Masa nurse datang check-up kat rumah, diorang seperti biasa bagitau kata Najlaa ada kuning. So, aku dengan Encik Suami pergilah buat check-up dekat Hospital Kota Tinggi. Tapi macam biasalah... Masa yang diambil untuk melengkapkan check-up dari aku start datang sampai laa balik adalah 2 jam setengah!! Gila hapa bertapa kat area pesakit luar sampai 2 jam setengah, dah laa tengah dalam pantang. Kenapalah kat Kota nie tak ada hospital swasta yang boleh sediakan perkhidmatan check-up darah untuk demam kuning. Kalau ada, mampos aku takkan jejak kaki kat hospital lagi. Lembab giler.
Aku tak tau laa kenapa, tapi masa yang paling lama aku tunggu adalah bila nak masuk bilik doktor. Ok, contohnya nombor sorang kakak dengan babynya ni dah dipanggil, let's say nombor 8005. Kakak tu masuk, dalam 2 minit macam tu, dah keluar. Kemudian giliran untuk nombor 8006 pulak dipanggil. Jarak antara nombor 8005 dengan 8006? 15 MINIT!! Then lepas orang nombor 8006 keluar, secara logiknya, nombor aku la pulak kan, 8007? Okay, so aku dah ready la nak dipanggil. Tau berapa lama masa yang diambil untuk panggil aku? 20 minit!! So, dari jarak kakak tu keluar sampai laa nombor aku dipanggil, dah dekat sejam aku kat tempat menunggu tu. Konon la ada keistimewaan bagi bayi untuk check-up tak payah tunggu lama, hampeh ke longkang jugak.
Bila masuk dalam, takde laa aku tengok doktor tengah sibuk isi borang ka, wat report ka, dok buat kertas kerja bertimbun-timbun ke apa. Yang aku tengok tengah gelak-gelak, sengih-sengih, cakap kuat-kuat dengan misi-misi yang ada dalam bilik tu. Patutlaa misi-misi cenderung bercakap dengan nada tinggi with pesakit. Memang agaknya nak kerja hospital, pitching suara mesti level-level Ning Baizura eh? Lagi kuat dan lagi boleh memalukan orang, lagi layak laa kot untuk kerja di hospital... Tunggu 2 setengah jam, jumpa doktor cuma 2 minit aje!
Oklah, aku ringkaskan cerita, first check-up tu anak aku dah paras-paras amaran la tahap kuning dia. So, dia suruh datang la lagi 2 hari. Huh, ada hati tu nak suruh aku datang lagi dalam keadaan servis lembab macam tu?? So, second check-up aku pergi Hospital Penawar Pasir Gudang. Baru sampai kat kawasan hospital, belum masuk pun lagi, suasana memang menyenangkan... Aku rasa tenteram gila tengok hospital tu. Then, dari register sampai laa consultation doktor, hanya mengambil masa 30 minit, ok?? Dengan keadaan air-cond, tempat duduk selesa, pergerakan pesakit (anak aku) hanyalah dari ruang menunggu ke bilik ambik darah, balik ke ruang menunggu semula dan ke bilik doktor... Bayar baru RM30 kott... Bukan ratus-ratus pun...
Sedangkan kat hospital hari tu, pergerakan adalah dari pendaftaran pergi ke bilik ambik darah (agak jauh). Dari bilik ambik darah nak kena pergi hantar sendiri sampel darah ke Makmal Tabung Darah ke hapa ntah (laaaaaaaaaaaagi jauh). Dari Makmal balik ke bilik amek darah. Dari bilik amek darah ke bilik doktor. Itu sebab suami aku amek cuti. Kalaulah aku kena handle sendiri masa tu, macam mana?? Dengan darah nifas dok melimpah ruah, perut pinggang semua dok sakit lagi, dengan toilet... tettttt. Toilet di Hospital Kota Tinggi memang wajar diberi -100 bintang!! Negatif dowh! Sebab teruk giler.. Dengan bau busuk, toilet tak bersih, tisu takde, toilet tak boleh flush. Bila toilet tak boleh flush, agak-agak apa yang ada dekat lubang toilet? Malas nak cerita. Then, dari 3 sinki yang ada, satu singki tersumbat dengan muntah orang! Haduii....
