Friday, November 4

Maka bermulalah apa yang dirancang.... (1)

Hari ni suami aku balik kerja, dia hulur something kat anak-anak.. Melompat-lompat Zikri, sambil jerit "Ben 10, Ben 10". Aku yang baru sudah solat pun cepat-cepat keluar dari bilik, nak tengok apa yang dia beli. Rupa-rupanya....

Coklat yang adik aku beli online. Then suami aku self pick-up dekat JB. Ini adalah barang pertama untuk birthday Eizzah Nur yang sampai. Cheiss, bukan untuk Eizzah makan sorang. Specially untuk diletakkan dalam beg goodies dan dihantar ke tadika dia.

Thanks Auntie Ju... Sengih sampai telinga anak dara aku. Yang Zikri pun ikut sengih sekali jugak. Dia ingat semua coklat tu diorang punya agaknya.. Kui kui kuui...

Ha kau... terus je kitorang lambakkan atas meja.. Excited budak-budak tu pilih nak itu, nak ini. Bila dah cakap kata untuk birthday kakak, baru la terdiam. Tapi dah janji dengan diorang, ada lebih, bagi lagi. Memang ada lebih pun. Adik aku dah bagitau...

Tengok, Eizzah dok belek coklat sambil senyum-senyum.... Entah apa la yang dia tengah fikir tuh...

Tengok, sebelah tangan cuit-cuit coklat. Sebelah lagi, pensel warna tamao lepass....
Tengah khusyuk tengok edible pada coklat :D

Aku pun teruja tengok. Cantik-cantik... Ben 10, Princess, Ana Muslim... Puas hati laa anak dara tu sambut birthday tahun ni...


Tengok, senyum sampai tak nampak mata tu......... Zikri masa nie takde, dia ikut abah dia keluar pergi pasar malam. Dah sibuk sangat nak makan keropok lekor. Alang-alang, aku order la makanan sekali. Tak kuasa nak memasak dah...



Balik-balik aje, aku tengok suami aku dah terus belikan buah epal. 60 biji tu... Senget bahu bawak.. ahaha~ Bahan goodies kedua untuk birthday Eizzah Nur.
Cuti 3 hari sempena Hari Raya Aidiladha nanti, kitorang akan meround bandar kota untuk mencari apa yang telah dirancangkan untuk diletak dalam beg goodies nanti.


So, updates seterusnya maybe tentang preparation birthday. Atau maybe juga tentang perkara lain. Atau maybe jugak takde entry langsung. Muah ha ha ha~


7 comments:

zUeNayRaH said...

kak yong!!anta cne sikit la..haha...
:)

Yong Zahura said...

Haha, apa kata orang London datang sini.. mau? :DD

zUeNayRaH said...

dtg sana?haha..bila free..huhu..ada masa smpai la org "LONDON" ne kt umah kak yong..haha.. :)

adeqs comeyll said...

mesir nak jugak!~ *watmukecomeyll*

Yong Zahura said...

Zuenayrah :
Haha, ntah.. padahal bukan jauh sgt "London" tu, kan? keh keh keh...

Adeq :
Walao... Mesir original, err, err... huhu~ Sampai ke tak, ye? Haha!!

Anonymous said...

Yie extra cute saying "uik, org London ngan org mesir, meh oder kat kakyi meh, pastu byrlah..kompem sampai..klu oder pakai ayaq liur mmg xkan sampai ler jawabnyer..."

Also, "aku terja guh tenok coklat tu, macam nk rase..ade jugak aku oder wat makan sendiri kat umah..hehe"

Suke aku tgk budak 2 org tu suke...hehe

Yong Zahura said...

Haha... mmg diorang suka sgt sgt sgt... weh, bole je kita nak wat nanti. rasa sama je. edible tu pun aku ada, tp bentuk bulat. sbb aku nak wat yg oreo tu la... tp lom terbuat gak lagi...