Saturday, June 23

Berjimba-jimba sekeluarga di Ancasa Hotel & Resort, Port Dickson [Part 2]

[Satu lagi entry panjang banyak gambar. Lepas baca, kau muntah pelangi, aku tak tau eh. Haha.]

Entry first itu adalah pada siang hari 17 Jun 2012.

So, untuk second entry ini adalah pada malam 17 Jun. Dah sepanjang petang tu dok main air, kan? So level kebuluran bagi setiap orang adalah pada tahap maksima. Main air kan lapar? Eh, aku tak cecah jari kaki dalam pool pun lapar kalah orang yang swim, apa cerita pulak eh? Kah kah kah.

Ala, ngaku je la ko tu memang perut tong....

Yelah, perut saya perut tong.

Ting tong.

Motif? Menunjukkan lif telah berbunyi dan kami pun dengan sabarnya menunggu kenderaan untuk membawa kami semua ke tempat mengketedarah makan dengan tak sabarnya.

Malam nie, ada special guest akan join kitorang. Dah lama betul tak jumpa sepupu kitorang nie. Kebetulan memang nak berjimba-jimba di PD, baik sekaligus menjemput sedara yang dah lama tak jumpa, kann?

Kat luar hotel tu, tetamu istimewa tengah tunggu. Tetamu istimewa itu adalah Ustaz Adam Zurairi yang mengajar di SK Teluk Kemang. Kitorang bagi VIP pass untuk dia suggest kat mana nak makan malam tu. Apa lagi, dengan penuh kelaparan, marilah cepat kita berambus menuju ke kedai makan itu...

So, destinasi mengketedarah pilihan ialah

tu, boleh baca kann?? Kat Teluk Kemang. Sebelah shopping complex yang lupa nama.. Hehe.

Maka rakyat yang kelaparan pun berdedai-dedai masuk ke restoran... 


Dah memang cantik aje timingnya, masa kitorang sampai tu ada meja yang cukup panjang untuk memuatkan semua mak bapak piranha dari Serdang dan anak-anak piranha dari Kota Tinggi. Ambik tempat semua (dan tempat aku adalah sangat panasss) terus order. Aku serius tak amek port pasal mengorder sebab dah namanya piranha lapar, apa yang datang konfem semua aku sebat. Lagi pun, Najlaa tengah tidur sebenarnya. So, bila panas, dia macam dah nak naik angin. So aku just biar aje yang lain decide. Yang penting, sedappp....

Ekceli, Ayie (nama panggilan kitorang untuk sepupu kitorang tu) menggalas tugas khas malam tu. Aku mintak tolong dia carikan kek untuk buat surprise birthday celebration untuk Ummi aku yang dah belated on 12 Jun.  Then Ayie laa jugak yang bagitau aku Ahad tu juga adalah Hari Bapa. So wording pada kek telah di-design bersesuaian dengan sambutan.

Muka-muka lapaq tunggu makanan sampaiii....


Adik aku nombot 2 with hubby and Nurin Auni Harris comey kiut alolo alolo.....


Adik aku nombot 3 with Aisyah Safiya Harris dan. eh? Anak aku daa... Eizzah Nur Harris di situ.


Tuan blog dan family. Kami kiut aje sebab sopan laa katakan. Miah ha ha ha~~
*Padahal perut dok berlagu dangdut siap ulang banyak round. Kalau CD, dah nipis dah haa*


Adik aku nombot 3 dengan hubby dia. Hahaha... Sekali-sekali pose, takleh blah...


Aktiviti bebudak kecik sebelum makan : Mengorat ikan di dalam akuarium... Eizzah Nur Harris sebagai mandur. Aisyah Safiya Harris dan Eizz Zikri Harris tengah kagum tengok ikan besar kat akuarium bawah.


Air 3 jag dah sampai dah... Makanan bila lagi nih??? Nasi lemak tu sangat sedap, tapi aku dah set dalam kepala hotak nak makan nasi putih.


The other side of da table. Cheh Qayyim... Nampak ketara bebenor senyum kontrol laparmu itu... Haha!!

Then makanan pun sampai. Since gambar makanan ni ehsan dari kamera adik dan ayah aku, aku tunjuk apa yang diorang ambik je la. Tapi tak ambik gambar semua makanan kot, rasanya laa.

Order hari tu, nasi putih, nasi lemak, tomyam campur, sup tulang, ikan bakar, ikan sweet sour, kailan ikan masin, dengan pepahat. Tak tau laa kot-kot area adik-adik aku hujung sana tu ada makanan lain. Yang sampai kat aku tu je la pun...


Ikan sweet sour. Okay, bagi aku sedap la. Tapi malas sangat kot orang kedai ni, masak ikan tak buang sisik. Terencat selera aku nak makan kulit. Shishhh....


Kuah sikit je kan? 


Inilah menatangnya pepahat. Adik beradik dengan menatang kerang-kerang yang lain. Yang ni best. Wallaweyy punya best la. Highly recommended.


Letak satu lagi gambar. Kata sedap. Hehe...