So, senang cerita, keputusan check up dari Hospital Penawar tu menyebabkan anak aku kena admit ke wad. Ok fine. Aku pergi dengan hati tak rela dan muka macam nak makan orang. Tapi aku setakat nie masih respek nurse di area wad bersalin, wad kanak-kanak serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kat Kota Tinggi. Mereka yang terbaik laa. Friendly, cakap pun lemah lembut je. Tak macam kat area pesakit luar sana tu... Bukan saja nurse, dengan doktor sekali gila punya annoying dan menyakitkan hati. Cakap tak berhemah langsung. Bila kena sound, tau pulak terus buat suara lemah lembut. Lempang baru tau.
Anak aku dalam Nurseri di Wad Kanak-kanak Hospital Kota Tinggi. Rasanya macam tak boleh ambik gambar. Tapi.... Ada aku kisah??? Ikut suka aku la pun. Dahlah nama anak aku orang yang buat registration kat Wad Kecemasan salah tulis. Mulalah rasa nak melempang orang lagi sekali. Gila emosi tak stabil betul aku masa tu.
Ni masa Najlaa dah boleh biasakan diri untuk phototheraphy tu. Kalau tak, dia meraung-raung tak nak tidur dalam tu. Hospital ni pun satu. Dah tau kata budak kecik baru lahir nak kena baring separa bogel hanya berpampers kat dalam nurseri ni, air-cond tak reti nak slow sikit ke? Mana laa budak-budak tu tak mengamuk-ngamuk kena tidur dalam ni. Mak-mak yang menunggu sebelah anak-anak masing-masing pun gigil macam hapa, punyalah kesejukan. Ni plak budak kecik...
Masa mula-mula kena tidur dalam ni, Najlaa punyalah mengamuk taknak tidur, dia siap hentak-hentak muka dia kat katil baby tu. Sebab masa dia mula-mula masuk, dia kena double phototheraphy - lampu atas bawah. So takde laa tilam. Yang gambar atas tu lepas bacaan kuning dia dah turun sket, so tak payah guna lampu bawah lagi, boleh laa dapat tilam. Sambung cerita. So korang bayangkan anak korang nangis melalak-lalak sampai hilang suara sambil hentak hidung dia kat katil baby yang keras tu? Ko sebagai mak, ko rasa apa?Aku mula laa rasa nak penerajang semua orang yang ada kat situ. Bengang, tapi tak tau nak marah kat siapa. Last-last aku marah-marah dekat Najlaa, boleh? Korang kata tak boleh pun, aku dah buat dah.... Lepas kena marah, esoknya terus boleh balik sebab bacaan turun banyak... Lallalala~~
Tengok nama anak aku. Kat mana yang salah? Ce teka ce teka...
Apa-apa pun, aku tak kata semua nurse di Malaysia ni hampeh. Ramai jaa aku jumpa nurse yang sangat ramah, lemah lembut dan peramah. Cuma untuk kes terpencil macam aku di hospital ni je la, aku rasa banyak lagi yang boleh dipertingkatkan dari segi mutu perkhidmatan. Paling ketara nampak lembab adalah pakcik-pakcik atendan yang mengisi maklumat pesakit dalam komputer masa dekat pendaftaran. Terkial-kial dowh guna PC. Aku nak je mencadangkan agar LDP mengenai penggunaan sistem untuk pendaftaran pesakit dilaksanakan di HKT ni. Lembab sangat.
Then nak share jugak satu cerita laa. Aku ternampak seorang anak murid aku pergi ke kaunter tempat registration tu and tanya something kat orang di kaunter tu la. Dia tak nampak aku kat kerusi-kerusi menunggu tu. Then aku nampak dia blah macam tu je dengan muka tak puas hati. Kebetulan plak dia datang rumah aku petang tu untuk nak update UPU ke hapa ntah, aku pun dah tak ingat. So aku tanya la dia,
"Tadi cikgu nampak kamu kat pendaftaran hospital. Buat apa?"
