Monday, November 7

Maka bermulalah apa yang dirancang (3)

[AMARAN: Entry ini panjang. Sila bersabar jika anda ingin lebih teruja, ye? Harap maklum. Waa, dah macam cerita 18 dot dot dah haa~]

Last day preparation... Akhirnya, setelah rilek-rilek selama dua hari, hari ni baru pergi cari barang last dalam beg goodies birthday Eizzah Nur. Suami aku memang tak kuasa la keluar masa hari sebelum raya dan hari raya aritu, sebab konfem bandar Kota Tinggi jammed. Hari ni dah okay sikit, walaupun trafik masih banyak. At least tak la sampai jammed. Biasa la, area jambatan kota yang banyak kereta. Bandar okay okay saja....

So, barang akhirnya adalah.....


Ini, air kotak. Macam-macam perisa di situ. Ada blackcurrant, tebu, soya, mango, oren dan cranberry+apple. So, malam nie konfem la berpenat lelah dan berperang menyusun barangan masuk beg.



Aktiviti memasukkan barangan bermula lepas je sembahyang isyak. Lagipun sekarang kan waktu solat dah awal. So, lepas je solat, aku pun dengan pantasnya mengeluarkan beg yang dibeli tadi dan terus packing. Start dengan biskut yang kak Yati bagi dulu.

Bakal birthday girl dah pandai rupanya... Rajin dia hari ni. Dia nampak je aku dah start sibuk-sibuk kat dapur, dia pun terus tinggalkan game henpon aku dan datang tolong masukkan biskut dalam beg. Ish, tak berperang rupanya.. Besar dah anak dara, dah bole harap dah~~

Anak teruna pun dah boleh jugak tolong-tolong. Tengah sibuk menolong nak masukkan biskut dalam plastik. Tapi lambat. Orang dah siap 4, dia satu pun terkial-kial... Kikikii....

Tengok, bukan main bersusah-payah lagi nak masukkan satu. Kesian pulak aku...

Last-last aku mintak tolong dia angkat beg yang dah siap dimasukkan biskut ke depan je. Sebab barang lain semua kat depan. Laju je dia tolong angkat. Aku rasa dia pun dah tension nak tolong masukkan biskut agaknya... Keh keh keh...

Banyak kali jugak dia ulang-alik dari dapur ke depan. Aku terdengar-dengar jugak la abah dia sound "Letak elok-elok, dik.." Aku pun teruja nak tengok dia letak macam mana........

Tu dia!! Baikk punyaa~ Sebarang je ko kan dik? Ish ish ish, patut laa abah dia sound. Bertuah betul Zikri. Tapi at least, dia dah tolong buat. So, aku tak marah laa. Aku cakap terima kasih je...

Sesi meletak air kotak. Masa nie, Zikri tengah tolong pass air-air kotak tu kat kakak dia untuk dimasukkan dalam beg.

Lepas tu, aku tengok, satu air kotak telah selamat di'pow' oleh beliau. Huhu... Memang bertuah laa anak aku sorang nie. Lawak pun ada jugak.. Takpelah, dah sah-sah abah dia beli lebih tadi....

Ni laa sekilas pemandangan dalam beg tu. Masa ni coklat belum masuk lagi. Coklat tu aku suruh masukkan di belakang biskut. At least kalau buah tu golek-golek pun, dia tak hempap coklat. Nanti patah pulak. Tak syok la nak bagi kat orang, kan?

Tengok... Gigih Eizzah buat kerja. (Sambil mata tengok TV). Kagum aku dengan dia. Dari start sampai habis, dia laa yang banyak buat kerja. Aku kena gilir-gilir pantau dia dengan memasak kat dapur. Suami aku kalau balik tai-chi memang sangat lapar. So, tak leh lambat-lambat masak.

Errr.... Tu pun gigih jugak tu.... Gigih nak dengki kakak dia. Nampaknya dah start 'penyat' laa tu... Amboi, amboi... Baru buat kerja sikit dah melepak, ye?

Nampak tu, nampak tu? Hahahaha, Zikri, Zikri... Banyak betul alasan dia tak nak buat kerja. Hari-hari pun macam tu. Biasanya kakak dia laa yang banyak kena suruh. Kalau dia? Aku rela tak suruh, buat sakit tekak aku je... Biasanya, kalau kita suruh, dia cepat-cepat buat baring, lepas tu cakap "Shaye penyat la mama..." Keh keh keh... Alasannn~

Zikri cepat-cepat datang bila tengok coklat nak dimasukkan. Datang dengan penuh harapan tuh, konon nak dapat coklat. Tapi kakak dia dah sound awal-awal dah. "Kalau ada lebih, baru boleh ambik, tau?" Nasib baik laa dia faham apa kakak cakap. So takde la adegan mengaruk ke, mengamuk ke, hapa ke...

So, dia tengok je kakak dia susun coklat tu masuk beg satu-satu. Kakak pulak bukan main cermat. Kalau ada nampak coklat yang macam comot-comot sikit, dia letak balik dalam plastik dan cari yang lain yang nampak okay. Teliti betul dia wat kerja...

Agak-agak dah boring tunggu kakak buat kerja lambat sangat, so dia buat la aktiviti biasa dia. Melukis / mewarna. Sambil siap buat bunyi macam-macam sambil mewarna tu. Hehehe, biar le dia. Janji dia tak kacau, dah....

Teliti je Eizzah mencari coklat untuk diletak dalam beg-beg goodies tu. Nampak kaki Zikri kat meja belakang tu? Tengah khusyuk sangat melukis le tu...


