belakangggggg lagi sebenarnya laut. Ayah aku la explore dulu. Dia yang bagitau.


Anak-anak aku dah usha-usha pool dah. Tak menyabar la tu.. Panas lagi nak oii, baru pukul 3 lebih. Tak kuasa mak kau nie nak berpanas setelah hampir 3 bulan di rumah memutihkan kulit. Hohoho... Putih laa sangattt *tangan di bahu, mata ke atas, kepala di dinding*


Aku konon nak candid diorang berbual, ntah nape ntah Eizzah buat muka camtu. Kihkihkih... Cerita hapa aku pun dah tak ingat dahh....


Dalam pukul 4 lebih dekat-dekat pukul 5, adik-adik aku bawak anak-anak aku turun. Ni aku candid dari beranda apartment. Jerit-jerit gak panggil, tapi diorang tak dengar punn....


Oklah, air setakat pinggang budak-budak ni... Bahagia la diorang main..


Ni la tempat yang aku cakap awal-awal tadi. Tempat khas kat lobby untuk tengok bola. Siap ada banyak kerusi, TV dengan kaunter minum lagi.


Suka plak aku tengok design kat kaunter minum nie. Malam-malam mesti best eh, layan bola ramai-ramai dengan keadaan meriah. Ni siang, memang la kosong je....



Sambung next entry bila dah dapat gambar dari adik aku. Huhuhu~


2 comments:

linda3 said...

bape hage utk 1mlm? ada x yg 3bedrooms

Yong Zahura said...

Linda3,
Ada. Yang kitorang duduk ni 3 bedrooms. Harga sebenar tak pasti sebab yang ini kitorang beli kupon through Agoda. Ada diskaun. Try google :)