"Saya demam. Saya pergi la tanya nak kena pergi terus ke tempat check demam ke daftar dulu. Kalau tak payah daftar, tempat check demam tu kat mana. Saya tanya biasa je la.."
Aku yakin anak murid aku tanya dengan sopan, sebab aku kenal mak dia. Mak dia cukup pantang bab-bab adab sopan ni. Dia cukup jaga.
Ko tau pakcik atendan yang lembab pakai PC tu jawab apa?
"Pandai baca kan? Pergi la cari sendiri!"
Masalahnya, aku sendiri pun tak nampak apa-apa sign yang menyatakan apakah prosedur yang perlu dibuat oleh pesakit demam dekat area situ. Kejadah apakah yang pakcik tu suruh anak murid aku baca? Walaupun mungkin anak murid aku salah tempat bertanya, sebab dia bertanya kat pendaftaran, bukan kat kaunter pertanyaan, tapi cakap elok-elok tak boleh ke? Kerek sangat kenapanya? Kes-kes macam ni la yang membuatkan ramai orang tak puas hati kalau kakitangan kerajaan dinaikkan gaji. Sebab kerja bukan seberapa pun, tapi kurang ajar yang lebih. Agak-agak dah tak mau kerja, berenti je la pakcik. Ramai lagi orang nak kerja...
Mungkin la ada yang akan back-up kata diorang stress kerja la, orang ramai kat hospital kerajaan la, gaji kecik tapi kerja banyak laa... Aku cuma nak tanya satu je. Kau kerja ikhlas ke tak? Kalau kau ikhlas, macam mana penat, macam mana kau rasa gaji tak cukup pun, kau akan buat kerja kau dengan baik. Sebab kau rasa itu amanah, tanggungjawab. Bukan beban. Kalau kita ikhlas, kerja yang kita buat Tuhan akan redha. Bila Dia redha, macam mana kecik pun gaji kau, kau akan rasa cukup, InsyaAllah.
Memetik kata-kata sepupu aku, yang menurutnya disampaikan oleh pensyarahnya :
"Kau pilih apa yang kau nak jadi, tapi tak ada seorang pun pesakit yang pilih untuk jadi pesakit"
So kalau kau merungut pesakit ramai, kau ingat diorang semua tu mintak ke nak sakit? Tak, kan? Tapi kau yang buat pilihan untuk bekerja di bidang kesihatan. So, live with it. Jangan nak merempan sangat la... Lempang karang.
8 comments:
fuyooo... cyclops~!!!
Anak hang dulu pun pernah jadi cyclops gak, kan?
Hehehe :D
cyclops??
pe tu?
klo sni tu nm parasite~ :p
ahaha... cyclops tu nama salah satu watak dalam cerita X-Men...
takde kena mengena dgn parasite belaan adik. eh. haha..
Yie bergaya: xsanggup nk byangkn klu safiya pon jadi cyclop. huhu...
n klu aku yg de di site ank murid hg tu, mmglah....x aman pakcik tu lepas tu...
Aku pun masa dia cerita, punyalah temper...
Sebab dia yg punch in pendaftaran utk Najlaa..
So masa dia panggil nama Najlaa utk pulangkan buku, aku dgn senyum la cakap terima kasih.
Kalo aku tau dia kuang ajar mcm tu, konfem aku amek buku tu dan terus pusing tanpa melihat mukanya langsung....
memang dilatih kat spital kerajaan bercakap biar menjerit2, lagi unit pesakit luar, baik klinik maupun farmasi.. kita budak yg baru datang kadang2 ada rasa nak jerit balik kate.. "makcik, mak tak ajar ke dulu2 cakap sopan". agaknye dia pekak kot, sebab tu cakap kuat. memang menyampah ok nak keje dgn org mcm ni, tapi bersabar je la...
regards KM
kesian kat? especially yang terpaksa bekerja dlm keadaan begitu dgn mereka yg begitu..
nak buat macam mana, khenn?
redha dan sabar ajelah.....
Post a Comment