Tadaaa!! Hasil akhir kitorang buat kerja. Akhirnya, siap jugak 51 beg goodies untuk dihantar ke sekolah Eizzah esok pagi. Err, air zam-zam kat sebelah tu takde kena mengena sebenarnya. Itu untuk jemaah suami aku rasanya. Entah, aku pun lupa nak tanya...





Dalam aku tengah sibuk-sibuk mem-packing dan memasak tadi, aku call la orang yang aku tempah kek tu. Yatie nama dia. Aku just nak bagitau pukul berapa nak hantar cupcakes tu ke sekolah Eizzah esok. Rupa-rupanya dia pun baru je nak contact aku jugak. Dia nak bagitau yang esoknya dia ada kursus. So, dia nak hantar kek dan cupcakes tu malam nie. Aku tak kisah, on aje. Yang penting bendanya ada, bukan tak ada. Aku kan customer yang comel dan tak demanding *tiba-tiba*... Ehehe...


So, aku pun layan la budak berdua tu, sambil-sambil layan fesbuk aku sekali, sambil-sambil update blog nie jugak laa... Sementara nak tunggu Yatie tu datang hantar kek. Pergh kau, excited bangat menunggu. Sebab aku tengok dalam blog dia, memang hasil air tangan dia semua menarik. Tak senang duduk aku dibuatnya... Hehee...

Tepat jam 11.45 minit malam (lebih kurang laa, jam aku tu lebih kurang cepat lima minit) maka kelihatanlah sebuah kereta mewah berwarna putih di hadapan rumah aku... Yeyy! Dah sampai!! So, dengan rasminya, lengkaplah kesemua perkara sempena birthday Eizzah Nur yang ke-5.

Nak jadi cerita, masa kek ni sampai, dua orang budak tu sudah tidur semuanya. Kurang la sikit kekalutan ala-ala mak nenek yang perlu aku handle masa kek ni sampai. Keh keh keh... Okay, okay.... Untuk adik-adik aku kat Serdang sana... Aku tau korang pun excited tahap gaban jugak... Teng teng teng..... Inilah dia.....


Cupcakes sebanyak 60 biji. So, 51 biji untuk dihantar ke Tadika Darul Ilmu, lagi 7 aku hantar kat rumah ibu dia. Lagi 2 aku makan... Keh keh keh... Eh, rumah ibu dah ada kek. So, tambah lagi 7 untuk aku simpan.... Keh keh keh lagi..........

Bekas aje dah cantik... Isi dalam tak payah cerita laa.... Marvellous weh, wa cakap lu~~~ Sedap, dan juga hiasan yang menarik. Terima kasih laa bebanyak kepada Yatie.

Tengok aje pun dah cukup menggoda.... Sila abaikan telefon TM yang buruk berwarna kuning itu. Hi hi hii... Haish, cukup ke dua untuk aku malam ni?? Sabar, sabar... Esok nak jumpa doktor. Kang kantoi kencing manis kang, saja je cari pasal... Tak sanggup makk....


Dan yang lebih menggoda iman aku................


Kek birthday Eizzah untuk dihantar ke rumah ibu dia.. Walla weh.... Cantik siot edible dia. Nampak tu terselit gambar Eizzah sekali tu... Bole la berangan jadi princess sekali nanti... Matt, hang patut berbangga hasil kerja tangan hang aku pilih untuk letak kat kek ni. Hehehe... Padahal aku dah tak jumpa gambar lain hari tu... Haha!!


Yang kotak kecik-kecik kaler kuning tu, sebenarnya ada tulis 'Happy Birthday'.. tak nampak sangat sebab dia macam outline font je... Ke korang nampak?

Yang lekat-lekat kat tepi kotak kek tu, aku dah calit, dah makan. Sedapnya.... kat dalam ada blueberry, siott~ Cheiss, apsal la nie bukan kek besday aku? Kalau tak, malam nie jugak aku dah bedal... Wuwuuu~~~

Okay, aku amat-amat berpuas hati dengan hasil air tangan Yatie ni. Kalau ada sesiapa yang tersinggah kat blog aku ni, korang boleh cekidaut homepage ni http://www.rbeccacookies.com. Boleh delivery ke seluruh Johor, Melaka, Seremban dan KL. Yatie tu, orangnya kecik je, peramah sangat-sangat. Suami dia pun baik.

Semoga hari lahir Eizzah yang ke-5 ini dapat memberikan keceriaan buat dia. Mama dan abah sayang kakak sangat-sangat, tau? Semoga Allah merahmatimu, sayang :DD


6 comments:

Anonymous said...

terbaek ...

dari
ngah and the typewriter

Anonymous said...

Beautiful yie is saying,"wah3, mmg boleh harap betul kakak..rajin siot, maklumlah birthday sendiri... Yg sorg tu, mmg pengelat tahap gaban... haha... cupcakes tu masukkan dlm goodies gak ke?"

Yong Zahura said...

Ngah dan the typrwriter (cheh, ketinggalan zaman)...

Alhamdulillah, plan menjadi. Lega sangat...

Beautiful (lah sangat) Yie:
Tu la, kalau besday sendiri dia malas... aku isytihar itu besday aku la... haha!

Yong Zahura said...

Eh, Yie :
Tak, beg tu dah muat-muat. So cupcakes tu aku hantar dgn tray tu sekali ke sekolah dia. Cikgu dia laa yg tolong handle :D

adeqs comeyll said...

waahh...tomey giler kek...
tempah lg satu...htr mesir deh~huhu

Yong Zahura said...

kihkihkih... adik order la, kan online :)

Suruh la dia pegi buat delivery ke mesir... kehkehkeh...