Ikan bakar. Aku makan sikit, tapi pedas. So tak makan dah, takut Najlaa sakit perut pulak. Dia kan BF.


Ini tomyam campur. Pun pedas bagi aku. Aku memang tak tahan pedas sebenarnya.


Nampak tangan Danial tengah makan? Hehe... Ni other side. Belah aku tak masuk lagi nie...


Ntah siapa punya pinggan ntah. Ummi kot. Sebab banyak tomato. Orang lain mana makan sayur... Haha. Aku lagilahhhhhh tak makan.


Bila makanan sampai je, Ayie pun tunjuk kat aku SMS dari kawan dia bagitau dia dah sampai dan kek dah ready, and tak boleh tunggu lama-lama. Sebab kek icing fresh cream tak sedap kalau cair. So aku suruh je dia pergi settle down hal nak bawak masuk kek ke meja. Elok je dia nak settle, ayah aku pulak keluar dari restoran, bawak Aisyah Safiya jalan-jalan. So Ayie tanya aku, nak tunggu ayah masuk dulu ke? Aku decide untuk tak payah tunggu, sebab tak tau bila ayah nak masuk. Tapi tak taulah, rezeki nak buat surprise menjadi. Ayah masuk balik dalam restoran sebelum kek sampai.... Hehe :D

So plan si Ayie ni adalah, sambil kawan dia bawak masuk kek, kitorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai. Tapi kitorang tukar jadi lagu Allah selamatkan kamu. Yang kelakarnya, bila kitorang start nyanyi, ummi pun ikut nyanyi sekali, sebab dia tak tau yang nyanyian tu sebenarnya untuk dia. Hahaha... Comel giler ummi aku. 


Sepupu aku, Ayie yang baju hitam tu. Yang tudung pink tu la kawan Ayie. Dia tolong bawakkan kek sebab cikgu yang kitorang tempah kek tu balik kampung. So kek tu disimpan di rumah kakak ni. Terima kasih kak!


See? Excited Ummi aku dapat kek siap lilin lagi. Ekceli lilin tu tak masuk dalam request aku. Tapi sebab diorang bersusah payah, so aku biar aje la... 

Yang kelakarnya, nampak aje kek dengan lilin, anak-anak aku Eizzah dan Zikri sudah lupa daratan dan cepat-cepat pergi duduk depan kek macam itu kek mereka yang punya laa pulak... Haishh....


Tetiba aje dah ramai orang nak bergambar dengan kek itu... Nampak?? Anak-anak aku, bukan main duduk depan kek. Itu kek Nema la wehh!!


Yaa... Itu dia. Semakin ramai yang berpose. Yang besar-besar tu semua adik-adik aku.

Aku dengan suami aku aje tak pose. Sebab? Najlaa mengamuk kepanasan. Suami aku pulak dah start makan. Haha... Kesian dia lapar.


Jeng jeng!! Saja nak letak lagi sekali gambar kek.


Adik aku yang bongsu, Danial Danish. Jadi baby sitter jap untuk Najlaa, sebab aku pulak nak makan.


Yang lapar aku dan suami. Apsal yang amek gambar pulak gigil eh? Muah ha ha ha~~


Ayah aku dan juga sepupu yang banyak berjasa malam tu, Ayie..


Ya... Semua piranha tengah bertungkus lumus menghabiskan makanan masing-masing. Nampak kosong-kosong seat tu sebab dah ada yang siap makan dah...


Overall, okay la restoran ni. Aku suka jugak. Surrounding agak panas, tapi itu memang cuaca sekarang kot.. Lagipun masa kami sampai, meja-meja bawah kipas semuanya dah occupied. Tak apalah, at least airnya sejuk, sodap gak. Langgar pantang aku kejap malam tu, minum air sejuk. Tak tahan laa, peluh melekit-lekit kot.

Cuma, adik aku kata macam mahal sikit. Aku tak berani nak komen sebab aku jarang pergi makan kat restoran seafood. Dan makan malam itu dibelanja oleh ayah. Thanks a lot ye ayah!!

Happy, sebab surprise menjadi dan running smoothly.

Balik aje, semua bertapa dalam bilik, bertukar dari piranha menjadi ular sawa berlingkar kekenyangan. Aku je maintain tidur pukul 2. Sebab sampai je bilik, anak-anak aku nak pergi apartment atuk nema diorang nak makan kek. Dah duduk sana, berbual-bual plak dengan adik-adik aku yang bujang-bujang tu. Bila dah balik apartment sendiri, Eizzah pulak request nak makan nasi lemak yang kitorang tapau bawak balik. Nasib baik laa hati aku terlintas untuk nak beli bawak balik nasi lemak tu. Aku dah agak dah, dia mesti mintak, sebab favourite dia memang nasi lemak.

Lepas tu, tidur laa..... Best tido sebab sejuk dan kenyang!!


*bersambung di entry akhir nanti. Eh, entry akhir pun ada dua part kott... Haha...*


2 comments:

aizuemi said...

mana part 3?????

Yong Zahura said...

hilang mood lepas modem rosak hari tu... ahaha~~